You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA (AJK) PEWARIS PRASEKOLAH KALI PERTAMA 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA TAHAN, JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR TEL & FAX : 09-2667618 Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran : 03 Ogos 2011 : Rabu : 09.00 Pagi : Bilik Gerakan, SK Kuala Tahan : Orang Antara Yang Hadir : 1.) 2.) 3.) 4.) 5.) 6.) 7.) 8.) 9.) En. Zainol bin Shahbudin, Guru Besar En. Azman bin Abdullah Hashim, GPK Pentadbiran En. Adzahar bin Mokhtar, GPK HEM En. Ramly bin Abd Rahman, GPK KOKO Pn Siti Zubariah Bt Omar (N. Pengerusi Pewaris 2010 ) Pn. Rohana bt Abdul Hamid, Guru Prasekolah (Cahaya) Pn. Fadilah Bt Yahya, Guru Prasekolah (Sinar) Ahli Jawatankuasa Pewaris 2010 Ibu bapa murid Prasekolah tahun 2011.

Agenda Mesyuarat : 1. Aluan Pengerusi 2. Ucapan Penasihat / Guru Besar 3. Membentang dan Mengesahkan minit Mesyuarat yang lalu 4. Perkara-perkara berbangkit 5. Lantikan Pengerusi Majlis Sementara 6. Pembubaran AJK Pewaris Prasekolah 2010 7. Perlantikan AJK Pewaris Prasekolah 2011 8. Laporan Aktiviti Prasekolah 2011 9. Pemilihan Kemasukan ke Prasekolah 2012 10. Hal-hal lain 11. Ucapan Penangguhan Agenda 1 : Aluan N. Pengerusi (Pn. Siti Zubariah Bt. Omar) Mengucapkan jutaan terima kasih kepada para yang hadir, Guru Besar, barisan guru penolong kanan, YDP PIBG, guru Prasekolah, guru-guru serta hadirin kerana sudi mengikhlaskan diri dan meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pewaris Prasekolah 2011 pada kali pertama ini. Mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada semua ibu bapa yang hadir pada mesyuarat tersebut. Kedatangan ibu bapa ke mesyuarat tersebut menunjukkan komitmen dan keprihatinan mereka yang sepenuhnya terhadap pembelajaran anak-anak.

Agenda 2 : Ucapan Penasihat / Guru Besar SK Kuala Tahan

(En. Zainol bin Shahbudin : Guru Besar SK Kuala Tahan) Mengucapkan selamat datang kepada ibu bapa yang hadir pada mesyuarat tersebut. Memohon maaf kepada ahli mesyuarat kerana kelewatan mengadakan mesyuarat Pembubaran dan pelantikan AJK pewaris Prasekolah sesi 2010-2011. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana menghantar anak-anak mereka ke Prasekolah. Menerangkan serba sedikit maklumat mengenai prasekolah: Terdapat 2 buah kelas prasekolah 1.Prasekolah Sinar 25 orang murid 2.Prasekolah Cahaya 23 orang murid Menjelaskan bahawa guru prasekolah mencukupi. Belia memperkenalkan guru Prasekolah baru, Pn Fadilah bt Yahya. Memaklumkan bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk memartabatkan Prasekolah. Meminta kerjasama Ahli Jawatankuasa Pewaris untuk melihat dan memantau kelas Prasekolah jika ada sebarang penambahbaikan dan memberi kerjasama dengan pihak sekolah jika berlaku sebarang masalah Beliau memperjelaskan mengenai peruntukan yang diterima oleh anak-anak di Prasekolah: 1. Bantuan Makan RM 1.80 x 50 = RM 18000 2. LPBT - RM 100 x 50 = RM 5000 3. Kokurikulum - RM 25 x 50 = RM 1250 4. Terdapat bayaran lain seperti baju Prasekolah, takaful dan sumbangan ibu bapa. Pelajar Prasekolah dilindungi Insurans Takaful RM1.50 sepanjang tahun secara berkelompok. Menyatakan bahawa Prasekolah adalah agenda penting dalam kementerian dan diletakkan di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama). Oleh yang demikian, kelas Prasekolah telah dibuka di setiap sekolah-sekolah kerajaan. Terdapat juga sesetengah sekolah yang mempunyai 3 buah kelas Prasekolah. Pengerusi memberitahu bahawa semua guru Prasekolah dan TABIKA menggunakan modul Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Agenda 3 : Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu (Pn Rohana Bt Abdul Hamid, Guru Prasekolah) Membentangkan minit mesyuarat yang lalu yang bertarikh 03 November 2010. Mesyuarat tersebut diadakan pada hari rabu dan dihadiri seramai 45 orang yang terdiri daripada ibu bapa,Jawatankuasa Pewaris, guru-guru dan staf sokongan. Minit mesyuarat tersebut disahkan oleh Pn Hazlinda Bt Mat Taha dan disokong pula oleh Cik Supiah Bt Malek. Agenda 4 : Perkara-perkara Berbangkit (En. Zainol Bin Shahbudin, Guru Besar, SK Kuala Tahan) Hanya murid 6 tahun sahaja yang terlibat dengan majlis graduasi. Manakala murid 5 tahun tidak terlibat. Agenda 5: Penentuan Pembekal Makanan 2011 Pihak sekolah ditegur kerana Prasekolah menggunakan 2 perkhidmatan pembekal makanan dalam satu masa yang sama. Justeru itu pihak sekolah memutuskan untuk mengambil atau menggunakan khidmat pembekal makanan yang sama untuk keduadua kelas prasekolah.

Ibu bapa digalakkan untuk memantau ke kelas Prasekolah untuk melihat sendiri perjalanan kelas anak-anak mereka. Ibu bapa juga boleh datang untuk merasa makanan yag disediakan oleh Pembantu Pengurusan Murid. Agenda 6: Pakaian Prasekolah 2011 Pada tahun 2011 baju murid Prasekolah telah ditambah daripada 2 kepada 3 helai. Dua helai baju tersebut ditempah selaras dengan prasekolah lain di daerah Jerantut. Manakala sehelai lagi baju tersebut ditempah oleh pihak sekolah. Kesimpulannya, Semua murid Prasekolah memiliki 3 helai baju yang sama Agenda 7: Yuran Prasekolah 2011 Guru Besar menyatakan yuran yang dikenakan untuk murid prasekolah Beliau memberitahu bayaran tambahan dikenakan untuk kegunaan murid di dalam kelas. Memberitahu bahawa ibu bapa akan terlibat bersama-sama pihak jawatankuasa Pewaris untuk menceriakan kelas Prasekolah. Menerangkan mengenai aktiviti tabungan murid setiap hari di sekolah. Duit murid akan disimpan ke dalam akaun Tabung Haji. Guru Besar mencadangkan pada tahuntahun hadapan pihak pengurusan prasekolah membuka akaun murid di bank yang lain yang boleh member apa-apa faedah kepada murid. Contohnya pada akhir tahun, pihak bank boleh memberi sedikit sebanyak sumbangan sempena Hari Graduasi, sukaneka Prasekolah dan sebagainya. Agenda 5 : Lantikan Pengerusi Majlis Sementara (Pn. Fadilah Bt Yahya, Guru Prasekolah sinar) Majlis sebulat suara melantik Pn Fadilah Bt yahya untuk mempengerusikan majlis ketika pembubaran AJK Pewaris 2010 dan pelantikan AJK Pewaris 2011 dijalankan. Agenda 6 : Pembubaran AJK Pewaris Prasekolah 2010 (Pn. Siti Zubariah Bt Omar, N. Pengerusi Pewaris) Membubarkan AJK Pewaris Prasekolah 2010 secara rasminya. Beliau mengharapkan Jawatankuasa Pewaris yang baru dapat member kerjasama yang lebih lagi dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan untuk anak-anak. Memohon maaf andai terdapat kesilapan dan kekurangan AJK yang lama dalam mengendalikan Jawatankuasa tersebut. Agenda 7 : Perlantikan AJK Pewaris prasekolah 2011 (Pn. Fadilah Bt Yahya, Guru Prasekolah Sinar ) Untuk Jawatan Pengerusi AJK Pewaris Prasekolah, Pn Hazlinda BT Mohd Taha melantik En. Zulkifli Bin Mohd Khonopiah dan disokong oleh En Basri bin Mohd Khonopiah . Pn Roziah Bt Abd Hamid melantik En Azri Bin Razali. Disokong oleh En. Zulkifli Bin Mohd Khonopiah. En Basri mencadangkan supaya lantikan untuk Jawatan Pengerusi Pewaris ditutup. Majlis dengan sebulat suara menyokong cadangan tersebut. o En Zulkifli Bin Mohd Khonopiah - 21 undian o En Azri Bin Razali ahli jawatankuasa pewaris tahun 2011 seperti dalam lampiran di belakang.

Agenda 8 : Laporan Aktiviti Prasekolah 2011 aktiviti Prasekolah sepanjang tahun berpandukan takwim Prasekolah 2011.

Ahli Jawatankuasa akan bermesyuarat untuk menjalankan aktiviti yang tertangguh. Antara aktiviti yang akan dijalankan seperti: PROKAS prasekolah ke Mutiara Taman Negara Gotong-royong Prasekolah Sambutan Hari Jadi dan sukaneka Prasekolah Hari Graduasi

Agenda 9 : pemilihan kemasukan ke Prasekolah Pemilihan kemasukan ke Prasekolah 2012 akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK pemilihan prasekolah akan datang. Agenda 10 :Yuran Prasekolah 2012 Juga akan ditentukan dalam mesyuarat AJK akan datang. Agenda 11 : Hal-hal lain Pn Azlina memohon sumbangan dari Jawatankuasa Pewaris untuk menyumbang hadiah galakan membaca bagi program NILAM kerana murid Prasekolah juga sebahagiannya terlibat dengan program tersebut. Cadangan tersebut disokong oleh En. Zulkifli Bin Khonopiah. En Azri memohon AJK Pewaris meneruskan mesyuarat bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan Prasekolah. En Azhar Bin Mokhtar mengingatkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki tahun satu untuk membuat pengesahan berkenaan kamasukan tersebut di pejabat sekolah. Agenda : Ucapan Penangguhan (En. Zulkifli Bin Khonopiah) * Pengerusi meminta kerjasama baik dengan ibu bapa terutama mengenai hal-hal yang berkaitan dengan prasekolah. . Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pewaris Prasekolah Kali Pertama SK Kuala Tahan ditangguhkan pada jam 10.45 pagi dengan membaca Surah al-Asr.

Disediakan oleh

Disahkan oleh

.. PN ROHANA BT ABDUL HAMID Setiausaha Jawatankuasa Pewaris Prasekolah, SK Kuala Tahan, Jerantut

EN. ZAINOL BIN SHAHBUDIN Guru Besar, SK Kuala Tahan, Jerantut

Sk -Fail Sekolah -PPD Jerantut -JPN Pahang

You might also like