You are on page 1of 3

Dari aspek pendidikan kemahiran belajar akan mempengaruhi cara pembelajarannya sama ada kepantasan serta keberkesanan pembelajarannya.

Kajian-kajian tentang berfikir menunjukkan bahawa pelajar yang dilatih untuk berfikir mempunyai perkembangan positif terhadap pembelajarannya. Kemahiran berfikir berupaya meningkatkan penguasaan pengetahuan dan seterusnya meningkatkan motivasi dalam diri pelajar. Peningkatan motivasi untuk belajar dengan cara tidak langsung membantu kemahiran berfikir. Salah satu cara meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar di sekolah ialah dengan mengadakan projek sains yang berunsurkan kreativiti. Penekanan terhadap daya pemikiran kritis dan kreatif dalam kurikulum merupakan tindakan dan perkembangan yang baik. Jesteru itu, semua pihak harus mengembeling tenaga untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif ini terhadap individu pelajar sejak kecil lagi.
Apakah kemahiran Berfikir? Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. Terdapat beberapa perkara yang boleh difikirkan oleh guru-guru untuk mengaitkan pelancongan dan berfikir. Berikut diperturunkan beberapa istilah yang boleh difikirkan bersama: i. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi. - kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan maklumat. -kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: Kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjana idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. i. Kemahiran secara kritis adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza, menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat. ii. Kemahiran berfikir secara kreatif adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru. iii. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran secara kreatif.

Kemahiran vertical dan lateral. i. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis. Contoh Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?

ii. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik. Pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif. Contoh: Bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok. Pemikiran bertumpu dan bercapah. i. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menanalisis sesuatu data atau maklumat.Contoh: Ali, demam.Dia tidur di bilikd arjah. mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu ajar? ii. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan? Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan mengikutmana-mana istilah tersebut di atas haruslah dikuasai oleh pelajar anda: a. membuat kaitan b. membanding dan membeza. c. mengkelaskan d. menilai e. menyusun atur f. mengenal pasti pernyataan `benar' dan `palsu' g. mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat h. mengenal pasti pernyataan berat sebelah i. mengenal pasti sebab menyatakan pelbagai sebab j. mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat k. membuat inferens atau kesimplan awal l. membuat generalisasi m. mentafsir n. mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir terperinci. o. merumus dan meringkas p. membuat keputusan q. menyelesaikan masalah

Bagaimanakah Kemahiran Berfikir boleh Dikembangkan? Aktiviti yang boleh digunakan untuk mengembangkan kemahjiran berfikir termasuk:

a. soal jawab b. sumbang saran c. permainan d. pertandingan e. kuiz f. teka teki g. perbahasan h. projek: - mereka bentuk - mereka cipta - mengkaji - menyelidik - membuat eksperimen - menghasilkan sesuatu projek - menyelesaikan sesuatu masalah

You might also like