You are on page 1of 18

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

TAJUK PENGHARGAAN PENDAHULUAN FAKTOR FAKTOR ISU MEROKOK KESAN KESAN ISU MEROKOK LANGKAH LANGKAH MENGATASI ISU MEROKOK LAMPIRAN PENUTUP REFLEKSI BORANG KOLABORASI RUJUKAN

MUKASURAT

1. PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya Yashini dari K1 PPISMP Ambilan Jun 2010, ingin melafazkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek moral ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Haji Mat Idris bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang efektif untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Justeru itu saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberikan sumbangan kewangan dan dorongan sepanjang kerja kursus pendek ini dijalankan. Tidak lupa juga rakan rakan sekelas saya yang berganding bahu dan memberi sumbangan idea dalam menjalankan kerja kursus ini. Tuntasnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menolong untuk mengumpul maklumat untuk menyiapkan tugasan ini dengan berjaya. Sekian, terima kasih.

2. PENDAHULUAN
KES RAGUT
Kegemparan rakyat Malaysia tentang isu jenayah seolah olah mengikut musim. Jika dahulu, rakyat Malaysia digemparkan dengan jenayah rogol dan bunuh, sekarang jenayah ragut pula mengambil giliran. Walaupun laporan Statistik Indeks Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dari Januari hingga Jun 2004 menunjukkan jenayah ragut hanya dua peratus sahaja daripada keseluruhan indeks jenayah di Malaysia, modus operandi yang digunakan dalam jenayah ini menjadikannya sesuatu yang sensasi untuk dilaporkan oleh media massa. Perangkaan kes ragut sebenarnya menurun dari 2001 hingga April 2004. Kekerapan laporan jenayah ragut dalam media massa akhir akhir ini begitu menakutkan masyarakat. Apatah lagi dilaporkan terdapat mangsa ragut yang kehilangan nyawa. Tragedi kehilangan nyawa ini bukan sahaja berlaku kepada mangsa ragut dan peragut, tetapi juga berlaku kepada orang ketiga yang cuba membantu mangsa ragut. Terdapat perbezaan antara jenayah ragut dengan jenayah curi. Kebiasannya, kaedah yang dilakukan dalam jenayah curi ialah penjenayah akan melakukan secara senyap sehingga tidak disedari oleh pemilik barang yang dicurinya. Rata rata dalam kejadian jenayah curi, perbuatan mengambil tanpa kebenaran pemilik berlaku tanpa melibatkan elemen kekerasan ataupun kecederaan tubuh badan mangsa. Jenayah ragut pula secara jelas boleh mencederakan mangsa dan dalam sesetengah kes boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Walau bagaimanapun, elemen kekerasan ini hanya berlaku ketika mangsa bertindak untuk melawan, dan peragut bertindak ganas secara spontan kerana terdesak.

3.3 Suasana persekitaran yang sunyi 3.4 Sikap peragut dan ruang yang luas untuk melarikan diri

3.2 Mangsa berjalan sendirian

3.1 Pengaruh materialistik

3.FAKTOR FAKTOR KES RAGUT

3.5 Ketagihan dadah dan kesempitan hidup

3.7 Peningkatan jumlah warga asing

3.6 Latar belakang penjenayah

3. FAKTOR- FAKTOR KES RAGUT


Saban hari kita dikejutkan dengan insiden ragut sehingga mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk setempat. Ada yang mula berfikir dua kali sebelum menjejakkan kaki keluar dari rumah mereka terutamanya pada waktu malam. Kebimbangan mereka sememangnya berasas apabila insiden ragut kini semakin menjadi-jadi di ibu kota.Terbaru, seorang penuntut Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR), Lee Khian Yip, seorang jurujual wanita di Kompleks Berjaya Megamall Kuantan, Ng Chiew Lim dan pembantu jurujual dari Johor, Chang Shu Chien menjadi korban ragut oleh sekumpulan penyamun yang tidak berperikemanusiaan. Memang kita lihat sejak kebelakangan ini, kejadian jenayah kecil seperti ragut dan samun hingga menyebabkan berlaku kematian. Tidak ada satu faktor yang dominan kerana ia mungkin gabungan pelbagai faktor. Antara faktor yang mempengaruhinya ialah latar belakang penjenayah terbabit yang tidak berpendidikan atau hanya mendapat pendidikan rendah dan jauh dari keluarga menyebabkan mereka mengambil tindakan sendiri.

Kita juga melihat masalah ini berpunca akibat pengaruh materialistik, dengan gaji rendah tidak sampai RM1,000 tetapi mahu macam-macam. Kalau telefon bimbit, mesti yang ada kamera dan hendak pakaian ada jenama. Apabila pendapatan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian, mereka melakukan jenayah yang dianggap kecil-kecilan tetapi membawa padah yang tidak kurang buruk, termasuk hingga menyebabkan kematian.

Jenayah kecil-kecilan adalah perkembangan yang berbeza dengan masa lampau seperti jenayah membabitkan kongsi gelap. Penjenayah begini sebenarnya tidak mempunyai disiplin seperti anggota geng kongsi gelap yang tahu siapa dan waktu boleh bunuh mangsa. Tetapi penjenayah kecil-kecilan bertindak mengikut naluri sendiri dan

kita tidak dapat menjangka tindakan mereka kerana apabila terdesak, tindakan seperti membunuh boleh berlaku. Realitinya, ragut merupakan jenayah oportunis. Selalunya peragut bukanlah merancang secara terperinci apabila mahu melakukan jenayah ini. Sebaliknya, keadaan mangsa mangsa, suasana sekeliling dan sikap peragut itu sendiri yang mendorong jenayah ragut berlaku. Faktor seperti suasana persekitaran yang sunyi, mangsa berjalan sendirian, dan ruang yang luas untuk melarikan dir, mengundang peluang untuk peragut bertindak. Kebanyakkan jenayah ragut dilakukan oleh penagih dadah dan penganggur dalam kalangan rakyat tempatan dan warga asing. Ketagihan dadah dan kesempitan hidup menyebabkan mereka menggambil jalan mudah untuk mendapatkan wang. Kebanyakkan mangsa ragut pula terdiri daripada wanita. Umumnya, fizikal wanita yang lemah dan sering kali membawa beg tangan semasa berjalan, menjadikan mereka sasaran utama peragut. Kita juga tidak menolak kemungkinan penjenayah begini dipengaruhi dadah. Kebanyakan dadah yang popular sekarang adalah jenis sintetik yang cara pembuatan menggunakan bahan kimia tidak berkualiti. Rangsangan dadah ini menyebabkan penggunanya hilang kawalan. Hal ini menyebabkan YPJM sebulat suara menentang keras sebarang cadangan untuk melanjutkan masa operasi pusat hiburan hingga awal pagi seperti jam 5 pagi. Kita bimbang kerana ia akan memudahkan mereka yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah mendapatkan bahan terlarang ini. Pihak pengedar pula akan mendapat hasil lebih lumayan sedangkan masalah sosial, termasuk kejadian jenayah menjadi lebih parah. Saya tidak menafikan pembabitan warga asing dalam kejadian jenayah di negara ini, tetapi bagaimanakah kita hendak mengenal pasti identiti seorang peragut kecuali dia ditangkap. Mereka memakai topi keledar `full face? yang melindungi wajahnya. Motosikal pula menggunakan nombor pendaftaran palsu. Saya tidak ada statistik untuk menunjukkan pembabitan warga asing dalam kes jenayah begini. Lagipun, warga asing tidak berada di semua tempat. Ada kes ragut berlaku di kawasan yang warga asing tidak ramai.

4.1 Imej negara terjejas

4.2 Keselamatan dan keamanan rakyat terancam

4. KESAN -KESAN KES RAGUT

4.3 Maruah keluarga dan diri tercemar

4.4 Negara mengalami kehilangan belia yang berwawasan

4. KESAN KESAN KES RAGUT


Kes salah laku remaja khususnya kes ragut memang mengundang pelbagai kesan negatif kepada diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat. Impak negatif yang sering kita lihat adalah maruah dan nama keluarga terjejas di khalayak ramai. Apabila seseorang individu terlibat dalam kes ragut dan terus diberkas oleh pihak polis nama mereka tercemar dan seterusnya nama keluarga. Justeru masyarakat sekeliling pula akan memandang serong terhadap anggota keluarga tersebut. Selain itu, imej negara terjejas di mata dunia. Sekiranya, banyak kes jenayah berlaku di negara kita, prestij masyarakat akn jatuh di mata dunia. Masyarakat dunia akan menganggap bahawa kita tidak berdisiplin. Perkara ini juga akan membuka ruang untuk pelabur pelabur luar negara tidak mengingini untuk melabur di negara kita. Tambahan pula, negara kita akan mengalami kehilangan belia yang berwawasan dan berketrampilan. Belia belia ini adalah harapan negara masa depan. Jika gejala sosial terus berlaku berleluasa di negara ini, kita akan kehilangan pemimpin masa depan yang berwibawa. Akhir sekali, keselamatan dan keamanan rakyat terancam. Masyarakat kita akan mengalami trauma dan takut untuk keluar dari rumah. Mereka tidak selesa dan selalu takut terhadap kes ragut ini.

5. LANGKAH LANGKAH MENGATASI KES RAGUT


Peningkatan kes ragut di ibu kota sejak akhir-akhir ini turut menimbulkan kesangsian di kalangan penduduk terhadap kesungguhan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan perumahan. Yang mendukacitakan, terdapat segelintir pihak berkuasa yang bersikap lepas tangan dalam isu ini dan hanya bertindak apabila keskes jenayah diberikan publisiti meluas pihak media. Sesungguhnya, sikap hangathangat tahi ayam ini tidak wajar dibiarkan berleluasa kerana ia hanya memberikan imej buruk kepada kredibiliti mereka. Apa pun, tanggungjawab untuk mengekalkan keamanan tidak harus disandarkan oleh pihak tertentu sahaja. Sebagai langkah mengatasi kes ragut ini,penduduk sendiri perlu lebih proaktif dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam membasmi kegiatan jenayah. Janganlah bersikap acuh tak acuh kiranya anda diminta untuk memberikan maklumat penting kepada pihak polis. Beranikan diri untuk bekerjasama dengan polis. Juga, kikiskan persepsi bahawa kejadian ragut tidak akan berlaku kepada diri anda kerana penyamun boleh menyerang tanpa memilih mangsa dan tempat. Adalah menjadi harapan setiap pihak untuk melihat suspek-suspek yang mendalangi kes ragut yang disebutkan tadi dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpalnya. Janganlah biarkan insiden ragut menghantui dan mengubah gaya kehidupan anda selama-lamanya. Selain itu, memang agak mustahil polis untuk melakukan rondaan dan kawalan sepanjang masa dan di semua tempat. Polis berusaha melakukan yang terbaik, tetapi jalan penyelesaian terbaik ialah masyarakat perlu bekerjasama membanteras jenayah ini. Ia bukan hanya masalah polis, tetapi masalah masyarakat. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk perlu bekerjasama. Persatuan penduduk mempunyai peranan penting membanteras jenayah dengan mengadakan rondaan

keselamatan. Malangnya ada segelintir penduduk tidak memberikan kerjasama. Mereka tidak keluar meronda pada waktu yang ditetapkan dan akhirnya rondaan berkubur. Begitu juga apabila disuruh menyumbang antara RM30 hingga RM50 untuk bayaran kepada syarikat keselamatan untuk mengadakan rondaan, ramai juga yang liat membayar sedangkan ia adalah untuk keselamatan mereka sendiri.

Jenayah kes ragut kini dikategorikan sebagai jenayah rompak dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan sebatan. Polis juga sudah mengambil beberapa langkah dengan memudahkan mangsa ragut membuat laporan di semua balai polis, pondok polis dan polis peronda dengan tujuan mengatasi masalah kesukaran membuat aduan mengenai kejadian berkenaan. Namun, yang membimbangkan kita ialah peragut kini sanggup melakukan kekerasan sehingga menyebabkan kecederaan dan kehilangan nyawa. Contoh terbaru, kes membabitkan pelajar di Wangsa Maju baru-baru ini bukan lagi dianggap kes ragut tetapi kes bunuh. Kejadian yang bermula sebagai rompakan harta benda sudah bertukar menjadi kes jenayah kekerasan selepas ia menyebabkan kecederaan dan kematian. Apakah dalam kemelut sebegini, kita selaku anggota masyarakat mampu hanya melihat tanpa mengambil tindakan?

Walaupun kita tidak boleh bertindak bersendirian, kita masih boleh menjadi mata telinga pihak berkuasa bagi membantu menangani kes yang semakin menjadi-jadi ini. Masyarakat boleh membuat aduan kepada balai polis terdekat atau menghubungi polis segera jika mereka melihat ada kelakuan orang tertentu yang boleh menimbulkan syak. Bagi kita, adalah lebih baik menghalang sesuatu perbuatan jenayah itu sebelum ia berlaku. Kita bersetuju dengan pandangan Setiausaha Kehormat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Deputi Superintendan Mohd Haris Daud bahawa tanggungjawab membanteras jenayah termasuk curi ragut tidak seharusnya diserahkan kepada polis semata-mata. Polis tidak mungkin dapat mengatasi masalah jenayah ini sepenuhnya memandangkan wujud jurang begitu besar di antara jumlah anggota polis dengan penduduk.

Semua pihak perlu memainkan peranan bagi membanteras jenayah rakus yang semakin mengganas sekarang. Mungkin pendapat apa faedahnya menjaga tepi kain orang perlu dihakis dalam konteks memerangi jenayah ragut ini. Kita kena prihatin dan membantu apabila berlaku jenayah ragut di depan mata kita. Mungkin ada yang berkata kita mungkin menempah maut apabila hendak membantu mangsa ragut kerana penjenayah mungkin bersenjata. Kita boleh memberhentikan kenderaan dan membunyikan hon apabila nampak peragut sedang melakukan jenayah berkenaan. Cara ini akan membuatkan penjenayah itu tergesa-gesa meninggalkan tempat kejadian. Bantuan dengan mengambil nombor kenderaan jika peragut itu menggunakan kenderaan sedikit sebanyak dapat membantu siasatan polis. Apabila ternampak kejadian berkenaan, kita boleh menjerit untuk mendapatkan perhatian orang ramai untuk sama-sama memberkas peragut itu.

Justeru, semua pihak perlu memainkan peranan mencegah kejadian jenayah seperti kes ragut, rompakan, pecah rumah dan pecah kereta dengan memberi maklumat kepada pihak berkuasa. Marilah kita menjadikan angka kes ragut yang begitu tinggi itu sebagai kejutan untuk kita bersama-sama memerangi jenayah di negara kita.

Perbandingan Perangkaan Kes Ragut Antara 2001 Hingga 2002

Negeri

Kes Ragut 2001 Jumlah Selesai 4 17 68 39 122 47 16 12 140 9 28 23 40 37 605

Kes Ragut 2002 Tangkapan Jumlah 4 12 16 39 24 34 19 5 50 10 15 16 12 5 261 0 373 34 155 608 246 95 42 253 31 47 53 141 86 2164 Selesai 0 175 8 151 143 16 43 2 70 13 26 34 76 28 785 Tangkapan 0 98 7 59 31 7 13 1 22 10 20 30 35 26 359

Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sabah Sarawak Jumlah

11 54 194 379 699 209 139 103 327 27 72 47 101 110 2472

Sumber : Laman Web Rasmi Polis Diraja Malaysia

5.1 Penduduk memberi kerjasama kepada pihak polis

5.2 Hukuman penjara 14 tahun dan sebatan

5. LANGKAHLANGKAH MENGATASI KES RAGUT

5.5 Mengambil nombor kenderaan berkenaan

5.3 Menjerit untuk mendapatkan perhatian orang ramai

5.4 Memberhentikan kenderaan dan membunyikan hon

8. REFLEKSI
Melalui kajian ini saya dapat membuat konklusi bahawa bukan sahaja jenayah ragut menular dalam kalangan masyarakat manakala banyak gejala sosial yang bermaharajalela negara kita. Tetapi yang utamanya pada masa kini, kes ragut membimbangkan seluruh lapisan masyarakat di negara kita. Saya Sumitha A/P S. Visvanathan sebagai bakal guru akan berusaha untuk menyematkan nilai nilai moral dalam sanubari pelajar supaya tidak terjebak dalam kegiatan negatif ini. Selain itu, saya juga akan bertungkus lumus untuk membanteras jenayah ragut ini dengan melahirkan generasi muda yang berdisiplin dan tidak melibatkan diri dalam jenayah ragut mahupun lain lain gejala sosial. Semua salah laku moral sebegini berlaku kerana kurangnya kesedaran tentang kesan kesan yang akan hadapi pada masa hadapan. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru pendidikan moral saya dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar pelajar tentang keburukkan jenayah ragut. Dengan ini juga saya boleh membimbing pelajar pelajar untuk mengambil langkah langkah drastik bagi menangani masalah ini. Tambahan pula, saya juga akan bekerjasama dengan badan badan bukan kerajaan NGO untuk menganjurkan ceramah atau kempen kempen yang berfaedah kepada para pelajar tentang kes jenayah yang bertambah buruk di negara kita dan cara mengatasinya.

6. LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN Ambilan Jun 2010

PORTFOLIO P&P PELAJAR


MR 1311 D2 PENDIDIKAN MORAL (AKADEMIK) Sidang Akademik 2010 - Semester 1 Sumitha A/P S.Visvanathan K1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

7. PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, kes ragut yang berlaku di negara harus diberi perhatian yang lebih kerana ia mempunyai banyak implikasi yang negatif. Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu untuk membanteras gejala ini. Bak kata pepatah melayu bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Pertamanya, diri kita sendiri perlu menghulurkan tangan kepada pihak berkuasa untuk mengurangkan kes ragut ini. Selain itu, masyarakat perlu juga bekerjasama dengan menjadi sipahi kepada pihak berkuasa bagi mengatasi masalah ini. Tuntasnya kita haruslah bersama sama bertekad untuk memerangi kes ragut.

10. SENARAI RUJUKAN


1) Dewan Masyarakat Oktober 2004 2) Buku Teks Moral Tingkatan 5 3) Laman Web : www. kes ragut 4) Laman Web : www. gambar gambar ragut

You might also like