You are on page 1of 37

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

SISTEM SARAF
Sistem saraf ialah pusat kawalan bagi sistem komunikasi tubuh.Impuls ialah mesej saraf yang dialirkan ke fiber saraf dalam bentuk gelombang bergerak (bersifat elektrik).Impuls mengalir pantas, spesifik dan menghasilkan respon dengan serta merta. Tubuh manusia terdiri atas organ-organ tubuh yang masing-masing mempunyai fungsi tertentu. Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf.

Tiga fungsi utama sistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor. Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar. Integrasi pula bertindak untuk mentafsir perubahan dan motor memberi respon kepada tafsiran di dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar.

Jadual 1 : Sistem Saraf Manusia Tiga komponen yang harus dimiliki oleh sistem saraf iaitu : 1. Reseptor adalah alat penerima ransangan atau impuls. Pada tubuh kita yang bertindak sebagai reseptor adalah organ deria. 2. Penghantar impuls dilakukan oleh saraf itu sendiri. Saraf tersusun dari berkas serabut penghujung (akson). Pada serabut penghubung terdapat sel-sel khusus yang memanjang dan meluas. Sel saraf disebut neuron.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


3. Efektor adalah bahagian yang menerima ransangan yang dihantar oleh penghantar impuls. Efektor yang paling penting pada manusia ialah otot dan kelenjar.

TISU NEURAL
Terminologi Saraf 1. Sistem Saraf Pusat (CNS) Bahagian utama sistem saraf yang terdiri dari otak dan saraf tunjang.

Jadual 2 : Sistem Saraf Pusat 2. Sistem Saraf Periferi (PNS) Bahagian utama sistem saraf yang terdiri dari kranial, saraf spinal dan ganglia.

Jadual 3 : Sistem Saraf Periferi

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


3. Sistem Saraf Somatik Bhg2 kecil PNS yg mengawal aktiviti otot voluntari (otot rangka).

Jadual 4 : Sistem Saraf Somatik 4. Sistem Saraf Autonomik Bhg2 kecil dalam PNS yang mengatur aktiviti otot kardiak,otot lembut dan kelenjar. Ia juga dipanggil sistem saraf involuntari.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


FUNGSI-FUNGSI SISTEM SARAF 1. Mengintegrasikan ransangan yang diterima. Maklumat yang dikumpul sama ada dari internal atau persekitaran dipanggil input sensori. 2. Menterjemahkan ransangan Input sensori diproses dan diterjemah kemudian keputusan dibuat. 3. Mencetuskan pergerakan motor t/balas oleh otot/kelenjar (output motor 4. Menyimpan maklumat Otak menyimpan maklumat supaya tingkahlaku boleh diubahsuai mengikut pengalaman lepas. 5. Menjana pemikiran dan idea. Neuron motor mengkoordinasikan pelbagai aktiviti yang rumit dan terkawal melibatkan gerakan, pembelajaran, penaakulan, emosi dan pengingatan.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


JENIS-JENIS SEL

Neuron ( Sel-sel saraf ) a) Unit asas sistem saraf yang berstruktur dan berfungsi b) Mempunyai sambungan yang dikenali sebagai proses atau fiber c) Tugas utama neuron ialah gerakbalas terhadap rangsang dan seterusnya menghantar utusannya melalui fiber neuron itu kpd struktur yang lain. Struktur Neuron : Badan Sel mengandungi nukleus dan ia adalah pusat metabolik sel. Dendrites - fiber2 halus bercabang2- (terima impuls/rangsang saraf dan arahkan aliran ini kpd badan sel). Axon satu fiber panjang yang membawa impuls saraf keluar dari sel badan. Ia diselaputi dengan bahan putih dan berlemak yg dikenali sebagi mielin (pelindung dan penebat fiber).

Jadual 6 : Struktur Neuron

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Jenis-jenis neuron : Sensori / Aferen

- Membawa impuls/utusan deria (penghantar) dari organ mata,telinga,kulit,otot rangka,sendi) ke otak (CNS).

Motor / Eferen

- Membawa utusan motor (penggerak) dari CNS (otak) ke bhg lain (organ,otot, glands/kelenjar)- kesan respon perlakuan.

Neuroglia (neuron perantaraan)

Neuroglial (tisu perantara khusus) - Ia merupakan tisu pengikat kepada neuron dan ia melindungi sel-sel neuron dari serangan bakteria.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


SISTEM SARAF PUSAT
System saraf pusat merupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan seluruh sistem ini terdiri daripada otak dan korda spina. Sistem saraf pusat menerima semua kederiaan tubuh melalui reseptor. Apabila sistem saraf pusat menerima maklumat kederiaan, ia akan ditafsir untuk menentukan tindakan yang perlu diambil. Rangsangan otot untuk berkontraksi dan rangsangan kelenjar untuk merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat. Terdiri dari otak dan saraf tunjang (spinal cord). Bahagian serebrum otak (otak besar) Terbahagi kepada dua hemisfera Setiap hemisfera terbahagi kepada empat bahagian: Frontal bahagian yang mengawal pergerakan otot Parietal bahagian deria rasa yang menerima rangsangan panas, sejuk, dsb Oksipital bahagian visual mengawal penglihatan Temporal bahagian auditori (pendengaran) dan olfaktori (hidu)

Saraf tunjang Berfungsi sebagai pusat refleks dan laluan aliran impuls kepada dan daripada otak.

Otak dan saraf tunjang terlindung di dalam tulang tengkorak di bahagian vertebra.Dilindungi oleh tulang kepala dan meninges. Meninges terdiri daripada tiga lapisan.

1) Dura mater merupakan lapisan disebelah luar, terbina dari tisu berfiber yang kuat. Terdiri daripada huluran- huluran penting dalam otakseperti falkas serebri yang mengasingkan hemispiar kiri, tentorium serebriyang mnegasingkan copeng aksiput sereblum daripada serebelum dan falkusserebeli yang mengasingkan copeng kanan serebelum daripada copengkirinya.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


2) Araknoid mater merupakan lapisan tengah atau dikenali jugasebagai lapisan araknoid. Terletak di bawah dura mater. Merupakan selaput lembut yang menyerupai sarang labahlabah dan mempunyai satu ruang yang dinamakan ruang subaraknoid atau teka di antara lapisan araknoid danpia mater.

3) Pia mater merupakan lapisan dalam yang nipis,lembut danhening yang meliputi semua permukaan otak dan menjulur ke dalam semuacelah antara cembungan-cembungan otak. Mengandungi banyak saluran darah kecil pada permukaan otak dan saraf tunjang.

Bendalir Sereblum Saraf Tunjang. Selain itu, otak dan saraf tunjang juga dilindungi oleh cecair yang dinamakan bendalir. Bendalir ini menyerupai bendalir limfatika dan berasaldaripada darah yang mengandungi air, glukosa, garam galian, sedikit proteindan sel-sel darah putih. Ketumpatannya ialah 1005. Berfungsi sebagailarutan yang membawa oksigen dan zat makanan kepada otak dan sraf tunjang serta hasil kumuh dari organ-organ ini. Membentuk kusyen bendalair untuk melindungi organ ini daripada tercedera.

Organisasi Sistem Saraf

Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf.

Otak
Otak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia. Otak dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5 kg bagi orang dewasa. Otak terletak di dalam rongga kranium dan merupakan sebahagian sistem saraf pusat. Tisu saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabu dan putih dan berada di dalam tengkorak.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu batang otak (medula oblongata, pons dan otak tengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus), serebrum dan serebelum.

Jadual 7 : Otak Depan, Otak Tengah dan Otak Belakang.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


i. Batang Otak Dipanggil sebagai batang otak kerana bentuknya seperti batang. Batang otak terletak di bahagian bawah kranium. Jadual berikut menghuraikan komponen-komponen dalam batang otak.

Jadual 8 : Batang otak ( Brain Stem )

Jadual : Komponen-komponen dalam Batang Otak Medula Oblongata Berhubung dengan korda spina. Mempunyai panjang kira-kira 3cm dan dipisahkan dari pons oleh alur horizontal. Terbina daripada jirim putih dan

pembentukan jaringan jirim kelabu dan putih. Pada bahagian posterior bawahnya

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


terdapat dua nukleus di setiap sisi yang dikenali sebagai nukleus grasilis dan kuneatus. Pons Terletak di atas medula. Pons mengandungi jirim putih dan

nukleus. Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dan nukleus pernafasan berada di pons. Otak Tengah Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon. Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrum terdapat di permukaan ventralnya. Unjuran ini berhubung dengan serebrum selepas lencongan ke anterolateral. Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua di bawah terletak pada permukaan dorsalnya.
ii. Diensefalon

fungsi diensefalon adalah menghubungkan otak tengah dan dengan belahan otak kiri dan kanan.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


1) Thalamus Mengandungi beberapa nucleus penting yang bertindak sebagai stesen geganti untuk utusan - utusan saraf. Berfungsi terhadap rangsangan deria,emosi, kesedaran diri dan refleksi kompleks.

2) Hipotalamus Berfungsi sebagai pusat sistem saraf otonomi, mengawal emosi, mengawal imbangan air dalam tubuh, pusat kawalan suhu badan dan menghasilkan hormon.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Saraf Tunjang
Saraf tunjang terletak di dalam salur saraf tunjang yang di dalam susunanvertebra. Panjang saraf tunjang bagi orang dewasa ialah 18 inci danbentuknya bulat torak. Saraf tunjang bermula dari liang saraf tunjang di tulangoksiput dan berlanjutan ke medulla oblagata serta berakhir di aras vertebralumbar (punggung) yang pertama. Selaput meninges bagi saraf ini berlanjutanke bawah sehingga tulang punggung. Terdapat dua bahagian besar dalamsaraf tunjang iaitu di bahagian leher dan bahagian lumbar.

Fungsi Saraf tunjang menghubungkan otak kepada bahagian - bahagian di seluruh badan. Selain itu, saraf tunjang juga merupakan pusat tindakan pantulan.

Urat saraf tunjang

Saraf tunjang terbina daripada 31 pasang urat iaitu 8 pasang dari bahagian leher, 12 pasang dari bahagian toreks dan 5 pasang dari bahagian lumbar , 5 pasang dari bahagian punggung dan 1 bahagian dari tonggeng. Semua saraf ini ialah saraf bercampur dan mengandungi fiber saraf deria dan saraf motor.Akar saraf motor keluar dari bahagian depan saraf tunjang, manakala akar saraf deria masuk di bahagian belakangnya. Kedua saraf ini bersatu danmembentuk saraf bercampur yang keluar dari salur saraf tunajng mellauilubang antara vertebra sebagai saraf pinggir.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Saraf Leher Membina kulit dan otot di bahagian leher dan kepala. Satu urat saraf yang dikenali sebagai saraf frenik membekalkan otot diafram.

Saraf Brakia Terbentuk daripada empat urat saraf leher di bahagian bawah serta urat saraftoreks yang pertama. Antara cabang bagi saraf ini seperti urat saraf lilit,urat saraf radia atau pemulas, urat saraf ulna atau hasta dan urat saraf media. Urat saraf lilit membekalkan otot deltoid manakala urat saraf radiamembekalkan kulit di bahagaian lengan, otot pelunjur (extensor) di bahagian belakang bawah lengan. Urat saraf ini terbina selepas keluat dari bahagianketiak dan menjalar ke belakang tulang pangkal lengan. Urat saraf ulna tatauhasta pula terbina selepas saraf ini turun dari ketiak dan mengikut salur nadilengan (brakia).saraf ulna menbekalkan otot di bahagian lengan bawah sertabeberapa bahagain kulit tubuh serta membekalkan otot kecil tangan sepertijari kelingking dan jari manis. Manakala urat saraf media membekalkan otit dilengan bawah, tangan dan cabangnya membekalkan otot di jari telunjuk dari jari hantu.

Rangkaian saraf lambar- punggung

Saraf lumbar terbentuk daripada saraf -saraf di bahagian lumbar danpunggung. Bahagian atas saraf ini terletak di dalam otot soas di dindingb elakang abdomen. Bahagian bawahnya didapati d hadapan tulang punggung. Antara cabang dalam saraf lumbar - punggung ini ialah urat saraf femora, urat saraf obturator dan urat saraf siatika.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Saraf Femora Saraf femora atau saraf paha melalui bawah ligament inguinal , di sisi salur nadi dan pembuluh femora, kemudiannya sampai ke bahagian segitigafemora atau dikenali sebagai segitiga skarpa serta kulit tubuh di hadapan dandi sisi dalam bahagian paha.

Urat saraf obturator Saraf ini berada dari ruang pelis melalui liang obturator di tulang papan punggung dan membekalkan otot - otot di sisi dalam paha.

Urat saraf siatika Saraf ini ialah saraf yang terbesar dalam tubuh dan terbentuk di hadapantulang punggung dan keluar dari pelvis melalui takuk siatika besar di tulangpapan punggung hingga ke bahagian gluteus di belakang punggung. Saraf siatika kan turun melalui belakang paha dan membina otot otot disitu. Difosa poplitea, saraf siatika mengeluarkan satu cabang urat saraf peroneusyang melalui hujung atas tulang betis sampai ke hadapan batang ka ki. Saraf siatika utama turun ke bahagian bawah dan namanya akan bertukar menjadiurat saraf tibia atau urat saraf kering. Saraf ini membina otot-otot betis dancabang cabangnya tamat di bahagian kulit kaki dan otot otot di tapak kaki.

Deria Deria memainkan peranan yang penting dalam membawa rangsangan dari permukaan dan dalam bahagian tubuh menjalar ke anak saraf tunjang. Fiber deria akan memasuki akar saraf belakang ke jirim kelabu di tanduk belakangsaraf tunjang dan akan di terjemahkan jenis - jenis rangsangan oleh otaksetelah mellaui jirim putih di saraf tunjang. Saraf deria akan terputus di pusatderia utama di copeng perietalis atau di bahagian pusat deria yang lain dansebahagian lagi akan terputus rangsangannya di serebelum.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Sistem Saraf Periferi

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina dengan reseptor, otot dan kelenjar. Ia boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sistem aferen dan sistem eferen. Di dalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa maklumat dari reseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala sistem eferen pula mempunyai sel saraf yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar. Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian, iaitu sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai neuron eferen yang bertugas membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot rangka. Sistem saraf somatik dianggap sebagai bersifat voluntari dan boleh dikawal. Sistem saraf somatik terdiri daripada saraf cranial dan saraf spina.

a) Saraf cranial Bermula di otak. Saraf ini adalah khas untuk bahagian kepala dan leher. Saraf ini mempunyai 12 pasangan semuanya. No 1 2 3 4 5 Nama Saraf Olfactory Optic Occulomotor Trochlear Trigeminal Jenis deria deria motor motor mixed Laluan Saraf mukus membran hidung (bau) retina mata (penglihatan kebanyakkan ke otot mata otot dorsal oblique mata deria - ke mata & muka motor - otot pengunyahan 6 7 Abducens Facial motor mixed otot rectarctor & lat. Rectus mata deria - bahagian telinga & lidah motor - otot ekpressi muka koklea (pendengaran) semicirular canals

Vestibulococlea

deria

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


(pendengaran) 9 Glossopharyngeal mixed deria -faring, bah kaudal lidah motor - otok faring parsimpatetik . Kel.air liur parotid deria - faring & laring motor - otot laring parasimpatetik- ke bahagian toraks & abdomen otot bahu & leher otot lidah

10

Vagus

mixed

11 12

Sapinal accesory Hypoglossal

motor motor

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


b) Saraf Spinal Bermula di saraf tunjang dan melalui foramen di vertebra.Membawa maklumat dari dan ke saraf tunjang, otak dan bahagian lain badan.Plexus adalah nama bagi rangkaian saraf spinal dan vena di bahagian tertentu badan. Terdiri daripada: 1. Cervical (servikum) 2. Thoracic (toraks) 3. Lumbar 4. Sacral (sakrum) 5. Coccygeal (kaudal)

Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar. Sistem saraf autonomik dianggap tidak voluntari dan di luar kawal. Kemudian, sistem saraf autonomik pula terbahagi kepada dua, iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


SENSORI DAN LALUAN MOTOR Sistem saraf periferi terbahagi kepada dua bahagian iaitu saraf aferen atau dikenali sebagai laluan sensori dan saraf eferen atau dikenali sebagai laluan motor. Laluan Sensori Sel saraf sensorik berfungsi untuk menghantarkan impuls dari reseptor ke sistem saraf pusat (Otak + Sumsum tulang belakang). Dalam sel saraf sensorik terdapat dendrit yang berhubungan dengan reseptor sebagai penerima rangsangan dan ujung aksonnya yang berhubungan dengan sel saraf asosiasi. Saraf aferen berfungsi untuk menghantarkan impuls dari reseptor ke pusat saraf iaitu otak dan saraf tunjang.

Rajah di atas : nama-nama bahagian dalam sistem saraf Laluan Motor Sel saraf motorik berfungsi untuk mengirim impuls dari sistem saraf pusat ke otot atau kelenjar yang hasilnya berupa tanggapan terhadap rangsangan. Dalam sel saraf motorik terdapat badan sel, dendrit dan akson. Badan sel sarafnya yang berada di sistem saraf pusat. Dendritnya berhubungan dengan akson sel saraf asosiasi.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Aksonnya berhubungan dengan efektor. Saraf eferen berfungsi untuk menghantar maklumat dari otak ke efektor atau otot rangka. Beberapa urat saraf bersatu membentuk jaringan urat saraf atau dikenali sebagai pleksus. Terdapat tiga jenis pleksus iaitu pleksus cervicalis, pleksus brachialis dan pleksus lumbo sakralis. Pleksus cervicalis mempengaruhi leher, bahu dan diafragma. Pleksus brachialis mempengaruhi bahagian tangan. Pleksus lumbo sakralis mempengaruhi bahagian pinggul dan kaki. Jika terdapat kedua-dua jenis saraf iaitu aferen dan eferen dalam satu ikatan, dikenali sebagai saraf gabungan (interneuron). Saraf eferen terbahagi kepada dua jenis iaitu eferen somatik dan eferen autonomi. Eferen Somatik melibatkan otot rangka (tindakan sedar) manakala eferen autonomi melibatkan otot licin, otot jantung dan kelenjar (tindakan tidak sedar). Eferen autonomi merangkumi eferen parasimpati dan eferen simpati. Perbandingan saraf parasimpati dan simpati ialah hati dan kelenjar adrenal mempunyai saraf simpati sahaja. Organorgan lain mempunyai kedua-duanya, saraf parasimpati lazimnya aktif semasa menjalankan aktiviti normal, manakala saraf simpati

aktif semasa keadaan terdesak, saraf simpati dan parasimpati lazimnya mempunyai kesan yang bertentangan. Oleh itu, organ yang mempunyai saraf simpati dan parasimpati dikawalatur dengan lebih halus ('fine control'). Contoh bagi eferen autonomi iaitu pantulan lutut, tarikan tangan atau kaki apabila terkena benda panas. Mekanisme ringkas pergerakan eferen autonomi terhadap pantulan lutut seperti di bawah: Mekanisme pergerakan eferen autonomi seperti terpijak paku, sistem reseptor akan menerima rangsangan di peringkat periferi dan ditukarkan kepada impuls.Rangsangan yang diterima oleh neuron sensori ditukar kepada impuls sensori. Selepas itu, impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat (peringkat rendah) dan diterima oleh impuls bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang. Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps. Impuls motor di hantar ke efektor menghasilkan pergerakan. Sistem efektor menghantar maklumat impuls motor. Maka kaki secara autonomiknya mengangkat sendiri apabila terasa sakit tanpa disedari.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Lakuan pergerakan eferen somatik dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Individu memilih sendiri untuk melakukan sesuatu pergerakan itu. Pergerakan ini dibina melalui bakat, pengalaman dan latihan. Kualiti pergerakan yang dihasilkan dipengaruhi oleh faktor tahap kemahiran dan pengalaman. Contoh kanak-kanak belajar bermain badminton dan galakan orang tua serta guru akan mempengaruhi lakuan pergerakan ini.

Rajah di atas : Pergerakan di luar kawal

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

Rajah di atas : Somatik dan autonomic motor

Gambar di atas : Laluan sensori dan laluan motor

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

Gambar di atas : jenis saraf dan sifat saraf

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


SISTEM SARAF AUTONOMIK
Pengenalan Organ-organ di dalam tubuh badan kita (viscera) seperti jantung, perut dan usus adalah dikawal oleh sistem yang dinamakan sistem saraf autonomik. Autonomik secara umumnya bermaksud self-governed (pemerintahan sendiri). Sistem ini boleh didefinisikan sistem saraf motor yang mengawal kelenjar-kelenjar, otot-otot kardiak, dan otot licin. Juga dikenali sebagai sistem motor visera untuk membezakannya daripada sistem motor somatik yang mengawal otot-otot rangka. Organ sasaran utama sistem saraf autonomik ialah visera toraks dan bahagian rongga abdomen dan sesetengah struktur dinding badan, termasuklah sistem salur darah cutaneus, kelenjar peluh dan otot piloerektor. Sistem saraf autonomik ialah sebahagian daripada sistem saraf periferi dan ia mengawal banyak organ dan otot-otot di dalam badan. Dalam kebanyakan situasi, kita tidak sedar tentang pergerakan sistem saraf autonomik ini kerana fungsi-fungsinya yang berlaku tanpa dikawal atau secara autonomik. Sebagai contoh, kita tidak sedar apabila salur-salur darah kita berubah saiz atau apabila jantung kita berdegup dengan lebih pantas. Walaubagaimanapun, penggunaan terapi biofeedback menunjukkan bahawa sesetengah orang dapat dilatih untuk mengawal beberapa fungsi sistem saraf autonomik seperti kadar denyutan jantung atau tekanan darah. Efektor visera tidak bergantung pada fungsi sistem saraf autonomik, tetapi menyesuaikan aktivitinya mengikut keperluan badan. Contohnya, jantung tetap berdenyut walaupun semua saraf autonomik mengalami masalah, tetapi sistem saraf autonomik mengawal kadar denyutan jantung semasa bersenam atau berehat. Jika saraf somatik yang mengawal otot rangka tidak dapat berfungsi, otot-otot menjadi lumpuh dan tidak dapat lagi berfungsi. Tetapi jika saraf autonomik yang mengawal kardiak atau otot licin tercedera, otot-otot lebih peka terhadap

gerakbalas(denervation hypersensitivity).

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Sistem saraf autonomik penting dalam dua waktu : 1. Pada waktu kecemasan atau tertekan (memberi kesan fight or flight) 2. Pada waktu bukan kecemasan yang membolehkan kita berehat dan menghadam makanan (rest and digest) Sistem saraf autonomik mengawal : Otot-otot : Kulit (folikel-folikel rambut dan otot-otot licin) 2 sekitar salur-salur darah (otot-otot licin) mata (iris, otot licin) perut, usus dan pundi kencing (otot licin) jantung (otot nadi) Kelenjar-kelenjar

Pusat Kawalan Fungsi Autonomik Sistem saraf autonomik bukanlah sistem saraf yang dikawal secara sendiri. Semua output asalnya daripada sistem saraf pusat dan semua inputnya dari korteks serebral, hipotalamus, medula oblongata dan cabang somatik sistem saraf periferi. Bahagian-bahagian dalam sistem saraf autonomik 1. Sistem saraf simpatetik 2. Sistem saraf parasimpatetik

Sistem saraf simpatetik

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Sistem saraf simpatetik bermula dari saraf tunjang. Secara spesifiknya, sel-sel badan neuron yang pertama(neuron pregangalionik) terletak di dalam saraf tunjang toraks dan lumbar. Akson-akson daripada neuron-neuron ini dibawa kepada rantaian ganglia yang terletak berhampiran saraf tunjang. Dalam kebanyakan kes, neuron ini akan melakukan proses sinaps dengan neuron yang lain di dalam(post-ganglionic neuron) ganglion. Beberapa neuron preganglionik dipindahkan kepada ganglia yang lain yang berada di luar rantaian simpatetik dan melakukan proses sinaps di situ. Neuron post-ganglionik kemudiannya dipindahkan ke kawasan sasaran samada otot atau kelenjar.

http://www.drstandley.com/bodysystems_peripheralnervous.shtml

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Dua lagi fakta tentang saraf-saraf simpatetik: Proses sinaps yang berlaku di dalam ganglion menggunakan acetylcholine sebagai neurotransmitter, manakala sinaps yang berlaku di dalam neuron post-ganglionik menggunakan norepinephrine sebagai neurontransmitter. Namun begitu, terdapat satu pengecualian iaitu neuron post-ganglionik simpatetik yang merangsang kelenjar peluh menggunakan acetylcholine. Memberi kesan tindakan lawan atau lari(fight or flight) dengan cara meningkatkan penjanaan tenaga badan dan menghentikan proses penghadaman. Melencongkan aliran darah jauh dari usus perut(Gastro-intestinal) dan kulit melalui proses penyempitan salur darah(vasoconstriction). Darah mengalir ke otot-otot rangka, kadar paru-paru dikekalkan dan ditingkatkan (sehingga 1200% dalam kes otot rangka) Membesarkan bronkiol peparu yang membenarkan pertukaran oksigen yang lebih banyak pada alveolar Meningkatkan kardiak(miosit) kadar yang denyutan jantung dan kontraksi untuk sel-sel nadi

membekalkan

mekanisme

meningkatkan

pengaliran darah ke otot-otot rangka. Membesarkan anak mata dan merehatkan lensa/kanta mata untuk

membenarkan lebih banyak cahaya memasuki mata. Berlaku proses pengembangan(vasolidation) salur koronari untuk jantung. Memberhentikan proses peristalsis.

Sistem saraf parasimpatetik


Sel-sel badan sistem saraf parasimpatetik terletak di dalam saraf tunjang(sacral region) di dalam medula oblongata. Dalam medula, saraf kranial II, V, IX dan membentuk fiber preganglionik simpatetik. Fiber preganglionik daripada medula atau saraf tunjang membawa impuls kepada ganglia berhampiran dengan organ sasaran dan berlaku proses sinaps di situ. Proses sinaps ini menggunakan acetylcholine sebagai neurontransmitter. Daripada ganglion ini, neuron post-ganglionik membawa impuls ke organ sasaran dan menggunakan acetylcholine sekali lagi pada terminalnya. Memberi

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


kesan tindakan rehat dan hadam(rest and digest), menyebabkan sistem saraf kembali tenang dan menjalankan fungsi-fungsinya yang biasa dan proses penghadaman berjalan seperti biasa. Melebarkan salur darah supaya dekat dengan usus perut untuk meningkatkan pengaliran darah ke kawasan ini. Proses ini penting untuk menghadamkan makanan, disebabkan lebih banyak metabolisme diperlukan di perut untuk badan. Sistem saraf parasimpatetik boleh mengecilkan diameter bronkiol apabila keperluan oksigen berkurangan Ketika proses akomodasi/penyesuaian diri, sistem saraf parasimpatetik

menyebabkan berlakunya pengecutan pada anak mata dan lensa. Sistem saraf parasimpatetik merangsang pengeluaran air liur dan aktiviti peristalsis, proses penghadaman dan penyerapan nutrien-nutrien oleh badan. Ia turut melibatkan ereksi pada organ seks melalui saraf pelvik spanknik

Berikut merupakan ringkasan tentang kesan stimulasi simpatetik dan parasimpatetik. Kesannya adalah bertentangan di antara satu sama lain. Kesan reseptor simpatetik & jenis

Sasaran Mata Iris Otot silia & lensa

Kesan parasimpatetik (otot)

Pembesaran anak mata Pengenduran untuk visual jauh

Pengecilan anak mata Pengecutan untuk visual dekat Pengeluaran

Kelenjar lakrimal (air Tiada mata) Sistem integumentari (kulit) Kelenjar merokrin peluh Pengeluaran Pengeluaran (muscarinic)

Tiada kesan

Tiada kesan

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


(penyejukan) Kelenjar apokrin (bau) Otot piloerektor Tisu adipos Pengurangan pemecahan lemak Tiada kesan Meningkatkan lemak Medula adrenal Sistem darah Daya jantung Arteri koronari Salur darah visera Salur rangka Salur darah kulit darah otot Pembekuan meningkat & peredaran Meningkat kadar Pengembangan , pengecutan Pengecutan Pengembangan Pengecutan Berkurangan Sedikit pengembangan Pengembangan Tiada kesan Pengembangan, merahan Tiada kesan kemerahPengeluaran hormon (nikotin) Tiada kesan pemecahan peluh Ereksi rambut Tiada kesan

Platlet (pembekuan darah) Sistem pernafasan Bronki & bronkiol Pembesaran (bronchodilation) Pengecilan (bronchoconstriction) Tiada kesan Kelenjar mukus Pengurangan pengeluaran Peningkatan pengeluaran Sistem perkumuhan Buah pinggang Dinding kencing Uretra Mengurangkan pengeluaran urin Tiada kesan Tiada kesan Kontraksi Rehat, urin dikeluarkan

pundi Kontraksi, penahanan urin

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Sistem penghadaman Kelenjar liur Usus perut Cecair usus perut Hati Pengeluaran enzim pankreas Berkurangan Tiada kesan Pengeluaran mukus tebal Berkurangan Berkurangan Pemecahan glikogen Berkurangan Pengeluaran sedikit serous Meningkat Meningkat Sintesis glikogen Meningkat

Pengeluaran insulin Meningkat pankreas Sistem pembiakan Ereksi organ seks Pengeluaran kelenjar Orgasm, otot licin Uterus peranan Rehat Kontraksi bersalin Tiada kesan Tiada kesan Tiada kesan Stimulasi Stimulasi Stimulasi Tiada kesan

FUNGSI SENSORI
Deria Umum
Deria ialah perasaan atau kesedaran yang berlaku di otak hasil daripada pentafsiran utusan deria yang sampai ke otak dari struktur-struktur lain, seperti kulit tubuh, otot dan sendi dan dari organ-organ deria istimewa. Struktur-struktur yang menimbulkan deria adalah seperti berikut : 1. Hujung gentian saraf yang menerima rangsang deria itu. 2. Saraf deria yang membawa utusan deria itu ke otak. 3. Pusat deria di otak yang mentafsirkan utusan itu dan menyimpannya sebagai ingatan.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Setiap hujung gentian saraf deria adalah struktur istimewa yang menerima rangsang deria tertentu. Deria boleh terbahagi kepada : Deria istimewa : bau-bauan, rasaan, penglihatan dan pengdengaran Deria umum :~ deria permukaan : sakit, sentuhan, suhu ~ deria dalam : tekanan, sakit dalam

Sifat-sifat Deria Deria yang muncul akibat galakan dari luar tubuh seperti pendengaran, penglihatan, rasaan, bau-bauan, tekanan, sakit luar dan suhu. Organ-organ ini dikenali sebagai organ penerima deria luar. Deria yang muncul akibat galakan dari dalam tubuh, seperti perasaan lapar, dahaga dan sakit dalam. Organ-organ yang menyedarkan perasaan ini dikenali sebagai organ penerima deria dalam. Deria kulit tubuh Hujung gentian saraf yang didapati di dalam kulit tubuh menerima deria sakit, suhu dan sentuhan.

Hidung

kulit

1. Deria Pembauan Hujung gentian saraf yang menerima deria pembauan adalah didapati di lapisan selaput di rongga hidung.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Kebanyakkan hujung gentian saraf itu didapati di bahagian atas rongga hidung. Saraf otak pertama(saraf olfaktori) - umbi olfaktori(bonggol bau) - pusat pembauan(bertempat di permukaan bawah copeng temporalis. Bahan-bahan yang menggalakkan deria pembauan ialah gas dan bahan pepejal halus yang larut dalam lendir rongga hidung. 2. Deria Rasa Organ deria rasa ialah lidah Permukaan diliputi oleh selaput mukosa Permukaan atasnya kasar kerana adanya tompok-tompok di dalam selaput mukosnya Tompok-tompok ini membentuk beberapa jenis papila yang mengandungi tunas deria rasa Urat saraf yang menerima deria rasa dari ruang mulut ke otak : a) Saraf ke-7 (muka/fasia) membekalkan 2/3 bahagian depan lidah b) Saraf ke-9 (gloso faring) membekalkan 1/3 bahagian belakang lidah c) Saraf ke-5 (trigemina) d) Saraf ke-12 membekalkan otot lidah Pusat deria rasa bertempat di copeng parietalis. 3. Deria Penglihatan mata Biji mata terletak di dalam lesung biji mata yang dikenali sebagai soket atau lesung mata. 7 daripada tulang tengkorak membentuk soket itu. Tulang-tulang ini melindungkan biji mata (melainkan bahagian depannya) Bantal lemak yang didapati di belakang biji mata memberi perlindungan yang selanjutnya. Setiap biji mata dibekalkan dengan 6 otot jalur yang menggerakkannya.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

Keseimbangan & pendengaran Salur separuh bulat yang didapati di bahagian belakang labrin tulang berfungsi membantu dalam imbangan kedudukan dan keseimbangan. Ada 3 salur separuh bulat i. ii. iii. Salur atas(supra) Salur belakang(postika) Salur sisi luar(latera)

Ketiga-tiga salur itu bersudut tepat di antara satu sama lain. Tiap-tiap satu terletak dalam satah sendiri

Gerakan kepala atau pertukaran dalam kedudukan tubuh menggerakkan bendalir limfatika dalam di salur separuh bulat dan vestibula. Bendalir limfatika dalam bergerak - merangsangkan sel-sel saraf khas mengalir ke saraf vestibula vestibula keluar dari salur separuh bulat dan bersatu dengan

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


saraf koklia membentuk saraf otak ke-8(saraf oditori) bahagian vestibula dari saraf ke-8 menjalar ke serebelum bahagian koklia menjalar ke copeng temporalis serebrum. Perasaan pening dan loya pada masa belayar adalah disebabkan oleh gangguan yang terdapat di bendalir limfatika dalam dan di salur separuh bulat. Imbangan letakan tubuh dan keseimbangan juga bergantung kepada rangsang deria yang dialirkan ke serebelum dari otot dan sendi.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

8.0 RUJUKAN
Laman Web http://www.scribd.com/doc/18279535/Sistem-saraf-autonomik Dilayari pada 10/04/2011. http://www.slideshare.net/irwanto/sistem-sara1-f-presentation Dilayari pada 10/04/2011/. http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2011/03/sistem-saraf.html Dilayari pada 10/04/2011. http://sidiqweb.wordpress.com/2010/06/22/sistem-saraf-otonom/ Dilayari pada 10/04/2011. http://biologigonz.blogspot.com/2009/11/sistem-syaraf-tepi_15.html Dilayari pada 10/04/2011. http://www.scribd.com/doc/18279406/Sistem-Saraf-Autonomik Dilayari pada 10/04/2011.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

LAMPIRAN

You might also like