You are on page 1of 11

TEMA 5 MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

7A : Rakyat Setia Negara Berjaya


PRINSIP RUKUN NEGARA
Ikrar : Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada tuhan

Setiap rakyat mestilah percaya akan tuhan masingmasing . Kepercayaan yang kukuh inilah yang menjadi bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat . Walaupun rakyat Malaysia menganut pelbagai agama , agama Islam ialah agama rasmi . Dalam hal ini , agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram. Berhubung dengan aspek keagamaan ini, mana-mana pihak dilarang sama sekali melakukan diskriminasi atas alasan agama.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia

Keluhuran perlembagaan
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosioekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat

Kedaulatan undang-undang

Kekuasaan , kebebasan dan keadilan undangundang. Keadilan diasaskan atas kedaulatan undangundang . Dari segi undang-undang , setiap rakyat sama tarafnya disisi undang-undang negara . Rakyat bebas melakukan apa-apa juga aktiviti dengan syarat tidak melanggar undang-undang . Hal ini bermaksud kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia . Undang-undang negara pula berasaskan perlembagaan . Oleh itu , kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.

Kesopanan dan Kesusilaan


Kerajaan memberikan penekanan terhadap perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat . Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bertatasusila . Contohnya , setiap rakyat mestilah menunjukkan personaliti dan tingkah laku yang terpuji . Melalui cara ini , kita akan dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Jika setiap rakyat menjaga tingkah laku dan tutur kata , masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadiaan bangsa dan nilai murni .

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA


Meningkatkan ketaatan rakyat kepada ajaran agama. Meningkatkan ketaatan dan kesetiaan kepada raja dan negara Meningkatkan kepatuhan rakyat kepada undangundang dan perlembagaan negara. Meningkatkan amalan atau budaya bersopan santun dan bertatasusila dalam kalangan rakyat Meningkatkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat.

TANGGUNGJAWAB DIJUNJUNG NEGARA DISANJUNG


PERPADUAN

Rukun negara merupakan satu panduan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat.

MASYARAKAT ADIL

Kerajaan dapat melahirkan masyarakat yang adil. Hal ini dapat direalisasikan apabila kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

MASYARAKAT PROGRESIF

Kerajaan dapat membina dan melahirkan masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden dalam kebanyakan aspek dalam kehidupan. Semua rakyat bebas mengamalkan tradisi dan cara hidup selagi tidak bertentangan dengan undang-undang . Melalui rukun negara , kerajaan dapat menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dengan pelbagai corak dan keunikannya. Melalui rukun negara kerajaan dapat memelihara satu cara hidup yang demokratik.

CARA HIDUP LIBERAL

CARA HIDUP DEMOKRATIK

MATLAMAT RUKUN NEGARA


Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat Untuk memelihara satu cara hidup demokratik . Untuk melahirkan masyarakat yang adil , iaitu kemakmuran negara akan dinikmati bersamasama secara adil dan saksama. Untuk menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak. Untuk melahirkan masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

You might also like