You are on page 1of 12

Soalan: Menulis satu esei berkaitan nilai-nilai dalam agama berikut Islam, Kristianiti, Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Taoisme

e dan Confucinisme.

Pilihan Agama Islam.

Beragama adalah fenomena sejagat dimana kini hampir setiap masyarakat di dunia percaya bahawa wujudnya agama dan sama sekali tidak terus menidakkan kewujudan dan peranan agama dalam membentuk nilai dalam sebuah masyarakat hingga kini. Sifat kesepakatan dalam pengaruh agama membentuk sesebuah nilai dalam masyarakat maka suatu kajian tidak akan lengkap tanpa melihat faktor agama sebagai salah satu faktor yang banyak mempengaruhi pembentukan nilai masyarakat dalam sesebuah negara. Dalam Islam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan akidah. Bagi seseorang muslim, nilai yang dipegang adalah berpandukan kepada ajaran dan panduan al-Quran dan sunnah. Memandangkan sebahagian penduduk di Malaysia beragama Islam maka nilai-nilai yang terdapat dalam agama Islam seperti hormat-menghormati, rajin, bertanggungjawab, penyabar dan banyak lagi berperanan besar dalam pembentukan masyarakat Malaysia pada hari ini. Dalam pemerhatian saya, saya mendapati nilai-nilai yang terdapat dalam agama Islam sangat bersifat universal dan jika diteliti nilai-nilai itu sebenarnya terdapat dalam semua ajaran agama. Jadi, tidaklah menjadi satu isu jika diterapkan nilai Islam dalam masyarakat Malaysia kerana tiada tentangan atau bantahan daripada mana-mana kumpulan agama di Malaysia. Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai nilai yang merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama,

untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia (Wan Mohd. Zahid, 1988). Bagi memperincikan lagi penerangan saya berkaitan nilai-nilai dalam agama Islam, saya akan memfokuskan kepada beberapa nilai utama yang menjadi tuntutan dalam agama Islam. Nilai yang pertama yang pada hemat saya penting dan perlu diterapkan dalam masyarakat kini adalah sabar. Sabar merupakan salah satu akhlak dalam Islam yang paling utama dan ditekankan oleh al-Quran baik pada surah-surah Makkiah mahupun Madaniah serta merupakan akhlak yang terbanyak disebut dalam al-Quran iaitu sebanyak lebih daripada tujuh puluh tempat, menurut Imam AL-Ghazali dalam bukunya Assobru Wasysyukru. Melalui penyelidikan yang telah dijalankan, saya mendapati yang masyarakat kita kini semakin hilang sifat pertimbangan dan kemanusiaan. Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu KFC (Kentucky Fried Chicken) yang merupakan salah satu restoran makanan segera yang utama di negara kita di mana berita melaporkan pekerja di KFC tersebut membelasah salah seorang pelanggan yang melemparkan kata-kata kesat terhadap mereka. Pelanggan tersebut dilaporkan menunggu selama satu jam utk mendapatkan beberapa ketul ayam goreng dan apabila sampai giliran beliau, ayam telah habis. Pelanggan tersebut menjadi marah lalu melemparkan kata-kata kesat berunsur perkauman kepada pelayan terbabit. Pada hemat saya, perkara ini tidak akan terjadi sekiranya kedua-dua pihak mempunyai sifat sabar dan boleh bertoleransi. Pelanggan tersebut sepatutnya paham akan keadaan yang berlaku dan bukannya pelayan terbabit berkehendakkan perkara itu terjadi. Jika pelanggan terbabit mempunyai sifat sabar, pastinya beliau boleh membuat aduan dengan cara yang baik dan berhemah agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Pelayan tersebut pula seharusnya paham akan keadaan pelanggan, pelanggan yang menunggu begitu lama dan kemudian dilaporkan apa yang dipesan habis pasti akan meletus. Pelayan seharusnya bersabar dengan

kerenah pelanggan, sepertimana yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 177 : Dan orangorang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orangorang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. Sekiranya pelayan tersebut dapat mengawal emosi dan menahan sabar pastinya pergaduhan tidak akan terjadi. Pelayan tersebut dapat menangani perkara itu dengan mententeramkan pelanggan serta memberitahu sebab-sebab terjadinya masalah tersebut. Alangkah bertuahnya jika kita dapat menanam sifat sabar yang tinggi dalam diri kerana telah terbukti dalam banyak surah-surah dalam al-Quran yang menyatakan bahawa Allah sangat mengutamakan orang-orang yang bersabar. Berbagai kebaikan di dunia dan di akhirat sebagai balasan kepada orang yang bersabar. Berjaya di dunia dan kesenangan di akhirat, dimasukkan ke dalam syurga dan terhindar dari seksa api neraka serta memperoleh seluruh kebaikan yang diperlukan oleh setiap orang atau masyarakat tentu saja semua ini bergantung kepada tahap kesabaran seseorang itu. Antara ayat-ayat yang mengutarakan perkaitan tentang sabar ini adalah surah alBaqarah ayat 153 yang bermaksud Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar dan surah Ali Imran ayat 146 yang bermaksud Dan Allah menyukai orang-orang yang sabar. Selain daripada itu, dijelaskan lagi bahawa orang-oarang yang sabar mudah untuk memperoleh berkat, petunjuk dan rahmat dari Allah seperti yang dikemukan dalam suray al-Baqarah ayat 155 dan 157 yang bermaksud Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar dan Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. Jadi jelaslah di sini bahawa nilai dan sifat sabar amatlah dituntut dalam islam dan patut dipraktikkan juga dalam agama lain agar masyarakat kita dapat hidup di bawah satu bumbung tanpa sebarang masalah perkauman. Sekiranya sifat ini dapat disemai dalan diri, pastinya isu

kesesakan jalan raya dan masalah lalu lintas, mengamuk atau memarahi tanpa usul periksa pasti dapat dielakkan. Sifat sabar sangat membantu utk melahirkan bangsa Malaysia yang berperibadi tinggi dan berhemah. Kita tinggalkan mengenai ulasan sifat sabar untuk kita teruskan kepada nilai seterusnya yang mengangkat martabat Islam yang memang terkenal dengan nilai-nilai murni yang membawa kepada kesejahteraan sejagat. Nilai seterusnya yang menarik minat saya untuk diceritakan adalah nilai bertanggungjawab. Dewasa kini, masyarakat di Malaysia semakin hilang pedoman dan rasa bertanggungjawab sesama sendiri. Nilai bertanggungjawab dapat saya definiskan sebagai Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Setiap insan di dunia harus bertanggungjawab dan melaksanakan semua tugas yang diberikan dengan sehabis baik. Kita harus menyemai sifat bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kita mesti membantu antara satu sama lain dengan ikhlas agar dapat membentuk satu bangsa Malaysia yang harmoni dan pertiwi. Dalam hal pentadbiran, seseorang pekerja haruslah melakukan setiap tugasan yang diberi dengan penuh bersungguh-sungguh. Manakala dari segi hubungan antara sesama manusia nilai bertanggungjawab amatlah memainkan peranan yang sangat penting kerana akhir-akhir ini banyak isu-isu baru yang menggemparkan mengenai sifat tidak bertanggungjawab ibu bapa terhadap anak, anak terhadap ibu bapa serta suami terhadap isteri. Allah berfirman di dalam surah An-Nisa ayat 36 yang bermaksud Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya degan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa jelaslah ayat ini menerangkan betapa besarnya tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa yang telah melahirkan kita. Ini jelas kerana, kedua orang tua kita yang menyebabkan kita ada di dunia ini dan sebab anaklah kesulitan menimpa kedua orang tua kerana menyusukan, melahirkan, memberi pendidikan, nafkah dan sebagainya.

Isu yang ingin saya kemukakan di sini adalah mengenai sifat tidak bertanggungjawab seorang suami terhadap isterinya. Dilaporkan seorang isteri telah dibelasah teruk oleh suaminya akibat cemburu. Suami wanita terbabit telah membaca kiriman pesanan ringkas (SMS) dari rakan wanita terbabit yang bertanyakan akan hubungan mangsa dengan seorang lelaki lain. Suami wanita terbabit yang membaca pesanan itu naik angin lalu bertanya akan hal sebenar kepada isteri beliau. Akibat tidak percaya akan kenyataan isterinya, suami tersebut menumbuk muka si isteri dan duduk di atas badan mangsa lalu menarik rambut dan berlalu pergi. Pada hemat saya, tindakan yang dilakukan suami terbabit amat tidak bertanggungjawab kerana jelas kita tahu dalam Islam amat menekankan sifat bertanggungjawab di antara suami dan isteri. Ini lebih-lebih lagi ke atas suami kerana suami adalah ketua rumah yang perlu menjaga hal-hal rumahtangga dan memperbaiki apa yang tidak betul. Ini jelas dibuktikan melalui firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 4:19 yang bermaksud: dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasa) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya); kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). Jelas disini menunjukkan betapa Allah sangat mementingkan hubungan baik di antara suami dan isteri. Sekiranya suami terbabit mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap isterinya, beliau akan terlebih dahulu memastikan apa yang beliau fikirkan adalah benar dengan berbincang dan mencapai kata sepakat bersama. Adalah dayus bagi seorang lelaki memukul wanita tanpa usul-periksa lebih-lebih lagi jika wanita tersebut adalah isteri sendiri yang merupakan tanggungjawab kita untuk menegur dam membetulkan jika mereka melakukan perkara yang salah.

Kesan daripada peristiwa tersebut adalah keruntuhan rumahtangga yang pada pandangan saya amatlah menngecewakan apabila perkahwinan yang terbina selama beberapa tahun musnah begitu sahaja hanya akibat sikap terburu-buru dan langsung tidak bertanggungjawab. Sekiranya ada sedikit nilai tersebut, perkahwinan pasti dapat diselamatkan dan hubungan akan menjadi bertambah erat jika kita dapat menempuh susah senang hidup bersama-sama seperti yang terkandung dalam surah An-Nisa ayat 4:34 yang bermaksud Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka Seterusnya kita beranjak kepada nilai yang ketiga yang ingin saya fokuskan dalam penulisan akademik saya ini. Nilai yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan adalah nilai bersyukur. Marcapada ini, masyarakat di Malaysia semakin tidak bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita. Air, udara, kesihatan, bayangkan jika Allah menarik kembali nikmat ini dan kita terpaksa membeli setiap keperluan ini pada setiap hari untuk digunakan, mampukah kita? Biarpun kita kaya penuh wang berjuta namun jika keperluan ini sudah habis di pasaran pastinya kita tiada daya lagi untuk melakukan apa-apa selain memohon kepada Tuhan. Dalam Islam, Allah sangat mementingkan nilai bersyukur di mana dalam surah Ibrahim ayat 14:7 yang menyatakan: Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatku), maka sesungguhnya azabku sangat pedih membuktikan betapa Allah murka akan orang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan.

Untuk memperjelaskan dengan lebih mendalam akan perkara ini, ingin saya mengutarakan satu isu semasa yang begitu menarik minat saya berkaitan manusia yang tidak tahu bersyukur kerana mahu mengubah wajah dan rupa paras yang telah diberikan. Isu ini terjadi dengan meluasnya lebih-lebih lagi di luar negara, tetapi masih ada juga rakyat di Malaysia yang melakukan pembedahan plastik. Seorang wanita dilaporkan mengalami masalah pendarahan yang banyak apabila pembedahan bibir yang dilakukan beliau tidak berjaya. Beliau dilaporkan melakukan pembedahan tersebut untuk membesarkan bibir tetapi kesudahannya beliau memperoleh bibir yang sangat besar dan kelihatan membengkak yang pada pandangan saya ianya amatlah buruk jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah Allah kurnikan kepada beliau. Isu pembedahan plastik ini banyak berlaku dalam kalangan artis yang mementingkan kecantikan kerana mereka beranggapan semakin cantik mereka, semakin banyak tawaran pekerjaan akan diberikan dan ini amatlah dimurkai oleh Allah keran mngubah ciptaan-NYA dan ini terbukti di dalam hadits Rasulullah yang berbunyi Allah melaknat wanita-wanita yang mentato dan yang meminta untuk ditatokan, yang mencukur (menipiskan) alis dan yang meminta dicukur, yang mengikir gigi supaya kelihatan cantik dan merubah ciptaan Allah. Sudah banyak kegagalan yang dilaporkan akibat penbedahan plastik, salah satu yang kita dapat lihat dengan jelas adalah penyanyi tersohor Michael Jackson yang dahulunya berwajah gelap tetapi selepas menjalani pembedahan plastic beliau menjadi terlalu putih dan pada pandangan saya wajah baru beliau adalah tidak asli dan tidak sempurna seperti yang Allah ciptakan ke atas kita. Akibat sifat tidak bersyukur ini, manusia menjadi tamak dan tidak pernah puas dengan apa yang telah dikurniakan oleh Tuhan. Manusia menjadi rakus untuk mencuba sesuatu yang baru seperti menginginkan telefon bimbit baru yang lebih canggih walhal sudah mempunyai telefon yang sudah sedia canggih. Manusia semakin alpa dengan hal dunia akibat ingin

mengejar kemewahan, kecantikan, pangkat dan harta. Akibat tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan kita menjadi ingin mencari lebih lagi dari apa yang kita ada walhal apa yang kita perolehi adalah memadai dan cukup dengan tafaf hidup kita. Tidak menjadi halangan jika kita terus-menerus mengejar hal dunia tetapi tetap melakukan apa yang diperintahkan Allah. Ingin saya kongsikan kisah ini di mana Saidina Umar al-Khattab bertawaf keliling kaabah dan terdengar seoarang lelaki berdoa Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit. Apabila ditanya, lelaki itu menjelaskan ayat al-Quran yang bermaksud sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur dan rupanya dia berharap supaya menjadi orang yang bersyukur dan dapat memasuki kumpulan tersebut. Untuk nilai seterusnya, ingin saya kongsikan mengenai nilai tidak mudah berputus asa. Putus asa mungkin kita lihat adalah perkara biasa dan lumrah dalam kehidupan kita namun akibat putus asa yang melampau ianya boleh membawa kepada terjadinya perkara-perkara yang tidaak diingini seperti tekanan jiwa, stress dan yang paling teruk bunuh diri. Akibat putus asa, manusia mungkin boleh hilang pedoman dan pegangan hidup. Seseorang akan berasa lemah dan tidak bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja harian dan lebih teruk tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan. Putus asa diakibatkan oleh pelbagai perkara contohnya perceraian, putus cinta, kegagalan dalam pelajaran dan banyak lagi. Putus asa berpunca daripada kurangnya motivasi dalam diri yang mendorong untuk terus merasionalkan perkara yang terjadi, bagi umat islam putus asa terjadi akibat kurangnya iman dan apabila tiada iman syaitan jahat akan memandu diri untuk terus menjadi lemah. Dendam, marah dan kecewa akan mula menguasai diri. Ingin saya kemukan satu isu yang sangat tidak bermoral yang banyak berlaku dalam kalangan remaja yang mudah putus asa iaitu bunuh diri. Bunuh diri merupakan dosa yang sangat besar, yang hampir mendekati dosa kekafiran semoga Allah melindungi kita dari perbuatan ini kerana perbuatan membunuh diri merupakan sikap putus asa terhadap rahmat

Allah. Firman-Nya yang bermaksud,"...Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir". (Yusuf:87) Jadi jelaslah di sini bahawa Allah sangat memurkai orang-orang yang mudah berputus asa terhadap rahmat yang dikurniakan-NYA dan Allah bersabda yang bermaksud Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya. (HR. Muslim, 109). Isu yang menarik minat saya akan peristiwa bunuh diri ini di mana pada tahun lepas, kita dikejutkan dengan berita kematian rakan akrab Sosilawati iaitu Sarina Jaafar yang ditemui tergantung di dalam bilik tidurnya. Beliau yang juga pengasas kepada syarikat kosmetik Aweer Sdn. Bhd dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan. Kematian Sarina Jaafar tidak sampai sebulan selepas kematian Sosilawati membangkitkan beberapa isu sehingga cuba dikaitkan dengan kematian Sosilawati. Namun, ia disangkal oleh polis dan keluarga allaryarhamah. Satu kes lagi yang saya temui adalah yang berlaku di Universiti Industri Selangor apabila seorang pelajar India mati menggantung diri. Seorang pelajar yang mulanya menyangka bau busuk berpunca dari tandas rosak rupa-rupanya bau mayat seorang pelajar hanya memakai tuala mandi ditemui tergantung menggunakan selimut di kipas siling asrama lelaki universiti itu pada pukul 11.20 malam semalam.Laporan menyatakan bahawa motif membunuh diri dikatakan akibat keputusan peperiksaan yang teruk dan putus cinta. Rata-rata kejadian bunuh diri ini berlaku lebih kepada bukan Islam dan ini mungkin terjadi kerana tiada penekanan akan betapa berdosanya jika melakukan perbuatan tersebut. Bagi orang Islam, perbuatan membunuh

diri adalah dilarang sama sekali dan jelas dalam al-Quran Surah al-Taubah ayat 9:84 menyatakan Jangan sesekali kamu sembahyangkan sesiapa pun juga dari kalangan mereka yang mati, dan jangan kamu berdiri di atas kuburnya. Mereka itu kufur dengan Allah dan Rasul-Nya dan mati dalam keadaan fasik. Membunuh diri adalah jalan terakhir yang difikarkan oleh seseorang akibat putus asa dan tidak mahu menempuhi cabaran-cabaran yang Allah berikan. Kesan daripada berputus asa berdasarkan kajian yang telah saya jalankan antara lainnya seperti mengalami kemurungan di mana seseorang itu sentiasa marah, sedih dan mudah dilanda penyakit. Kemudian, percakapan dan perbuatan mereka menjadi negatif di mana mereka boleh menjadi semakin pendiam atau pemarah dan yang terakhir kesan daripada putus asa adalah melanggar syariat Islam seperti membuat maksiat atau membunuh diri seperti yang saya ceritakan. Nilai terakhir yang ingin saya kongsikan yang menarik minat saya adalah kebersihan. Dalam Islam, kebersihan memiliki tempat yang sangat penting dalam ajarannya, hingga Rasulullah saw bersabda Ath-Thuhur syathrul Iman (kesucian itu adalah sebagian dari iman). Bersih bermaksud bebas dari kotoran atau najis, suci, murni dan bebas daripada anasir yang tidak baik. Saya ingin memfokuskan isi perbincangan kepada bersih dari segi persekitaran seperti taman-taman permainan, persekitaran adan yang paling yang tumpukan perhatian adalah kebersihan di restoran. Ini kerana, melalui pemerhatian dan kajian yang dilakukan kebelakangan ini kerap terjadi isu keracunan makanan sama ada di restoran-restoran ataupun di sekolah. Kita sering kali mendengar berlakunya keracunan makanan. Malah kematian berpunca dari keracunan makanan juga dilaporkan.Walaupun secara sedar atau tidak, ramai di antara kita biasa mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Dari Januari hingga

Ogos tahun ini tiga belas kes keracunan makanan melibatkan 801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri dari pelajar sekolah. Kebiasaannya, keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda-tandanya termasuklah rasa mual, muntah, cirit- birit, peningpening serta gangguan perut. Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius. Sebuah restoran di Kuala Lupur dilaporkan tidak menjada kebersihan sehingga menyebabkan seorang remaja cirit-birit dan muntah-muntah selepas makan di kedai tersebut. Sangat kotor! Itulah ungkapan paling sesuai diberikan kepada pemilik kedai makan yang tidak menjaga kebersihan sehingga memaksa pihak Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penutupan kepada kedai berkenaan. Tinjauan pihak akhbar Metro mendapati ayam yang sudah dimasak dibiar tergantung dekat longkang tiada penutup dan tersumbat. Malah, lipas berlegar-legar di setiap sudut dapur kedai berkenaan. Islam mengajar kita umatnya untuk memakan makanan yang bersih kerana makanan adalah punca pembangunan diri seseorang, jika baik makanannya baiklah pekertinya. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 57 yang bermaksud: "Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, melainkan mereka menganiaya diri mereka sendiri" dan makanan yang halal yang diketahui sumbernya daripada mana seperti yang disebut dalam al-Quran Surah Al-Baqarah, ayat 168 Hai sekalian manusia, makanlah yang halal dan baik dan apa yang terdapat di mukabumi; dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu".

Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan di sini bahawa ajaran-ajaran yang terdapat dalam agama Islam sangatlah relevan dan bersesuaian untuk di aplikasikan dalam kehidupan kita di Malaysia. Di mana kita semua sedia maklum yang masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan bangsa. Sekiranya nilai-nilai yang terdapat dalam ajaran Islam dapat disemai dalam seluruh masyarakat Malaysia, saya yakin yang negara kita dapat membentuk satu bangsa Malaysia yang kuat dan sepakat. Bagi yang beragama Islam luangkanlah masa untuk agama. Agama Islam bukanlah kisah ketuhanan atau sembahyang. Islam sebenarnya adalah cara hidup. Orang Islam yang rosak itu adalah mereka yang mengaku Islam tetapi tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Jadi tidak hairanlah, seorang Islam itu masih terkapai-kapai dalam kekayaan, masih hidup dalam keganasan dan minda yang tertutup, masih mencari penyelesaian lain yang hakikatnya telah ada dalam Islam. Ini semua adalah kerana, mereka tidak mendapatkan ajaran Islam yang sebenar dan mereka tidak menghayati ajaran yang telah pun mereka temui.