You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANG SEKOLAH KALI 1/2011

TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN : 25 OKTOBER 2010 :1.15 T/HARI : BILIK WAWASAN :

1. En. Rusli B Ismail 2. Hjh Ramlah Bt Abdullah 3. En. Mohd Ranzi B Ismail 4. En. Mohd Razalee B Mohammad 5. Pn. Zarbanu Bt Mohammad 6. En. W. Mustafa Kamal W. Abdullah 7. En. Abd. Rahman B Ibrahim 8. En. Harun B Ismail 9. En. Helmi B Yusoff 10.Pn. Norasiah Bt Zakaria 11.En. Ahmad B Shafie 12.Tn. Hj. Uzi B Mohd Zain TIDAK HADIR: PKKO - TIADA AGENDA
1

( GB ) ( PK 1 ) ( PK HEM ) ( S/U ) ( Unit Kurikulum ) ( Unit HEM ) ( Bestari ) ( Data & PIBG ) ( Bimbingan ) ( Kerohanian ) ( Media ) ( S/U Sukan / Kokurikulum )

PERKARA
UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT ( GURU BESAR ) 1.1. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah 1.2. Mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas baru kepada MOHD RANZI B ISMAIL yang telah dinaikkan pangkat sebagai PK HEM. 1.3. Menyatakan fokus perbincangan mesyuarat kepada kecemerlangan murid dan seterusnya melonjak kecemerlangan sekolah bagi tahun 2011 untuk menuju kepada Sekolah Berprestasi Tinggi 2015. 1.4. AJK diminta mengenal pasti mana-mana program yang perlu digugurkan, ditambah atau penambahbaikan berpandukan kepada rangka yang akan dibentangkan nanti. 1.5. Peringatan kepada semua AJK agar memberi perhatian kepada perjalanan persekolahan bermula dari hari pertama lagi dan menyatakan kemungkinan lawatan KPM ke Kelantan pada tahun ini. 1.6. Peringatan juga tentang NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia dan Program LINUS ( Literasi & Numerasi ) amat ditekankan oleh kementerian bahkan ia merupakan KPI kementerian menjelang 2012. 1.7. Peringatan tentang perubahan Kurikulum dari KBSR kepada KSSR yang menitikbesatkan pembelajaran yang berfokus kepada murid.

TINDAKAN/CATATAN

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT 2.1. Cadangan pengesahan oleh En. Ahmad B Shafie. 2.2. Pengesahan oleh Pn. Hjh. Norasiah Bt Zakaria

AGENDA
3 PERKARA BERBANGKIT

PERKARA

TINDAKAN/CATATAN

3.1. Tiada perkara berbangkit 4 PERANCANGAN DAN HALA TUJU SEKOLAH 2011 4.1 Menambahbaikkan P&P agar pendidikan berkualiti kepada murid dapat dicapai dengan meningkatkan pemantauan dan pencerapan bagi tujuan khidmat nasihat kepada guru-guru. 4.2 Memberi perhatian yang berfokus kepada setiap murid supaya permasalahan murid dapat ditanggani. 4.3 Memberi perhatian kepada prasarana sekolah agar menjadikan medan P&P yang kondusif. 4.4 Mengekalkan VISI dan MISI Sekolah iaitu menjadikan SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2015 4.5 Cogan Kata sekolah juga dikekalkan iaitu SEMAI USAHA JAYA 4.6 Slogan juga dikekalkan CHANLLENGE FOR EXCELLENGE WE ARE THE BEST 5 PERANCANGAN UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN 5.1. Kehadiran Guru dan Kakitangan mestilah menepati masa yang ditetapkan, 5.2. Pergerakan setiap warga sekolah termasuk kakitangan dan murid mestilah dalam pengetahuan atau kebenaran pentadbir. 5.3 Guru-guru atau kakitangan yang ingin meminjam peralatan sekolah mestilah merekod dan mesti dalam pengetahuan pegawai yang bertanggungjawab. 5.4 Sebagai langkah penjimatan, penggunaan lampu/penghawa dingin hanya waktu perlu/waktu belajar sahaja. Bagi mengurangkan kos baikpulih mesin fotostat, khidmat yang banyak hendaklah menggunakan kedai fotostat dan bayaran boleh dituntut dengan pihak sekolah. 5.5 Penggunaan bilik-bilik khas hendaklah diuruskan dengan optimum dan jadual penggunaan juga akan disediakan dengan terancang. 5.6 Peruntukan 2011 akan dibentangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kewangan 2011. 6 PERANCANGAN UNIT KURIKULUM 6.1. Jadual waktu Agung dan individu bagi tahun 2011 akan diedarkan kepada guru pada mesyuarat guru Kali Pertama 2011, iaitu sebelum sesi persekolahan 2011 bermula. 6.2. Aktiviti Panitia mestilah terancang dan mengikut perancangan. Program yang memberi impak yang baik tahun 2010 akan diteruskan pada tahun 2011. 6.3. Buku Perancangan Strategik Peningkatan Prestasi UPSR 2011 akan dibangunkan dengan penambahbaikan serta mengambil kira kekuatan dan kelemahan yang ada 6.4. Jadual mesyuarat panitia akan diedarkan. 6.5. P & P akan bermula pada hari pertama persekolahan dan mengikut jadual kelas dan individu yang akan diedarkan. 6.6. Ketepatan masa guru masuk ke kelas amat penting.

AGENDA
7

PERKARA
PERANCANGAN UNIT HAL EHWAL MURID (HEM) 7.1. RMTS 7.1.1. 7.1.2. 7.1.3. Waktu makan RMTS dikekalkan dari jam 7.10 hingga 7.35 pg. Seorang guru akan ditetapkan bertugas menyelia RMTS pada setiap hari. Susu sekolah akan diteruskan semula tahun 2011, oleh itu jawatankuasa yang bertanggungjawab akan ditubuhkan

TINDAKAN/CATATAN

7.2. Disiplin

7.2.1. Kepada murid yang tidak hadir tanpa sebab, tindakan tegas
akan dikenakan. Pemantauan akan sentiasa dilakukan oleh guru penolong kanan HEM. 7.2.2. Setiap pintu masuk ke sekolah akan ditutup setelah loceng pertama dibunyikan. 7.2.3. Setiap murid wajip mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, jika ada murid yang engkar tindakan disiplin akan dikenakan. 7.2.4. Semua guru bertanggungjawab memantau disiplin murid dan membuat laporan segera kepada pentadbir jika masalah tidak dapat diselesaikan. 7.2.5. Waktu rehat semua murid yang terlibat tidak dibenarkan berada di blok belajar. 7.2.6. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah adalah tanggungjawab pelajar dengan bantuan guru. 7.3. SPBT 7.3.1. 7.3.2. 7.3.3. Buku teks akan diedarkan kepada semua murid sebelum cuti persekolahan 2010 Penjagaan buku teks hendaklah sentiasa dipantau oleh guruguru, terutama guru kelas. Murid tidak dibenarkan meninggalkan buku teks disekolah.

PERANCANGAN UNIT KOKURIKULUM 8.1. Sukan Sekolah dan Perkhemahan Unit Uniform menjadi acara tahunan sekolah. 8.2. Unit uniform, Persatuan dan Kelab perlu merancang aktiviti dan program yang menarik agar dapat menarik minat pelajar menyertainya dengan lebih aktif. 8.3. Aktiviti Kokurikulum akan dilaksanakan pada setiap RABU untuk permainan dan KHAMIS untuk Unit Uniform/Persatuan. 8.4. Guru wajib hadir bila terlibat dengan aktiviti Kokurikulum pada waktu petang mengikut jadual tugas Kokurikulum. 8.5. Pasukan Hoki sekolah memikul tanggungjawab sebagai pasukan berfokus sekolah, dan digeruni.

AGENDA
9 HAL-HAL LAIN

PERKARA

TINDAKAN/CATATAN

9.1. PK Hem menyatakan Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas akan diteruskan dan hadiah akan disediakan oleh pihak sekolah. 9.2. PK 1 menyatakan bahawa kerjasama dan kerja dalam satu berpasukan amat penting untuk mencapai sekolah berprestasi tinggi menjelang 2015. Tanpa kerja dalam satu pasukan mustahil kita dapat mencapaian impian kecemerlangan. 9.3. Guru Besar sekali lagi mengigatkan bahawa segala yang dirancang dan diatur sebegini rupa haruslah dilaksanakan secara terancang, agar ianya mencapai objektif. Beliau juga mengingatkan bahawa segalanya haruslah berfokus kepada murid, tanpa murid siapalah kita. 9.4. Guru Besar mengharapkan agar PKKO baru ditempatkan segera. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Dicatat dan disediakan oleh,

Disahkan oleh,

You might also like