You are on page 1of 2

Contoh media yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diriadalah seperti video mengenai cara-cara penjagaan

kebersihan gigi serta cara-caramemberus gigi yang betul. Tayangan video ini akan membolehkan murid-murid lebihmemahami dan nampak dengan jelas cara perlakuan memberus gigi yang betul.Bahan sumber yang dapat digunakan dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diriadalah bahan maujud seperti model berus gigi, model ubat gigi, model sabun mandidan model syampu rambut. Model-model ini boleh digunakan semasa sesi mainperanan di mana beberapa orang murid dipanggil ke depan untuk membuatdemonstrasi memberus gigi, menyampu rambut dan menyabun badan dengan betul.Menggunakan Media dan BahanBagi pengajaran tajuk Kesihatan Diri, guru perlulah mengkaji bahan sumber seperti model berus gigi, model ubat gigi, model sabun mandi dan model syampurambut sama ada masih berada dalam keadaan elok atau sebaliknya sebelumdigunakan. Selepas itu, guru perlu menyediakan bahan yang betul, lengkap dan cukupuntuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, rancangpenggunaan model-model tersebut, sebagai contoh model tersebut digunakan dalamsesi main peranan. Guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai denganmenyusun model tersebut agar mudah dicapai dalam sesi main peranan. Penggunaanmodel-model tersebut perlulah secara optimum dalam sesi main peranan.Memerlukan Penglibatan Pelajar Dalam pengajaran tajuk Kesihatan Diri, penggunaan bahan sumber sepertimodelmodel berus gigi, ubat gigi, sabun mandi dan syampu rambut dalam sesi mainperanan akan dapat membantu meningkatkan serta mengekalkan penglibatan pelajar dalam pembelajran. Hal ini seterusnya dapat menigkatkan perubahan tingkah laku yangdiharapkan iaitu murid-murid dapat mempraktikkan cara memberus gigi sertapenggunaan sabun mandi dan sympu badan dengan cara yang betul.

Penggunaan video semasa sesi induksi mengenai tajuk Kesihatan Diri adalahsangat sesuai. Tayangan video dapat membolehkan murid-murid nampak dengan jelassesuatu pembejaran, dapat diulang tayang seberapa kali yang mahu serta dapatmenjana idea murid-murid. Dalam tajuk Kesihatan Diri, guru boleh menayangkanpelbagai video berkenaan dengan tajuk seperti video budak menggosok gigi, videomasalah gigi berlubang atau video cara menjaga kebersihan rambut. Media bercetakseperti poster juga sesuai digunakan semasa sesi induksi tajuk Kesihatan Diri denganmenayangkan poster berkenaan masalahmasalah yang timbul akibat pengabaiankesihatan diri.Contoh penglibatan murid-murid dalam pembelajaran tajuk Kesihatan Diri adalahseperti sesi main peranan iaitu demonstrasi cara-cara menggosok gigi dan lakonanbudak berjumpa doctor akibat gigi berlubang. Selain itu, boleh diadakan sesipemerhatian video berkenaan kesihatan diri serta sesi perbincangan selepas selesaiproses pengajaran dan pembelajaran.Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaranberjalan dengan sesuai, menarik serta efektif. Bagi mencapai tujuan ini, aktiviti yangmelibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta melibatkan semua orang murid.Perlu dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi padat. Janganbiarkan isi yang ingin

disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat murid-murid berasa bosan.Melakukan Penilaian dan PengubahsuaianSelepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatanyang bertajuk Kesihatan Diri, guru perlulah melakukan sesi refleksi bersama denganmuridmurid. Guru boleh mengajukan beberapa soalan kepada murid-murid bagimengetahui apa yang telah diperolehi oleh murid-murid daripada sesi pengajaran danpembelajran yang telah dijalankan. Sesi refelsi ini juga dapat membantu guru menilaikelemahan yang terdapat dalam pengajarannya.

REFLEKSI Daripada tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaranyang telah saya terima dan selesaikan, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuanmengenai kebaikan model reka bentuk pengajaran ASSURE. Antaranya, sebelummemulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru perlu terlebih dahulumenganalisis murid-muridnya. Perkara inilah yang sering terlupa atau terabaikan olehguru-guru disekolah pada masa sekarang. Langkah menganalisis pelajar adalah sangatpenting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui tahap keupayaan seseorangmuridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Hal ini seterusnya dapat membantuguru merancang cara-cara atau strategistrategi pengajaran yang lebih berkesankepada murid-muridnya agar tiada seorang pun daripada muridmuridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu.Selain daripada itu, saya juga beroleh sedikit pengetahuan mengenaikepentingan penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajran.Model reka bentuk pengajran ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan sumber dapatmenjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan danmemberi kelainan agar murid-murid tidak berasa bosan.Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSUREadalah sangat penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya didalam kelas. Bagi saya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalahlebih baik berbanding model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap danbersistematik. Diharapkan agar apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya dapatmempraktikkan penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE di sekolah.Sebagai kesimpulannya, setiap guru perlulah mengguna dan mempraktikkan modelreka bentuk pengajaran ASSURE apabila mengajar di kelas.