You are on page 1of 41

FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

GURU BESAR Bertanggungjawab dalam semua hal pengurusan, pentadbiran dan perjalanan sekolah. Pengerusi jawatankuasa tatatertib sekolah. Bertanggungjawab dalam semua hal pengurusan kewangan sekolah. Pengerusi jawatankuasa penyelaras sekolah.

GURU KANAN PENTADBIRAN Membantu Guru Besar dalam semua hal pengurusan, pentadbiran dan perjalanan sekolah. Ahli jawatankuasa tatatertib sekolah. Bertanggungjawab dalam semua hal pengurusan dan pentadbiran sekolah semasa ketiadaan Guru Besar. Naib pengerusi jawatankuasa penyelaras sekolah. Tugas-tugas khas: Menyelaras hari-hari perayaan sekolah Menyelia disiplin kakitangan sekolah Menyediakan senarai tugas pekerja buruh sekolah dan mengawasi pekerja mereka. -

Menyemak dan menyelaras kegunaan buku kedatangan murid. Mengurus tindakan memperbaiki harta benda sekolah dan menyelia supaya ianya tidak disalahgunakan.

Mengambil tindakan atas laporan harian guru-guru bertugas. Mengurus hal pertukaran murid serta rekod keluar/masuk murid. Mengawasi fail peribadi murid dikemaskinikan sepanjang masa dan dikeluarkan semasa murid bertukar keluar.

Menyimpan rekod lengkap atas cuti guru-guru kerana menghadiri kursus. Mengawasi kebersihan dan keindahan kawasan sekolah, bilik-bilik darjah, dan bangunan-bangunan sekolah.

KETUA PANITIA Menubuhkan jawatankuasa Panitia Mata pelajaran. Bersama dengan jawatankuasa dan guru mata pelajaran merancang dan juga menyelaras atau penyediaan Rancangan Mengajar bagi tahunan, mingguan dan juga harian. Bersama dengan jawatankuasa dan guru mata pelajaran merancang untuk menyelaraskan penyediaan bahan-bahan pengajaran.

Bersama dengan jawatankuasa dan guru mata pelajaran menilai prestasi murid-murid dalam satu-satu mata pelajaran selepas ujian atau pun peperiksaan. Analisa serta cadangan-cadangan untuk memperbaiki/meninggikan lagi prestasi murid-murid dalam mata pelajaran tersebut hendaklah dibawa kepada jawatankuasa peperiksaan dan penilaian peringkat sekolah untuk diambil tindakan selanjutnya.

Bersama dengan jawatankuasa membantu guru-guru baru, guru-guru maktab (dalam latihan) dan guru-guru ganti dengan memberi kerjasama dan tunjuk ajar dalam penyediaan buku rekod mengajar, penyediaan rancanganrancangan tahunan/mingguan/ harian supaya ada keselarasan. Bantuan juga perlu diberi dalam menyediakan soalan-soalan ujian dan peperiksaan, caracara pemeriksaan kertas-kertas jawapan dan seterusnya perkara-perkara yang berkaitan dengan ujian dan penilaian (peperiksaan).

Bersama dengan jawatankuasa dan guru mata pelajaran menyelaras dalam penyediaan bahan-bahan latihan untuk kerja rumah harian/cuti am/ cuti hujung minggu/ cuti penggal.

Corak

dan

bentuk

soalan

untuk

ujian

dan

peperiksaan

hendaklah

diselaraskan oleh jawatankuasa ini.

Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa panitia sekurang-kurangnya sepenggal sekali ( di luar waktu mengajar)

Menyediakan

laporan bertulis untuk dibentangkan dalam mesyuarat-

mesyuarat penggal dan mesyuarat penutupan akhir tahun. (salinan laporan hendaklah mencukupi bagi semua guru) Pengerusi panitia adalah juga pengerusi bagi persatuan. Iaitu misalnya pengerusi panitia Bahasa Melayu juga pengerusi Persatuan Bahasa Melayu. Ahli-ahli jawatankuasa persatuannya adalah ahli-ahli jawatankuasa panitia. Tindakan-tindakan seterusnya adalah atas budi bicara pengerusi. Menjalankan lain-lain perkara selain daripada yang dinyatakan di atas adalah mengikut kesesuaian.

GURU MATA PELAJARAN Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran ynag berkenaan.

Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang perlu dicapai iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir setiap penggal bagi tiap tingkatan.

Mempunyai buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.

Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap disediakan. untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian mengikut rancangan pelajaran dan yang melaksanakan pengajarannya

Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar wakilnya pada masa yang dikehendaki.

Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalansoalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.

Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.

Guru mata pelajaran perlu menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh kementerian pendidikan/jabatan pendidikan dan PPD.

Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bilik khas/bilik ERT/Sains Pertanian serta mengawasi penggunaan peralatan.

Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai matapelajaran yang berkenaan samada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pelajaran Negeri/PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama.

Sentiasa

mengikuti

perkembangan

dan pembaharuan

tentang

teknik

mengajar bagi mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan, memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan

secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat-alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat Sumber Sekolah. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar. Membantu menguruskan Bank soalan. Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru disiplin. Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

GURU MEDIA

Menyediakan peraturan dan peraturan khas penggunaan Pusat Sumber. Membuat anggaran perbelanjaan PSS. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi peraturan PSS. Menyediakan senarai peralatan dan alat bantu mengajar mengikut mata pelajaran.

Membuat pesanan keperluan PSS melalui Guru Besar. Menyediakan rekod penggunaan PSS termasuklah mencatatkan bilangan penggunaan PSS setiap kali dibuka.

Menyediakan buku rekod peminjam-peminjam peralatan dan alat bantu mengajar dan mengadakan rekod kekerapan pinjaman.

Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di dalam PSS daripada kecurian dan kehilangan.

Memastikan keselesaan dan kebersihan bilik media.

Menyemak dan menutup stok peralatan media di akhir tahun. Menubuhkan kelab PSS. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

GURU PENYELARAS KELAS

Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam tingkatan di bawah jagaannya. Persetujuan guru penolong kanan/penyelia petang perlu diminta terlebih dahulu.

Kuota pelajar mengikut kaum seboleh-bolehnya dipatuhi. Guru Penolong Kanan/ Penyelia Petang Guru Besat mesti dimaklumkan.

Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat penempatan mengikut kelulusan.

Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT).

Membantu Guru Penolong Kanan (HEM) dan Guru Biasiswa memilih pelajar yang layak untuk diberi bantuan/biasiswa.

Memaklumkan kepada Guru Besar Penolong Kanan/Penyelia Petang tentang jumlah pelajar dalam setiap kelas dari masa ke semasa.

Penyelaras tahun 6 sekaligus bertindak sebagai penyelaras peperiksaan UPSR.

Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar baru disimpan di dalam daftar masuk dengan kemas dan teratur.

Bekerjasama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar. o Buku Kad Kemajuan Pelajar o Kad Gerko/ buku Gerko o Kad 001M dan Kad Tenaga Asas o Borang Kelulusan Pinjaman SPBT

Sentiasa mengemaskinikan fail-fail pertukaran pelajar. Fail tersebut perlu disimpan didalam pejabat. Kerjasama Pembantu Am Rendah (Pejabat) perlu diminta.

Bekerjasama dengan guru tingkatan bagi menyiapkan sijil-sijil di peringkat sekolah iaitu: o Sijil Ujian Lisan Bahasa Melayu o Sijil Ujian Lisan Bahasa Inggeris o Sijil Berhenti Sekolah dan sijil-sijil lain.

Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan UPSR. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.

Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan membantu guru mengagihkan kemasukan pelajar.

Memastikan guru darjah memberi bilangan , nombor pendaftaran dan memasukkan butir pelajar dalam buku pendaftaran.

Menyemak fail-fail kemasukan pelajar dan memastikan is dikemaskinikan. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Pelajar. Buku ini mesti disimpan di Pejabat.

Menyimpan boring-borang kemasukan pelajar baru dalam fail daftar masuk mengikut kelas.

Memastikan pelajar baru ditempatkan di tingkatan-tingkatan mengikut mata pelajaran elektif yang dipilih.

Menyampaikan laporan tentang pelajar baru kepada Guru Besar. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Besar dari masa ke semasa.

JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

Fungsi dan bidang tugas jawatankuasa jadual waktu adalah seperti berikut : Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut pelajaran. Pengagihan matapelajaran dan bilangan waktu yang sesuai. Menentukan kesesuaian masa untuk matapelajaran tertentu. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan jadual waktu blok. Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan. Membuat pindaan, jika perlu.

Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Guru Besar dan dipaparkan untuk makluman semua.

Berusaha menggunakan computer dalam pengurusan jadual waktu.

GURU DATA

Fungsi dan bidang tugas guru data adalah seperti berikut : Menyediakan data enrolmen pelajar mengikut tingkatan, kelas, kaum dan jantina. Menyediakan data /maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan lain-lain. Menyediakan penyata bulanan pelajar dan penyata bulanan butiran guru. Menyediakan data tentang latarbelakang pelajar mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga dan pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah, agama yang dianuti dan lain-lain. Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik pelajar. Menyediakan data pelajar yang menerima biasiswa Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung minggu. Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan rapi. Memastikan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah. Menggalakkan penggunaan komputer untuk memproses dan menganalisis data. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan Guru Besar dari masa ke masa.

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

bertanggungjawab kepada Guru

Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin, kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan 1 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan guru besar Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Murid.

Senarai tugas

Setiausaha Hal Ehwal Murid o Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolahsekolah yang mempunyai sidang petang o Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti Hal ehwal Murid

Guru Disiplin o Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni o Mempastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah

dikuatkuasakan. o Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku. o Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid o Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

Guru Bimbingan dan Kaunseling o Merancang dan menyelaras perlaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
o

Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.

o Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

Guru RMT o Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dan Rancangan amalan Makanan dan Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain.

JAWATANKUASA KANTIN

Memastikan

pengusaha

kantin

mematuhi

peraturan

dan

pekeliling

Kementerian Pendidikan/Kesihatan. Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian. Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syaratsyarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan. Memastikan tidak ada makanan yang bahannya tidak halal seperti minyak babi (lard), makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam mee dan sebagainya. Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria. Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi. Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji /kain maslin disimpan dalam bekas yang bertutup. Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan.

Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.

Membuat laporan mingguan dalam buku/ borang laporan kantin. Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.

Mengadakan

mesyuarat

jawatankuasa

kantin

kali

setahun

dan

perbincangan dari semasa ke semasa. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.

GURU SPBT

Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks Mesyuarat diadakan dua kali, iaitu di awal dan akhir tahun. Pembahagian tugas pagi/petang. Taklimat untuk guru darjah Pembahagian tugas pentadbiran buku stok (mengikut darjah) pengedaran/pengumpulan buku rosak/hilang menubuhkan Pasukan Petugas SPBT (pelajar) Borang permohonan SPBT

o Mengedarkan borang kepada setiap pelajar o Borang yang lengkap dikumpul oleh guru darjah dan diberi kepada guru SPBT. Mesyuarat Jawatankuasa SPBT o Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar/ Penolong Kanan HEM bagi menentukan pelajar-pelajar yang layak mendapat bantuan bagi tahun semasa. o Keputusan permohonan pelajar o Mengedarkan senarai nama pelajar yang layak dan gagal kepada guru Darjah. Membuat pesanan buku o Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.

o Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun(jika perlu). o Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya. o Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar mengikut jadual. Pengedaran o Mengedarkan mengikut kelas. o Menentukan tarikh pengedaran. o Mengesan kelancaran pengedaran
o

Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk/bertukar sekolah

o Mengedarkan buku-buku kepada pelajar yang baru masuk. o Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar yang bertukar.

o Memastiakn guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman kepada semua pelajar yang layak. o Memastikan semua guru kelas telah melengkapkan boring pinjaman SPBT/ boring G mengikut jadual. Pengurusan rekod dan dokumen o Menyelenggara fail yang kemaskini mengikut jenis. o Rekod buku stok yang kemaskini (mengikut kelas) o Senarai tugas guru-pengedaran/pengumpulan. o Menyimpan rekod buku, hapuskira, rosak dan hilang. Pengurusan Keselamatan Buku o Memastikan ada bilik khas SPBT o Mengurus bilik SPBT o Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT o Peraturan mengedarkan ke sekolah lain. o Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut plastik Pengurusan Pemulangan SPBT o Menentukan tarikh pemulangan mengikiu kelas. o Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh/kelas. o Melaporkan kepada Guru Besar/ Penolong Kanan HEM tentang proses pemulangan. Pengurusan Stok dan Inventori o Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan Pendidikan. o Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.

o Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan teratur dan selamat. o Mengemaskini inventori SPBT o Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD. Cadangan Buku Bacaan Tambahan o Mendapatkan maklumat dan Ketua Panitia/ Guru kanan Mata Pelajaran. o Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan. o Memaklumkan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM. Menyediakan senarai buku teks bagi setiap kelas untuk diedarkan kepada pelajar yang tidak mendapat pinjaman buku teks (jika berlebihan).

GURU KEBAJIKAN

Mengurus hal ehwal kebajikan pelajar yang memerlukan bantuan khusus seperti : o pelajar miskin o kemalangan o rawatan berterusan (penyakit kronik) o kematian o kecemasan/bencana

mendapatkan

senarai

nama

pelajar

yang

layak

mendapat

bantuan

berdasarkan keutamaan dan keperluan.

Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan pelajar terhadap kebajikan.

Mengadakan sumbangan dan daftar penerima yang dikemaskini dan disahkan oleh Guru Besar.

Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar. Menubuhkan Unit Hilang/Jumpa. Menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam aktiviti membantu badan kebajikan luar.

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti Kokurikulum.

Bidang tugasMenjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1 dan Guru Penolong Kanan II. o Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan guru besar o Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan Kokurikulum termasuk sidang petang o Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti Kokurikulum di sekolah o Membantu Guru Besar di dalam senua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang.

Senarai tugas

Kokurikulum 1 1.1 1.2 1.3 1.4 2 2.1 2.2 2.3 2.4 3 3.1 3.2 3.3 3.4 Sukan dan Permainan Merancang Takwim kegiatan sukan dan permainan Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan Menyelia kegiatan sukan dan permainan Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah. Pakaian Seragam Merancang Takwim kegiatan pakaian seragam Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam Menyelia kegiatan pakaian seragam Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah Persatuan dan Kelab Merancang Takwim kegiatan persatuan dan kelab Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab Menyelia kegiatan persatuan dan kelab Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah

Pentadbiran 1 2 3 4 5 6 7 Menyusun/menyelaras kegiatan kokurikulum Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan Kokurikulum Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan Kokurikulum yang telah diambil Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dakam hal Kokurikulum Bertanggungjawab mengenal lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kelab, persatuan, pakaian seragam dan sebagainya.

8 9 10 11 12

Menentukan penglibatan semua murid di dalam kegiatan Kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan Kokurikulum. Memastikan rekod dan data Kokurikulum disenggarakan. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan Kokurikulum. Mengenal pasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan Kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.

Tugas-tugas lain Menganggotai Jawatankuasa - Jawatankuasa yang diluluskan oleh GuruBesar dari masa ke semasa. 3.1.2 melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

SETIAUSAHA KOKURIKULUM

Tugas Merancang aktiviti Kokurikulum sekolah-Rancangan Jangka Pendek/Panjang Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah Menentukan takwim dan jadual aktiviti Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.

Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit untuk dilaksanakan di sekolah Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang digunakan Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

SETIAUSAHA SUKAN

Tugas-tugas setiausaha sukan : Menyediakan Jadual Rancangan Sukan Sekolah sesuai dengan rancangan MSSM/MSSM Membantu ketua Guru Rumah dan Guru Permainan Membantu GPK Kokurikulum membahagikan tugas-tugas sukan kepada guru-guru. Mengagihkan murid-murid baru ke rumah-rumah sukan Mengatur Jadual Latihan dan Pertandingan Dalaman antara sekolah-sekolah Memastikan gelanggang sukan dan padang permainan adalah mengikut ukuran yang betul serta mengurus persediaan dan penjagaan padang. Memberi pendedahan kepada guru-guru permainan tentang undang-undang permainan. Mengawas dan menyediakan kegiatan sukan dan permainan. Menyediakan anggaran tahunan untuk perbelanjaan sukan. Bersama-sama Guru Ketua Rumah dan Guru Ketua Pasukan bertanggungjawab menyimpan serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemas kini.

Menyimpan rekod-rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang

disertai oleh sekolah sama ada di peringkat Zon, Negeri, persahabatan dan sebagainya. Mengandungi: Tarikh Jenis Pertandingan Pasukan yang terlibat Tempat Pertandingan Keputusan Pertandingan

Menduduki jawatankuasa merangka aktiviti selepas UPSR dan peperiksaan dalaman Membantu guru GPK Kokurikulum menyelaraskan kegiatan pelajaran Pendidikan Jasmani Membantu GPK Kokurikulum mengelolakan kursus kemahiran dalaman sesuatu permainan apabila diarahkan oleh Guru Besar. Menjadi laison kepada syarikat-syarikat badan-badan atau sekolah bagi mendapatkan kemudahan penggunaan padang dan sebagainya. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar atau GPK Kokurikulum dari masa ke semasa.

JAWATANKUASA KECERIAAN SEKOLAH

Tugas-tugas jawatankuasa keceriaan sekolah : Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari masa ke semasa. Menyediakan pelan induk landskap sekolah Merancang dan menaja berbagai-bagai-bagai projek kebersihan dan kecerian sekolah seperti:i. ii. Kempen Kebersihan Pertandingan Kebersihan Kelas

iii. iv. v. vi. vii.

Pertandingan Mengarang Esei Kebersihan Ceramah-ceramah kebersihan Pertandingan poster kebersihan Menanam bunga/pokok di kawasan sekolah Lawatan ke sekolah-sekolah lain

Mengadakan projek-projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar (PIBG, Persatuan Bekas Pelajar dan sebagainya) bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah.

Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan dan menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK ini.

Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari masa ke masa dan membuat laporan kemajuan kerja.

PENYELARAS PERSATUAN/KELAB/ UNIT BERUNIFORM

Tugas-tugasnya adalah : Mengatur dan menyelia peralatan persatuan/kelab/ unit beruniform. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat Menyelaraskan semua aktiviti Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/ kelab/ unit beruniform Menentukan aktiviti,surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik Memastikan peraturan Perlembagaan dan Minit Mesyuarat Agung

direkodkan dan difailkan.

Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.

Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum: o mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk kepada semua pelajar o mengutip kembali daripada guru pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod di bilik Bimbingan dan Kaunseling. diedarkan

Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti: o Borang memasuki persatuan o Borang senarai AJK dan ahli o Buku Laporan kegiatan o Fail-fail yang diperlukan

Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan dan rekod.

Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.

Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN PETANG

Guru Penyelia Petang bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam mentadbirkan sekolah sesi petang.

Bidang tugas Penolong Kanan Petang adalah :

menjalankan tugas-tugas guru Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Kanan Kokurikulum. Penolong Kanan II dan Guru Penolong

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar. Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sidang petang. Membantu mengeratkan hubungan di antara guru-guru sidang pagi dan petang.

Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

Senarai tugas

Kurikulum 1 membantu di dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sidang petang. 2 Menyusun Jadual Waktu Kelas serta menyediakan Jadual Waktu Gantian

Menyelaras Penggunaan Pusat Sumber, Program Radio dan Televisyen dan sebagainya.

Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan kelaskelas bimbingan dan pemulihan,

Menyelaras di dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah.

Kokurikulum 1 Menyelaras kegiatan pakaian seragam persatuan dan kelab sukan dan permainan bagi sidang petang.

Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling 1 2 3 Menyelaras semua jenis tindakan disiplin Menyelaras dan kaunseling Melaksanakan Peraturan-Peraturan Undang-undang Sekolah serta mengawas keselamatan murid sidang petang.

Program Keselamatan dan Perlindungan Murid 1 mempastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

Pentadbiran 1 merekodkan segala jenis cuti yang diambi oleh guru-guru sidang petang

menyelaras wang

pungutan yuran,derma,dan jenis-jenis lain pungutan

menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat dan pekerja am sekolah bagi sidang petang.

4 5

Membantu merancang Takwim Sekolah Membantu merancang penyediaan anggaran belanjawan tahunan sekolah

6 7

Menyemak buku kedatangan murid-murid sidang petang Menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sidang petang.

Menguruskan hal-hal pinjaman buku teks,yang berkaitan dengan pengagihan borang permohonan dan pemulangan

Membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyenggaraan bangunan, keselamatan,kebersihan dan keceriaan sekolah bagi sidang petang.

TUGAS-TUGAS LAIN
1

menganggotai

Jawatankuasa-Jawatankuasa seperti yang diarah

oleh Guru Besar dari semasa ke semasa 2 melaksanakan arahan-arahandan tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

FIZIKAL DAN PRASARANA SEKOLAH

Bilik Gerakan PIBG

Bangunan baru.

Bangunan ini dilengkapi dengan bilik J-QAF, SPBT, bimbingan dan kaunseling serta bilik Akses.

Kantin sekolah

Makmal Komputer

Papan informasi

Bilik pemulihan

Bilik Pendidikan khas

Prasekolah

Ruang Tasmik

Surau

Taman Sains

PENILAIAN GURU

Terhadap sekolah

Pada peringkat awal kedatangan saya ke sekolah ini, saya beranggapan agak sukar untuk membiasakan diri kerana kebanyakan guru di sini telah menimba banyak pengalaman. Namun, dengan rasa rendah diri saya mula bertanya dan membiasakan diri dengan suasana sekolah. Walaupun kedengaran beberapa suara sinis yang menilai prestasi saya dan rakan, saya jadikan sebagai cabaran dan teladan dalam mempertingkatkan lagi mutu kerja dalam bidang ini. Jumlah murid yang agak padat juga memerlukan saya berusaha lebih gigih untuk mencapai standard yang

dikehendaki oleh pihak sekolah.

Namun, begitu, saya bersyukur dan

berterima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberikan mata pelajaran yang bertepatan dengan jurusan yang saya pelajari sebelum ini.

Dari segi pentadbiran sekolah,banyak perkara yang boleh

dipuji.

Sebagai contohnya sekolah ini, menjalankan pelbagai aktiviti secara berterusan dan berkesan kepada prestasi murid-murid. Contohnya program Citra Bahasa,Tasmik, KW20 dan pelbagai lagi yang dijalankan bertujuan untuk memberikan pendidikan yang seimbang dan berterusan sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

Selain itu juga terdapat , program Kem Bestari Solat untuk murid-murid serta ceramah motivasi. Ini amat penting untuk murid-murid menjadi insan yang seimbang. Walaupun terdapat pelbagai program yang diadakan, namun ianya tetap berjalan dengan lancar dan tersusun.

Cadangan Penambahbaikan

Tidak banyak cadangan yang ingin saya utarakan kerana bagi saya SK Tmn Perling sudah cukup baik dari segala segi. Namun,begitu adalah baik jika disediakan prasarana yang lebih selesa dan baik kepada guru, sebagai contohnya menambah bilangan meja dan kerusi di bilik guru untuk menjalankan tugas seharian. menampung bilangan guru yang semakin bertambah malah dapat memberikan keselesaan kepada guru dalam

BIODATA

Nama No . Kad pengenalan Tarikh Lahir Asal Opsyen

: : : : :

Azizah Binti Mohamed@Hitam 840401-11-5784 1 April 1984 Terengganu BM (major), KT, Math (minor)

Maktab

IPGM Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Ikhtisas

Ijazah Pengajian Melayu Dengan kepujian (Bahasa Melayu)

Universiti

Universiti Malaya

You might also like