You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT GURU BIL: 3 / TAHUN2012

Tarikh : 16 April 2012 Masa : 3.00 petang

Tempat : Bilik Gerakan SKDM Kehadiran : 1. Pn. Hazizah binti Hamin (Guru Besar) 2. Encik Abdul Majid bin Ismail (Penolong Kanan Pentadbiran) 3. Pn. Hajah Fuziah Bt. Habeb (Penolong Kanan Kokurikulum) 4. Pn. Norjumida Bt. Mat Isa 5. Pn. Siti Hazar Bt. Ismon 6. Pn. Hjh Nooraizah Bt. Sihab 7. Pn. Junaini Bt. Jemaiin 8. Pn. Haslindar Bt. Sariman 9. En. Mohd Halimin Bin Mislan 10. Pn. Harianifa idza Bt. Abu Hasan 11. Pn. Rusiah Bt. Hasan 12. Tn. Hj Alias B. Abu Bakar 13. En. Abd. Hadi b. Turmidi 14. Pn. Siti Sumroh Bt. Lakimin 15. Cik Nur Huda Bt. Mohammad Safie 16. Pn. Junaidah Bt. Jamingan 17. Pn. Rohaizun bt. Mohd Radzi 18. Pn. Norbaya Bt. Ismail 19. Pn. Rusiah Bt. Hassan 20. Pn. Azian Bt. Abd Aziz 21. Pn. Hjh Zahiah Bt. Misran 22. Pn. Norma bt Yahya 23. Pn. Halina Bt. Nasron 24. Pn. Fadzillah Bt. Ismail 25. Pn. Fahimah Binti Mansor 26. Pn. Muzalifah Bt. Jamingan 27. Pn. Siti Aminah Bt. Kusaini 28. Pn. Halina bt Nasron 29. Pn. Rosnidah binti Takrep

30. Pn. Amroni Bt. Mohd Badjuri 31. En. Sofian Bin Shafie 32. En. Mahazir Bin Azemi 33. En. Ahmad Nasir bin Joyo 34. En. Sargunawaran a/l Manickam 35. Pn. Hamidah Bt. Bajuri 36. Pn. Nor Faizun Bt. Abd Habib 37. En. Wan Mohd Sharif Bin Wan Abdullah 38. En. Muhamad Shahril B. Abd Manaf 39. Pn. Fatimah Bt. Samsudin 40. Pn. Nor Hazlifa Bt. Mahmud 41. Pn. NorHazlina Bt. Mukhlas 42. En. Mokhlis Mursid B. Amat Tidak Hadir : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pn. Siti Suraya binti Mohd Tasreb Pn. Tarkiah Bt. Sanusi Pn. Salmiah Bt. Ahmad Pn. Norziyatul Fairuz Bt. Sobri Pn. Sarala a/p Thangavelu Pn. Masayu Bt. Nasah

AGENDA 1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat 1.1 Puan Hazizah Bt. Hamin mempengerusikan mesyuarat dan dimulakan dengan menyampaikan beberapa pesanan. 1.2 Pesanan pertama iaitu pada hari Khamis iaitu 19 April 2012 Jemaah Nazir akan datang ke sekolah. Oleh yang demikian pengerusi meminta semua guru panitia mengemaskini fail panitia dan diletakkan di dalam bilik fail 1.3 Pihak pentadbiran juga diminta bersedia dengan kehadiran pihak jemaah nazir ke sekolah 1.4 Pesanan kedua iaitu pada hari Selasa iaitu 17 April 2012 pihak sekolah akan mengadakan Latihan dalam Perkhidmatan yang bertajuk Pelan Strategik oleh

pegawai dari JPN Selangor. Semua guru diminta hadir dalam Program LADAP tersebut.

2. Guru Penyayang 2.1 Pengerusi menyampaikan sedikit taklimat mengenai dasar baru KPM iaitu Amalan Guru Penyayang Di Sekolah. 2.2 Jawatankuasa bagi Guru Penyayang di lantik dari kalangan guru penyelaras mengikut tahun. ( Tahun 1 hingga Tahun 6) dan juga penyelaras Pendidikan Khas dan Pra Sekolah 2.3 Objektif guru penyayang adalah untuk menerapkan nilai kasih sayang guru terhadap murid 2.4 Konsep guru penyayang ini juga adalah setiap guru memiliki sifat kepedulian 2.5 Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam Guru Penyayang ini ialah seperti mengalu-alukan kedatangan murid, aktiviti mentor-mentee dan juga aktiviti penghargaan Murid.

3. Ucapan En. Mahathir (Setiausaha Amalan Guru Penyayang) 3.1 Menjelaskan tentang Program Anakku Sayang iaitu seperti Program Anak Angkat yang dilaksanakan bagi tahun 6 3.2 Menjelaskan bahawa anak-anak Tahun 6 ini perlu dibimbing dan diberi motivasi kerana terdapat segelintir ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka 3.3 Antara aktiviti yang boleh dijalankan seperti pembentukan sahsiah murid, perbincangan akademik dan memberi nasihat serta motivasi terhadap anak angkat. 3.4 Semua perjumpaan yang dijalankan mesti didokumentasikan di dalam borang yang disediakan 3.5 Setiap guru mestilah membuat perjumpaan dengan anak masing-masing sekurang-kurangnya seminggu sekali.

4. Ucapan Puan Norma bt. Yahya (Guru Pusat Sumber) 4.1 Tahniah kepada semua guru kelas yang telah menghantar fail Nilam untuk bulan Februari dan Mac 4.2 Bagi fail Nilam bulan April diminta guru menghantar selewat-lewatnya akhir bulan April untuk dimasukan data dan di hantar ke BTP 4.3 Guru kelas boleh buka i-nilam untuk melihat tahap murid-murid membaca dalam program Nilam.

5. Ucapan Puan Fuziah Bt. Habeb (PK Koku) 5.1 Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan pada 16 Mei 2012 pada hari Rabu 5.2 Manakala Hari Guru Peringkat Daerah diadakan pada 17 Mei 2012 5.3 Puan Fuziah menyenaraikan AJK pelaksana bagi Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 5.4 Pertukaran Hadiah akan diadakan pada Sambutan Hari Guru peringkat sekolah dan dikenakan bayaran RM30 bagi membeli hadiah. 5.5 Pada 21 April 2012 akan diadakan Dasar 1 Murid 1 Sukan di peringkat sekolah. 5.6 Sukan tahunan akan diadakan pada 23 Jun 2012 pada hari Sabtu 5.7 Sukan tahunan akan diadakan sepenuh hari mahupun dua hari 5.8 Sukan tahunan pada tahun ini lebih berbentuk sukan mini, acara lompatan dan balingan tidak akan dipertandingkan,cuma acara larian dan sukaneka sahaja. 5.9 Terima Kasih kepada Ustaz Nasir dan rakan guru yang lain kerana membantu membuat garisan di padang.

6. En. Sofian B. Shaffie 6.1 1murid 1 Sukan merupakan dasar Negara dan perlu dilaksanakan 6.2 Dilaksanakan pada tahap 2 iaitu melalui jenis-jenis permainan yang telah ditetapkan

6.3 Bagi murid tahap 2 permainan dalaman akan dijalankan bagi program 1 murid, 1 sukan. 6.4 Permainan dalaman yang dijalankan adalah seperti pertandingan dan disediakan hadiah bagi setiap pemenang (sijil) 6.5 Waktu rehat murid akan diberikan minuman susu 1 Malaysia. 6.6 Guru akan diberikan modul bagaimana melaksanakan aktiviti permainan 1 murid 1 sukan.

7. Pesanan PK Hem (Oleh Pengerusi) 7.1 Susu 1 Malaysia mempunyai lebihan dan akan diberikan kepada murid ketika program 1murid 1 sukan nanti. 7.2 Pada hari Selasa murid akan diberikan susu dan pemberian vitamin dihentikan seketika sehingga bekalan susu habis diberikan (1 minggu) 7.3 Latihan kebakaran akan diadakan pada satu tarikh yang ditetapkan dan demostrasi kebakaran akan dijalankan oleh pihak JPA 7.4 Aktiviti gotong royong juga akan dilaksanakan pada hari Rabu iaitu 25 April 2012

8. Encik Abdul Majid B. Ismail (PK Pentadbiran) 8.1 Sumbangan 8.1.1 Berita baik bagi Guru-guru SKDM iaitu sekolah akan menerima 4 buah unit komputer riba dari Nexbis Sdn. Bhd. pada 23 April 2012 di JPN Selangor. 8.2 e-operasi dan eg-tukar 8.2.1 Bagi semua guru boleh mengisi e-operasi dan eg-tukar

8.3 Pemantauan PPD 8.3.1 Pemantau PPD terhadap LInus dan J-qaf dan maklumbalas yang diperoleh bagi unit linus adalah tentang sistem fail manakala unit j-Qaf pula tentang kawalan kelas dan perkembangan isi pelajaran.

8.3.2 Semua teguran dan maklumbalas yang dibuat oleh PPD mestilah dibuat penambahbaikan khususnya bagi Unit Linus dan Unit j-Qaf 8.4Pembangunan sekolah 8.4.1 Sekolah mendapat sebuah lagi unit gantian kelas Prasekolah di blok C (pra sekolah 1). 8.4.2 Setelah membuat perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah tapak prasekolah tersebut akan dibuat di kawasan kuarters lama sekolah.

8.5 LADAP 8.5.1 Pada esok hari akan diadakan latihan dalam perkhidmatan yang akan di sampaikan oleh Tn Hj. Zulkifli dari Unit Jaminan Kualiti JPN. Oleh itu diminta semua guru bersedia dan memakai pakaian formal. 8.6 Analisis Ujian Bulanan 8.6.1 Guru boleh malayari lawan web SAPS bagi melihat analisis Ujian Bulan 1 murid-murid 8.6.2 Ujian Bulan Matematik bagi murid tahun 6 sangat rendah mungkin disebabkan beberapa faktor seperti aras soalan terlalu tinggi, faktor murid mahupun faktor pengajaran guru 8.7. Program My Star School A 8.7.1 Terhadap sedikit masalah iaitu maklumat yang diberikan PPD kurang tepat 8.8 Etika Perkhidmatan Awam 8.8.1 Semua guru diingatkan mengenai Etika Perkhidmatan Awam iaitu sentiasa menjalinkan hubungan yang mesra dengan rakan sejawat. 8.8.2 Sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan menjaga kata-kata agar rakan sejawat tidak terasa. 8.9 Program Lesson Study 8.9.1 Diadakan bagi panitia Bahasa Inggeris dan akan dikembangkan terhadap panitia-panitia lain

8.9.2 Mentor akan dilantik dari kalangan guru cemerlang, PPD atau pihak luar 8.9.3 Apabila guru sudah bersedia PPD akan dipanggil untuk memantau guru di dalam kelas 9.0 Kelas Relief 9.1 Guru perlu masuk ke dalam kelas kerana jika terjadi apa-apa dan guru tiada guru perlu bertanggungjawab

9.Hal-hal lain 1. Semua guru diminta menyiapkan dokumentasi bagi unit HEM, Kokurikulum dan juga unit Kurikulum serta unit bimbingan dan kaunseling. 2. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.15 petang dan diakhiri dengan surah Al-Ahsr.

Dicatat dan disediakan oleh

Disemak oleh

Disahkan oleh

Cik Nur Huda Bt. Mohammad Safie S/U Kokurikulum 2012 Sk Dato Manan

En. Abdul Majid B. Ismail PK Pentadbiran SK Dato Manan

Pn. Hazizah Bt. Hamim Guru Besar SK Dato Manan

You might also like