You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERKASA HUTAN MELINTANG, PERAK

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 (1 JAM 30 MINIT)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN: Kertas ini soalan ini mengandungi 2 bahagian: Bahagian A 40 soalan objektif Bahagian B 10 soalan BENAR / SALAH

Anda dikehendaki menjawab SEMUA soalan pada kertas jawapan. Nama : _________________________________________

Tingkatan : _________________________________________ (Kertas ini mengandungi 8 halaman bercetak)

Bahagian A Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang paling tepat dan tandakan pada kertas jawapan.

1. Golongan kurang upaya tidak seharusnya diabaikan kerana A. mereka banyak berjasa kepada negara B. mereka sering disisihkan oleh masyarakat C. mereka juga makhluk ciptaan Tuhan D. mereka tidak mampu meneruskan hidup dengan sempurna

4. Amri telah melakukan kesilapan sewaktu menguruskan aktiviti persatuan. Sebagai seorang yang amanah, Amri hendaklah A. mengelakkan diri daripada masalah tersebut B. menyerahkan tugas tersebut kepada orang lain C. menuduh orang lain sebagai punca masalah tersebut D. memikul tanggungjawab berkaitan masalah tersebut

2. Mengapakah manusia perlu mejaga haiwan dengan baik? A. Manusia tidak boleh hidup tanpa haiwan B. Haiwan cepat membiak dalam masa yang singkat C. Haiwan merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia D. Haiwan sering dianiaya dan diburu oleh pemburu

5. Pilih ciri-ciri personaliti yang positif. A. Bimbang apabila berhadapan dengan masalah B. Berkeyakinan ketika menyelesaikan masalah C. Bersikap pesimis tentang masa depan D. Berputus asa apabila mengalami kegagalan

3. Pilih tindakan yang menggambarkan nilai amanah. A. Menjauhi perbuatan rasuah B. Menyimpan barang-barang yang dijumpai C. Menokok tambah pesanan yang diterima D. Menyerahkan tugas kepada orang lain

6. Yang berikut merupakan ciri-ciri individu yang mempunyai harga diri, kecuali A. mempunyai tanggapan yang baik tentang diri sendiri B. mudah dipengaruhi oleh orang lain C. meletakkan diri standing dengan rakan yang sebaya D. menerima dan menghargai diri sendiri

7. Kebaikan melakukan senaman adalah seperti berikut, kecuali A. membentuk disiplin diri B. mengurangkan berat badan C. mencegah penyakit berbahaya D. mengurangkan kadar metabolisme

8. Perkara berikut perlu diambil kira ketika memilih makanan. I. Makanan yang sehat II. Makanan yang berzat III. Makanan yang dibungkus dengan menarik IV. Makanan yang berkualiti A. I, II dan III B. II, III dan IV C. I, II dan IV D. I, III dan IV

11. Pergaulan dengan seseorang hendaklah tidak mengira I. Agama II. Pangkat III. Keturunan IV. Kewarasan A. I, II dan III B. II, III dan IV C. I, II dan IV D. I, III dan IV

12. Kita perlu mengamalkan nilai toleransi untuk A. mewujudkan keamanan B. mengurangkan perbezaan C. mengelakkan persaingan D. meningkatkan keyakinan diri

9. Rakyat Malaysia pelbagai kaum perlu mengamalkan sikap A. prasangka B. perkauman C. individualistik D. berbudi bahasa

10. Perlakuan yang manakah menunjukkan amalan nilai hemah tinggi? A. Dora merungut apabila pelanggannya tidak mempunyai wang kecil B. Sharifah masuk ke bilik guru tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu C. Zainal mengucapkan salam ketika bertemu dengan kenalan lamanya D. Marlina duduk berlunjur di hadapan neneknya ketika menonton televisyen

13. Pilih pernyataan yang berkaitan dengan nilai berdikari A. Kebolehan melakukan kerja-kerja yang ringan dan mudah B. Kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain C. Melakukan sesuatu tugas kerana ingin mendapat ganjaran D. Memberi pilihan kepada orang lain untuk membuat keputusan sendiri

14. Apakah implikasi sekiranya sikap berdikari tidak dipupuk sejak kecil? A. Membebankan orang lain B. Merosakkan masa depan seseorang C. Menjejaskan keamanan negara D. Menyebabkan keluarga porakperanda

15. Kerajinan merujuk kepada individu yang A. bekerja keras demi mencapai citacita B. melakukan helah untuk memperoleh sesuatu C. mengupah orang lain untuk melakukan kerjanya D. mengorbankan diri untuk melaksanakan tugas

19. Individu yang bersikap adil sentiasa A. mengambil tindakan yang pantas B. membuat keputusan yang memuaskan hati semua pihak C. mejatuhkan hukuman tanpa menyelidik terlebih dahulu D. memandang serong terhadap orang lain

16. Individu yang mengamalkan nilai kerajinan tidak akan ______________ apabila mengalamai kegagalan. A. berputus asa B. berpaling tadah C. meminta bantuan D. meneruskan tugas

17. Antara berikut, yang manakah ciri individu yang sayang akan nyawa? A. Mementingkan kehendak diri B. Menjauhi perkara-perkara negatif C. Mengutamakan kemewahan hidup D. Mementingkan kecantikan tubuh badan

20. Antara berikut, yang manakah merupakan contoh ketidakadilan dalam keluarga? I. Membelikan hadiah untuk anak yang disayangi sahaja II. Memberikan wang belanja mengikut keperluan anak-anak III. Menyuruh semua anak-anak melakukan kerja rumah IV. Merendah-rendahkan anak yang kurang bijak dalam pelajaran A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 21. Setiap perbuatan itu mesti difikirkan akibat baik dan buruk agar A. perbuatan itu boleh diulangi B. perbuatan itu tidak diketahui oleh orang lain C. perbuatan itu boleh dicontohi masyarakat D. perbuatan itu tidak menyusahkan diri dan orang lain

18. Nilai kasih sayang terhadap ibu bapa boleh ditunjukkan dengan cara A. memberikan kemewahan kepada mereka B. menghargai jasa dan pengorbanan mereka C. meminta bantuan kewangan daripada mereka D. mengagung-agungkan mereka di hadapan khayalak ramai

22. Yang manakah ciri-ciri individu yang boleh membuat pertimbangan? A. Terburu-buru apabila bertindak B. Merungut apabila tidak dapat menyelesaikan masalah

C. Berhati-hati apabila membuat keputusan D. Berasa megah dengan tindakan yang dibuat

23. Amalan kesederhanaan mengajar kita A. mementingkan keuntungan diri sendiri B. berfikir dengan matang sebelum membuat keputusan C. bertindak tanpa befikir terlebih dahulu D. tidak memikirkan perasaan orang lain

26. Mengapakah kita perlu mengamalkan nilai kasih sayang terhadap anggota keluarga? I. Agar kita mudah memanipulasi mereka II. Agar anggota keluarga tidak berprasangka buruk III. Agar hubungan yang erat dan mesra akan terjalin IV. Agar kita disegani oleh anggota keluarga

24. Bagaimanakah kita boleh mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan seharian? A. Bercakap dengan nada yang perlahan B. Tidak makan di restoran atau geraigerai C. Merancang perbelanjaan sebelum membeli D. Membeli barangan terpakai

27. Anak-anak yang menghargai jasa ibu bapa akan A. menegur kesalahan ibu bapa B. membeli hadiah yang mahal kepada ibu bapa C. meraikan sambutan hari khas ibu bapa D. menceritakan kehebatan ibu bapa kepada orang lain

25. Antara berikut, yang manakah perlakuan menyayangi keluarga? A. Menghulurkan bantuan apabila diperlukan B. Melibatkan diri dalam urusan peribadi anggota keluarga C. Mengenepikan pendapat anggota keluarga yang paling muda D. Menjauhkan diri apabila anggota keluarga menghadapi masalah

28. mengapakah kita perlu menghormati ibu bapa? A. Kerana mereka sering mengawasi kita B. Kerana mereka selalu memanjakan kita C. Kerana mereka telah membesarkan kita D. Kerana mereka memberi wang kepada kita

29. Pengekalan tradisi kekeluargaan bermaksud _____________________ sesuatu kebiasaan atau adat warisan keluarga. I. menerima II. menyimpan III. menghormati

IV. A. B. C. D.

mengamalkan I, II dan III II, III dan IV I, II dan IV I, III dan IV

33. Apakah kesan gangguan kitaran ekosistem? A. Manusia akan memonopoli alam B. Kelestarian alam akan terjejas C. Haiwan menjadi lebih agresif D. Tumbuh-tumbuhan sukar dikenapasti spesisnya

30. Semasa hari perayaan, kita hendaklah menziarahi saudara-mara agar A. dapat menonjolkan kelebihan sesama sendiri B. dapat bersaing dengan yang lain C. dapat mengeratkan silaturrahim D. dapat membincangkan masalah masing-masing

31. Apakah tanggungjawab anak-anak dalam sesebuah keluarga? I. Mengikut nasihat ibu bapa II. Mematuhi peraturan keluarga III. Saling membantu dalam keluarga IV. Menyediakan tempat perlindungan A. I, II dan III B. II, III dan IV C. I, II dan IV D. I, II dan IV

34. Aktiviti pembangunan yang terancang boleh menyebabkan I. banjir kilat II. tanah runtuh III. gempa bumi IV. hakisan tanah A. I, II dan III B. II, III dan IV C. I, II dan IV D. I, III dan IV

tidak

32. Apakah yang akan terjadi sekiranya setiap anggota keluarga tidak menunaikan tanggungjawab mereka? A. Keperluan keluarga akan terabai B. Menjejaskan imej dan nama baik negara C. Meningkatkan masalah sosial D. Menggugat keselamatan orang ramai

35. Mengapakah manusia memerlukan udara yang bersih? I. Agar mudah bernafas II. Agar terhindar daripada penyakit III. Agar tidak berkurangan air dalam badan IV. Agar vektor pembawa penyakit tidak merebak A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

36. Apakah kegiatan yang tidak menyumbang kepada pencemaran alam? A. Penarahan cerun bukit B. Pembakaran hutan secara terbuka C. Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai

D. Pelepasan asap dari kenderaan bermotor

37. Apakah kepentingan tumbuhan hutan kepada manusia? A. Mewujudkan suasana hijau B. Membekalkan sumber ubat-ubatan tradisional C. Melindungi keselamatan manusia D. Memudahkan aktiviti pembangunan

39. Antara yang berikut, manakah cara terbaik untuk membuang sampah? A. Membuangnya ke dalam sungai atau parit B. Melonggoknya di tepi jalan C. Membakar sampah di kawasan hutan D. Menanam sampah sarap tersebut

38. Pilih perlakuan yang tidak wajar A. Tidak melaporkan aktiviti pembakaran hutan kepada Jabatan Alam Sekitar B. Tidak bersubahat dengan pihak tertentu untuk menebang hutan sesuka hati C. Tidak menyalahgunakan sumber alam yang sedia ada D. Tidak merosakkan flora dan fauna ciptaan Tuhan

40. Sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai menyebabkan sungai menjadi I. cetek II. jernih III. keruh IV. tercemar A. I, II dan III B. II, III dan IV C. I, II dan IV D. I, III dan IV

Bahagian B

Untuk soalan 41 hingga 50, tandakan A untuk untuk pernyataan yang BENAR dan B untuk pernyataan yang SALAH pada kertas jawapan anda.

41. Seseorang pelajar yang mempunyai nilai kasih sayang hanya akan membantu rakan-rakan yang rapat dengannya. 42. Seseorang yang bersikap rasional akan sentiasa waras. 43. Sikap amanah akan menghilangkan perasaan prasangka orang lain terhadap diri kita. 44. Puan Halima memastikan anaknya memperoleh pendidikan asas selama 12 tahun walaupun beliau mungkin tidak mampu menampung perbelanjaan pendidikan anaknya di peringkat tinggi. 45. Remaja hari ini perlu menjaga nama baik ibu bapa walaupun sudah mampu membuat sesuatu keputusan tanpa bantuan mereka. 46. Kita perlu menjerit kepada ibu bapa kita sekiranya mereka meminta kita membuat sesuatu perkara yang tidak kita sukai. 47. Makanan yang telah basi hendaklah dibuang ke dalam sungai. 48. Kita hendaklah melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui tentang kegiatan pembuangan sisa toksik ke dalam laut. 49. Kita seharusnya menyalahkan satu sama lain apabila sesuatu bencana alam berlaku. 50. Kita tidak sepatutnya melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan kebersihan sesebuah kawasan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkah oleh,

__________________ En. Mohd Aizat B. Idris

________________ Pn. Zarina Bt. Hasan Ketua Panitia Pend. Moral

You might also like