You are on page 1of 6

Minit Mesyuarat Ko Kurikulum 1/2011

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM SMK TUN MUTAHIR KALI PERTAMA 2011

Tarikh : 5 Januari 2011 (Rabu) Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Tayang Kehadiran : Tn. Hj. Zolkaply binYunus Pengetua Pn. Hjh. Kamariah binti Othman GPK 1 En. Muhammad Radhi bin Masah GPK Ko Kurikulum En. Ghafar bin Yahya GPK HEM Tn. Hj. Sajat bin Ahmad GPK Khas Pn. Manja binti Md Doli GPK Petang Pn. Latifah binti Hassan GKMP Bahasa Tn. Hj. Ismail bin Abdullah GKMP Teknik dan Vokasional Pn. Lim Lay Neo GKMP Kemanusiaan Pn. Mariah binti Abd Rahman GKMP Sains dan Matematik Pn. Duzaimah binti Kamaruddin S/u Kokurikulum En. Zali bin Mat Yasin S/u Sukan En. Nor Hisham bin Zainuddin Pen. S/u Sukan Pn. Lim Kim Chu Pyelaras Sukan & Pemainan (Pagi) En. Zahari bin Jusoh Pyelaras Sukan & Pemainan (Petang) En. Zakaria bin Ahmad Pyelaras Pasukan Seragam (Pagi) En. Asmadi bin Saringat Pyelaras Pasukan Seragam (Petang) Cik Tan Kwee Tung Pyeleras Persatuan & Kelab (Pagi) En. Abdul Khalek bin Haji Pyelaras Persatuan & Kelab (Petang) En. Abd Kadir bin Idris Guru Data Ko ku En. Saiful Fadzli bin Mohamad Guru Data Ko ku Pn. Chin Kan Thai AJK En. Chua Kai Huat AJK Pn. Kok Ah Cheng AJK Pn. Khuzaimah binti Zakaria AJK En. Kamarudin bin Abu Bakar AJK En. Lee Hock Chan AJK Pn. Li Zhen Ying AJK En. Nazrul Fazly bin Che Din AJK Pn. Noliah binti Abu bakar AJK Cik Nurul Wahida binti Muhammad AJK Pn. Punitha a/p Rajinram AJK Pn. Salomi binti Naim AJK Pn. Syariffa Gayah Abdullah AJK Pn. Tan Jee Ngoh AJK Pn. Tee Lee Lee AJK Pn. Yong Siok Fang AJK Tidak Hadir : Cik Nor Azizi binti Mahmood AJK ( Bersebab)

1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 Tn. Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang menghadiri mesyuarat koku kali pertama. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang baru dilantik memegang jawatan sebagai AJK koku bagi tahun 2011. 1.2 Tn. Pengetua memberi penekanan terhadap program inovasi yang sedang dilaksanakan untuk tujuan menambah usaha bagi melonjakkan prestasi sekolah dengan memberikan idea-idea baharu dalam tugas untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti di samping dapat menjimatkan masa dan kos. 1.3 Beliau juga melahirkan rasa kecewa terhadap pencapaian murid-murid tahun lepas dalam bidang koku yang kurang menyerlah di peringkat negeri, mahupun kebangsaan. Namun beliau amat berbangga dengan pencapaian seorang murid daripada pendidikan khas yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan setelah memenangi pingat emas di kejohanan tersebut. Tindakan : Makluman 1.4 Tn. Pengetua juga menyentuh tentang hasrat kerajaan dalam melaksanakan Dasar 1M1S yang akan bermula pada tahun ini.Sehubungan dengan itu, beliau berharap En. Zali dapat menyediakan satu perancangan program sukan agar matlamat kerajaan dalam merealisasikan Dasar 1M1S dapat dilaksanakan. Tindakan : S/u Sukan 1.5 Sebelum mengakhiri ucapan, beliau juga berharap guru-guru yang baru mengajar di sekolah ini, dapat memberi kerjasama dari segi idea dan tenaga agar program ini dapat dijayakan dengan cemerlang. Tindakan : Makluman semua guru 2.0 Ucapan GPK Kokurikulum 2.1 GPK Koku membentangkan perancangan koku untuk tahun 2011 2.1.1 Pada hari Isnin, Selasa dan Rabu minggu depan akan diadakan pendaftaran Kelab dan Persatuan, Pakaian Seragam, Sukan dan Permainan bagi murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1. 2.1.2 Bagi pendaftaran pemainan pihak koku menyediakan 9 permainan. Perjumpaan permainan akan diadakan pada hari Isnin atau Khamis. Manakala untuk latihan Rumah Sukan akan diadakan pada hari Selasa dan Rabu. 2.1.3 Aktiviti latihan untuk permainan akan bermula pada bulan Februari supaya guru-guru boleh membuat persediaan pembentukan untuk pasukan sekolah bagin peringkat kawasan di bulan Januari. 2.1.4 Guru-guru boleh merujuk buku pengurusan koku yang telah dibekalkan untuk mendapat makluman berkaitan dengan tarikh pertandingan permainan yang akan dijalankan. Tindakan : S/u Sukan, Penyelaras, Guru Penasihat Pemainan 2.2 GPK Koku memaklumkan bahawa satu seminar koku akan diadakan pada hari Sabtu 12 Februari ini. Beliau meminta guru-guru penyelaras kepada guru-guru penasihat Rumah Sukan, Permainan, Pakaian Seragam dan Kelab dapat memilih murid-murid yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK untuk terlibat dalam seminar tersebut. Tindakan : S/u Koku dan semua Penyelaras

2.3 GPK Koku membentangkan tarikh-tarikh acara /aktiviti koku mengikut takwim sekolah yang telah dimaklumkan iaitu, acara Merentas Desa ( 5 Mac), Ujian Tara (25 April), Saringan ( 27Jun) dan Kejohanan Sukan Tahunan akan diadakan pada 30 Jun 2011. Oleh itu latihan Rumah Sukan akan dijalankan sehingga pertengahan tahun. Beliau juga telah menambah bilangan guru dalam setiap Rumah Sukan untuk memudahkan pembahagian tugas dalam melaksanakan aktiviti. Tindakan : Guru Rumah Sukan 2.4 GPK mengingatkan guru-guru penasihat supaya menyedia dan melengkapkan fail atau buku laporan dengan aktiviti yang dirancang bagi tujuan pemantauan oleh JPN atau PPD. Beliau juga menyatakan satu pertandingan papan kenyataan koku akan diadakan dan berharap guru-guru penasihat dapat menceriakan papan-papan kenyataan dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang akan dijalankan. Tindakan : Semua Penyelaras 2.5 Guru Penasihat boleh mengambil buku laporan pengendalian koku di bilik GPK Koku untuk dilengkapkan dengan perancangan tahunan dan laporan aktiviti perjumpaan/latihan. Buku ini perlu dihantar pada setiap minggu iaitu sehari selepas perjumpaan /latihan diadakan. Tindakan : Semua Penyelaras, Guru Penasihat 2.6 GPK Koku menyatakan walaupun pada tahun lepas pencapaian dalam koku kurang menyerlah tetapi beliau berharap perkara tersebut tidak mematahkan semangat guru-guru untuk terus memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian sukan pada tahun ini seterusnya mencapai visi kita menjadikan SMKTMu sebagai sekolah berdaya saing negeri Melaka. Tindakan : Semua Penyelaras dan guru-guru penasihat 3.0 Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu 3.1 GPK Koku membentangkan minit mesyuarat Dicadangkan oleh : En. Nazrul Fazly bin Che Din Disokong oleh : Tn. Hj. Sajat bin Ahmad 4.0 Bangkitan Minit Mesyuarat Yang Lalu 4.1 Tiada bangkitan minit. 5.0 Perbentangan Satu Murid Satu Sukan (1M1S) oleh En. Zali. (S/u Sukan) 5.1 Beliau meminta guru merujuk surat pekeliling ikhtisas bilangan 16 yang telah memutuskan bahawa Dasar 1M1S akan dilaksanakan mulai 2011 di semua sekolah KPM. 5.2 Berdasarkan pekeliling tersebut , pihak sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan di sekolah secara sistematik supaya dapat meningkatkan penyertaan dan membantu dalam perkembangan potensi setiap murid sukan. 5.3 Pihak sekolah akan mengoptimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan

kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan persekitaran dengan mengutamatakan keselamatan murid. 5.4 Guru-guru penasihat boleh mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi atau pihak luar bagi program pembangunan sukan di sekolah. Tindakan : GPK Koku, S/u Koku 5.5 Pihak sekolah telah mencadangkan 9 jenis sukan permainan. Guru Tingkatan akan membahagikan setiap murid kepada permainan-permainan tersebut. 5.6 Dalam merealisasikan dasar ini, beliau sedar kita akan berhadapan dengan masalah kehadiran murid. Namun begitu, guru-guru perlu menyediakan sendiri takwim perlaksanaan mengikut aktiviti/ latihan yang bersesuaian agar kehadiran murid dapat dimanfaatkan dengan berkesan berdasarkan cadangan aktiviti yang telah ditunjukkan. 5.7 GPK Koku menjelaskan Dasar 1M1S ini amat menitikberatkan kehadiran murid. Oleh itu, guru-guru penasihat perlu menyenaraikan nama-nama murid yang tidak menghadiri latihan dan menyerahkan nama tersebut kepada beliau untuk diambil tindakan. 5.8 Beliau juga megingatkan guru-guru bahawa Dasar 1M1S ini bukan untuk penyediaan pasukan elit sekolah tetapi melibatkan keseluruhan murid yang belajar di sekolah ini dengan tujuan untuk pembentukan jasmani yang sihat. Tindakan : Semua Guru penasihat Permainan 6.0 Hal-hal Lain 6.1 En. Abdul Kadir menanyakan sama ada padang hoki sesuai digunakan untuk dijalankan sesi latihan. Beliau berpendapat rumput untuk padang hoki perlu dipotong lebih pendek Tindakan : S/u Sukan 6.2 Tn. Pengetua mencadangkan sekiranya guru-guru bermasalah dengan tempat latihan boleh mencari tempat-tempat di luar yang dirasakan sesuai untuk menjalankan aktiviti tetapi perlu dimakluman kepada pihak sekolah untuk tujuan keselamatan . 6.3 Tn. Pengetua memaklumkan pada bulan ini akan dijalankan penyelenggaraan untuk membaiki kerosakan kecil. Penyelenggaraan yang melibatkan kos yang besar kita perlu tunggu peruntukan daripada jabatan. Tindakan : Makluman 6.4 En. Ghafar menyaranan guru-guru Penasihat Rumah Sukan mesti ada semasa pertandingan permainan antara rumah sukan diadakan untuk mengelakkan sebarang masalah disiplin kerana melibatkan bilangan murid yang ramai. Tindakan : Guru Penasihat Rumah, permainan 6.5 Pn. Li Zhen Yin bertanya, memandangkan Pn. Norlelawati cuti bersalin selama 90 hari, siapakah yang akan mengambil alih tugas beliau selaku Penolong Penasihat Rumah Putra.

6.6 Tn. Pengetua memaklumkan semua tugas-tugas Pn. Norlelawati akan diambil alih oleh guru baru iaitu Cik Safina Farveen. Tindakan : Cik Safina Farveen. 6.7 Pn. Syariffa Gayah menanyakan, perlukah penglibatan guru-guru Penasihat Rumah Sukan dalam sesi latihan permainan. 6.8 GPK Koku menjelaskan guru-guru Penasihat Rumah Sukan hanya memberi fokus kepada latihan-latihan acara padang dan olahraga untuk persiapan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah. Manakala bagi acara permainan akan dilatih oleh guru-guru Penasihat Permainan tetapi guru rumah perlu melantik AJK permainan di kalangan murid untuk pengurusan semasa latihan atau pertandingan. Tindakan : Guru Rumah Sukan 6.9 Pn. Manja bertanya, sekiranya murid-murid yang terlibat dengan latihan sukan luar seperti renang dan tenis, adakah ianya dikira sebagai 1 sukan kepada murid tersebut. 6.10 GPK Koku menjelaskan murid perlu mengambil 1 daripada 9 sukan permainan yang ditawarkan di sekolah. Ini kerana sekiranya latihan luar dikira sebagai 1 sukan kepada murid tersebut, kita akan berdepan dengan masalah dalam membuat stastitik penglibatan murid dalam melaksanakan Dasar 1M1S. Murid masih boleh terlibat dengan pertandingan di luar mahu pun permainan yang disertai itu tidak terdapat dalam 9 sukan permainan yang ditawarkan di sekolah. Tindakan : Makluman 6.11 En. Nazrul bertanya bagaimana dengan waktu latihan pasukan elit sekolah. Adakah sama dengan latihan permainan untuk 1M1S ini. 6.12 GPK Koku menjelaskan masa dan hari yang ditetapkan adalah merujuk kepada latihan 1M1S tetapi untuk pasukan elit sekolah, guru penasihat boleh menentukan masa dan hari latihan mereka. Guru Penasihat diminta untuk menghantar jadual masa latihan kepada GPK Koku untuk direkodkan dan pemantauan. Tindakan : Guru Penasihat Permainan

7.0 Penutup Pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan berharap guru-guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan Dasar 1M1S dan seterusnya melahirkan warga SMKTMu yang berdaya saing dalam bidang Kokurikulum diperingkat negeri mahupun kebangsaan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20 petang.

Disediakan Oleh; Pn. Duzaimah binti Kamaruddin Setiausaha Kokurikulum SMKTMu.

You might also like