P. 1
Pendekatan Deduktif (Advance Organizer)- David Ausubel

Pendekatan Deduktif (Advance Organizer)- David Ausubel

|Views: 34|Likes:
منشور بواسطةAmmar Faiq

More info:

Published by: Ammar Faiq on Apr 07, 2012
حقوق الطبع:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/07/2012

pdf

text

original

Pendekatan Deduktif Advance Organiser

David Ausubel

Pendekatan Deduktif
3 penekanan dalam model ini: Bagaimana maklumat (kandungan kurikulum) disusun Bagaimana minda memproses maklumat baru (pembelajaran) Bagaimana guru mengaplikasi kandungan dan pembelajaran dalam pengajaran mereka

Pendekatan Deduktif
Model yang dirancang untuk mengukuhkan struktur kognitif pelajar.
Guru berperanan menyusun maklumat yang banyak dan menyampaikannya secara lebih bermakna dan berkesan.

Pendekatan Deduktif Konsep pengajaran yang bermula daripada yang umum kepada yang khusus UMUM KHUSUS Maklumat disampaikan melalui kuliah. pembacaan dan tugasan Peranan pelajar adalah untuk menguasai idea dan maklumat .

. menggambarkan bentuk struktur kognitif seseorang. sebanyak mana pengetahuan yang ada dan sebaik mana pengetahuan tersebut tersusun.Struktur Kognitif Advance Organiser adalah model yang direka bentuk untuk mengukuhkan struktur kognitif pelajar Struktur kognitif ialah struktur sesuatu bidang pengetahuan yang ada dalam minda seseorang.

dapat difahami dengan baik dan dapat di simpan dalam ingatan .Mengukuhkan Struktur Kognitif Ausubel menegaskan struktur kognitif sedia ada adalah faktor terpenting dan perlu diperkukuhkan bagi menentukan sama ada bahan baru yang disampaikan adalah bermakna.

pembelajaran bermakna bergantung kepada: 1.Pembelajaran Bermakna Mengikut Ausubel. Kesediaan pelajar untuk belajar 2. Bentuk susunan bahan yang dipersembahkan Kerana: ia mengalakkan pemprosesan maklumat yang baik dan… Bukan disebabkan oleh kaedah pengajaran .

minda pelajar juga boleh menjadi aktif – apabila maklumat yang disampaikan dikaitkan dengan struktur kognitif sedia ada. . semasa kuliah atau mana-mana bentuk pengajaran ekspositori.Pengajaran Ekspositori Menurut Ausubel.

dan akhirnya membuat tafsiran sendiri mengikut kerangka rujukannya. . mengaitkannya dengan maklumat yang serupa atau yang bertentangan.Pengajaran Ekspositori Operasi mental menjadi aktif apabila pelajar cuba melihat maklumat yang disampaikan dari sudut yang berbeza.

Penyusunan Maklumat Menurut Ausubel ada persamaan antara susunan bahan pengajaran dan cara manusia menyusun maklumat di dalam minda (struktur kognitif) Struktur ini akan menjadi peta konsep kepada pelajar apabila mereka menganalisis domain tertentu dan menyelesaikan masalah dalam domain tersebut. .

Peringkat teratas terdiri dari aspek umum dan abstrak dan di peringkat bawah konsep yang lebih konkrit dan khusus Konsep Umum (Abstrak) Khusus (Konkrit) .Penyusunan Maklumat Setiap bidang mempunyai struktur yang berhirarki.

Penyusunan Maklumat: Perkaitan dengan struktur kognitif Ausubel – Pengetahuan baru akan memberi makna dan boleh disimpan dalam ingatan hanya apabila ianya berkaitan dengan konsep yang sedia ada Sekiranya ia tidak berkaitan @ bertentangan dengan struktur kognitif yang sedia ada ianya tidak memberi makna dan tiada pautan (akan mudah dilupakan) .

perbezaan atau jurang dengan maklumat sedia ada .Penyusunan Maklumat Oleh itu. guru perlu menyusun bahan yang akan diajar dan sampaikan dalam bentuk idea/konsep dahulu Di samping itu pelajar juga perlu secara aktif mengaitkan maklumat baru dengan melihat pertalian.persamaan.

Perbezaan Progresif ( idea yang umum disampaikan dahulu sebelum yang lebih terperinci disampaikan secara berurutan) 2. Perkaitan Intergratif (idea baru perlu dikaitkan secara tidak langsung dengan apa yang telah dipelajari dahulu) .Implikasi kepada Kurikulum Melibatkan 2 Prinsip: 1.

Advance Organiser Cara utama untuk mengukuhkan struktur kognitif dan simpanan jangka panjang maklumat Ausubel mengambarkan advance organiser sebagai bahan pengenalan yang dipersembahkan sebelum pembelajaran sebenar dan di aras abstrak yang lebih tinggi dan umum daripada kandungan bahan pembelajaran sebenar (disediakan oleh guru) .

Advance Organiser Tujuan: Untuk menerangkan. mengaitkan dan membezakan bahan dalam tugasan pembelajaran semasa dengan bahan pembelajaran sebelumnya Keberkesanan bergantung kepada penggunaan konsep. menyatukan. istilah dan kenyataan yang telah diketahui pelajar serta ilustrasi dan analogi yang bersesuaian .

Advance Organiser Guru perlu memperuntukkan masa mengajar dan mengembangkan konsep. istilah @ hubung-kait sesuatu bahan kerana pemahaman ini penting sebelum dapat dikaitkan dengan bahan pengajaran berikutnya. Organiser juga boleh diberi dalam bentuk analogi dari bidang lain untuk memberi perspektif baru .

Advance Organiser Contoh: Pelajar perlu faham apakah ‘budaya’ sebelum guru mengajar tentang perbezaan kumpulan budaya Contoh: Konsep keseimbangan yang diajar dalam pendidikan seni boleh diaplikasikan dalam subjek sastera. matematik dsb. .

Jenis 2 Jenis Advance Organiser: 1. Pendedahan – Konsep asas di tahap abstrak yang tertinggi.Advance Organiser . Ini berguna kerana ia menyediakan perancah tentang idea baru @ yang tidak biasa ditemui pelajar .

.Advance Organiser .Jenis Perbezaan – digunakan untuk pelajar membezakan konsep lama dengan konsep baru atau satu konsep dengan satu konsep yang lain Contoh: Pelajar boleh menggunakan pengetahuan dalam ‘operasi darab’ bila mereka belajar ‘operasi bahagi’ tanpa rasa keliru tentang kedua-dua konsep tersebut 2.

Model Pengajaran Advance Organiser Aktiviti yang melibatkan 3 fasa: Fasa 1: Pembentangan Advance Organiser Fasa 2: Pembentangan tugasan pelajar dan bahan pembelajaran Fasa 3: Mengukuhkan penyusunan kognitif .

. 2.Fasa 1: Pembentangan AO Menjelaskan tujuan/objektif pengajaran Membentang organiser . Menyedarkan pelajar tentang pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang relevan dengan bahan pengajaran yang baru.beri contoh-contoh .kenal pasti maksud atribut . 1.ulangi 3.beri konteks .

. Organiser itu sendiri adalah idea dan mesti diterokai secara intelektual dan bukanlah pengenalan pembelajaran @ pernyataan yang ringkas 1.Fasa 1: Pembentangan AO Menjelaskan tujuan/objektif pengajaran adalah bertujuan untuk menarik perhatian pelajar dan untuk memandu mereka kearah matlamat pembelajaran demi untuk mencapai pembelajaran yang bermakna 2.

dapat difahami dengan jelas dan berkaitan secara berterusan dengan tugasan pembelajaran dan penyusunan bahan pengajaran .tidak semestinya panjang tapi pelajar menyedari perkaitannya dengan pengetahuan sedia ada @ pengalaman mereka.mesti di tahap abstrak yang lebih tinggi dan lebih umum dari bahan pengajaran sebenar .mesti dibina supaya dapat difahami pelajar sedalamnya . Antara ciri-ciri organiser: .Fasa 1: Pembentangan AO 3.

Menyusun bahan pengajaran secara logikal dan eksplisit. 1. 4.Fasa 2: Pembentangan Tugasan pelajar dan bahan pembelajaran Membentang bahan pembelajaran baru 2. . Menarik perhatian pelajar 3. Menyusun pengajaran secara eksplisit.

ujikaji @ pembacaan.Fasa 2: Pembentangan Tugasan pelajar dan bahan pembelajaran Dalam fasa ini bahan pembelajaran dibentang dalam bentuk syarahan. perbincangan. filem. Bahan pembelajaran mestilah eksplisit supaya pelajar mendapat halatuju dan dapat melihat susunan logikal bahanbahan dan perkaitannya dengan AO .

Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif 1. Menggunakan prinsip perkaitan dan integrasi 2. Mengalakkan pembelajaran resepsi yang aktif 3. Mendapatkan pendekatan kritikal terhadap subjek 4. Menjelaskan .

Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif Tujuan utama fasa ini adalah untuk mengukuhkan bahan pembelajaran yang baru dalam struktur kognitif sedia ada pelajar (mengukuhkan susunan kognitif pelajar) .

Mengulang definisi secara tepat 4. Minta ringkasan atribut utama dalam bahan pembelajaran yang baru 3. Mengingatkan pelajar kepada idea umum 2. Minta pelajar menerangkan bagaimana bahan pembelajaran menyokong konsep2 dalam organiser . Minta pelajar membezatarakan antara aspek2 bahan 5.Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif Guru boleh mengaitkan bahan baru dengan struktur kognitif sedia ada dengan: 1.

Meminta pelajar untuk menerangkan bagaimana bahan baru dapat dikaitkan dengan organiser 2. Meminta pelajar memberi isi utama bahan pembelajaran berdasarkan apa yang mereka faham 4. Meminta pelajar contoh-contoh tambahan dari konsep dalam bahan pembelajaran 3.Fasa 3: Mengukuhkan Penyusunan Kognitif Pembelajaran Aktif boleh dicapai dengan: 1. Menyuruh pelajar menguji bahan pembelajaran dari sudut pandangan yang berbagai .

Well & Showers. Kesan pengajaran Tabiat berfikir secara tepat Minat terhadap inkuiri Kesan pupukan Sumber: Joyce. Models of teaching. 1996. .Kesan pengajaran advance organiser Model advance organiser Struktur Konsep Penerapan makna yang didapati daripada maklumat dan idea.

Weil. M. Boston: Allyn and Bacon.Rujukan  Joyce. & Showers.. B. B. (1996) Models of teaching. . Edisi ke-5. Bab 15.

You're Reading a Free Preview

تحميل
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->