You are on page 1of 9

Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia

Malaysian Teacher Selection Test (MTeST) Tahun 2011

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Alamat:

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Paras 2 6, Blok E13 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62602 Putrajaya 03-8884 1260 03-8884 1249 03-8884 1245 03-8884 1243 03-8884 1236

Telefon:

Faks:

03-8884 1320

A: PENGENALAN MTeST merupakan singkatan bagi Malaysian Teacher Selection Test (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru (IPG). Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

B: KOMPONEN DAN TEMPOH MENJAWAB MTeST Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) Kuantitatif Bahasa Inggeris Analitikal Verbal (Bahasa Melayu)

Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam lima buah buku seperti berikut: Buku A: INSAK Buku B: Kuantitatif Buku C: Bahasa Inggeris Buku D: Analitikal Buku E: Verbal Tempoh keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit. Buku A B C D E Komponen INSAK Kuantitatif Bahasa Inggeris Analitikal Verbal Jumlah Soalan 135 30 25 20 25 Masa (minit) 30 30 30 30 30

C: TARIKH DAN TEMPAT MTeST DIADAKAN Tarikh dan pusat ujian akan ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Pemohon boleh memohon tempat ujian dalam e-permohonan. Walau bagaimanapun Bahagian Pendidikan Guru berhak menentukan tempat calon menduduki ujian.

D: SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MENDUDUKI MTeST Calon yang memenuhi syarat iklan seperti berikut layak menduduki MTeST: Syarat dan Kelayakan Asas i. Warganegara Malaysia. ii. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental. iii. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977. iv. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut: http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp v. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM. Calon yang layak dikehendaki mencetak tiket panggilan ujian daripada laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menduduki MTeST.

E: BAYARAN UJIAN Tiada bayaran dikenakan kepada calon yang menduduki MTeST.

F: PERATURAN MTeST Calon yang layak untuk menduduki MTeST perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut: i. ii. iii. iv. Calon diwajibkan membawa bersama tiket panggilan ujian yang dicetak dan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang diiktiraf semasa ujian. Calon mesti mengguna pensel 2B untuk menjawab semua soalan dalam borang jawapan OMR yang disediakan. Calon hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion perguruan ketika menghadiri ujian. Calon hendaklah hadir 30 minit sebelum ujian bermula.

G: KEPUTUSAN MTeST Maklumat calon yang berjaya untuk dipanggil temu duga akan disiarkan dalam laman web kementerian: www.moe.gov.my

H: HURAIAN KOMPONEN MTeST Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) Rasional Calon perlu memiliki ciri-ciri sahsiah yang terpuji, positif serta kesediaan yang tinggi untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. INSAK merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan. Komponen ujian ini mengandungi gagasan amanah, taat setia, ikhlas dan dedikasi, kawalan emosi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif dan inovatif serta kematangan fikiran. Komponen INSAK merupakan teras dalam MTeST dan calon perlu mencapai tahap yang ditetapkan. Objektif Komponen ujian ini bertujuan: memilih calon selaras dengan keperluan profesion keguruan; dan mengenalpasti calon yang mempunyai sahsiah yang sesuai dalam bidang keguruan. Format Soalan Jumlah soalan: Masa: Bentuk soalan: 135 30 minit Soalan objektif dengan dua pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan Calon dikehendaki menjawab: secara spontan purata 4 5 soalan dalam masa 1 minit

KUANTITATIF Rasional Kebolehan untuk memanipulasi data atau maklumat seperti membuat perbandingan antara dua kuantiti, mentafsir data dan menyelesai masalah dianggap sebagai kemahiran asas bagi semua bakal guru. Keupayaan ini membolehkan mereka membuat keputusan dengan lebih tepat, cekap dan berwibawa. Objektif Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang boleh: mengaplikasi asas-asas matematik sekolah menengah (Aritmetik, Algebra dan Geometri) dalam pelbagai situasi; membuat perbandingan antara dua kuantiti; membaca, mentafsir dan membuat analisis carta, jadual, graf atau rajah; menyelesaikan masalah yang melibatkan penggunaan data; membuat ramalan berdasarkan maklumat kuantitatif; dan membuat keputusan yang terbaik berdasarkan maklumat kuantitatif. Format Komponen kuantitatif mengukur pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran asas matematik. Komponen ini menggunakan jenis soalan yang berbentuk: perbandingan kuantitatif penyelesaian masalah & mentafsir data. 15 soalan 15 soalan

Jumlah soalan: Masa: Bentuk soalan:

30 30 minit Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan Calon diingatkan supaya: tidak membazir masa membuat pengiraan yang terlalu tepat untuk membanding dua kuantiti; mempertimbang semua jenis nombor sebelum membuat keputusan; gambar rajah geometri tidak dilukis mengikut skala; perbandingan perlu dibuat berasaskan pengetahuan matematik.

BAHASA INGGERIS Rasional Bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu yang digunakan di peringkat global. Oleh yang demikian amatlah penting bagi calon yang mengikuti kursus di institut pendidikan guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa tersebut untuk membolehkan mereka mendapat maklumat daripada pelbagai sumber. Objektif Komponen ini bertujuan memilih calon yang mampu: mengesan dan memperbaiki kesilapan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi; menggunakan bahasa Inggeris yang gramatis dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Format Terdapat tiga jenis item: Error identification Improving sentences Improving paragraph Jumlah soalan: Masa: Bentuk soalan: 10 soalan 10 soalan 5 soalan

25 30 minit Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan Candidates are required to: answer three types of item i.e. Error Identification, Improving Sentences and Improving Paragraph; read the instructions for each item carefully; choose/select the best answer from the four options given in each question.

ANALITIKAL Rasional Keupayaan analitikal merupakan daya taakulan seseorang yang menjadi asas pembentukan manusia yang saintifik, progresif dan berkeyakinan terhadap kemampuan diri untuk membolehkannya berdaya suai, berwawasan dan berteknologi tinggi. Objektif Komponen ini bertujuan mengenal pasti dan memilih calon guru yang berpotensi serta mempunyai keupayaan analitikal dan logikal. Format Komponen ini mengandungi 2 bidang: Analitikal Logikal 16 soalan 4 soalan

Jumlah soalan: Masa: Bentuk soalan:

20 30 minit Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan

Panduan Menjawab Soalan Calon dingatkan bahawa soalan: analitikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan beberapa soalan. Membuat rajah, jadual atau membuat catatan ringkas akan membantu calon menjawab soalan jenis analitikal; dan logikal adalah berdasarkan rangsangan atau penyataan dan diikuti dengan satu soalan.

VERBAL Rasional Kemahiran verbal mencakupi aspek komunikasi yang menjadi asas penting bagi setiap individu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, seseorang calon guru haruslah menguasai kosa kata yang sempurna serta dapat menghubungkaitkannya melalui komunikasi. Komponen ini akan menilai kemampuan calon menguasai kemahiran tersebut. Penguasaan verbal bertujuan menguji tahap kemahiran menghubung kait, menaakul dan menguasai kosa kata. Objektif Komponen ini bertujuan: mengenal pasti tahap taakulan verbal calon sebagai alat komunikasi; mengesan kemampuan calon untuk bertindak secara matang, rasional dan profesional; dan membolehkan calon mengaplikasikan kemahiran verbal secara berkesan.

Format Komponen verbal mengandungi 3 bidang: Analogi Melengkapkan Ayat Kefahaman : : : 15 soalan 5 soalan 5 soalan

Jumlah soalan Masa Bentuk soalan

25 30 minit Soalan objektif dengan empat pilihan jawapan.

Panduan Menjawab Soalan Calon diingatkan bahawa soalan: analogi memfokuskan pasangan perkataan atau rangkai kata yang memperlihatkan unsur hubungan tertentu; melengkapkan ayat terdiri daripada satu ayat majmuk dengan satu atau dua tempat kosong; dan kefahaman menguji sejauh mana calon memahami sesebuah petikan.

You might also like