You are on page 1of 11

1.

0 PENDAHULUAN
Nama Ibn Khaldun adalah Abd al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Muhammad Ibn
Muhammad ibn al-Hasan Ibn al-Jabir Ibn Muhammad Ibn Ibrahim Abd al-Rahman Ibn Khalid
Ibn Uthman Ibn Hani Ibn Khattab Ibn Quraib Ibn Muid Yakrub Ibn al-Haris Ibn Wail Ibn Hajar
yang merupakan salah seorang daripada sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang menyebarkan al-
Quran dan ajaran Islam di Yaman. Lahir di Tunisia pada tahun 732 H/1332 M. Keturunannya
berasal dari Yaman dan berhijrah ke Sepanyol pada abad ke-8 bersamaan pada waktu gelombang
penaklukan Islam di Semananjung Andalusia. Rumah tempat kelahiran Ibn Khaldun sehingga
sekarang masih lagi wujud di Jalan Turbah Bay, Tunisia. Rumah tersebut dijadikan pusat
pentadbiran Negara dan ditulis pada pintu gerbang dengan nama beliau, pada 26 Ramadhan
tahun 808 H/1406 M, ketika usia beliau 76 tahun, Ibn Khaldun telah pulang ke rahmatullah.
Beliau meninggal tanpa mengalami sebarang penyakit.
Pendidikan Ibn Khaldun bermula dengan ayahnya sebagai guru yang pertama
mendidiknya secara tradisional mengajarkan dasar-dasar agama Islam, ayah Ibn Khaldun orang
yang berpengetahuan agama yang luas, untuk ilmu yang asas ialah al-Quran, Ibn Khaldun belajar
dengan seorang guru yang bernama Muhammad Ibn Saad Ibn Burral, Ibn Khaldun juga telah
mempelajar ilmu bahasa Arab daripada ayahnya dan guru-guru yang muktabar yang lain seperti
Syeikh Muhammad al-Zarzali, Syeikh Ahmad al-Qabar dan Syeikh Muhammad Ibn Bakar. Ilmu
sastera beliau belajar denagn dengan Syeikh Shamsudin Muhammad Ibn Jabir dan ilmu feqah
melalui Syeikh Muhammad Ibn Abdullah al-Ajayjani serta yang lain lagi. Umur 7 hingga 15
tahun adalah satu perjalanan usia yang dihabiskan belajar melalui guru-guru yang masyhur,
Namun pendidikan yang diterima oleh Ibn Khaldun dengan ayahnya tidak kekal lama
kerana ayahnya meninggal dunia pada tahun 750 H/1349 M akibat serangan wabak The Black
Death. Selepas kematian ayahnya, Ibn Khaldun mula belajar hidup dengan sendiri dan
beranggungjawab. Mula mempelajari berbagai disiplin ilmu keagamaan daripada gurunya di
Tunisia. Tunisia pada waktu itu merupakan pusat para ulama dan sasterawan , tempat
berkumpulnya ulama Andalusia yang lari ke Tunisia akibat berbagai peristiwa politik.


2.0 KONSEP PENDIDIKAN MENURUT INB KHADUN
Pendidikan menurut Ibn Khaldun mempunyai pengertian yang cukup luas, malah tidak hanya
tertumpu pada proses belajar dan mengajar, tetapi pendidikan adalah suatu proses dimana
manusia menangkap, menyerap dan menghayati. Manusia asalnya jahil dan tidak berilmu,
melalui ilmu pengetahuan manusia akan tidak lagi jahil kerana ilmu penyuluh kehidupan dan
memandu kearah jalan yang benar, jelas bahawa manusia dibezakan dengan binatang hanya akal
fikiran sahaja,
Ibn Khaldun telah mengklasifikasikan ilmu-ilmu pengetahuan Islam yang bersumberkan
dari al-Quran adalah seperti berikut:
1. Ilmu pengetahuan (sains) falsafah dan intelektual, semua ilmu pengetahuan dapat
dipelajari oleh manusia melalui akal fikiran yang bersifat ilmiah, diwarisi sejak lahir
seperti ilmu logik, geografi atau fizik, ilmu tentang bahan di luar alam atau metafizik,
ilmu yang berkaitan dengan kuantiti, seperti geometri, muzik, astronomi serta
astrologi.
2. Ilmu pengetahuan yang dipancarkan (transmitted sciences) daripada Allah s..w.t
seperti al-Quran, tafsir, bacaan al-Quran (tajwid), ilmu hadith, mustalah al-hadith,
fiqh, tasawuf (akhlak), ilmu bahasa termasuk tatabahasa dan sastera.
Namum,ilmu yang yang diklasifikasikan tidak semua dapat diajarkan kepada generasi
pewaris muslim, tetapi ilmu tersebut dapat berkembang pada pada zaman kejayaan Islam pada
abad ke 14 Masehi. Tamadun umat manusia dapat dilihat dari segi pendidikan dengan sains dan
teknologi moden, namun lebih tertumpu pada bidang pendidikan yang berlaku secara tradisional
dan moden, namum pada asasnya lebih tertumpu pada tiga lingkunan sahaja iaitu sekolah, rumah
dam masyarakat.

3.0 KATEGORI ILMU MENGIKUT IBN KHALDUN
Ibn Khaldun menetapkan kategori ilmu pengetahuan Islam yang harus dijadikan sebagai bahan
kurikulum sekolah kepada 3 jenis iaitu:
1. Ilmu Lisan (bahasa) yang terdiri dari ilmu lughah, nahu, saraf, balaghah, maani,
bayan, adab (sastera) atau syair-syair.
2. Ilmu Naqli, iaitu ilmu yang dinukilakn dari kitab suci al-Quran dan as-Sunnah Nabi
Muhammad s.a.w. terdiri daripada ilmu membaca al-Quran dan ilmu tafir, sanad-
sanad hadith dan serta istinbat tentang qanun fiqhiyah.
3. Ilmu Aqli, adalah ilmu yang dapat menunjukkan manusia melalui daya kemampuan
fikiran seperti falsafah, termasuk juga ilmu logik (Mantiq), ilmu alam, ilmu
ketuhanan (aqidah), ilmu hisab, dan akhlak.
Pandangan Ibn Khaldun tentang perkembangan akal fikiran pelajar turut disentuh, akal
fikiran adalah asas dalam pembelajaran, pandangan Ibn Khaldun selari dengan al-Quran kerana
perkataan akal yang berasal daripada kata aql ada dalam al-Quran sebanyak 49 kali dalam
pelbagai ayat, semua kata yang berkaitan dengan akal dalam al-Quran menggunakan kalimah
feil (kata kerja aktif). Perkataan akal merujuk kepada kata al-Aql dalam bahasa Arab dan al-
Quran tidak menggunakan ungkapannya dalam banyak kata benda umum kerana al-Quran
menggunakan perkataan akal seperti: aqluhu, na;qilu, ya;qiluha. Semua kata tersebut
mengandungi makna memahami atau berfikir, dengan penggunaan kata kerja dapat difahami
bahawa akal merupakan salah satu potensi manusia yang paling asas dan berfungsi sebagai
proses pembelajaran dan pengajaran. Akallah yang menyebabkan manusia berbeza dengan
makhluk lain, melalui akal, manusia dapat memikul syariat Allah kerana manusia sahaja yang
dianugerahkan akal fikiran oleh Allah s.w.t.
Menurut Ibn Khaldun, berfikir ialah proses penyentuhan bayang-bayang disebalik
perasaan, dan penggunaan akal di dalamnya unuk menganalisis serta menggabungkan bahagian-
bahagian yang belum jelas. Perkataan afidah (jamak dari fuad) yang bererti hati atau perasaan.
Fuad inilah yang dimaksudkan oleh Ibn Khaldun denagn fikiran sebagaimana firman Allah s.w.t:



~ 4O- -Og~-.- 74=e
EE_4 +7 E7;OO-
4O=-4 EEg*^-4 W
1EO)U~ E` 4pNO7;= ^g@
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Allah Yang menciptakan kamu
(dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu
bersyukur".
(al-Mulk 23)
Pandangan Ibn Khaldun selari dengan ayat al-Quran dalam surah al-Mulk, iaitu al-Aql
berpusat dalam hati, akal sering ditafsirkan oleh kebanyakkan manusia bahawa berada dalam
kepala, dengan sebab itu pemahaman dan pemikiran tidak lagi melalui al-qalb, akan tetapi
melalui al-aql di kepala. Berbeza dangan pandangan terakhir Ibn Khaldun yang lebih cenderung
menggunakan al-fikr sebagai mempunyai kekuatan yang berkerjasama dengan al-qalb, hal ini
disebabkan al-fikr terdapat daya penerimaan informasi oleh panca indera. Kemudian
mengembalikan kedalam ingatan sambil mengembangkannya denagn bayangan-bayangan lain
daripada bayangan hal tersebut.
Berdasarkan keterangan Ibn Khaldun, dapatlah dinyatakan bahawa Ibn Khaldun tetap
dengan pendiriannya iaitu al-aql terletak dalam hati, bukan di kepala, kepala adalah sumber
utama sebagai penyampai informasi yang seterusnya diolah dalam fikiran. Konsep aql oleh Ibn
Khaldun selari dengan pendapat al-Farabi dan al-Attas tentang konsep al-qalb.
Akal menurut Ibn Khaldun terbahagi kepada empat, al-aql al-Tamyizi, al-aql al-Tajribi,
al-aql al-Nazari dan al-aql al-Mazid, keempat-empat akal berkerja secara bertahap-tahap,
bermula dengan al-Tamyizi hinggalah seterusnya, kerana masing-masing saling memerlukan
antara satu sama lain hasil dari kegiatan akal dan keupayaan manusia, Ibn Khaldun mengatakan
manusia akan mampu:
1. Membuat pertimbangan apa benda yang boleh berubah dan musnah dan siapakah
yang bergantung kepada kehendak mereka.
2. Memikirkan kesan hubungan antara benda-benda tabii, benda yang boleh diusahakan
dan benda yang berasaskan pemikiran rasional yang teratur.
3. Mempelajari dari pengalaman.
4. Membezakan antara perkara baik dan buruk dalam tingkah laku.
Pendapat Ibn Khaldun jelas menunjukkan bahawa al-aql manusia mempunyai beberapa
peringkat kemampuan yang berbeza, bermula dari sederhana kepada yang kompleks, pendapat
Ibn Khaldun selari dengan pendapat ahli falsafah yang mentyatakan bahawa akal mempunyai
tikgkat kemampuan yang berbeza antara satu sama lain. Perbezaan kemampuan al-aql
merupakan pengukur yang dijadikan oleh Ubn Khaldun sebagai asas dalam penyusunan teori-
teori pembelajarannya. Sesuai dengan firman Allah s.w.t :
4O-4 Og~-.- :UEE_
E-j^UE= ^O- E74O4
7_u4 -O *u4 eE_4OE1
74OUl41g O) .4`
7>-47 Ep) El+4O 7C)O=
g^- +O^^)4
EOO4 l7gOO ^g)
Maksudnya:. dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan
meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana
ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu.
Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-Anam:165)
Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t membahagikan kepada 3 perkara yang
harus diketahui oleh manusia iaitu:
1. Manusia sebagai khalifah di muka bumi Allah dan akan memimpin antara satu sama
lain, sebagaimana satu kelompok yang terdahulu akan memimpin kelompok yang
baharu
2. Allah akan meninggikan darjat manusia di dunia dari segi akhlak, rezeki, kekuatan,
kelemahan, dan keilmuan untuk membezakan antara yang halal dan yang haram.
3. Supaya sedar bahawa azab Allah amatlah cepat seksaan-Nya dan Allah Maha
Pengampun lagi Maha Pengasih bagi sesiapa yang taat dan mahu bertaubat.
3.1 KAEDAH MENGAJAR
Menurut Ibn Khaldun, dalam proses belajar dan mengajar haruslah dilakukan
secara berperingkat, sedikit demi sedikit, sesuai dengan kerja akal manusia bermula
dengan paling sederhana dan meningkat kepada yang agak sukar hingga kepada amat
sukar. Kaedah dan teknik mengajar anak-anak tidak boleh dipandang ringan. Teknik
pengajaran yang tidak betul akan menyebabkan anak-anak merasakan sesuatu yang diajar
itu sukar dan membosankan. Saranan ini dapat dipraktikkan oleh guru-guru dalam
sentiasa mencari formula yang berkesan dalam penyampaian pengajaran. Kaedah
bertahap oleh Ibn Khaldun dikenali dengan istilah tadarruj. Berdasarkan kaedah tersebut,
Ibn Khaldun memberikan langkah-langkah dalan proses belajar dan mengajar melalui
beberapa aspek seperti:
3.1.1 ASPEK BAHAN
Dalam aspek bahan, langkah yang harus dilalui adalah seperti berikut : Pertama,
pelajar diajarkan pengetahuan yang bersifat umum dan sederhana, khususnya yang
berkenaan dengan asas yang sedang dipelajari. Pengetahuan yang disesuaikan dengan
taraf kemampuan intelektual pelajar, sehingga tidak berada di luar kemampuan pelajar
dalam mempelajari dan memahaminya. Kedua, setelah pengetahuan yang bertaraf rendah
disampaikan, guru menyampaikan pengetahuan yang lebih tinggi kepada pelajar dengan
memberi penerangan dan penjelasan yang lebih khusus, dengan itu guru dapat memberi
pemahaman yang lebih tinggi kepada pelajar. Ketiga, guru mengajar secara terperinci
dalam konteks yang menyeluruh dan mendalami beberapa aspek yang membincangkan
secara umum sahaja, tetapi harus membahaskan aspek yang bertentangan dengan
pelbagai pandangan yang berbeza. Ibn Khaldun menyarankan agar dalam proses belajar
dan mengajar tidak memasukkan atau mengajarkan dua bahan (dua ilmu) sekaligus,
kerana akan membingungkan pelajar.
3.1.2 ASPEK PELAJAR
Ibn Khaldun mengatakan bahawa pelajar dalam proses kehidupanya banyak
mengalami perubahan mahupun perkembangan dalam keupayaan mencapai
kesempurnaan. Beliau menyenaraikan juga pelajar mengalami pertumbuhan biasanya
berbentuk fizikal. Selain itu, pada pemikiranya pelajar perlu dibekalkan dengan pelbagai
keterampilan atau pelbagai kebolehan yang dapat menunjangi proses kehidupanya
sehingga terbentuklah malakahnya. Diantara salah satu contoh berbentuk keterampilan
itu adalah pertukangan mahupun kerajinan.
Konsep yang dikemukan oleh ibnu khaldun telah mengemukan dua iaitu malakah
dan tadrij. Ibnu Khaldun mengatakan ketika manusia dilahirkan benar-benar tidak
mengetahui apa-apa. Bahkan manusia tumbuh dan berkembang seterusnya memperoleh
kehendaknya dengan melalui pengetahuan yang ia peroleh selama ia hidup. Belajar
merupakan salah satu tuntutan hidup manusia. Oleh itu, sebagai makhluk seharusnya
memerlukan kepada belajar, ini kerana manusia mempunyai potensi psikologi iaitu akal.
Manusia mampu memahami keadaan atau situasi di luar dirinya melalui pendekatan
kekuatan fikiran(akal) yang berada disebalik pancaindera(al-hawas).

3.1.3 ASPEK TUJUAN
Selain dari aspek bahan dan pelajar, ibn khaldun juga telah menyenaraikan aspek tujuan.
Dalam aspek tujuan, penggunaan kaedah tadarruj adalah supaya terjadinya
kesinambungan dan perkaitan antara satu mata pelajaran dengan satu mata pelajaran yang
lain agar mudah difahami oleh pelajar. Selain itu, aspek tujuan ini bertujuan mencapai
kehendak tujuan tersebut. Ibn khaldun telah menyarankan agar tempoh pengajaran tidak
berselang terlalu lama kerana ia boleh mengakibatkan ingatan pelajar terhadap sesuatu
cepat lupa.

4.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT IBN KHALDUN

4.0 PENGAJARAN
Ibnu khaldun merupakan salah seorang pakar dalam pendidikan, pengalaman
secara langsung dalam bidang keguruan dan keilmuan menjadikan beliau sebagai tokoh
pendidik yang banyak memperkatakan persoalan metodologi dan kaedah pedagogi
pendidikan islam. Beliau membahasakan dari segi aspek pedagogi bahkan dalam aspek
psikologi dan endragogi juga dibahaskan.
Ibn khaldun menyenaraikan bahawa proses pengajaran guru perlu dibuat secara
bertahap agar atau disusun mengikut langkah-langkah yang dimulai dengan mengajar
persoalan pokok dan diikuti dengan isi-isi kecil. Ibnu khaldun membahagikan sesuatu
ilmu dibahagikan kepada tiga bahagian. Pada tahap pertama ini, ibnu khaldun
menamakan sebagai tahap permulaan. Pada tahap ini, ilmu diberikan secara sederhana
sebelum terperinci. Mereka diajarkan masalah-masalah yang dianggap utama bagi setiap
bab dan sehingga akhir ilmu tersebut. Kaedah yang digunakan oleh ibnu khaldun ini,
kerana ini merupakan satu penyelesaian masalah pembelajaran yang perlu diselesaikan
sebelum berpindah kepada topik pembelajaran yang lain.
Pada tahap kedua pula, guru-guru perlu mengulangi kembali pelajaran dari awal
bab. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh Ibn khaldun juga dengan mencadangkan
proses pengajaran dibuat mengikut lingkaran spiritual. Pengulanggan dan lingkaran
tersebut dilakukan dengan terperinci sehingga pelajar faham dan dapat menguasai
sesuatu tajuk kemudian boleh beralih kepada tajuk yang lain. Ibn Khaldun menggunakan
lingkaran ini mengikut kecerdasan seseorang atau kumpulan. Selain itu, ibn khaldun juga
kurang bersetuju dengan cara pengajaran dengan mengajar pelajar membuat nota
pelajaran dan disalin di buku. Pendapat beliau, menggunakan nota ini hanya pada
digunakan untuk dalam masa yang singkat dan ianya hanya ringkasan sahaja sehingga
kurang difahami oleh pelajar. Kearah kebaikan, ibnu khaldun mencadangkan agar pelajar
dibekalkan dengan buku teks kerana ia mempunyai huraian yang jelas.
Pada tahap ketiga,ibn Khaldun juga menyatakan pada tahap terakhir ini bagi
pelajar untuk mempelajari ilmu. Mereka sudah lebih cerdas dn sudah lebih memahami
ilmu yang dipelajari. Oleh itu, guru perlu mengulangi kembali pelajaran dari awal hingga
akhir. Kerana dengan penggulangan ini pelajar dapat mengingati semula apa yang
dipelajari agar tidak lupa. Namun, pembahagian ini mengikut tahap kepintaran pelajar
dan kelas.
Dalam suatu keadaan, ibnu khaldun pernah menegur guru yang menggunakan
kekasaran lisan dan fizikal terhadap murid muridnya. Kekasaran dan kekerasan
mengikut ibnu khaldun, boleh meninggalkan kesan yang amat buruk kepada pelajar, dari
segi psikologi kanak-kanak, merosakan jiwa dan apabila mereka besar nanti akan
menyebabkan mereka memiliki akhlak-akhlak yang bersifat dendam, agresif, hilang
keyakinan diri sedniri dan akan juga menyebabkan sesorang itu menjadi kanak-kanak
yang penakut dan pemalu.
Diantara kaedah yang digunakan oleh ibnu khaldun dalam pengajaran semasa
beliau bertugas di university al-Azhar dengan cara menerapkan kaedah halakah dan
pidato sesuai dengan kedudukan mahasiswa yang menjadi muridnya. Namun, ibn
khaldun tidak mengkhususkan pada kaedah ini sahaja bahkan beliau menggunakan
pelbagai kaedah sebagai tarikan dalam pengajaran. Kaedah-kaedah selain dari ini yang
digunakan seperti perbahasan,perbincangan,cuba jaya,soal jawaba, amali dan sebagainya.
Ini merupakan satu teknik yang amat sesuai untuk menjadi pengajaran itu tidak
membosankan semasa sesi pembelajaran murid bahkan akan menambah minat pelajar
untuk belajar.
Pendidikan haruslah dilaksanakan dengan kasih sayang sebagaimana islam sendiri
menyuruh umatnya berkasih sayang antara satu sama lain. Ibn Khaldun menganjurkan
cara pengajaran dan pembelajaran dipenuhi dengan kasih sayang supaya anak-anak yang
didik dengan lemah lembut dan mendekati mereka. Beliau menyarankan agar guru
perlulah mendalami jiwa pelajar dengan berkawan atau berbaik untuk menarik minat
pelajar untuk belajar. Ibn Khaldun mengatakan: sesiapa yang membawa kekerasan dan
kebengisan dalam mendidik pelajar dan melayani teman,akan menghilangkan kegiatan
bekerja dan akhirnya anak-anak didik dan temanya itu akan sering berdusta, akan
pemalas akan menjadi busuk hati.

4.2 PEMBELAJARAN
Dalam sistem pembelajaran, ibnu Khaldun tidak bersetuju dengan cara belajar
dengan membuat nota ringkas. Beliau mencadangkan agar lebih baik menggunakan buku
teks yang mempunyai huraian yang jelas berbanding dengan nota ringkas. Beliau
berpendapat bahawa menggunakan nota ringkas banyak masa disia-siakan dan
memerlukan banyak masa untuk merenung kembali dan cuba meingati semula huraian
yang asal . Dengan cara ini, tumpuan ini boleh merugikan pelajar dan persoalan
persoalan yang timbul dalam nota ringkas.Selain itu, ibnu khaldun juga mengkrtitk buku
pelajaran dengan mencadangkan bahawa satu buku untuk satu tema sahaja. Dengan
kaedah ini, berpendapat bahawa kepelbagaian buku yang membahaskan hanya satu tajuk
sahaja akan mencelarukan kefahaman.
Dari aspek ilmu dalam pembelajaran, asas-asas ilmu ibn khaldun mencadangkan
bahawa kanak-kanak hendaklah didedahkan terlebih dahulu dengan ilmu al-Quran.
Mempelajari al-Quran dari segi mengeja dan membaca hendaklah dijadikan asas ajaran
sebelum melangkah ke pelajaran yang lain. Walaubagaimanapun, untuk menguasai
sesuatu ilmu, asas seseorang itu mestilah kuat dan mantap maka dengan itu mempelajari
dan menguasai al-Quran adalah bertujuan untuk menguasai bahasa.
Ibnu khaldun, menyatakan pendapat sebegini kerana sistem pendidikan di andalus ,
sepanyol dan maghribi telah menggunakan cara tersebut dan ianya sangat memberi kesan
terhadap peningkatan para pelajar dalam menguasai mata pelajaran. Penguasan ilmu al-
Quran ini kerana sempurna disamping asas kepada sumber pelbagai ilmu yang mana
didalamnya mempunyai pelbagai ilmu yang mengandungi ilmu tafsir, hadis, mantik,
sejarah, geografi,sains, matematik dan sebagainya.

5.0 KESIMPULAN
Dari beberapa huraian diatas, jelas menunjukan bahwa Ibnu Khaldun adalah seorang
tokoh yang menaruh perhatian yang besar terhadap pendidikan. Konsep pendidikan yang
dikemukakannya sangat dipengarhi oleh pandangannya terhadap manusia sebagai makhluk yang
harus dididik, dalam rangka menjalankan fungsi sosialnya di tengah-tengah masyarakat.
Pendidikan adalah alat untuk membantu seseorang agar tetap hidup bermasyarakat dengan baik.
Aspek-aspek yang dapat mendukung proses pendidikan mulai dari pelajar, pendidik, sarana dan
prasarana haruslah diberi perhatian kerana ianya sangat berpengaruh pada proses pendidikan.
Dalam pada itu,seharusnya tidak mengabaikan hakikat tujuan pendidikan itu sendiri iaitu
berorientasi pada pengembangan, pengarahan dan pembentukan keperibadian pelajar. Oleh
karena itu guru sebagai pendidik haruslah mampu membaca situasi dan keadaan dalam
pembelajaran, mengetahui psikologi pelajar dan sebagainya.

You might also like