You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK KELAB BAHASA INGGERIS 2012 KALI PERTAMA

Tarikh Masa Tempat Pengerusi Pencatat Kehadiran:

: 21 Februari 2012 : 3.00 petang : Kelas 2R : Idris bin Saari (5 ST) : Nurul Syazuana binti Mat Isa (5 MPV)

1. Pn. Nurul Hanani binti Abdul Rahman (Guru Penasihat) 2. Pn. Nurulhuda binti Ali @ Hasim (Guru Penasihat) 3. Idris bin Saari 4. Nurul Syazuana binti Mat Isa 5. Nur Fatin Farhana binti Mohd. Nasir 6. Nurul Syazuana binti Mat Isa 7. Nur Farrahin binti Mazmi 8. Junizah binti Junib 9. Nur Farhana Haida binti Halim 10. Mohamad Razif bin Roslan 11. Raja Zafarul Zaha Bin Raja Zaharuddin

I. PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al- Fatihah untuk memohon keberkatan majlis. Seterusnya, Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli jawatan kuasa induk yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat AJK Kelab Bahasa Inggeris SMKAH yang pertama bagi tahun 2012.

II. LAPORAN DARI ATAS

2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan yang utuh untuk beliau memimpin Kelab Bahasa Inggeris SMKAH bagi tahun 2012.

3. Pengerusi turut mengucapkan sekalung tahniah kepada semua AJK baru yang dilantik kerana keyakinan para ahli terhadap mereka dan berbesar hati kerana mempunyai satu koloborasi kumpulan AJK yang mempunyai komitmen yang sangat tinggi.

4. Pengerusi terus mengingatkan mengenai amanah yang dipikul oleh semua AJK dan kerjasama yang baik dari semua pihak amatlah diharapkan supaya semua program dan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Kelab Bahasa Inggeris dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

5. Seterusnya, Pengerusi melahirkan hasratnya untuk memantapkan kelab ini dan melihat Kelab Bahasa Inggeris juga mampu menghasilkan banyak kejayaan yang besar dan menempa nama yang baik di persada sekolah mahupun yang lainnya.

(Makluman)

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


6. Tiada perkara berbangkit diusulkan dalam mesyuarat kali ini.

IV. PERANCANGAN AKTIVITI 7. Antara aktiviti yang telah dirancang dan dicadangkan untuk dilaksanakan untuk tahun 2012 ialah: i. Choral speaking ii. Jazz chanting
2

iii. Scrabble iv. Indoor games v. Mural painting vi. English Newsletter vii. English Poem Reciting Presentation in collaboration with Teachers Day viii. Inter-class English Greeting Card Decoration for Teachers Day ix. Inter-houses Choir Competition in collaboration with Independence Day x. Inter- Class Decorating Competition with English Idioms, Proverbs and Expressions ( Tindakan : Semua AJK)

V. YURAN TAHUNAN

8. Para AJK telah sepakat untuk mengutip yuran tahunan sebanyak RM5 seorang bagi setiap ahli Kelab Bahasa Inggeris. ( Tindakan : Bendahari dan semua AJK Tingkatan)

VI. HAL-HAL LAIN

9. Nurul Syazuana mencadangkan supaya aktiviti-aktiviti yang dirancang tersebut diberi agihan tugas kepada semua AJK yang terbabit dan semua ahli Kelab Bahasa Inggeris dengan sama rata supaya program yang dirancang dapat berjalan dengan baik di samping melatih sifat disiplin dan kepimpinan pelajar dalam menguruskan sesuatu program yang telah diamanahkan.

10. Nur Fatin Farhana pula mencadangkan bahawa Kelab Bahasa Inggeris perlulah menyenaraikan senarai English Idioms, Proverbs and Expressions kepada semua kelas untuk pertandingan Inter-Class Decoration. Selain itu, aktiviti ini juga hendaklah dipantau oleh guru-guru Bahasa Inggeris SMKAH supaya pelajar tidak membuat kesilapan dan juga dapat memahami maksud di sebalik perkataan itu, bukan sekadar menceriakan kelas mereka masing-masing.
3

( Tindakan : Semua AJK)

VII. UCAPAN PENANGGUHAN

8. Pn. Nurul Hanani selaku Guru Pembimbing mengucapkan terima kasih di atas semangat yang ditonjolkan oleh semua AJK. Beliau juga mengharapkan semangat yang ada bukan hanya disemai di dalam hati tetapi dapat direalisasikan melalui perjalanan lancar program-program yang dirancang oleh Kelab Bahasa Inggeris 2012. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-asr.

Prepared by,

Checked by,

(Nurul Syazuana binti Mat Isa) Secretary, English Club of SMK Ayer Hangat 2012.

.. (Mrs. Nurul Hanani bt. Abdul Rahman) Teacher Advisor and Coordinator, English Club of SMK Ayer Hangat 2012.
4

You might also like