You are on page 1of 20

Senarai Kandungan

Bilangan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Tajuk Tajuk Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Muka Surat

Penghargaan

Saya merakamkan penghargaan saya kepada Pengetua, SMK Damansara Jaya, Pn Maizan Bt. Mohd Nor yang membenarkan muridmurid menjalankan kajian. Selain Itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru geografi saya, Cik Phang Teng Nah kerana telah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya atas bantuan dan dorongan yang diberikan oleh mereka. Tambahan pula, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang bernama Nicholas Kong , Lim Juu Syuen , Kate Poon , Wang Sheng-en , Yeoh Weiqian , Then Chi Hong serta rakan saya yang tidak dapat saya sertakan nama .

Pendahuluan
Kawasan yang telah saya pilih untuk menjalankan KGT tersebut adalah Damansara Jaya yang terletak di daerah Petaling Jaya . Selain itu, kawasan kajian saya berhampiran dengan sekolah iaitu SMK Damansara Jaya untuk memudahkan saya dan rakan-rakan saya untuk membuat kajina luar sebelum atau selepas waktu persekolahan. Masa tempoh yang diberi untuk menyiapkan kerja ini adalah selama 6 minggu dan ia adalah mencukupi untuk saya mengumpul maklumat serta membuat laporan.

Objektif Kajian
Objektif yang yelah digunakan oleh saya dalam kajian ini ialah : 1. Menghuraikan konsep kitar semula di SMK Damansara Jaya dan kawasan sekitarnya. 2. Mengenal pasti bahan kitar semula di SMK Damansara Jaya dan kawasan sekitarnya 3. Menjelaskan masalah kitar semula di SMK Damansara Jaya dan kawasan sekitarnya. 4. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kitar semula di SMK Damansara Jaya dan kawasan sekitarnya. 5. Menyenaraikan kepentingan kitar semula di SMK Damansara Jaya dan kawasan sekitarnya.

Kawasan Kajian
Damansara Jaya terletak di Bandaraya Petaling Jaya dan ia di bawah pentadbiran Majlis Bandar Raya Petaling Jaya ( sila lihat peta 1 di bawah ). Kawasan ini terdiri daripada SS22 dan SS22A. Damansara Jaya terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan Damansara Jaya merupakan kawasan tanah pamah juga. Damansara Jaya dikeliling oleh SS21 di Utara, SS23 di Selatan, SS20 di timur laut dan SS2 di timur( sila lihat peta 2). Jarak Damansara Jaya dari ibu negeri kita, Kuala Lumpur ialah kirakira 15 KM.

Kaedah Kajian
1. Pemerhatian: Mangenal pasti amalan kitar semula di SMK Damansara Jaya dan kawasan sekitarnya 2. Soal Selidik Saya telah menyediakan boring soal-selidik yang perlu diajukan oleh 20 orang responden. Selain itu, maklumat yang perlu diolehi ialah tentang jenis bahan yang boleh dikitar semula dan cadangan responded untuk menyelesaikan masalah itu. 3. Rujukan Saya telah merujuk kepada buku teks Geografi Tingkatan 2 untuk merujuk kepada maklumat dan cara untuk menjalankan kajian ini. Selain itu , saya juga melayari laman web http://www.google.com untuk mendapatkan maklumat latar belakang dan peta kawasan kajian saya.

Dapatan Kajian
Konsep Kitar Semula Kitar semula ditakrifkan sebagai strategi untuk pengurusan sisa pepejal yang bermanfaar sama seperti penimbunan san penbakaran sisa dan merupakan satu strategiuntuk melindungi alam sekitar. Proses ini juga dapat mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang boleh dikitar semula. Selain itu , dengan kitar semula pencemaran juga dapat dikurangkan juga. Jenis Bahan Kitar Semula a) Kertas Pelbagai jenis kertas boleh dikitar semula. Antara contoh-contoh kertas yang boleh dikitar semula ialah seperti surat khabar, majalah , kertas peperiksaan dan lain-lain. Saya bersyukur kerana saya dapat menguna kertas yang bermutu baik. Oleh itu , kita mesti mengkitar semula kertas yang digunakan oleh kami.

b) Kaca Kaca merupakan sejenis lutsinar. Semua jenis kaca termasuklah botol-botol minuman dan lain-lain yang boleh diletakkan di dalam tong kitar semula yang berwarna coklat. Oleh itu, kita hendaklah

megkitar semulakan kaca yang digunakan oleh kami ke dalam tong kitar semula berwarna coklat yang disediakan oleh kerajaan. c) Plastik Plastik merupakan sejenis produk polimer sintetik atau semi sintetik. Contoh plastik ialah botol air mineral dan lain-lain yang boleh dikitar semula. Bahan ini haruslah dimasukkan ke tong kitar semula yang berwarna jingga. Saya berbangga sebab saya akan sentiasa masukkan plastik-plastik yang telah digubakan oleh saya ke dalam tong kitar semula yang berwarna jingga. d) Aluminium Semua bahan yang diperbuat oleh aluminium boleh dikitar semula. Contoh bahan aluminium yang boleh dikitar semula ialah tin-tin minuman air bergas. Semua bahan kitar semula ini boleh dimasukkan ke dalam tong kitar semula yang berwarna jingga. Saya bersyukur kerana saya sentiasa masukkan bahan kitar semula aluminum ke dalam tong yang disediakan. Kepentingan Kitar Semula a) Mengurangkan pencemaran Bahan-bahan seperti beg plastik amat sukar untuk dilupus. Oleh itu, pencemaran sering berlaku. Longgokan bahan buangan dalam tong sampah atau di lori dan tapak pelupusan akan berpunca

pencemaran udara atau masalah yang lain. Amalah seperti ini dapat dikurangkan apabila saya menkitar semula. Kita haruslah cuba untuk mengurangkan pencemaran dan berkitar semula. b) Menjimatkan Penggunaan Sumber Kitar semula dapat menjimatkan penggunaan Sumber. Contohnya, jika anda mengitar semula satu tin aluminium boleh menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Kitar semula juga dapat mengurangkan penebangan pokok kerana kertas boleh diproses untuk menjadikan kertas kitar semula. Selain itu, mengitar semula satu botol kaca boleh menjimatkan 100 watt elektrik. Saya berbangga kerana keluarga saya bercuba sedaya upaya untuk menjimatkan penggunaan sumber.. c) Menceriakan Persekitaraan Pencemaran sampah sarap dapat menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran. Jika masalah ini dibiarkan manusai akan mengunfang bau busuk dan penyakit yang berjangkit. Melalui kitaran semula dapat mengurangkan pembuangan dan dapat mengawal penyakit yang berjangkit. Saya bersyukur kerana tidak dijangkiti oleh apa-apa penyakit.Saya bersyukur kerana keluarga saya sangat mengutamakan kebersihan.

d) Memupuk Kesedaran Masyarakat Kepentingan kitar semula memupuk kesedaran masyarakat kepada alam sekitar.Pada masa hadapan, SMK Damansara Jaya dapat melahirkan generasi yang prihatin dan peka terhadap alam sekitar. Kita haruslah berbangga dan bersyukur kerana penduduk DamansaraJaya bermula bersedar dan cuba hidup dengan melatih minda diri untuk sentiasa mengitar semula. Masalah Atau Halangan Amalan Kitar Semula a) Sikap dan Kurang Pengetahuan Kebanyakan pendudukan di Damansara Jaya yang membuang sampah sarap kurang tahu tentang kepentingan amalan kitar semula. Terdapat segelintir penduduk juga yang tidak mempedulikan amalan ini. Sikap ini akan menyebabkan kita tidak berjaya memupuk kesedaran tentang kitaran semula. Bagi merekan, amalah ini hanya membazirkan masa dan tenaga. Saya bersyukur bahawa rumah saya sering mengitar semula apa-apa bahan yang boleh dikitar semula.

b) Harga Terlalu Rendah Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan mempunyai harga yang terlalu rendah. Keadaan ini akan pujuk penduduk lebih senang membuang begitu sahaja barangan yang boleh dikitar semula daripada menjualnya. Saya berbangga dan dan berterima kasih kerana saya tidak peduli akan harga atau wang yang saya mendapati tetapi tujuannya ialah untuk mengitar semula. c) Kurang Pusat Pengumpulan Segelintir penduduk menyatakan bahawa kawasan Damansara Jaya kurang pusat pengumpulan dan telah menjadikan sebarang masalah kepada penduduk. Daripada pemerhatian, di Damansara jaya hanya terdapat sebuah pusat pengumpulan barang terletak berhampiran dengan bangunan Damansara Jaya ROA. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk menghantarkan barangan kitar semula. Lagi pun pusat ini hanya membeli beberapa jenis barang kitaran semula yang tertentu sahaja. Kitar haruslah berbanggan dan bersyukur kerana kawasan ini sanggup memberikan kerjasama untuk membinakan sebuah tempat untuk sebuah pusat pengumpulan barang kitaran semula.

Langkah Atau Cadangan Mengatasi Masalah Melaksanakan Kitar Semula a) Mangadakan Kempen Salah satu tujuan untuk mengadakan kempen kitar semula untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Sebagai dorongan untuk kempen ini, negara kita akan menyambut beberapa hari tentang alam sekitar seperti Hari Perhutanan Sedunia, Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar. Kita haruslah berbangga dan bersyukur kerana negara kita sanggup melancarkan beberapa hari yang istemewa untuk kepentingan kitaran semula. b) Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan

Pihak berkuasa tempatan patut meletakkan lebih banyak pusat pengumpulan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai. Pihak sekolah juga harus menyediakan tong-tong kitar semula untuk kemudahan guru-guru dan murid-murid untuk sering mengingatkan murid-murid kepentingan kitar semula. Saya bersyukur kerana pihak sekolah turut memberi didikan tentang amalan kitaran semula kepada murid-murid.

c) Pendidikan Guru-guru selalu memberi galakan kepada murid-murid untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru-guru juga memberi kesedaran kepada murid tentangbetapa penting menjaga alam sekitar. Sekolah juga, patut mengadakan pertandingan mengumpul barang kitar semula yang terbanyak. Cara ini akan menggalakkan murid untuk mengitar semula. Akhirnya, sebagai pengajaran, kita haruslah berbangga dan bersyukur kerana jika kami tiada guru untuk mengajar kita akan mempunyai fikiran yang tidak baik.

Jadual Kekerapan Masalah dan Halangan Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya Dan Kawasan Sekitarnya.
Masalah dan Halangan Amalan Kitar Semula Kekerapan Bilangan Orang Kurang pengetahauan mengenai kitar semula Tiada kesedaran mengenai kitar semula Kurang pusat pengumpulan bahan kitar semula Harga barangan kitar semula terlalu rendah Jumlah //// / //// /// //// // //// //// //// //// 6 8 4 2 20

Lampiran

Jadual Menunjukkan Masalah dan Halangan Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya dan KawasanSekitarnya

8 7 6 5 4 3 2 1 0 Tiada Kesedaran Mengenai Kitar Kurang Pengetahuan Mengenai Kitar Semula Kurang Pusat Harga Barangan Pengumpulan Kitar Semula Terlalu Bahan Kitar Semula Rendah

Jadual Menunjukkan Masalah dan Halangan Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya dan KawasanSekitarnya
Bil. 1 Perkara Tiada Kesedaran Mengenai Kitar Semula Kurang Pengetahuan Mengenai Kitar Semula Kurang Pusat Pengumpulan Bahan Kitar Semula Harga Barangan Kitar Semula Terlalu Rendah Jumlah Bil . Responden 8

20

Rumusan
Saya telah menghuraikan konsap kitar semula di SMK Damansara Jaya dan kawasan sekitarnya. Saya telah mengenal pasti jenis-jenis masalah kitar semula di SMK Damansara Jaya dan kawasan sekitarnya. Saya telah mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut di SMK Damansara Jaya dan kawasan sekitarnya. Saya telah menyenaraikan kepentingan mengitar semula di SMK Damansara Jaya dan kawasan sekitarnya.

Rujukan
Chong Yoon Choi (2002), Geografi Tingkatan 2, Petaling Jaya, Media Network Sdn. Bhd. Chong Mui Sen (2007), Total Pro PMR Geografi, Petaling Jaya, Sasbadi Sdn.Bhd. Laman web http://www.geocities.com

You might also like