You are on page 1of 9

i.

PEMULIHAN Kod Kursus KBK 3053 KBS 3073 KBS 3013 Jam Kredit 3 3 3

Nama Kursus Kokurikulum dan Rekreasi Asas Numerasi Dalam Pemulihan Khas Kemahiran Asas Literasi Maklumat Murid-Murid Pemulihan Khas dan Masalah Pembelajaran Khusus Disleksia Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Pengajaran Literasi: Awal Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Pengajaran Literasi: Menulis dan Membaca Bahasa Melayu Pengalaman Berasaskan Sekolah Pengurusan dan Pentadbiran Kelas Pemulihan Khas Pentaksiran dan Penilaian Pemulihan Khas Prinsip Pengajaran Bacaan Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan Sekolah Rendah Latihan Ilmiah Seminar Refleksi Latihan Mengajar JUMLAH

KBP 3013

KBS 3053 KAB 3033

3 3

KBS 3043 KBS 3123 KBS 3093

3 3 3

KBS 3063 KRB 3013 KRL 3033 KRL 3043 KPR 3012

3 3 3 3 2 41

Nota: * KPR 3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar 2 jam kredit dikecualikan.

i.

PENDIDIKAN SENI VISUAL Kod Kursus SSR 3013 SSR 3023 SSR 3033 SSP 3023 SSP 3033 SSS 3023 SSS 3033 SSS 3043 Jam Kredit 3 3 3 3 3 3 3 3 24

Nama Kursus Asas Pendidikan Seni Pengajaran Pendidikan Seni Tahap 1 Pengajaran Pendidikan Seni Tahap 2 Kreativiti dan Ekspresi Seni Teori Pendidikan Seni Studio Praktis Seni Halus Studio Praktis Reka bentuk Studio Praktis Kraf JUMLAH

1.

Latihan Mengajar Status

Kod Kursus KPR 3974 KPR 3984

Nama Kursus LATIHAN MENGAJAR(Wajib) Latihan mengajar 1- Major Latihan mengajar 1- Minor

Jam kredit 4 Kredit 4 Kredit

Ditawarkan Dikecualikan

SINOPSIS KURSUS ISMP PSR


KURSUS UNIVERSITI KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

Kursus ini membincangkan teori dan konsep asas pembangunan sahsiah; mengenal pasti ciri-ciri sahsiah guru berlandaskan nilai-nilai moral dan akhlak. Kursus ini juga membincangkan ciri-ciri sahsiah guru seperti nilai-nilai murni, integriti dan etika dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

HNS 2013 KENEGARAAN

Kursus ini memberi penekanan kepada aspek-aspek kenegaraan di Malaysia. Ini meliputi sejarah dan perkembangan tamadun, perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan dalam proses pembinaan negara bangsa. FIK 3032 ENGLISH FOR COMMUNICATION I

This course helps students in developing effective communication skills and strategies in a variety of contexts and situations. The course focuses on developing effective listening skills, speech production, speech acts, managing talk and preparing and delivering effective speeches.

FIK 3042 ENGLISH FOR COMMUNICATION II This course helps students in developing Strong foundations in reading and writing skills for communicative purposes in a variety of contexts. The course integrates the skills of listening, speaking, reading and writing, with more emphasis being given to the skills of reading and writing. FMW 3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi wacana akademik pelajar mengikut disiplin masing-masing. Penekanan diberikan pada kedua-dua kemahiran bahasa, iaitu kemahiran reseptif dan kemahiran produktif. Pelajar didedahkan dengan teori dan ciri wacana akademik serta dilatih mengaplikasikan kemahiran komunikasi secara berkesan. KURSUS TERAS

KPF 3012 PERKEMBANGAN FALSAFAH DAN DASAR

PENDIDIKAN

DI

MALAYSIA:

Kursus ini membincangkan secara kritis tentang falsafah dan pendidikan dengan menganalisisnya dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia. Kursus ini juga meninjau dan membincangkan perkembangan pendidikan negara sebagai satu kesinambungan dan keunggulan yang berterusan dengan berlandaskan interaksi dan pemikiran yang telah berlaku dalam proses pembangunan negara. Falsafah, dasar-dasar, kurikulum dan peraturan dalam pendidikan juga diberi penekanan bagi membolehkan para pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta pemupukan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab secara berkesan dalam batasan

profesion perguruan.

KPP 3014 PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR Kursus ini membincangkan aspek pembelajaran dan perkembangan remaja berlatar belakangkan pendidikan yang meliputi diri pelajar, proses pembelajaran dan kepelbagaian pelajar. Selain itu, aspek pengalaman pembelajaran yang berasaskan minda, budaya, bahasa, keupayaan diri, personaliti, sosial, persekitaran, emosi dan fizikal juga di ketengahkan. KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN Kursus ini membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Pelajar akan diperkenalkan kepada pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuk organisasi, kepemimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan keupayaan. Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada pengalaman sebenar di sekolah yang akhirnya membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam semua situasi pembelajaran.

KPD 3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 Kursus ini membincang dan membimbing pelajar membina kemahiran merancang pengajaran dalam lima aspek utama: (a) pernyataan objektif pengajaran pembelajaran, (b) memilih dan menyusun kandungan serta bahan pengajaran; (c) memilih dan mengguna pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) membina, memilih dan mengguna alat yang sesuai termasuk alat multi-media dalam proses pengajaran pembelajaran; (e) membina, memilih dan mengguna alat serta kaedah penilaian yang sesuai untuk mengukur dan menaksir hasil pembelajaran. Pelajar akan memperkembangkan kemahiran menyedia satu set rancangan pelajaran dalam sesuatu topik dalam mata pelajaran mereka, berdasarkan komponen di atas. KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Kursus ini ialah sambungan kursus EDU 3046 yang lalu. Ia akan mengukuhkan lagi kemahiran pelajar merancang dan melaksanakan pengajaran melalui pembentangan dan pengajaran mikro, merangkumi aspek-aspek utama berikut: (a) pernyataan objektif, (b) perancangan kurikulum: penyusunan kandungan dan bahan pengajaran; (c) pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai, (d) penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran pembelajaran; (e) membina, memilih, mengguna alat dan kaedah penilaian yang sesuai untuk mengukur serta menaksir hasil pembelajaran. Pelajar akan dibimbing berkaitan prosedur dan kaedah dalam penyelidikan tindakan yang akan membolehkan mereka mengaplikasikannya semasa menjalani latihan mengajar dalam semester 7. KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH Kursus ini merangkumi topik-topik yang dapat mengembangkan kemahiran asas komputer dalam kalangan kanak-kanak seperti menggunakan komputer, menyimpan dan mendapat kembali maklumat, berkomunikasi, mencetak dan sebagainya. Juga diberi tumpuan kepada persediaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran; pemilihan perisian yang sesuai; perkembangan kemahiran asas melalui teknologi maklumat seperti mengenal nombor, huruf, kemahiran membaca dan kemahiran matematik. KRP 3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami perkaraperkara berkaitan kurikulum dan pengajaran peringkat sekolah rendah. Perhatian diberikan kepada kefahaman tentang perkembangan dan kandungan kurikulum; pelaksanaan pengajaran; pentaksiran; isu-isu dan perkembangan terkini berkaitan pendidikan sekolah rendah yang menjadi asas untuk menjadi guru di sekolah rendah. KRK 3013 BIMBINGAN SEKOLAH RENDAH Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada konsep bimbingan dan kaunseling; pendekatan dan teori kaunseling; model kaunseling; aktiviti dan program bimbingan dan kaunseling untuk pelajar-pelajar normal dan pelajar khas; peranan kaunselor yang pelbagai; pengujian dan penilaian psikologi; system sokongan di dalam perkhidmatan kaunseling di sekolah. KAE 3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada teori-teori seni dan kreativiti kanak-kanak melalui seni lukis, kraf tangan, nyanyian dan muzik, pergerakan kreatif, drama dan main kanakkanak yang memfokuskan kepada aktiviti seni dan penilaian kemahiran dan hasil seni kanak-kanak.

KBK 3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kursus ini bertujuan untuk membantu guru dalam memahami kanakkanak berkeperluan khas dan berisiko seperti kanak-kanak dengan pelbagai kerencatan, kerencatan anggota, penglihatan, pendengaran, terencat akal, masalah komunikasi dan tingkah laku, bermasalah pembelajaran dan kanak-kanak kecerdasan tinggi. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan asas-asas pendidikan khas, konsep keperluan khas dan siapakah yang mengalami keperluan khas. Penentuan normal dan tidak normal dalam masyarakat akan diberi tumpuan. Kursus ini membincangkan pendidikan khas sebagi lanjutan dari sistem pendidikan biasa.

9. PEMULIHAN
KBK 3053 KOKURIKULUM DAN REKREASI Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami asas pergerakan dan jenis jenis aktiviti kokurikulum dan rekreasi suaian. Kursus ini juga akan menyentuh beberapa aspek peranan mainan , kaedah pengajaran pergerakan dan cara mengendalikan kegiatan rekreasi suaian yang bersuaian untuk murid khas KBS 3073 ASAS NUMERASI DALAM PEMULIHAN KHAS

Kursus ini mendedahkan peserta kursus kepada bentuk, fungsi, dan kepentingan aritmetik kepada murid berkeperluan khas. Penekanan diberi kepada memahami konsep pra-nombor, nombor, operasi sukatan dan penyelesaian masalah. Selain dari itu beberapa teknik pengajaran dan pembelajaran dan penyediaan bahan bantu mengajar khusus untuk murid bermasalah pembelajaran juga didedahkan kepada peserta kursus. KBS 3013 KEMAHIRAN ASAS LITERASI MAKLUMAT Kursus ini akan membincangkan pengetahuan asas literasi maklumat yang perlu diketahui oleh pelajar bagi membolehkan mereka menyediakan diri sebagai guru yang berketrampilan. Melalui kursus ini pelajar-pelajar didedahkan dengan literasi maklumat dan pusat sumber, strategi pengajaran berkesan berasaskan penggunaan teknologi, kemahiran berfikir dan kemahiran belajar pelajar, EDUweb

TV dan Pendidikan Jarak jauh. Literasi maklumat yang jelas mengenai perkara-perkara yang dibincangkan membolehkan pelajar mempraktikkannya di dalam persekitaran pengajaran pembelajaran yang menyeronokkan dan berkualiti. KBP 3013 MURID-MURID PEMULIHAN KHAS DAN MASALAH PEMBELAJARAN KHUSUS DISLEKSIA Kursus ini mendedahkan peserta kursus kepada definisi operasi dan ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran khusus disleksia dan pemulihan khas. Perbincangan akan dibuat tentang kaedah yang digunakan untuk menyaring murid-murid kategori berikut dan faktor penyebab ia berlaku. Penerangan juga akan dibuat tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid ini serta kemudahan perkhidmatan pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mereka KBS 3053 PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR Kursus ini membolehkan pelajar membina bahan-bahan yang sesuai untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pemulihan. Bahan yang dihasilkan perlu diaplikasikan di dalam bilik darjah. KAB 3033 PENGAJARAN LITERASI: AWAL MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU Kursus ini memperkenalkan teori dan pendekatan mengajar membaca dan menulis (2M) Bahasa Malaysia (BM) peringkat asas. Ia membina kemahiran pelajar memahami dan memilih kaedah dan merancang pengajaran 2M kepada murid pra sekolah, Tahun 1 dan Pemulihan. Pelajar juga akan mendapat kemahiran untuk mengguna ujian diagnostic 2M untuk mengesan kelemahan murid dan mengajar pemulihan dengan kaedah yang sesuai. Kursus ini juga mengandungi panduan untuk menjalankan aktiviti membaca dan menulis di bilik darjah, dan menggalakkan murid membaca dan menulis secara lebih meluas. KBS 3043 PENGAJARAN LITERASI: MEMBACA DAN MENULIS BAHASA MELAYU Kursus ini memberi tumpuan kepada penguasaan dan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penekanan diberikan kepada pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk memulihkan asas 3M (membaca,menulis dan mengira

KBS 3123 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Kursus ini bertujuan memberi peluang kepeda peserta kursus mengoreintasikan diri dengan kanak-kanak pemulihan. Di samping itu aspek-aspek pengurusan bilik darjah, penilaian, pengurusan tingkahlaku dan kaedah pengajaran dan pembelajaran khas yang dijlankan oleh guru pemulihan khas diberikan tumpuan KBS 3093 PENGURUSAN PEMULIHAN KHAS DAN PENTADBIRAN KELAS

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada dasar-dasar pemulihan khas di peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Ia juga bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang prinsip, pendekatan pengurusan dan pengelolaan program pemulihan khas tempatan. Penekanan khusus kepada khidmat sokongan yang disediakan kepada kanak-kanak pemulihan khas juga dibincangkan. KBS 3063 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PEMULIHAN KHAS Kursus ini akan membincangkan tujuan, konsep, model dan prinsipprinsip dalam penaksiran kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran bagi murid pemulihan khas. Peserta kursus akan didedahkan kepada instrumen-instrumen dan teknik-teknik dalam penaksiran serta menganalisa data dan melaksanakan analisis tugasan dan analisis kemahiran setiap pelajar. Penekanan juga diberi kepada beberapa modul pengajaran yang sesuai dipraktikkan kepada murid pemulihan khas. Penekanan khusus diberikan terhadap proses pentaksiran yang melibatkan instrumen saringan, diagnostik, pengumpulan data dan pemprosesan data dilaksanakan untuk tujuan penempatan program intervensi KRB 3013 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN\ Kursus ini mendedahkan pelajar dengan pelbagai teori pembacaan:bawah ke atas dan atas ke bawah dan cara pengajaran dan pembelajarannya di dalam bilik darjah. Pelajar-pelajar juga akan didedahkan dengan komponen-komponen kurikulum membaca beserta cara penilaiannya, teknik-teknik membaca; dan isu-isu dalam pengajaran pembacaan di sekolah rendah. Selain daripada itu pengurusan program pembacaan serta perancangan bagi pengajaran dan pembelajaran adalah sebahagian daripada kandungan kursus ini.

KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Kursus ini mendedahkan pelajar tentang kemahiran asas dalam penyelidikan yang berkaitan dengan dunia kanak-kanak. Penekanan diberikan kepada penelitian teori-teori yang releven menjadi asas kepada penyelidikan dalam bidang kanak-kanak. Kemahirankemahiran asas seperti mengenalpasti masalah kajian, pemilihan sample, kaedah kajian terpilih, analisis data dan menulis laporan. Akhirnya pelajar dapat membina satu proposal penyelidikan yang kemas. KRL 3043 LATIHAN ILMIAH Kursus ini adalah lanjutan daripada kaedah penyelidikan dalam pendidikan sekolah rendah. Pelajar menulis laporan lengkap hasil penyelidikan di lapangan berpandukan format penulisan latihan ilmiah. KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR Kursus ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menilai dan membincangkan pengalaman mereka berkaitan praktikum.

You might also like