You are on page 1of 6

Pengerusi (Emila Sari binti Sahir) Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, salam perpaduan, salam ukhwah dan salam sejahtera

saya ucapkan. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya kita dapat bertemu lagi dalam gelanggang forum bersama saya Emila Sari Sahir selaku pengerusi pada pagi yang penuh berkat ini. Warga dewan sekalian, Sebelum saya memperkenalkan keempat-empat orang panel kita pada hari ini, seperti yang kita sedia maklum alam pekerjaan merupakan salah satu alam yang bakal kita lalui setelah tamatnya alam pengajian. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat dalam kalangan kita yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan. Hal ini demikian, alam pekerjaan adalah sangat berbeza dengan alam pengajian. Namin, apakah sebenarnya alam pekerjaan yang bermain dalam kotak fikiran kita? Persoalan inilah yang menjadi kunci forum kita pada hari ini yang bakal kita kupaskan sebentar sahaja lagi. Sebelum saya melangkah dengan lebih lanjut lagi, terlebih dahulu izinkan saya untuk memperkenalkan panel kita pada hari ini. Di sebelah kanan saya saya ialah panel pertama kita, Siti Nurlaila Abdul Ghani yang merupakan seorang doktor haiwan yang sungguh berwibawa, yang telah mengambil jurusan di Harvard University. Seterusnya, perkenalkan panel kedua kita, Sheila MA Jaafar yang merupakan seorang guru bahasa Inggeris yang sungguh bertauliah yang mengambil jurusan di University of Otago. Di sebelah kiri saya, perkenalkan panel ketiga kita Nurul Shazwani Shuhaidi yang merupakan seorang pensyarah yang hebat yang telah mengambil jurusan di University of London. Seterusnya, perkenalkan panel terakhir kita, seorang ahli kimia yang ternama yang telah mengambil jurusan di Universiti Al-Azhar, Mesir, siapa tidak kenal Amalina Fatin Zachary. Baiklah, sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh lagim suka untuk saya menanyakan persoalan mengenai apakah dia bidang-bidang yang perlu dikuasai bagi seorang yang telah menyesuaikan diri sebelum masuk ke dalam alam pekerjaan kepada panel pertama kita. Dipersilakan saudari Panel pertama (Siti Nurlaila binti Abdul Ghani): Terima kasih, saudari pengerusi. Seperti yang kita tahu, dalam era globalisasi ini terdapat banyak bidang pekerjaan yang boleh kita ceburi. Sebagai contoh, bidang perubatan. Sebagai maklumat tambahan, perubatan merupakan sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Melalui bidang ini, seseorang boleh berpeluang untuk

menjadi seorang doktor, doktor gigi, pakar bedah dan lain-lain. Namun, untuk menceburi bidang kita perlulah lulus dengan cemerlang dalam matapelajaran kimia dan biologi. Bidang seterusnya ialah bidang kejuruteraan di mana pengetahuan, matematik dan pengalaman digabungkan untuk mereka bentuk sesuatu objek atau proses. Bidang ini juga boleh dipisahkan kepada beberapa cabang seperti kejuruteraan aeroangkasa, kejuruteraan perisian, kejuruteraan elektronik dan banyak lagi. Matapelajaran yang perlu difokuskan untuk bidang ini pula ialah matapelajaran elektif seperti kimia, matematik dan fizik. Bidang sastera yang lebih kearah bahasa pula membuka ruang kepada mereka yang mengambil aliran sastera sewaktu di bangku sekolah. Antara peluang kerjaya yang ditawarkan dalam bidang ini adalah seperti guru kesusasteraan, guru bahasa dan penulis. Sebenarnya terdapat banyak lagi bidang yang lebih menarik yang wujud dalam era ini seperti bidang seni, bidang psikologi dan banyak lagi. Kita hanya perlu memilih sesuatu bidang yang kita minati dan sesuai untuk diri kita untuk melangkah ke alam pekerjaan. Itu sahaja kupasan saya, berbalik kepada saudari pengerusi. Pengerusi: Terima kasih di atas pandangan yang utuh lagi berisi. Seterusnya, apakah pula cabaran-cabaran yang perlu diatasi semasa berada di alam pekerjaan? Dipersilakan panel kedia untuk menyuarakan pendapat. Panel kedua (Sheila MA Jaafar) Terima kasih saudari pengerusi. Bismilahirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam sejahtera. Para hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian, setiap perkara yang kita lakukan pasti aka nada cabaran yang sedia menanti dihadapan. Pada kebiasaannya, cabaran dating tanpa diundang, namun ada juga sesetengah pihak yang mengundang cabaran dating kepada mereka. Berbalik kepada soalan yang diajukan oleh saudari pengerusi sebentar tadi, apakah dia cabaran yang menanti kita di alam pekerjaan. Para hadirin dan hadirat sekalian, kita perlu tahu dan sedar bahawa cabaran tidak pernah bersikap pilih kasih dalam memilih mangsanya. Sebagai contoh, seorang nelayan yang berpendidikan rendah menghadapi cabaran apabila langit cerah berubah mendung dan ombak tenang mulai bergelora sedangkan dia sedang duduk di dalam perahunya yang using ditengah-tengah lautan. Selain itu, seorang epguam yang berpendidikan tinggi dan berkelulusan luar Negara terpaksa berhadapan dengan cabaran apabila anak guamnya dimasukkan ke dalam penjara kerana tidak cukup bukti untuk membuktikan dia tidak bersalah. Dua situasi ini jelas menunjukkan bahawa cabaran akan tetap

dating kepada golongan yang berpendidikan tinggi mahupun berpendidikan rendah. Para hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian, cabaran yang paling acapkali berlaku kepada graduanpgraduan dari university ialah mereka tidak mendapat pekerjaan yang bertepatan dengan bidang yang mereka ambil ketika di university dahulu. Isu ini seringkali berlaku kepada para guru yang baru sahaja memulakan kehidupan mereka di alam pekerjaan. Sebagai contoh, seorang guru yang mengambil bidang perdagangan sewaktu di university dahulu ditawarkan menjadi guru Bahasa Malaysia di sebuah sekolah. Memandangkan pengambilan peluang pekerjaan kini semakin sengit, terpaksa sahaja guru itu menerima tawaran tersebut. Perkara ini menjadi cabaran yang besar buatnya memandangkan dia terpaksa mengajar matapelajaran yang dia kurang mahir. Kesannya, dia tidak dapat menyampaikan maklumat dengan tepat kepada pelajar dan akhirnya prestasi pelajar merosot. Selain daripada itu, cabaran sukar menyesuaikan diri dengan keadaan juga adalah antara cadangan yang biasa dialami sewaktu di alam pekerjaan. Sebagai contoh, seorang doctor yang baru sahaja tamat pengajian terpaksa berjuang untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. Dia terpaksa menghabiskan setengah daripada masanya dalam sehari berada di hospital merawat pesakit dan terpaksa bergegas kembali apabila diperlukan walaupun ketika itu dia berehat. Perkara ini berlangsungan selama dua tahun bergelar doctor pelatih. Para hadirin dan hadirat sekalian, cabaran yang tidak pernah terlepas dari alam pekerjaan adalah kongkongan dari pihak atasan. Cabaran ini, sering berlaku kepada mereka yang mempunya majikan. Sebagai contoh, seorang pekerja pejabat telah terlewat beberapa minit menghantar dokumen yang diarahkan oleh majikannnya kerana mengalami masalah dengan motornya. Dengan hanya kelewatan sebegitu, dia telah dimarahi dengan teruk dan diugut akan dipecat sekiranya kesalahan itu berulang. Demikianlah, cabaran-cabaran yang sering dihadapi. Oleh itu, izharlah bahawa cabaran yang besar menanti kita di alam pekerjaan. Sekian, terima kasih. Pengerusi: Terima kasih panel kedua di atas pandangan yang begitu bernas. Bagaimanakah pula cara-cara untuk mengatasi cabran di alam pekerjaan? Dipersilakan panel ketiga untuk mengutarakan pendapatnya. Panel ketiga (Nurul Shazwani binti Shuhaidi): Terima kasih saudari pengerusi , Hadirin dan hadirat sekalian, Setiap cabaran pasti ada solusinya. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Berbalik kepada soalan saudari pengerusi itu tadi, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah cabaran alam kerjaya? Untuk mengatasi masalah alam kerjaya, kita seharusnya mempunyai daya keyakinan diri yang tinggi untuk menghadapi masalah tersebut. Sidang hadirin yang dihormati, Mengenali diri sendiri merupakan perkara asas yang penting dalam menentukan kerjaya masa hadapan kita. Ini kerana jika kita tersilap langkah dalam memilih kerjaya masa hadapan, berbagai-bagai masalah akan timbul seperti menghadapi tekanan jiwa dan perasaan. Menurut Holland, terdapat enam jenis bidang kerjaya iaitu Realistik, Investigative, Artistik, Sosial, Enterprising, dan Convensional. Kita harus tahu bidang kerjaya yang sesuai dengan diri kita, dengan personaliti serta minat kita. Selain itu, matlamat hidup juga haruslah jelas agar kita dapat membina motivasi diri untuk cemerlang dalam pelajaran. Sidang pendengar sekalian, Apalah ertinya jika kita mempunyai personaliti yang mantap dan cemerlang serta mempunyai pilihan dan impian kerjaya tinggi jika kita tidak memdapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Deduksinya, kita mestilah mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjeksubjek yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih jauh seperti ke IPG, IPTA, IPTS, Matrikulasi ataupun ke tingkatan enam. Kerjaya yang menyeronokkan, yang kita impikan, akan mnyerlahkan lagi potensi yang ada pada diri kita untuk menjadi modal insan yang cemerlang di masa akan datang. Hadirin, capailah impian setinggi bintang di langit, rendahkan hati serendah mutiara di lautan Sekian, terima kasih. Berbalik kepada saudari pengerusi. Pengerusi: Terima kasih di atas pandangan yang mantap sekali. Baiklah, jikalau ketigatiga panel kita telahpun mengutarakan pendapatnya, izinkan saya beralih ke panel kita yang terakhir yang nampaknya tidak sabar-sabar lagi untuk mengutarakan

pandangannya mengenai apakah dia sumbangan-sumbangan alam pekerjaan terhadap masyarakat, bangsa, mahupun negara. Dipersilakan saudari Panel keempat (Amalina Fatin binti Zachary): Terima kasih, saudari pengerusi. Hakikatnya, perkataan kerjaya itu sendiri amat penting dalam diri seorang. Hal ini demikian, kerjaya dapat meningkatkan taraf hidup seseorang. Namun, apakah sumbangan kerjaya kepada bangsa, masyarakat dan juga negara? Mari kita kaitkan persoalan ini dengan tajuk panel pertama sebentar tadi. Jika seseorang itu mahir dalam bidang bahasa tambahan lagi fasih bertutur dalam bahasa asing, sudah tentu dia memilih kerjaya sebagai pekerjaan tetapnya. Dengan adanya pekerjaan seperti ini, hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang lain dapat dijalinkan. Selain itu, pekerjaan ini dapat menyediakan generasi kontemporari yang kemahiran berbahasa asing khususnya Bahasa Iggeris. Berlainan pula dengan kerjaya saintis yang sememangnya memerlukan kekuatan matapelajaran sains dan penyelidikan yang kerap. Pekerjaan ini dapat membuka mata dunia. Hal ini demikian penemuan baru hasil kajian saintis sebuah negara dapat mengharumkan nama negaranya dan seterusnya memperkenalkan negaranya kepada dunia. Sedikit berbeza dengan dunia perniagaan. Selain menaikkan taraf hidup keluarga dan meningkatkan ekonomi negara, dunia perniagaan dapat melahirkan insan-insan yang sentiasa kompetitif unutk menjual produk mereka. Demikianlah ulasan saya mengenai sumbangan kerjaya kepada ketiga-tiga aspek tadi. Kembali kepada saudari pengerusi. Pengerusi: Sungguh intelektual pemikiran saudari. Kehebatan panel keempat kita tidak dapat disangkal lagi. Namun, nampaknya masa tidak mengizinkan saya untuk memperpanjang forum kita pada hari ini. Secara konklusinya, alam pekerjaan amatlah penting kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan muda-mudi yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebelum saya mengakiri forum kita, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun.

Subur kembangnya bunga melati, Sedang arjuna mendendang lagu, Alam pekerjaan kan tiba nanti, Cabaran mendatang hadapi teguh. Sekian sahaja buat kali ini, terkasar bahasa, tersilap bicara mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kekhilafan kami sendiri. Wallahualam. Saya akhiri forum ini dengan ucapan mulia, wabilahi taufiq wal hidayah Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

You might also like