You are on page 1of 3

LATAR BELAKANG Nama sebenar Abu Hurairah ialah Abd Rahman bin Sakhr.

. Abu Hurairah ialah tokoh perawi hadis yang terkenal. Beliau merupakan penghafal hadis yang terulung dalam kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. Abu Hurairah memeluk Islam melalui Tufail bin Amru, iaitu ketua kaum al-Dusi. Apabila Tufail bin Amru memeluk Islam, beliau telah menyeru kaumnya supaya memeluk agama suci itu. Abu Hurairah merupakan antara orang yang mula-mula menerima seruan Tufail untuk memeluk agama Islam. Semenjak memeluk Islam, beliau sangat akrab dengan Rasulullah s.a.w. Beliau banyak mengikuti aktiviti dakwah Rasululah s.a.w. Beliau juga dikurniai Allah dengan daya ingatan yang kuat. Oleh sebab itu, beliau dapat meriwayatkan banyak hadis daripada Rasulullah s.a.w. Beliau dilahirkan 19 tahun 59 hijrah dalam usia 78 tahun. Berasal daripada kabilah al-Dusi,Yaman dan datang ke Madinah pada tahun ke 7 hijrah dan memeluk islam pada tahun tersebut. Beliau merupakan anak yatim yang tinggal bersama ibunya sahaja semenjak kecil. Abu Hurairah diberi nama Abdul Syams yang bermaksud Hamba Matahari. Beliau diberi nama itu kerana suku kaumnya merupakan penyembah matahari sebelum memeluk Islam. Apabila bertemu Rasulullah s.a.w., baginda telah menukar nama Abu Hurairah kepada Abdul Rahman bin Sakhr. Walau bagaimanapun, beliau lebih terkenal dengan gelaran Abu

Hurairah. Beliau mendapat gelaran sebagai Abu Hurairah kerana beliau amat sayang kepada kucing. Digelar sebagai Bendaharawan Hadis kerana beliau orang yang paling banyak mengingati dan meriwayatkan hadis nabi saw. Abu Hurairah sempat bergaul dengan nabi SAW selama 4 tahun. Ada sumber lain yang mengatakan 3 tahun. Menurut pendapat Abu Rayyan pula, Abu Hurairah hanya sempat bergaul dengan nabi saw selama 21 bulan sahaja. Beliau banyak memberi sumbangan terhadap Islam. Disebabkan akrabnya beliau dengan Rasulullah, beliau dikatakan meriwayatkan sebanyak 5,374 hadith. Hadith beliau yang disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim berjumlah 325 Hadith, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadith. Dan oleh Muslim sebanyak 189 Hadith. Setiap hadis yang diriwayatkan oleh sahabat lain, beliau juga turut meriwayatkannya. Beliau menjadi tempat rujukan dan tempat bertanya tentang hadis. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah juga menjadi pegangan yang kukuh dalam hukum. Menurut pendapat Imam al Bukhari tidak kurang daripada 800 orang tabiin telah datang mengambil hadis daripada Abu Hurairah. Diantara murid yang telah mengambil dan mengabdikan hadis drpd Abu Hurairah ialah Hammam Ibn Munabbih yang terkenal dengan gelaran Abu Uqbah. Hadis-hadis tersebut dijadikan koleksi oleh Hammam Ibn Munabbih.

FAKTOR ABU HURAIRAH DAPAT MERIWAYATKAN BANYAK HADIS. Satu daripada keistimewaan Abu Hurairah ialah daya ingatannya yang sangat kuat. Oleh sebab itu, beliau dapat meriwayatkan banyak hadis Rasulullah s.a.w. Beliau juga amat minat dan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu bersama Rasulullah. Walaupun beliau seorang yang miskin, namun, kemiskianannya itu tidak menghalang beliau untuk berusaha sedaya-upaya menimba ilmu pengetahuan. Beliau seorang ahli Suffah yang selalu berdamping dengan rasulullah saw. Hidup lama selepas kewafatan Rasulullah saw iaitu selama 47 tahun. Beliau tidak sibuk dalam urusan pentadbiran/kerja berbanding para sahabat lain. Untuk itu memudahkan beliau menerima hadis daripada nabi dan menyampaikan hadis kepada para sahabat dan tabiin. Beliau bersungguh-sungguh untuk menyebarkan dan mengembangkan hadis nabi saw kepada orang ramai. Berkat doa baginda terhadap beliau supaya diberi ilmu pengetahuan yang banyak serta mudah menghafal dan tidak lupa. Beliau berusaha menemui mana-mana sahabat untuk mengambil hadis drp mereka. Beliau juga pandai menulis, membaca,memahami bahasa parsi dan memahani kitab injil.

You might also like