You are on page 1of 1

Bil: 35 RABU, 18 APRIL 2007

BH PILIH L1 18 emel

9
Berkongsi Ilmu Dengan Dr. Margaret Read Mac Donald

10
"Seronok Membaca": Meningkatkan Minat Membaca Kanak-kanak

BUKU BAHARU DALAM PASARAN

Kesantunan Berbahasa Tonggak Tamadun Bangsa


Oleh Basirah Arifin

Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan PentadBiran dan media


Pengarang: Asmah Haji Omar Harga: RM15.00 (kulit lembut) RM20.00 (kulit keras) Buku yang diterbitkan dalam Siri Kesantunan Bahasa ini disusun dengan berlatarkan semangat untuk membantu kerajaan mengisi Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni, dengan penekanan khusus kepada aspek kesantunan bahasa, khususnya bahasa tulisan dalam urusan pejabat, syarikat dan media yang melibatkan bahasa dalam surat-menyurat, mesyuarat, pemberitaan institusi, laporan akhbar dan berbagaibagai jenis iklan. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh penjawat awam dan swasta serta institusi terbabit.

asyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun. Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu. Tegas beliau, krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pembudayaan tentang mutu penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa. Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab kesopanan dan kesantunan berbahasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek

KHIDMAT NASIHAT BAHASA DBP


Dewan Bahasa dan Pustaka menawarkan Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) untuk menyelesaikan masalah bahasa yang merangkumi aspek ejaan Rumi dan Jawi, kata dan istilah, laras dan gaya bahasa, bahasa Melayu dalam visual iklan, penamaan prasarana, premis, pertubuhan, tempat awam dan lainlain, penyemakan bahasa dalam dokumen rasmi dan teks terjemahan. Waktu Perkhidmatan: Hari Isnin Khamis 7.30 pagi -1.00 tengah hari 2.00 petang 5.30 petang Hari Jumaat 7.30 pagi 12.15 tengah hari 2.45 petang 5.30 petang KNB boleh dihubungi melalui talian telefon 03-2148 1960/ 5887/ 5905/ 2139/ 1011, faksimile 03-2142 2029 atau layari laman web: http://www.dbp.gov.my.

(Dari kiri) Haji Mohamad Yussop Ishak, Pengarah DBP Wilayah Timur, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof, Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan dan Timbalannya, Tuan Haji Zainuddin Muhammad.

kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan. Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peser-

ta agar terus menjadikan budaya santun berbahasa sebagai amalan. Seminar ini berjaya menarik tumpuan peserta melalui pembentangan kertas kerja oleh tokoh-tokoh tersohor seperti Bapak H. Tenas Affendi dengan tajuk kertas kerja Kesantunan Berbahasa dalam Konteks Sosial. Dalam kertas kerjanya beliau mengajak peserta menghayati nilai-nilai kesantunan yang terkandung dalam pantun dan ungkapan adat Melayu. Di samping Bapak H. Tenas Affendi, turut membentangkan kertas kerja ialah Y. Bhg. Datuk Haji A. Aziz Deraman, Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif (UPM), Tuan Haji Mohd Samsudin Mahmod dan Dr. Robiah Kulop Hamzah (Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia). Rumusan yang dicapai daripada pembentangan enam kertas kerja dalam seminar ini ialah

kesantunan berbahasa dalam komunikasi perlu dipupuk dari semasa ke semasa agar dapat melahirkan masyarakat atau modal insan yang berkaliber dan berkualiti, selari dengan cabaran globalisasi demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

PEMBERITAHUAN
Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP menawarkan diskaun kepada setiap pengunjung. Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

MUNSYI
Banyak kegiatan membaca bulan April ini.

Semoga purata rakyat Malaysia kini membaca lebih daripada 2 buah buku setahun.

You might also like