You are on page 1of 9

KISAH HIDUP NATRAH Natrah merupakan satu nama yang mungkin tidak segah nama-nama artis.

Namun nama tersebut pernah suatu ketika mencetuskan fenomena apabila wataknya telah dipilih untuk dipersembahkan di Istana Budaya arahan produser terkenal Erma Fatima. Saya percaya dan yakin ramai yang tidak mengenali Natrah sebelum teater ini dipersembahkan. Tambahan nama yang hanya biasa-biasa sahaja dan tidak menonjolkan apa-apa keistimewaan sekiranya tidak tahu tentang peristiwa bersejarah yang menimbulkan tragedi di Malaysia suatu masa dahulu. Oleh itu, saya tertarik untuk membuat sedikit ulasan tentang karya yang bertajuk Natrah hasil karya Fatini Yaacob. Tambahan dengan tajuk yang tertulis di muka hadapan buku beliau iaitu Cinta, Rusuhan dan Air Mata. Natrah merupakan seorang yang berdarah Belanda. Beliau lahir di Bandung, Indonesia.Beliau hanyalah orang biasa di mana beliau dan keluarganya menetap di Indonesia semenjak dari zaman pemerintahan Belanda sehinggalah terjadi kerumitan apabila Jepun berjaya mengalahkan Belanda dan memerintah Indonesia. Bermulalah permasalahan dalam hidup Natrah dan keluarga apabila pihak Jepun tidak menyenangi sisa-sisa warga Belanda yang masih tinggal di Indonesia. Ibu Natrah telah mengambil langkah untuk menyerahkan seorang dari empat anaknya kepada seorang rakannya iaitu Che Aminah. Pada awalnya Natrah bukanlah anak yang ingin diserahkan kerana Che Aminah sudahpun mempunyai seorang anak angkat perempuan. Jadi Che Aminah meminta anak lelaki dan diberi kepadanya adik lelaki Natrah. Namun adik Natrah yang masih bayi pada ketika itu terlalu kerap menangis apabila berada di bawah penjagaan Che Aminah menyebabkan Che Aminah memulangkannya. Seterusnya, Natrah telah menawarkan diri untuk menjadi anak angkat kepada Che Aminah dan beliau pun bersetuju.

Gambar 1: Natrah bergambar bersama Che Aminah

Sepanjang hidup Natrah bersama ibu angkatnya ini, pelbagai peristiwa telah terjadi. Peristiwa yang paling memberi kesan adalah apabila ibu kandungnya cuba untuk merampas kembali hak penjagaan yang telah diberikan kepada Che Aminah. Dalam usia remaja seusia 13 tahun Natrah telah terdedah dengan suasana tegang di mahkamah yang membicarakan tentang hak penjagaan Natrah Seterusnya keadaan ini memberi kesan hebat kepada kehidupan natrah. Perbezaan budaya dan agama di antara ibu kandung dan ibu angkat Natrah membuatkan sensitiviti ramai pihak tersentuh. Akibatnya terjadilah rusuhan yang juga telah mengorbankan nyawa-nyawa yang ingin cuba menyumbangkan tenaga untuk mempertahankan pendirian agama dan budaya masing-masing. Selepas Che Aminah berjaya di dalam perbicaraan pertama di mana beliau mendapat hak penjagaan terhadap Natrah, beliau telah mengahwinkannya dengan Mansor Adabi. Namun oleh kerana umurnya baru 13 tahun ketika tu menjadi satu isu besar dan member peluang kepada ibu kandungnya untuk mencuba mendapatkan semula haknya terhadap natrah. Keputusannya, hak suami Natrah sendiri telah diketepikan. Hal ini kerana anggapan bahawa perkahwinan itu tidak sah kerana perkahwinan bawah umur dan hak terhadap diri Natrah masih berada di dalam tangan bapa kandungnya sendiri.

Gambar 2: Gambar perka,hwinan Natrah dan Mansur Adabi

Orang Melayu yang pada masa itu masih belum cukup kuat pengaruhnya tidak berjaya untuk mempertahankan Natrah dan Mansor Adabi walaupun realitinya Natrah sangat mencintai suaminya dan tidak inginkan perpisahan. Natrah menjadi mangsa keadaan apabila terpaksa mengharungi hidup dengan berpisah dan lebih malang lagi terpaksa meninggalkan Islam yang telah dianutinya. Isu ini yang paling membuatkan orang-orang melayu pada ketika itu terutamanya marah dan ingin mempertahankan kesucian agama Islam. Hal ini menjadi pengajaran yang sangat berguna supaya orang Islam menjaga kesucian dan kekuatan agama Islam sendiri supya kita tidak lagi ditindas dengan sewenang-wenangnya.

FALSAFAH HIDUP NATRAH Setiap orang secara tidak langsung mempunyai prinsip hidup atau falsafah yang dipegang sebagai panduan hidup dan kebergantungan ke atas keputusan yang akan diambil. Di dalam novel ini terdapat beberapa falsafah hidup yang tertanam dalam diri Natrah yang boleh dicungkil. Antaranya ialah tiada manusia yang suka diperbesarbesarkan akan kelainan yang ada dalam diri mereka. Natrah yang berkulit putih dan berambut perang sudah tentulah mempunyai perbezaan ketara dari segi rupa parasnya dengan orang Melayu yang berada di sekitarnya. Akibat sering diungkit dan dipermainkan akan perbezaan warna kulit dan rupa parasnya itu oleh rakan-rakan dan gurunya, Natrah telah bertindak ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibunya, Che

Aminah. Natrah juga pernah menyerang orang yang selalu mengejek-ejeknya walaupun mereka merupakan kaum lelaki. Walaupun Natrah bertindak negatif namun dengan ponteng kelas, namun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Dia masih belajar dengan bertanya rakan sekelasnya dan juga membuat kerja rumah yang diberikan guru malahan setiap hari bukunya itu akan dihantar kepada guru melalui rakan. Pengajaran yang boleh diambil ialah sebagai seorang guru atau ibu bapa tidak wajarlah dibanding-bandingkan antara anak-anak atau pelajar-pelajar kerana ditakuti akan membawa kesan yang buruk terutamanya terhadap pelajaran dan seterusnya masa depan pelajar tersebut. Selain itu Natrah juga berpegang kepada prinsip bahawa luaran atau fizikal seseorang itu bukanlah ukuran sebenar terhadap penilaian diri seseorang. Apa yang lebih penting ialah peribadi dan sifat yang ada dalam diri individu tersebut. Hal ini disebutkan oleh Natrah apabila ditanyakan tentang perwatakan Mansor adabi yang menarik perhatiannya sehingga dia setuju dikahwinkan . Oleh itu manusia tidak seharusnya cepat membuat penilaian terhadap orang yang baru dikenali. Penilaian diri seseorang bukanlah perkara yang menjadi keutamaan dalam hidup bermasyarakat. Hal ini kerana kadangkala penilaian akan membawa kepada perbezaan taraf yang seterusnya mengehadkan individu itu untuk bergaul dengan orang lain. Tambahan pula, pergaulan yang terhad juga akan menyukarkan proses perkongsian pendapat atau ilmu pengetahuan. Semasa tinggal di Belanda bersama keluarganya, Natrah tiada tempat untuk mengadu segala kesusahan hati yang dialaminya. Selepas empat tahun dia menunggu sekiranya dia berpeluang untuk kembali bersama ibu angkat dan suaminya, ternyata dia tewas. Lebih-lebih lagi apabila mendapat khabar tentang perkahwinan Mansor Adabi dengan gadis lain yang membuatkannya berfikir peluangnya untuk kembali semkain nipis. Semakin dirinya diruntun sengsara. Dia telah bersetuju untuk berkahwin dengan jejaka yang dikenalinya di Belanda. Tindakannya ini sebenarnya hanyalah alas an untuk dia lari dari masalah yang dihadapinya di rumah bersama keluarga dan ibu bapanya.

Kisah ini mempunyai persamaan dengan faktor-faktor remaja lari dari rumah yang kebanyakannya memberikan alas an bahawa mereka tidak selesa berada di rumah. Hubungan kekeluargaan yang rapuh boleh menyebabkan pelbagai gejala negatif. Seterusnya perkara ini ditakuti boleh menghancurkan masyarakat dan Negara itu sendiri.

REFLEKSI TERHADAP NOVEL 1. Kasih Sayang ke Akhir Hayat Kekayaan dan sifat kasih sayang Che Aminah membuat Natrah merasakan perbezaan yang ketara semasa tinggal dengan nenek dan ibunya sendiri. Beliau berasa sangat selesa dan senang hati untuk melakukan apa sahaja tanpa ada sebarang gangguan. Che Aminah tidak terlalu menyekat aktiviti Natrah. Selain itu keadaan keluarga yang tenang amat disenangi Natrah jika dibandingkan dengan kehidupan bersama keluarga asalnya di mana dia sering bertelagah dengan mereka. Hal ini dapat dijadikan tauladan kepada para ibu bapa bahawa kesenangan hidup dan kasih sayang perlulah seiring. Anak-anak sememangnya memerlukan perhatian daripada orang yang berada di sekelilingnya. Banyak kejadian yang melibatkan keruntuhan moral remaja pada masa kini yang diakibatkan oleh kurangnya perhatian oleh keluarga. Remaja-remaja ini mencari perhatian dari orang lain pula di luar dengan melakukan perkara-perkara yang agresif tanpa memikirkan akibatnya. Oleh itu hubungan yang baik perlu dijalin sejak dari kecil lagi supaya mereka berasa lebih selamat dan bahagia apabila berada bersama keluarga berbanding orang lain. 2. Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat bermain Hubungan yang baik di antara Natrah dan Che Aminah semenjak kecil membuatkan segala kenangan tidak mudah terpadam walaupun Natrah telah lama meninggalkan tradisi melayu dan hidup dalam budaya dan agama yang jauh berbeza selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Beliau masih boleh menceritakan kehidupan pada zaman kanak-kanaknya walaupun ketika usianya mencecah 50-an. Hal ini
5

menunjukkan bahawa situasi yang menggembirakan pada zaman kanak-kanak sangat menjadi perangsang dan sangat diingati oleh seseorang. Oleh itu alangkah baiknya sekiranya kanak-kanak dibesarkan dengan

pengalaman-pengalaman yang menarik. Namun pengalaman menarik tidak semestinya memberikan segala kemudahan dan kemewahan semata-mata. Teguran juga perlu. Marah juga perlu. Tetapi teguran dan marah perlulah secara berhemah dan perlu ditanamkan semula kepercayaan kanak-kanak tersebut supaya mereka merasakan percaya dan selamat untuk menceritakan apa yang mereka lalui dalam hidup. Che Aminah sendiri mempunyai cara yang tersendiri untuk menegur sekiranya Natrah melakukan kesalahan. 3. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perjalanan hidup yang sukar dilalui oleh Natrah bermulanya melibatkan emosi apabila terpaksa berpisah dengan orang yang disayangi. Kemudian tidak

berpenghujung sengsara dalam kehidupannya kerana terpaksa menjalani hidup yang sukar untuk menyara hidup diri dan keluarganya. Orang sekeliling hanya mampu bersimpati malah ada juga yang mengambil kesempatan sehinggakan mewujudkan rasa ketidakpercayaan dalam diri untuk menceritakan kisah hidupnya kepada wartawan. Baginya kisahnya ini hanya akan menyusahkan hidupnya sendiri walhal dia hanyalah insan biasa yang sepanjang hayatnya cuba untuk mengubati lara yang dihadapinya sejak kecil lagi. Akibat terpisah dari orang yang disayangi, Natrah tiada tempat untuk mengadu. Tambahan ciri-ciri ibu kandungnya sendiri yang tidak semesra ibu angkatnya Che Aminah membuatkan dia memendam sendiri perasaannya dan lebih tepat lagi kesedihannya. Beliau hanya mampu berharap moga-moga ibu angkatnya dan suaminya berjaya untuk membawanya semula pulang ke pangkuan mereka. Walhal tanpa sedar sebenarnya semua itu adalah amat sukar untuk menjadi realit. Oleh itu Natrah terpaksa memendam lara hatinya dan menjadi seorang yang pemendam. Begitu juga halnya dengan manusia biasa yang lain. Semua orang perlu meluahkan apa yang mereka rasa supaya mereka tidak memendam kesusahan
6

sehingga boleh menyebabkan gangguan mental. Oleh itu sekiranya berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah, guru-guru atau orang sekeliling perlu bijak untuk mendekatkan diri dan seterusnya menjadi pendengar yang baik. Sekurangkurangnya mereka tidak memendam segala masalah mereka seorang diri. Apabila seseorang itu tidak meluahkan masalah yang ditanggung juga boleh mengakibatkan rasa rendah diri yang melampau dan seterusnya tidak mahu bergaul dengan orang lain. 4. Percaya kepada Qada dan Qadar Setelah berkahwin lain, Natrah pernah ditayangkan dengan kehidupan terkini bekas suaminya, Mansur Adabi yang senang dan mewah. Amat jauh bezanya dengan kehidupan Natrah yang terpaksa berhempas pulas untuk menyara hidupnya dan keluarga. Akibatnya, emosinya sangat terganggu kerana mungkin baginya keadaan sukar yang dialuinya pada masa itu tidak seharusnya terjadi bahkan sepatutnya dialah yang merasai kesenangan hidup bersama bekas suaminya. Kesan gangguan emosi Natrah ini juga berlanjutan kepada perceraian dengan suami barunya walaupun pada ketika itu sudah mempunyai 10 orang anak. Manusia tidak lari dari banding-membanding dengan kehidupan orang lain. Di sinilah perlunya kita sebagai umat islam menanamkan sifat redha akan qada dan qadar oleh Allah. Kita sepatutnya perlu menanam sifat positif dalam diri supaya aura positif sentiasa mengalir kepada diri orang lain juga. Sifat redha juga dapat memudahkan seseorang untuk menghadapi segala kesukaran. Kitar hidup manusia umpama roda. Ada masa di atas dan ada tika di bawah. Kita tidak diberitahu di manakah penghujungnya dan pengakhiran riwayat kita.mungkin di kala itu kite sedang bergembira di atas. Atau mungkinkah kita sedang menjalani kesukaran di bawah. Tidak mustahil juga sekiranya kita merasakan bahawa kita tidak langsung merasa kesenangan di atas dan merasakan alangkah indahnya hidup seperti orang itu yang tidak langsung pernah merasakan betapa susahnya menjalani roda hidup di bawah. Di atas atau di bawah nya seseorang itu sebenarnya terletak di tangan kita sendiri untuk menilaikan.sekiranya seseorang berfikiran positif dia akan menjadikan kesukaran itu sebagai penguat semangat untuk terus hidup sebaliknya kesenangan pula sebagai suatu peringatan supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi kesukaran kelak.
7

5. Berfikir sebelum bertindak Che Aminah dan Mansur Adabi juga telah melakukan beberapa kesilapan dalam tindakannya untuk memenangi hak ke atas Natrah. Antaranya ialah selepas Che Aminah memenangi hak ke atas Natrah pada mulanya, beliau seolah-olah nekad untuk mengahwinkan Natrah. Seolah-olah beliau ingin menjadikan perkahwinan itu sebagai jalan yang boleh menghalang kepada tuntutan terhadap Natrah kelak. Akan tetapi sebenarnya perkahwinan Natrahlah yang telah membuka jalan kepada keluarga kandung Natrah untuk menuntut semula hak ke atas Natrah. Di sini menunjukkan bahawa pentingnya kita mahir dan faham tentang undang-undang supaya kita tidak tersalah tafsir tentang tindak-tanduk kita sendiri.

6. Pegangan Islam dan bersatu padu Keutuhan akidah dan pegangan menyebabkan semua rakyat melayu dan umat Islam bersatu untuk mempertahankan hak penjagaan Natrah kepada Che Aminah. Peperangan hak ini telah melibatkan dua pihak yang secara keseluruhannya mempunyai perbezaan agama dan bangsa. Sememangnya kedua-dua pihak ingin mempertahankan bangsa dan agama mereka. Dengan adanya semangat inilah yang telah membuatkan bangsa melayu amnya dan orang Islam khususnya pada masa itu bersatu padu memberi sokongan kental supaya hak ke atas Natrah akan jatuh kepada Che Aminah yang beragama Islam. Mereka semua tidak mahu sekiranya Natrah menjadi murtad. Semangat itulah yang perlu dijadikan pegangan oleh masyarakat pada masa kini supaya menjadi faktor kekuatan yang digeruni oleh bangsa dan Negara lain.

RUJUKAN 1. Fatini Yaacob (2010) Natrah (1937-2009) Nadra@Huberdina Maria

Hertogh@Bertha: Cinta. Rusuhan. Air Mata. Penerbitan UTM 2. http://malay.bismikaallahuma.org/wp-content/uploads/sejarah_hidup_natrah.pdf 3. http://kalamperantau.wordpress.com/2009/07/19/tahniah-kemaman-menjadisaksi-tragedi-natrah/ 4. http://www.kapasitor.net/community/post/2893-natrah-maria-bertha-hertogh-24mach-1937-9-julai-2009 5. http://pasalbuku.blogspot.com/2009/07/tragedi-natrah-maria-hertogh-yang.html

You might also like