You are on page 1of 9

HOLY WATER..

(SUMBER BEKAS PADERI BESAR ANTHONY / AYUB ABDUL RAHMAN BIN ABDULLAH) oleh Azfar Ahmad pada pada 23hb Mac 2011 pukul 2.13 pagi Tujuan saya menulis mengenai perkara ini adalah untuk membetulkan pandangan masyarakat umum mengenai holy water. Penceramah merupakan antara yang membuat holy water. Kebanyakan dalam masyarakat kini, salah anggap terhadap holy water. Apa fungsinya? Apa bahannya? Tidak sesuai sekali jika ingin bercerita tentang holy water jika selama ini kita salah faham dengan Holy Water.Holy water hanya digunakan oleh mazhab kristian katolik (salah satu mazhab dari 2000 mahab kristian) Saya ingin meminta maaf kerana mungkin terdapat kesalahan ejaan pada sesuatu perkataan kerana saya mendengar dan menyalin berdasarkan kata-kata penceramah. MASA PEMBUATAN Dibuat setahun sekali oleh beberapa orang paderi, sehari selepas good friday. Good friday merupakan hari dimana penganut kristian mempercayai hari Jesus Christ disalib. Kebanyakan penganut akan berkumpul bukan untuk melihat pembuatannya tetapi ingin melihat Jesus Christ keluar dari kubur. (Jesus akan menjadi salah satu bahan dalam pembuatan Holy Water.) BAHAN BAHAN Sesetengah dari kita selalu cakap ia dibuat bercampur dengan arak, darah rahim, air kencing dan lain-lain. Sebenarnya ia dibuat dari air paip. air paip yang dicampur dengan 2 titis minyak zaitun dari jeruselam. Bahan seterusnya adalah lilin setinggi paderi. Kegunaan lilin ini samada sebagai bahan campur atau pengacau saya tidak pasti. Juga ditambah garam. Seterusnya bacaan doa oleh paderi-paderi selama hampir sejam atau lebih. Setelah siap, air ini akan diminum sedikit oleh paderi-paderi untuk menunjukkan air ini tidak mempunyai racun atau bahan berbahaya. KEGUNAAN Anggapan yang salah jika dikatakan air ini digunakan untuk menutup minda orang Islam terhadap agama Islam. Air ini sebenarnya digunakan sebagai bahan wudhu agama penganut agama kristian. Diletakkan diluar gereja katolik, diisi tiap minggu oleh paderi. cara menggunakannya adalah dengan meletakkan sedikit ditangan dan memulakan dengan dahi, dan melakukan penyaliban didada (seperti pemain bola yang berjaya menjaringkan gol tu) dengan bacaan doa 'In the name of father, son and the holy spirit' (mungkin salah tapi bunyinya macam tu la.) Bila penganut kristian buat macamni, semua hantu atau jin atau syaitan yang ikut mereka, akan tunggu diluar sahaja. HARAM Air ini haram dijual. bagi sesiapa yang pernah kata meminum air ini, beritahu bagaimana mereka mendapatnya. Dahulu, air ini pernah dijual oleh seseorang bernama simon, pihak katolik sepakat menyatakan haram dijual dan dosa ini dipanggil sin of simony. MINTA MAAF

firstdayever.blogspot.com 1

Saya meminta maaf dari kesilapan yang telah saya lakukan. Setiap yang baik datangnya dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari perilaku saya yang serba kekurangan. perkongsian ini adalah bertujuan meningkatkan Ilmu kita semua. InsyAllah. Moga pandangan saya kali ini, mendapat maklum balas dari anda semua. P/S ada perubahan sedikit didalam pendapat, kristian katolik di Malaysia dan di German. Di Malaysia, kadang kala memang digunakan secara minum. (dari seorang bekas paderi yang berkhidmat di Malaysia, terutama selepas pembaptisan) Isu keluar dari agama oleh Azfar Ahmad pada pada 25hb Februari 2011 pukul 10.13 pagi Saya melihat ini bukan isu kecil bagi bangsa saya. Saya rasa mereka (murtad) buta. Mereka tidak nampak apa itu Islam dan bezanya dengan agama yang lain. Islam adalah agama yang bukan dicipta oleh manusia kerana Islam itu meletakkan batasbatas didalam fitrah manusia. sebutlah kepadaku satu agama yang menghalang nafsu aku untuk menyentuh wanita? sebutlah kepada aku satu hukum dunia yang akan membunuhku kerana aku berzina? tunjukkan aku, sesuatu yang menghalang wanita dan lelaki untuk berpakaian terbuka? ingat perempuan pakai tudung tu tak panas ke? baru kat malaysia dah kecoh, belum lagi kat padang pasir.Ni semua fitrah manusia.. Kenapa dihalang? sila rujuk nota kenapa perlu adanya perkahwinan dalam Islam. Kisah Saudara baru.. (huraian dari buku KISAH SAYA SAUDARA BARU) http://books.google.com.my/books? id=WAdsg8CuKa8C&printsec=frontcover&dq=kisah+saya+saudara +baru&source=bl&ots=xm87MMHPxj&sig=ZIKOKr2NJ-8evYKzZ2NeLFRXA8&hl=en&ei=DhJnTdj9K4GycMfWjI4M&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnu m=1&ved=0CBgQ6AEwAA#v=onepage&q&f=false Seorang berbangsa cina, keturunan beragama Buddha. anak bongsu dari 4 adik beradik, semua perempuan. Dalam keluarga ini, mereka dididik untuk belajar tentang kristian. keluarga ini seorang demi seorang akan menjadi kristian sehingga tinggallah si anak bongsu ini dan mak dia. kedua-duanya masih buddha, tetapi si anak ini masih dihantar ke tempat pembelajaran ilmu kristian. Dia ni hebat dalam bahasa melayu walaupun dia hanya bersekolah dengan orang melayu ketika tingkatan 6. masa tingkatan 6 (aliran sastera), dia pernah menyertai pertandingan esei (tema berkaitan membaca)yang akhirnya meletakkan dia sebagai johan pertandingan tersebut. ayat pertama yang dia gunakan adalah IQRA atau bacalah. dan ketika disana juga dia melihat seorang guru wanita yang memakai pakaian mengandung, bosan. tidak ada corak. Pakai tudung labuh. dah cukup setahun, dia tengok cikgu tu tak beranak lagi. bila ditanya kepada kawan dia, barulah dia tahu baju itu sebenarnya jubah. tanpa antuan sesiapa dia selalu membuat perbandingan antara agama kakak-kakanya dengan agama Islam dengan agama buddha. dia perhatikan, pakaian kakak dia masa ketika menganut buddha dan ketika masa menganut kristian sama ja. shortpant (cina kan selalu pakai shortpant.) tak ada beza pun. masa kakak dia ni murtad dari agama

firstdayever.blogspot.com 2

buddha, mak ayah macam tak kisah pun tetapi bila si anak ini murtad dan masuk islam, kecoh seluruh keluarga. Banyak lagi yang dia perhatikan. tiba masa masuk ke pusat pengajian tinggi ramai tanya kenapa dia memilih Islam. Adakah sebab dia bermimpi bertemu Rasullulah atau para sahabat. Dia menjawab melalui pemerhatian. dan dia berfikir sejenak, maknanya beruntung mereka yang dikurniakan hidayah terus dari Allah kerana dapat melihat Rasul yang mulia. Sedangkan saya pun tak pernah lagi. Di Malaysia Ditanah ini, kita diancam dengan isu ini. kerana hak kebebasan beragama. Didalam perlembagaan. Kamu bebas untuk memilih agama apa pun apabila cukup umur 18 tahun. Hak kebebasan beragama ini juga ada dalam perlembagaan dunia. Disebabkan ini bukan sedikit yang murtad dari agama mereka untuk memeluk agama Islam. Tambah lagi negara-negara barat. bukan sedikit. jadi umat Muhamad, jangan kamu takut tetapi yakinlah Allah pasti membantu kita. Produk halal pula semakin menarik perhatian agama lain. Yakinlah umat Muhamad, satu hari nanti kamu akan menakluk dunia ini kembali. Sukarkah Bersyahadah ketika ajal menjemput? oleh Azfar Ahmad pada pada 10hb Mei 2011 pukul 1.33 pagi LailahaillAllah, kata2 seekor burung tiung.. Hanya itu perkataan yang tahu disebut setelah dilatih.. Akhirnya Ia dipijak, matinya tidak mengucap, tetapi mengeluarkan bunyinya yang asli.. Begitu juga manusia, apabila datang sakitnya mati, lihatlah apa di dalam hatinya.. Apa yang kita selalu fikirkan itulah yang akan kita ungkap pada saat-saat kematian. Bila menghampiri mati, kita akan jujur sejujur-jujurnya, membuka segala salah dan silap, membuka seribu rahsia dan lain-lain lagi. Bayangkan apakah ungkapan kita yang terakhir? Adakah nama kekasih kita? Adakah harta-harta kita? Bukan semudah yang disangka ketika mati untuk mengingati Allah. Andai berlaku kemalangan ngeri dan diri ini menjadi mangsa, kita sendiri berharap kita akan selamat, tidak mahu mati. Adakah syurga itu tidak seindah dunia atau risau akan neraka? Ketika melangkahnya kaki ke tabika, rindu pada keluarga. Ketika melangkah ke sekolah rendah, rindu pada kawan-kawan tabika.Ketika melangkah ke sekolah menengah, rindu akan kawan-kawan sekolah rendah. Ketika melangkah ke alam kerja, rindunya zaman persekolahan.Ketika mati? Rindunya akan dunia.. Dapatkah kita lihat sayangnya Rasullulah pada umatnya, ketika Baginda wafat siapa yang disebut-sebut Baginda? 'Umati,umati,umati..' Sejahtera ke atas Rasullulah dan para keluarga. Cinta dan kasihnya Baginda pada umat-umatNya yang selalu leka akan diri Baginda.. Apakah perbualan antara Allah dan Rasul ketika Isra Mi'raj? Bacaan Tahiyat!

firstdayever.blogspot.com 3

Rasul: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Allah: Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Rasul: Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Allah: dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. LIHATLAH SIAPA YANG DIDOAKAN BAGINDA DI HADAPAN ALLAH? Sejahtera ke atas KAMI dan atas HAMBA-HAMBA yang soleh. Dapatkah kita menyayangi Rasul seperti Baginda menyayangi kita? Dapatkah kita bersyahadah ketika datangnya mati? 25 Disember, Apa sebaliknya? oleh Azfar Ahmad pada pada 20hb Mei 2011 pukul 11.49 pagi AwamRakan-rakanHanya SayaTersuaiRakan Karibdak kelas poliLihat semua senarai...skukSMK Raja Muda MusaPoliteknik Tuanku Sultanah BahiyahSekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musasmk bukit merchuKawasan KulimKeluargaKenalanKembali Bismillah Perayaan Krismas haram disambut oleh semua muslim, kerana ajaran Kristian mengatakan bahawa anak tuhan lahir pada 25 Disember. Tidak ada satu ayat pon di dalam Bible yang mengatakan Isa a.s lahir pada 25 disember. Apa yang ada cuma, Lukas 2:1-8, Pada waktu itu Kaisar Agustus mengeluarkan suatu perintah, menyuruh mendaftarkan semua orang di seluruh dunia. Inilah pendaftaran yang pertama kali diadakan sewaktu Kirenius menjadi wali negeri di Siria. Maka pergilah semua orang mendaftarkan diri, masing-masing di kotanya sendiri. Demikian juga Yusuf pergi dari kota Nazaret di Galelilea ke Yudea, ke kota Daud yang bernama Betlehem, kerana ia berasal dari keluarga dan keturunan Daud- supaya didaftarkan bersama dengan Maria, tunangannya yang sedang mengandung. Ketika mereka disitu tibalah waktunya bagi Maria untuk bersalin dan ia melahirkan seorang anak laki-laki, anaknya yang sulung, lalu dibungkusnya dengan lampin dan dibaringkannya di dalam palungan, kerana tidak ada tempat bagi mereka dirumah penginapan. Di daerah itu ada pengembala-pengembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam. Matius 2:1, 10, 11 Sesudah JESUS dilahirkan di Betlehem di tanah Yudea pada zaman Herodus, datanglah orang-orang Majusi dari Timur ke Yerusalem. Ketika mereka melihat bintang itu, sangat bersuka citalah mereka. Maka masuklah mereka kedalam rumah itu dan melihat anak itu bersama Maria, ibunya. Apa yang bertentangan seperti zaman pemerintahan raja tidak dihuraikan disini. Apa yang cuba dihuraikan adalah, inilah ayat-ayat yang menyatakan kelahiran Isa a.s.

firstdayever.blogspot.com 4

Jadi dimana ayat yang menyatakan 25 Disember? Untuk pengetahuan semua, tiada seorang pun yang masih hidup pada hari ini yang mengetahui tarikh lahir Isa a.s. Ia cuma sangkaan bagi setiap Mazhab dalam Kristian. Bagi katolik, penggunaan 25 disember, 7 Januari bagi Ortodok, 6 Januari bagi Armenian Apostolic Church dan 19 Januari bagi Armenians di Jerusalem. Saya akan menghuraikan mengenai 25 Disember. Bagaimana dapatnya idea untuk mengatakan 25 Disember adalah tarikh lahir Jesus. Pada satu masa dahulu, 25 Disember merupakan perayaan menyambut kelahiran 'The SUN of God' (Tuhan Matahari), perayaan yang sangat meriah dan menjadi budaya bagi rakyat Rom untuk bersuka ria pada waktu ini. Buktinya dalam Lukas 'Di daerah itu ada pengembalapengembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam.' dan matius Sesudah JESUS dilahirkan di Betlehem di tanah Yudea pada zaman Herodus, datanglah orang-orang Majusi dari Timur ke Yerusalem. Ketika mereka melihat bintang itu, sangat bersuka citalah mereka. Maka masuklah mereka kedalam rumah itu dan melihat anak itu bersama Maria, ibunya. bertentangan dengan suhu pada 25 Disember di Israel. Pada masa ini Bethlehem, Israel mengalami musim sejuk. Pengembala tinggal di padang pada waktu malam untuk menjaga ternakan mereka? Dalam cuaca sejuk sebegini, mereka tinggal dipadang? Matius, "mereka melihat bintang", sedangkan hari hendak hujan pun bintang langsung sukar dilihat inikan musim sejuk yang boleh mencecah sehingga kehadiran salji, mereka masih dapat melihat bintang? Padang, apa itu padang? Ternakan di padang. Untuk apa? Meragut rumput, menunjukkan bukan pada musim salji. Pemahaman menyembah tuhan matahari mula lenyap tetapi apa yang hendak dilakukan pada hari tuhan matahari, hari bersuka ria yang telah mereka sambut berpuluh atau beratus tahun? Maka bertukarlah 'The Sun of God' kepada The Son of God' yang menyatakan Jesus lahir pada 25 disember. Maka menyambut kelahiran tuhan matahari adalah haram di dalam Islam. Saya meminta maaf jika ada kesilapan didalam penulisan ini dan juga kepada orang Kristian, penulisan ini cuma untuk memberitahu kepada orang muslim bahawa mengapa kita diharamkan menyambut beberapa perayaan bagi kaum-kaum lain. Jika ada kesilapan sila kemukakan. Rujukan:Perayaan Natal antara dogma dan toleransi. Hjh Irena Handono (bekas rahib indonesia) http://en.wikipedia.org/wiki/Christmas Siapa Kita Sebagai Manusia? oleh Azfar Ahmad pada pada 21hb Oktober 2011 pukul 9.20 pagi 'Semua pendapat manusia boleh ditentang kecuali Rasullulah..' Imam Malik.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi MAha Pengasihani, Setelah Imam Malik sendiri setuju untuk pendapatnya dibantah, maka haruslah

firstdayever.blogspot.com 5

kita sedar siapa kita. Sedangkan seorang imam ini sanggup mengatakan mungkin ada berlakunya kesilapan dalam dirinya, inikan kita yang teramatlah jahil di bumi Allah. Banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis, kisah beberapa orang Nabi Allah, menasihati keluarga mereka supaya tidak mensyirikkan Allah. Sedangkan mereka yang berbapakan seorang nabi juga akan lalai dan leka, inikan kita yang sibuk dengan keduniaan. Saya disini bukanlah untuk menceritakan kisah-kisah para nabi tetapi untuk membawa satu kisah dari Zaman Nsbi Musa a.s. untuk kita menyedari kesilapan kita dan status kita sebagai seorang hamba. Pada suatu hari seorang yang wara dari bangsa yahudi menasihati rakannya untuk berhenti mencuri dan melakukan kebaikan. Terlampauah banyaknya keburukan yang dilakukan oleh pencuri ini. Maka ketika pencuri ini ingin melakukan kejahatan, tangannya disentap oleh wara ini dan terus menasihati pencuri ini. Setelah memberi nasihat ringkas, pencuri ini menyentap tangannya kembali dan menyatakan, 'ini urusanku, jangan kamu masuk campur'. Lalu Si Wara berkata 'kamu akan dimasukkan dalam neraka Allah'. Sinpencuri itu pergi juga dengan berkata 'kamu bukanlah Allah untuk menentukan tempatku.' Setelah tibanya Kiamat nanti, diceritakan bahawasanya Allah bertanya kepada Si Wara 'Adakah kamu lebih mengetahui dariKu? maka masuklah kamu kedalam neraka kerana mencampuri HakKu.' dan dimasukkan pula Si pencuri ke syurga demi menunjukkan larangan mencampuri hak Allah. Jadi, dimana kita? Siapa kita? Berapa tinggi darjat kita untuk menentukan dia syurga atau neraka? Ya, memang Allah dan Rasullulah telah menyebut beberapa golongan yang akan masuk neraka dan beberapa golongan yang akan masuk syurga, tetapi kita dilarang menyatakan ia adalah ahli neraka atau ahli syurga. Kerana itu bermaksud mencampuri Hak Allah s.w.t. Sebagai contoh saya ambil peredaran fesyen tudung yang seperti bonggol unta, diriwayatkan oleh Rasullulah, ini adalah golongan neraka. Sekalipun Rasullulah telah bersabda sedemikian, kita tidak ada hak untuk mengatakan mereka yang memakai tudung seperti itu adalah ahli neraka. Berkata seperti itu bukanlah hak kita, hak kita hanya berhadapan dengannya dan mengatakan Rasullulah melarang untuk berpakaian seperti itu. Kisah kejadian dari Bibble Lama Kejadian 1:1 Pada mulanya Allah menciptakan langit dan bumi. Lama Kejadian 1:2 Bumi belum berbentuk dan kosong; gelap gulita menutupi samudera raya, dan Roh

firstdayever.blogspot.com 6

Allah melayang-layang di atas permukaan air. Lama Kejadian 1:3 Berfirmanlah Allah: "Jadilah terang." Lalu terang itu jadi. Lama Kejadian 1:4 Allah melihat bahwa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap. Lama Kejadian 1:5 Dan Allah menamai terang itu siang, dan gelap itu malam. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari pertama. Lama Kejadian 1:6 Berfirmanlah Allah: "Jadilah cakrawala di tengah segala air untuk memisahkan air dari air." Lama Kejadian 1:7 Maka Allah menjadikan cakrawala dan Ia memisahkan air yang ada di bawah cakrawala itu dari air yang ada di atasnya. Dan jadilah demikian. Lama Kejadian 1:8 Lalu Allah menamai cakrawala itu langit. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kedua. Lama Kejadian 1:9 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah segala air yang di bawah langit berkumpul pada satu tempat, sehingga kelihatan yang kering." Dan jadilah demikian. Lama Kejadian 1:10 Lalu Allah menamai yang kering itu darat, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut. Allah melihat bahwa semuanya itu baik. Lama Kejadian 1:11 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah tanah menumbuhkan tunas-tunas muda, tumbuhtumbuhan yang berbiji, segala jenis pohon buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji, supaya ada tumbuh-tumbuhan di bumi." Dan jadilah demikian.

firstdayever.blogspot.com 7

Lama Kejadian 1:12 Tanah itu menumbuhkan tunas-tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala jenis pohon-pohonan yang menghasilkan buah yang berbiji. Allah melihat bahwa semuanya itu baik. Lama Kejadian 1:13 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari ketiga. seterusnya rujuk http://einjil.com _____________________________________________________________________ Rumusan Hari pertama, Allah menciptakan langit dan bumi. *bumi tandus, kosong,tiada bentuk, ada air, ada roh sebagai kehidupan. Penciptaan siang dan malam. Hari kedua, Allah menciptakan langit dari air, Hari ketiga, Allah menciptakan daratan, air diarah untuk berkumpul disuatu tempat sehingga tanah kering. *Allah menciptakan tumbuh-tumbuhan. Hari keempat, Allah menciptakan sumber-sumber cahaya. Matahari pada waktu siang, bulan pada waktu malam. Bintang-bintang. Semuanya sebagai pengukur masa. Juga untuk memisahkan malam dan siang. Hari kelima, Allah menciptakan haiwan di laut dan di darat. Hari keenam, Allah menciptakan manusia seperti rupaNya, dan mengarahkan semua manusia dan haiwan memakan tumbuhan. __________________Setiap hari terjadinya pagi dan petang______________________ Kesalahan 1.Siang dan malam dicipta pada hari pertama tetapi matahari tercipta pada hari ke

firstdayever.blogspot.com 8

empat. 2. Kejadian 1:6 langit memisah air dari air. Air dilaut dan air di atas bererti awan atau hujan,tidak mungkin keduanya(awan atau hujan) terjadi tanpa adanya matahari. 3.Mana lebih tinggi, awan atau langit? 4.Menciptakan tumbuhan pada hari ketiga, sedangkan matahari tercipta pada hari keempat.Bagaimana tumbuhan dapat hidup tanpa cahaya? 5.Perlagaan idea, Allah menghasilkan binatang pada hari keempat dan mengarah bumi mengeluarkan binatang pada hari kelima. 6.Haiwan karnivor tidak mungkin akan makan tumbuh-tumbuhan. Perkataan yang digunakan adalah segala yang merujuk kepada kesemuanya. di tulis oleh Muhamad Azfar bin Ahmad pada 10:48 PM firstdayever.blogspot.com

firstdayever.blogspot.com 9

You might also like