You are on page 1of 2

Iner-G

Kapsul Iner G adalah herba khas untuk rawatan kencing manis. Boleh ditambah dalam kopi radix ataupun diambil dengan plantisol.Ianya juga akan memberi tenaga kepada pesakit kencing manis yang menghadapi simtom letih yang keterlaluan termasuk yang Ada masalah impotensi(tenaga lelaki).Pengambilanya juga tidak perlu tinggi iaitu 1x3 sahaja.Pada pesakit kencing manis yang masih baru,herba ini juga sangat efektif. Ia dibuat dare 100% pokok Tebu Gajah hutan spesis yang memanjat. Adanya Iner G, kini HPA memiliki herba yang lengkap untuk rawatan kepada pesakit kencing manis Set lengkap untuk rawatan kencing manis ialah Plantisol,Iner G, teh tropika dan habatulsaudak. InsyaAllah Hpa Akan berjaya mengeluarkan herba yang sangat efektif untuk rawatan kencing manis.Peratus pesakit kencing manis semakin meningkat Dan Sudah sampai masanya kita periu ada solusinya Selalunya kita akan mendapati terdapat persamaan ubatan kencing manis . Herba herbanya adalah terdiri dari herba manis dan herba yang berwarna hitam.Herba yang manis seperti lemba,stevia,tebu gajah,kulit kayu manis,tebu selasih sering digunakan dalam perubatan jawi sementara herba yang berwarna hitam pula seperti habatul saudak,garam hitam,lada hitam,ayam hitam dan lain lain lagi.Apapun perubatan kencing manis bukan satu cara malah perlu mencari kaedah mana yang bersesuaian dengan diri pesakit. Biasanya pesakit lebih suka dalam bentuk kapsul daripada bentuk air sedangkan penyakit kencing manis perlu dirawat secara teliti dan bersungguh sungguh apatah lagi jika berlaku gangrene. Saya cadangkan pesakit kencing manis mendapatkan khidmat nasihat yang betul tentang pengubatan herba yang hendak diamalkanya.Berbekam juga boleh menyebabkan luka bertambah teruk jika tidak bersih dan betul caranya.Luka kerana kencing manis akan mengakibatkan keadaan pesakitmenjadi parah. Seperti yang saya terangkan ,luka kencing manis dirawat dengan serbuk gamat sehingga tumbuh isi dari daging daging yang semakin mereput. Minuman herba khas perlu diberikan terutama dalam keadaan kencing manis yang serious.

Kencing Manis Dan herba yang berwarna hitam Dalam perubatan Jawi kita dapat mengesan ada satu kesinambungan pengubatan kencing manis dengan menggunakan herba yang berwarna hitam seperti tebu hitam,habatul saudak,beras pulut hitam/ketan ,ayam hitam dan lain-lain lagi.Garam yang digunakan untuk membuat deep cleansing juga berwarna hitam(garam bukit). Madu lebah yang terbaik untuk pesakit kencing manis juga yang berwarna hitam.Madu lebah yang berwarna jernih boleh menjadi hitam setelah disimpan setahun.Bagitu juga dengan herba yang berwarna hijau kehitaman seperti pokok daun kari atau kayu yang berwarna kehitaman iaitu kulit kayu manis. Dalam kajian nutrisi mendapati kebanyakan herba yang digunakan untuk kencing manis mengandungi cromium yang tinggi . HPA menggunakan dedalu/benalu yang daunnya merah kehitam hitaman yang terdapat dalam plantisol.Cuma pesakit kencing manis perlu meninggalkan 2 dan menggantikan 2. Perlu meninggalkan santan dan roti dan menggantikan gula putih dengan gula merah serta menggantikan beras putih dengan beras perang atau beras merah

You might also like