You are on page 1of 2

Doa Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga

Segala puji hanya untukMu Ya Allah selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w . Ya Allah, kami merafakan kesyukuran atas keizinanMu untuk kami berkumpul di dewan semarak yang mulia ini bersempena majlis perasmian penutupan kejohanan olaharaga mrsm zon barat 2012 pada malam yang aman ini. Kami menadah tangan dengan penuh harapan dan rendah diri agar kami dikurniakan limpah kurnia, inayah dan riayah taufik dan hidayah, agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, tekad dan azam yang tinggi untuk berjaya serta dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Ya Allah, berikanlah kami bakat dan potensi anugerahMu untuk merealisasikan harapan dan impian bagi melahirkan atlet berwibawa di arena sukan dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan ajaran agama yang mulia. Bimbing dan pimpinlah diri kami agar segala bakat, minat dan kecenderungan kami ke arah perkara-perkara yang kau redhai, memiliki semangat bertanding yang tinggi, keupayaan dan potensi yang baik dan terus berusaha untuk berjaya dalam setiap aspek kehidupan. Ya Allah, Ya Rahman semoga aktiviti olahraga ini dapat membentuk generasi pemimpin dan pemikir yang berwawasan dan berdisiplin serta mempunyai jati diri yang utuh, pintar soleh, patriotik, memiliki sifat-sifat berdaya saing pada peringkat global, cemerlang dan kompetitif. Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Jadikanlah perhimpunan kami sebagai perhimpunan yang kau rahmati dan perpisahan ini sebagai perpisahan yang terpelihara dari sebarang bala bencana dan maksiat.

By: Adib Hakim :D

You might also like