You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TITI GAJAH 06550 ALOR SETAR , KEDAH DARUL AMAN KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 2011 TARIKH

MASA TEMPAT : : : 1 MAC 2011 1.20 TENGAHARI MAKMAL ICT SK TITI GAJAH

KEHADIRAN

1. EN.HAMDI BIN GHAZALI 2. PN. NURHASLINA BT MOHD KAMAR


AHLI JAWATANKUASA

GURU BESAR SETIAUSAHA

1. 2 3 4 2. 3. 4. 5.
6. 7.

8.

PN. ASMA BINTI BAKAR PN. ASMAHAN BINTI LEBAI AHMAD PN. MARINA BINTI MOHD ZAIN PN. MARYANI BINTI TAJUDIN PN. NURFARIZAHANI BINTI MD SAAD PN. RAJ MALAR A/P EKAMBARAM PN. SAKINAH BINTI ABD RAHMAN PN. SUZIANA BINTI SHAHIDAN PN. LOH HONG HONG CIK NURAISYAH BT MOHAMED HAMZAH CIK NURHIJAH BT ABD AZIZ

AGENDA 1: PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Guru Besar SKTG, En. Hamdi Bin Ghazali selaku Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Pengerusi Majlis menerangkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal berkaitan dengan Program Motivasi Pelajar untuk tahun 2011. Beliau memaklumkan bahawa aktiviti-aktiviti dibawah Unit Bimbingan dan Kaunseling merupakan salah satu daripada bidang yang turut dipantau oleh Unit Pemantauan Berkelompok, PPD Kota Setar.

1.2 1.3

AGENDA 2 : TUJUAN PROGRAM DIJALANKAN 2.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli-ahli mesyuarat bahawa program ini mensasarkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Darjah. 2.2 Jumlah keseluruhan peserta program adalah seramai 102 orang. 2.3 Program akan dijalankan pada 5 Mac 2011 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Dewan Terbuka Dato Mohd Najib SKTG. 2.4 Tujuan program dijalankan adalah untuk memantapkan jati diri murid dan mempersiapkan minda

dan psikologi murid untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

AGENDA 3 : JAWATANKUASA INDUK PROGRAM 3.1 En. Hamdi bin Ghazali membentangkan senarai jawatankuasa program kepada semua ahli mesyuarat. 3.2 Beliau menerangkan bidang tugas dan tanggungjawab setiap jawatankuasa yang dilantik. 3.3 Pengerusi berharap agar ahli jawatankuasa yang dilantik dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan baik. AGENDA 4 : TENTATIF PROGRAM 4.1 Guru Besar, En. Hamdi bin Ghazali meminta ahli-ahli mesyuarat merujuk kepada bahan edaran yang diberi berkaitan dengan tentatif program. 4.2 Program akan dimulakan dengan taklimat, ceramah dan seterusnya Latihan Dalam Kumpulan (LDK). 4.3 Cadangan penambahbaikan diberi oleh En. Hamdi Bin Ghazali untuk mengasingkan Ketua dan Penolong Kelas dengan kelompok Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber ketika sesi ceramah diadakan. 4.4 Beliau mencadangkan agar Ketua dan Penolong Kelas seramai 16 orang ditempatkan di Bilik SAL dan diberikan cermah yang berasingan. 4.5 Pengerusi juga mencadangkan cadangan untuk melantik Cik Nur Aisyah Binti Muhd Hamzah dan Cik Nur Hijah Binti Abd Aziz untuk memberikan Ceramah Etika dan Bidang Tugas Pemimpin kepada Ketua dan Penolong Kelas terbabit. 4.6 Cadangan dan lantikan yang dibuat oleh pengerusi disokong semua ahli mesyuarat. HAL-HAL LAIN Pn. Marina Binti Mohd Zain memaklumkan bahawa En. Kamarulzaman Bin Che Nik tidak dapat menghadiri program yang dijalankan kerana pada tarikh tersebut beliau akan mengiringi murid ke sukan peringkat MSSD. PENUTUP Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap agar program berjalan dengan lancar.

Mesyuarat tamat pada jam 2.00 petang Pencatat : ( NURHASLINA BT MOHD KAMAR) Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Titi Gajah Disemak oleh : .. ( HAMDI BIN GHAZALI) Guru Besar SK Titi Gajah

You might also like