You are on page 1of 3

Matlamat Permainan tradisional adalah hasil ciptaan nenek-moyang kita pada masa dahulu.

Malangnya, banyak permainan tradisi yang telah dilupakan. Jika tiada usaha ke arah memartabatkannya, warisan ini akan menjadi peninggalan sejarah yang akan tenggelam bersama arus kemodenan. Permainan tradisonal terutamanya permainan congkak bertujuan melahirkan murid yang aktif dan sihat serta berpengetahuan dalam permainan tradisonal pemikiran kognitif murid. yang memberi tumpuan kepada kecergasan dan tahap

Objektif Permainan Congkak Terdapat beberapa objektif permainan congkak iaitu: I. II. III. IV. V. VI. Mempertingkatkan dan mengekalkan kemahiran motor halus murid; Sedia bertolak-ansur (menghapus perasaan hasad dengki); Berfikiran kreatif; Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam); Keboleh-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran); dan Memiliki kemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat)

Format pertandingan I. II. Permainan dijalankan secara Kalah Mati. Setiap pasukan akan mencabut undi untuk menentukan kategori kumpulan pada pusingan pertama iaitu kumpan A atau kumpulan B. III. Pertandingan antara kumpulan A akan dijalankan terlebih dahulu diikuti kumpulan B. IV. Pemenang pusingan pertama antara kumpulan A dan kumpulan B akan ke peringkat seterusnya. V. Jumlah buah terkumpul yang tertinggi dalam rumah dikira pemenang.

Etika Pemain dan Syarat Pertandingan. 1. Pakaian haruslah kemas dan sopan. Pemakaian seluar pendek tidak adalah dilarang. 2. Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau ditukarkan kepada nada gegaran.Peserta adalah dilarang untuk menjawab panggilan semasa dalam perlawanan. 3. Peserta tidak dibenarkan membuat bising, menghisap rokok, makan,minum atau membawa minuman keras ke dalam dewan pertandingan. 4. Pemain tidak dibenarkan membuat gangguan semasa lawannya. 5. Menunjuk ajar pemain lawan atau rakan adalah dilarang.

Layout Pertandingan

Petunjuk : Papan congkak Pemain Pengadil

Rajah 1 : Layout Pertandingan

You might also like