You are on page 1of 2

Assalamualaikum w.b.t dan salam Satu Malaysia..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana hidayah dan inayahnya saya masih diberi peluang untuk menghirup udara UPSI yang penuh dan sarat dengan hikmah kehidupan ini. Bagi memberi respon kepada forum bertajuk Keruntuhan akhlak remaja kini disebabkan guru-guru gagal menterjemahkan Falsafah Pendidkan Kebangsaan , saya amat tidak bersetuju dan merasa tercabar lebih-lebih lagi saya akan menyarung sepatu seorang guru. Di dalam FPk itu sendiri, antaranya melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Ini bertepatan dengan peranan guru untuk mendidik anak bangsa dan melahirkan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang bukan sahaja dari segi pencapaian akademik, malahan keseluruhan aspek termasuk pandangan lahiriah dan pancaran batiniah mereka.Para guru juga telah dibekalkan dengan kursus dan latihan perguruan yang menjadi suluh pandu sebelum mereka bergelarpendidik.Tambahan pula,mustahil bagi akal dengan bimbingan yang diperolehi boleh mengheret guru kepada keruntuhan akhlak remaja kini.Berbalik kepada pokok persoalan,mengapa guru yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja? Sedangkan dari perkataan guru itu sendiri waima disebut cikgu,pendidik,mahupun pengajar peranan yang digalas adalah sama berat untuk dijunjung iaitu memastikan anak didiknya menjadi seseorang dan bukan seekor.Bunyinya agak sinis, namun hakikat yang perlu diselongkari amat nyata.Guru adalah pembawa obor Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan bukan pemusnah yang membawa kepada keruntuhan akhlak remaja. Ya, tidak dinafikan tidak semua guru menjunjung Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang hampir setiap semester disebut sebelum menerima watikah sebagai guru.Ini terbukti kerana sekali sekala angin bahang hembusan khabar yang tidak enak terpampang di dada akhbar berkaitan salah laku guru di sekolah mahupun di luar institusi pendidikan.Walaubagaimanapun,ini tidak mustahil kerana guru adalah manusia,namun, itu hanya segelintir kes-kes terpencil umpama cebisan pasir di Gurun Sahara yang tidak langsung menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja. Sebagai tambahan,banyak factor luaran dan dalaman yang menjadi punca keruntuhan akhlak remaja kini.Antara yang utama adalah pengaruh media massa samada media cetak mahupun elektronik .Media massa kini seolah-olah telah mengambil tempat sebagai ibu bapa yang berperanan membentuk akhlak dan jiti diri remaja.Jika baik yang ditonjolkan,maka baik lah yang dicetak mereka,jika sebaliknya inilah yang menjadi penyebab utama keruntuhan akhlak mereka.Media massa seperti televisyen,majalah dan internet umpama makanan ruji kepada remaja yang kalaparan kasih sayang dan kehausan santapan rohani.Bagi mereka, dengan cara ini akan dapat memenuhi kehendak naluri dan imiginasi mereka yang bercelaru dan masih terkapai-kapai mencari identiti.Selain itu,remaja lebih gemar meniru artis dan selebriti sebagai role model berbanding guru yang ada di depan mata dan mengasuh mereka.

Terdapat banyak lagi factor lain penyumbang kepada masalah ini yang boleh dirungkai,insyaAllah jika diberi kesempatan akan dibincangkan di laman forum yang lain pula. Akhir sekali, ingin saya tegaskan bahawa guru bukanlah penyebab keruntuhan akhlak remaja kini kerana kegagalan menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi masalah ini disokong oleh banyak factor luaran dan dalaman yang lain.Wallahualam.

You might also like