You are on page 1of 52

LEKATKAN

GAMBAR DI SINI

PROFIL MURID NAMA TINGKATAN TARIKH LAHIR KETURUNAN NO KP SEKOLAH ASAL :.................................................................................................... :......................................... :........................................ :........................................ JANTINA AGAMA TEMPAT :............................. :............................. :.............................

NO PENDAFTARAN :.................................. ......

NO S/BERANAK:.......................

:..................................................................................................... :............................................................................ :................................................................................................... :........................................................................................ :............................................................................ :........................................................................................ :........................................................................................ : ......................................................................................... ......................................................................................... .......................................................................................... .........................................................................................

TARIKH MASUK SEKOLAH INI NAMA BAPA / PENJAGA NAMA IBU PEKERJAAN IBU ALAMAT

PEKERJAAN BAPA / PENJAGA

TEL RUMAH TEL H/PHONE E-MAIL

: : :

......................................................................................... ( bapa ).............................................................................. ( ibu )................................................................................ ......................................................................................... : ......................................................................................... : .......................................................................................... i

TANDA TANGAN MURID COP RASMI SEKOLAH

PENGAKUAN MURID Saya ...................................................................................................mengaku bahawa saya telah membaca peraturan-peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mesti mematuhi peraturan-peratuan tersebut dan jika saya melanggari mana-mana peraturan, tindakan ataupun hukuman boleh dikenakan ke atas diri saya.

Tarikh :

...............................................

..................................................... Tandatangan murid ( Nama:...................................................)

Tarikh :

..............................................

..................................................... Tandatangan saksi guru tingkatan ( Nama:...................................................)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------PENGAKUAN IBU BAPA ATAU PENJAGA Saya ...................................................................................................... ibu/bapa/penjaga kepada ................................................................................................ memberi jaminan bahawa murid yang tersebut di atas akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah ini. Jika sebarang tindakan disiplin diambil terhadapnya hal tersebut berlaku kerana kesalahan murid itu sendiri.

Tarikh :

...............................................

...................................................... Tandatangan ibu / bapa / penjaga ( Nama:...................................................)

ii

VISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SETIA ALAM Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang MISI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SETIA ALAM Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

PIAGAM PELANGGAN SMK SETIA ALAM


Kami warga SMK Setia Alam dengan penuh tekad dan iltizam berikrar memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan dengan Memberi penerangan yang jelas dan layanan yang baik kepada ibu bapa yang hadir untuk urusan berkaitan anak mereka Sentiasa efesien dalam mendidik murid-murid untuk mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum Sentiasa bertindak melaksanakan tugas, proaktif, kreatif dan menggunakan masa dengan optimum bagi mewujudkan pendidikan berkualiti Mewujudkan iklim sekolah yang menyeronokkan dan kondusif bagi melahirkan modal insan cemerlang

iii

RASIONAL Buku Tatacara Peraturan dan Pengurusan Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Alam diterbitkan adalah untuk menyelaraskan segala peraturan dan tindakan yang akan diambil di sekolah . Selain itu juga , buku ini dapat memberi pengetahuan dan kesedaran akan tanggungjawab seseorang guru dan murid terhadap sekolahnya.

OBJEKTIF 1. Dapat menjadi bahan rujukan di kalangan pengurus disiplin, murid-murid dan ibu bapa. 2. Dapat dijadikan satu dokumentasi pengurus disiplin murid dengan lebih bersistematik. 3. Dapat mewujudkan keselarasan dalam membuat keputusan dan tindakan dengan pengurus disiplin. 4. Dapat meningkatkan tahap kecekapan pengurusan disiplin di sekolah. 5. Dapat meminimumkan masalah salah laku murid-murid di sekolah ke arah Salah Laku Sifar. 6. Dapat meningkatkan mutu disiplin murid-murid di sekolah secara menyeluruh.

iv

KANDUNGAN Profil Murid Pengakuan Murid / Pengakuan Ibu bapa atau penjaga Misi / Visi / Piagam Pelanggan SMK Setia Alam Rasional / Objektif Waktu Persekolahan 1. Waktu Persekolahan 2. Waktu Perhimpunan Perkara 1 3. Waktu Pengajaran dan Pembelajaran 4. Waktu Rehat 5. Waktu Balik 6. Waktu Kokurikulum Pakaian Seragam Sekolah 1. Pakaian Seragam Murid Lelaki 2. Pakaian Seragam Murid Perempuan 3. Lencana Sekolah 4. Tanda nama / Tag nama Perkara 2 5. Tali Leher 6. Kasut dan Stoking 7. Pakaian Sukan / PJK 8. Pakaian Unit Beruniform Penampilan dan Kekemasan Diri 1. Rambut 2. Misai dan Janggut 3. Kuku 4. Alat solek 5. Subang Perkara 3 6. Barang Kemas / Perhiasan 7. Jam Tangan 8. Kekemasan Diri 9. Tingkah laku Murid Yang Dilarang di sekolah 10. Kelakuan Murid di sekolah 11. Adab Kemudahan / Harta Benda Sekolah 1. Kawasan Sekolah 2. Bilik Darjah 3. Bilik-Bilik Khas 4. Peraturan Pusat Sumber 5. Peraturan Makmal Sains / ERT / Kemahiran Hidup / Bilik Seni / Makmal Komputer / Bilik Media 6. Bilik Rawatan Perkara 4 7. Bilik Guru dan Pejabat 8. Stor Sukan / Bilik PJK 9. Surau 10. Kantin Sekolah 11. Tandas 12. Harta Benda Sekolah i ii iii iv 1 2 2 3 3 4 4 5 6 7 8 8 8 8 8 9 10 11 12 12 12 12 12 12 12 13 14 15-16 17 18 18 18 19 19 20 20 20 20 20 21 21

13. Harta Murid 14. Padang / Gelanggang Permainan 15. Papan Kenyataan 16. Telefon / Wakaf 17. Peraturan Umum Peraturan Umum 1. Merokok 2. Kecemasan / Kebakaran 3. Kawasan Larangan 4. Keselamatan 5. Bayaran Tambahan Sekolah 6. Kegiatan Kerja Kokurikulum 7. Lawatan Keluar Sekolah 8. Aktiviti Luar Pembelajaran 9. Waktu Solat dan Rehat 10. Tata Tertib Semasa di dalam Kelas Perkara 5 11. Keluar kelas / Pertukaran Kelas 12. Benda-benda dan Perbuatan Larangan 13. Tugas-tugas Ketua tingkatan / Pengawas 14. Telefon Awam 15. Buku Sekolah / Buku SPBT 16. Lembaga Pengawas 17. Harta Benda Sekolah ( Inventori ) 18. Surat-menyurat 19. Peraturan Sekolah Semasa Peperiksaan 20. Hal-Hal Lain Hukuman dan Prosedur Tindakan 1. Tingkah Laku Jenayah 2. Tingkah Laku Lucah 3. Tingkah Laku Kekemasan Diri 4. Tingkah Laku Yang tidak Perkara 6 Mementingkan Dasar 5. Tingkah Laku Yang Kurang Sopan dan Biadap 6. Tingkah Laku Musnah 7. Tingkah Laku Tidak Jujur atau Meniru 8. Ponteng Lampiran A Contoh Pakaian Seragam Murid Lelaki Lampiran B Contoh Pakaian Seragam Murid Perempuan Lampiran C Contoh Pakaian Seragam Murid Perempuan Lampiran D Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2 /1976 - Rambut

21 21 21 22 22 23 24 24 25 25-26 27 27 28 28 28 29 29 30 30 31 31 31 31 32 32 33 34 34 34 35-36 36 36 37 37 37 38 39 40 41-42

PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN


1 1. Waktu Persekolahan 1.1 Murid mestilah menepati masa berada di sekolah pada pukul 7.20 pagi iaitu sepuluh minit sebelum waktu persekolahan bermula . Waktu persekolahan bermula tepat pada pukul 7.30 pagi. Sesi persekolahan Isnin hingga Khamis 7.20 pagi hingga 1.45 petang Jumaat 7.20 pagi hingga 12.25 tengahari

1.2 Murid yang datang lewat selepas 7.20 pagi tanpa sebab adalah menjadi satu kesalahan dan akan dicatat namanya untuk dikenakan tindakan. 1.3 Manakala murid yang datang lewat selepas pukul 7.30 pagi perlulah melaporkan diri kepada Pengetua /guru yang dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan slip kebenaran masuk ke dalam kelas. Slip kebenaran ini perlulah ditunjukkan kepada guru masa pertama dan seterusnya diserahkan kepada guru tingkatan. 1.4 Bagi murid yang hadir selepas pukul 8.10 pagi , kehadiran murid pada hari itu akan ditanda ( 0 ) dan dianggap tidak hadir pada hari tersebut. 1.5 Murid-murid yang berada di sekolah tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Pengetua / Penolong Kanan / Penolong Kanan HEM semasa waktu persekolahan. 1.6 Murid yang tidak hadir ke sekolah mestilah membawa sijil sakit. Jika tidak, ibu bapa / penjaga murid tersebut mesti menyerahkan surat kenyataan / surat ketidakhadiran sebagai pengesahan. Ibu bapa/penjaga yang gagal berbuat demikian akan menyebabkan anak jagaannya dianggap sebagai ponteng sekolah. Murid yang ponteng kelas atau sekolah akan diambil tindakan disiplin. 1.7 Murid yang hendak balik ke rumah atas sebab sakit, kematian atau kecemasan hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah. Ibu bapa / penjaga yang datang mengambil anak mereka di sekolah perlulah mengisi buku kebenaran keluar di pejabat . 2. Waktu Perhimpunan 2.1 Semua murid perlu menghadiri perhimpunan rasmi sekolah dan juga perhimpunan harian. Kehadiran murid akan diambil oleh guru tingkatan . 2.2 Ketika berada dalam perhimpunan murid perlu beratur mengikut kelas masingmasing dalam keadaan tertib dan senyap. 2.3 Murid-murid mesti berdiri tegak, senyap dan meletakkan beg di sebelah kanan bawah semasa lagu kebangsaan, lagu patriotik dan lagu sekolah dinyanyikan. 2.4 Murid-murid perlu menyanyi bersama-sama dengan penuh semangat. Muridmurid tidak dibenarkan bercakap semasa perhimpunan dijalankan. 2.5 Pengumuman-pengumuman perlu didengar dengan penuh perhatian serta dicatatkan dalam buku catatan. Sebarang alasan tidak berbuat demikian tidak akan diterima. 2

2.6 2.7 3.

Murid-murid yang tidak mematuhi peraturan akan dikeluarkan dari barisan dan tindakan akan diambil. Selepas perhimpunan, murid dikehendaki beratur dan berjalan masuk ke dalam kelas masing-masing dengan senyap dan teratur.

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran 3.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu pembelajaran kecuali jika perlu. Tag keluar kelas perlu diperolehi daripada guru bertugas / guru mata pelajaran. Tag keluar perlu digantung / dipamerkan. 3.2 Murid-murid yang keluar kelas tanpa tag dianggap sebagai keluar kelas tanpa kebenaran. Tindakan disiplin boleh diambil sekiranya berbuat demikian. 3.3 Keluar masuk kelas adalah dilarang sama sekali semasa ketiadaan guru. 3.4 Murid-murid perlu menjaga kebersihan kelas masing-masing. 3.5 Murid-murid perlu bersedia untuk belajar dan melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca semasa menunggu guru masuk. 3.6 Murid-murid tidak dibenarkan pergi ke tandas pada waktu pertama, waktu sebelum / selepas rehat dan waktu terakhir kecuali mereka yang benar-benar dalam kecemasan. 3.7 Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan: 3.7.1 Semua murid perlu berpakaian Pendidikan Jasmani. 3.7.2 Semua murid tidak boleh berada di dalam kelas. 3.7.3 Barang berharga hendaklah diserahkan kepada guru Pendidikan Jasmani. 3.7.4 Murid yang menghidapi penyakit kronik dan telah disahkan oleh doktor dikecualikan dari mengikut aktiviti. Surat pengesahan doktor perlulah diberikan kepada guru tingkatan untuk makluman serta tindakan lanjutnya. Waktu Rehat 4.1 Semua murid dikehendaki meninggalkan kelas semasa rehat. Tidak seorangpun dibenarkan berada di dalam kelas kecuali dengan kebenaran guru untuk tujuan tertentu. 4.2 Murid-murid perlu beratur ketika membeli makanan mengikut laluan yang telah ditetapkan . Murid dilarang berebut-rebut dan berlari-lari serta membuat bising semasa berada di kantin. 4.3 Murid-murid hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman dari kantin sekolah pada waktu rehat atau dengan kebenaran guru. 4.4 Makan dan minum perlulah di kantin sekolah sahaja. Murid tidak dibenarkan membawa makanan serta minuman tersebut keluar dari kawasan kantin. Tindakan akan diambil bagi murid yang melanggar peraturan ini. 4.5 Murid-murid dilarang sama sekali membawa makanan ringan, minuman berkarbonat dan minuman yang mengandungi alkohol / memabukkan.

4.

5.

Waktu Balik 5.1 Pastikan kelas berada di dalam keadaan yang kemas dan bersih. Kerusi dan meja disusun dengan teratur. Kelas perlu disapu dan sampah di dalam bakul sampah perlu dibuang. Papan putih perlu dibersihkan. 5.2 Semua kipas, lampu dan pintu serta tingkap ditutup sebelum meninggalkan kelas. 5.3 Pastikan semua buku murid dibawa balik. Buku-buku yang ditinggalkan akan dirampas dan tindakan akan diambil terhadap murid berkenaan. 5.4 Murid perlu mematuhi peraturan lalu lintas dan mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Waktu Kokurikulum 6.1 Masa aktiviti kokurikulum dijalankan tertakluk kepada pihak sekolah. 6.2 Setiap murid diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum melainkan mendapat pengesahan daripada doktor. 6.3 Pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. 6.4 Murid-murid diwajibkan menyertai tiga gerak kokurikulum iaitu: 6.4.1 Persatuan / kelab 6.4.2 Badan beruniform 6.4.3 Permainan

6.

PERKARA 2 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


1. Pakaian Seragam Murid Lelaki ( Rujuk Lampiran A ) 1.1 Baju 1.1.1 Baju kemeja berwarna putih dan berlengan pendek atau panjang. Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan di pergelangan tangan perlu dikancingkan atau dilipat ke atas sedikit paras siku. 1.1.2 Baju perlu sentiasa dimasukkan ke dalam seluar. 1.1.3 Butang baju perlu dikancingkan sehingga butang kedua dari atas dan tidak melebihi 4sm dari pangkal leher. 1.1.4 Murid dilarang memakai kemeja T dalam kemeja sekolah. Hanya singlet putih tanpa corak sahaja dibenarkan untuk dipakai di dalam kemeja sekolah. 1.1.5 Baju yang berjalur, jarang dan berlubang tidak dibenarkan. 1.1.6 Baju yang terlalu longgar atau ketat adalah dilarang. Segala bentuk peralatan perhiasan tidak boleh diletakkan pada pakaian sekolah. 1.1.7 Murid lelaki Islam digalakkan memakai baju Melayu dan seluar yang berwarna putih serta lengkap dengan sampin yang berwarna turquoise dan juga bersongkok pada hari Jumaat. Hanya songkok yang berwarna hitam sahaja dibenarkan. 1.1.8 Butang baju Melayu perlu dikancing sekurang-kurangnya dua biji. Butang baju Melayu berkolar cekak musang sahaja dibenarkan. Baju Melayu murid hendaklah mempunyai satu poket yang terletak di sebelah dada kiri. 1.1.9 Baju kemeja sekolah yang berkilat tidak dibenarkan. 1.2 Seluar 1.2.1 Seluar bagi murid lelaki sekolah menengah adalah seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman. 1.2.2 Seluar potongan jeans dan berfesyen tidak dibenarkan. 1.2.3 Seluar yang singkat, ketat, sempit, terlalu longgar, berkaki lebar dan berplit tidak melebihi 4 cm adalah dilarang. 1.2.4 Ukurlilit kaki seluar tidak melebihi 165 inci atau 42 cm. 1.2.5 Poket yang bertampal tidak dibenarkan. 1.2.6 Sebarang seluar tidak boleh melebihi 4 poket . Dua di bahagian sisi pinggang dan dua poket lagi di bahagian belakang. 1.2.7 Murid tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket di sisi lutut. 1.2.8 Poket-poket tambahan selain yang disebut adalah tidak dibenarkan. Tali pinggang 1.3.1 Sekiranya murid bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias. 1.3.2 Lebar kepala tali pinggang tidak melebihi 3.5 cm. 1.3.3 Murid hanya dibenarkan memakai tali pinggang kanvas yang berwarna hijau kehitam-hitaman / Dark Olive tanpa corak.

1.3

1.4

Songkok 1.4.1 Penggunaan songkok adalah dibenarkan bagi murid yang beragama Islam. Murid dilarang sama sekali memakai kupiah atau serban putih semasa berada di sekolah. 1.4.2 Songkok murid perlulah berwarna hitam gelap. 1.4.3 Murid lelaki Islam adalah digalakkan memakai songkok pada hari Jumaat.

2.

Pakaian Seragam Sekolah Perempuan ( Rujuk Lampiran B ) 2.1 Pinafore Tunic Pinafore Tunic mesti berwarna biru turquoise dan labuhnya hendaklah melebihi bawah paras lutut. Blaus 2.2.1 Blaus adalah berwarna putih dan berlengan pendek. Blaus berjalur- jalur dan berlubang tidak dibenarkan. 2.2.2 Butang blaus mesti dikancing sehingga butang kedua dari atas dan tidak melebihi 4 cm dari pangkal leher. Baju kurung dan kain sarung 2.3.1 Murid perempuan sekolah menengah juga dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih dan kain sarung berwarna turquoise. 2.3.2 Potongan baju kurung hendaklah jenis baju kurung Telok Belanga . Labuh baju kurung murid mestilah ke paras lutut. 2.3.3 Baju kurung yang berkain jarang, nipis, berjalur atau berkilat tidak dibenarkan. 2.3.4 Baju kurung mesti sentiasa dikancing dengan butang putih. Kancing hendaklah sentiasa diletakkan. 2.3.5 Lengan baju tidak boleh dilipat kecuali ketika di makmal dan bengkel. 2.3.6 Camisole dan anak baju mesti dipakai dan perlulah berwarna putih atau berwarna kulit. 2.3.7 Kain sarung hendaklah dipakai kemas, disusun tepi, dan tidak melebihi paras buku lali. Murid juga dibenarkan menggunakan kain sarung yang berbentuk A line . Mini Telekung / Tudung ( Rujuk Lampiran C ) 2.4.1 Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung / mini telekung,dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan berwarna putih . 2.4.2 Mini telekung / tudung yang bersulam atau berenda tidak dibenarkan. 2.4.3 Labuhnya melebihi paras bahu dan sesuai dengan ketinggian murid yang memakainya. 2.4.4 Tidak dibenarkan menggunakan sebarang bentuk pin pada mini telekung / tudung. 2.4.5 Anak tudung yang digunakan juga berwarna putih atau hitam. 7

2.2

2.3

2.4

3,

Lencana 3.1 Lencana perlulah dilekatkan dan dijahit di sebelah kiri dada di atas poket baju. 3.2 Lencana perlulah dipakai semasa berada di dalam kawasan sekolah dan juga semasa memakai pakaian seragam sekolah walau di mana juga berada. 3.3 Lencana yang telah pudar warna atau tertanggal atau hilang hendaklah diganti baru. 3.4 Bagi murid perempuan yang berbaju kurung, lencana perlulah dilekatkan pada bahagian dada kiri. Sekiranya bertudung, lencana perlulah dilekatkan di bahagian kiri tudung. Jika memakai pinafore, lencana perlulah dilekatkan di bahagian kiri pinafore itu. Tag Nama 4.1 Tag nama wajib ditempah dan dipakai oleh semua murid. 4.2 Tag nama hendaklah dipakai di bahagian kiri dada dan di bawah lencana sekolah. 4.3 Nama timangan atau nama singkat tidak dibenarkan. Tali Leher ( Tarikh kuatkuasa pemakaian tertakluk kepada pihak sekolah ) 5.1 Hanya tali leher sekolah sahaja dibenarkan. 5.2 Semua murid perlu memakai tali leher dengan kemas sepanjang hari pada hari perhimpunan rasmi sekolah. Panjang tali leher yang diikat kemas mestilah sampai ke paras pusat. 5.3 Tidak dibenarkan mengenakan sebarang bentuk perhiasan pada tali leher. Kasut dan Stoking 6.1 Kasut yang dibenarkan adalah daripada jenis kanvas atau dari bahan sintetik lain berwana putih sahaja . 6.2 Kasut-kasut yang berfesyen , mempunyai lambang dan jalur yang berwarna lain daripada putih serta kasut sukan tidak dibenarkan. 6.3 Murid-murid perlulah memakai stoking / sarung kaki putih. Sarung kaki putih yang berjalur dan berlogo tidak dibenarkan. 6.4 Stoking yang dipakai mestilah melebihi paras buku lali. Murid tidak dibenarkan memakai stoking yang berfesyen atau terlalu panjang.

7.

Pakaian ketika bersenam dan bersukan 7.1 Ketika menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani dan aktiviti bersukan, murid dikehendaki memakai kemeja T-sekolah dan seluar panjang jenis track-bottom berwarna hitam atau biru tua. 7.2 Semua murid perempuan Islam wajib memakai kemeja T-sekolah / rumah sukan atau kemeja T-putih berlengan panjang manakala bagi murid yang bukan beragama Islam boleh memakai kemeja T-sekolah yang berlengan pendek. 7.3 Murid tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak sopan dan juga mencolok mata seperti terlalu ketat, singkat.dan mendedahkan bahagian badan . 7.4 Pemakaian pakaian bersenam dan bersukan di luar masa senaman, sukan dan aktiviti kokurikulum tidak dibenarkan kecuali dengan arahan pihak sekolah bagi aktiviti-aktiviti tertentu. 8

8.

Pakaian pasukan beruniform Murid yang menyertai kegiatan pasukan beruniform di sekolah seperti Bulan Sabit Merah, Kadet Bomba, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya perlulah memakai pakaian lengkap pasukan uniform berkenaan. 8.1 Pakaian seragam khas 8.1.1 Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas bagi murid di sesebuah sekolah seperti lencana, tali leher dan pakaian-pakaian yang telah menjadi tradisi sesebuah sekolah bolehlah diteruskan. Sekolahsekolah yang ingin mengadakan pakaian seragam khas bagi golongan murid-murid yang tertentu dalam masa persekolahan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pengarah Pelajaran Negeri. 8.1.2 Murid perlulah mematuhi peraturan sekolah dalam pemakaian pakaian seragam khas yang ditetapkan oleh pihak sekolah . Para murid yang datang ke sekolah untuk kegiatan luar darjah mesti memakai pakaian sekolah yang berlencana atau kemeja T-sekolah dan kasut. Penggunaan selipar dan lain-lain pakaian tidak dibenarkan.

8.2

PERKARA 3 : PENAMPILAN DAN KEKEMASAN DIRI


10

1. Rambut ( Rujuk Lampiran D ) 1.1 Murid lelaki 1.1.1 Rambut mesti selalu pendek , bersih , kemas dan tidak mencecah kolar baju. 1.1.2 Tidak dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggunakan gel pada rambut. 1.1.3 Panjang rambut tidak boleh melebihi paras yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976). Istilah rambut panjang adalah seperti berikut: Di belakang : Di depan Di sebelah : : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga. Rambut menutup garisan tengah dahi. Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung. Rambut lebih daripada 6 inci/15 cm panjang.

Di atas

Murid-murid lelaki beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka memakai serban (turban) sebagaimana dikehendaki oleh agama mereka. Warna turban ialah hitam atau biru tua . Bagi murid yang tidak berserban, peraturan adalah seperti yang ditetapkan. Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk, berekor, skin cut / skin head atau lain-lain yang bercanggah dengan peraturan tidak dibenarkan. ( Rujuk Pekeliling Ikhtitas Bil.2/1976) Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas seperti lencana,tali leher dan pakaian yang menjadi tradisi sesebuah sekolah hendaklah dipakai dengan kemas. 1.2 Murid Perempuan. 1.2.1 Rambut mesti kemas dan bersih. 1.2.2 Tidak dibenarkan mewarna rambut atau menggunakan gel. Penggunaan inai pada rambut juga adalah tidak dibenarkan. 1.2.3 Rambut perlulah jangan jatuh sehingga ke bahu. Murid yang berambut panjang perlulah mengikatnya sebagai tocang(plait) atau ponytail dengan menggunakan reben putih atau hitam sahaja. Kalau menggunakan sepit rambut, mestilah berwarna hitam. Dilarang memakai hiasan di kepala / rambut. 1.2.4 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk, berekor, skin cut dan sebagainya. (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976) 1.2.5 Murid perempuan Islam digalakkan memakai tudung / mini telekung seperti mana dinyatakan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1983 para 2.1.2 dan 2.2.2 11

1.2.6 Murid tidak dibenarkan mencukur / mencabut bulu kening. 2. Misai dan Janggut Murid lelaki tidak boleh menyimpan / memakai misai atau janggut atau jambang atau ketiga-tiganya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma yang mula tumbuh di atas bibir murid-murid lelaki yang beransur baligh. Kuku Murid mesti berkuku pendek dan dilarang memakai pewarna, pengilat dan inai. Alat Solek Penggunaan alat solek (make-up) adalah dilarang sama sekali. Subang 5.1 Hanya dibenarkan kepada murid perempuan sahaja. 5.2 Ukuran subang tidak melebihi diameter 0.5cm dan berwarna putih atau berwarna emas. Batu permata pada subang tidak dibenarkan. 5.3 Hanya satu subang dibenarkan pada setiap telinga dan perlulah dipakai di bawah cuping telinga. 5.4 Subang berfesyen tidak dibenarkan. Barang Kemas/Perhiasan 6.1 Murid-murid tidak dibenarkan memakai atau membawa barang kemas atau perhiasan ke sekolah. 6.2 Murid yang ingin memakai barang perhiasan berunsur keagamaan ke sekolah hendaklah memohon kebenaran daripada Pengetua. Jam Tangan Murid tidak dibenarkan memakai jam tangan yang besar dan berbentuk perhiasan atau berfesyen .

3.

4.

5.

6.

7.

8. Kekemasan Diri 8.1 Murid lelaki 8.1.1 Kemeja mesti dikancing hingga ke butang kedua daripada leher dan dimasukkan ke dalam seluar. (Pekeliling 2/1976) 8.1.2 Kemeja lengan pendek tidak boleh dilipat lengannya. 8.1.3 Baju Melayu mesti dimasukkan ke dalam sampin dan lengannya tidak boleh dilipat. 8.2 Murid perempuan 8.2.1 Baju kurung mesti dikancing di leher menggunakan butang kecil. (Pekeliling Ikhtitas 3/1983) 8.2.2 Baju kurung tidak boleh dilipat. 8.2.3 Anak tudung perlu berwarna putih. 12

8.3 Umum 8.3.1 Murid mesti menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian dalam berpakaian. 8.3.2 Kemeja mesti dimasukkan ke dalam seluar, tali leher diikat dengan kemas, butang baju dikancing, berkasut bersih atau berkilat, kain sampin dipakai dengan kemas untuk murid yang memakai pakaian baju Melayu. (Pekeliling Ikhtisas 2/1966) 8.3.3 Murid mesti menunjukkan tahap pengurusan diri yang tinggi. Pekeliling Ikhtisas 2/1996) 9. Tingkah laku murid yang dilarang di sekolah. 9.1 Tingkah laku lucah atau biadap 9.1.1 Tidak menghormati Pengetua / guru / pengawas / pelawat / kakitangan sekolah. 9.1.2 Membaca,meninjau atau menyebarkan bahan-bahan bacaan dan gambar lucah. 9.1.3 Bercumbu-cumbuan. 9.1.4 Melukiskan atau memiliki gambar lucah atau menulis kata-kata lucah. 9.1.5 Melakukan perbuatan yang boleh dirangkumkan sebagai sumbang atau lucah. 9.1.6 Melayan murid berlainan / sama jantina di tempat-tempat terpencil / tersembunyi. 9.1.7 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengetua / Jawatan Disiplin Sekolah. 9.2 Tingkah laku anti sosial. 9.2.1 Mencemarkan kebersihan kawasan dan bangunan sekolah. 9.2.2 Bergaduh dan berkelahi. 9.2.3 Menyalahgunakan kemudahan sekolah / kuasa yang diamanahkan. 9.2.4 Bermain dengan alat-alat permainan di dalam bilik darjah. 9.2.5 Membalingkan atau melambungkan barang-barang yang membahayakan. 9.2.6 Berludah merata-rata. 9.2.7 Menarik diri daripada kegiatan kokurikulum atau daripada mewakili sekolah / negeri / negara dalam sebarang aktiviti. 9.2.8 Tidak menghadiri sebarang rancangan kokurikulum yang telah diatur (mesyuarat agung, mesyuarat jawatan kuasa, kegiatan amal, latihan dan lain-lain) 9.2.9 Bersubahat / menyuruh murid lain keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 9.2.10 Kesalahan yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengetua / guru yang diberi kuasa.

13

9.3

Perbuatan-perbuatan curang atau tingkah laku yang tidak jujur 9.3.1 Meniru dalam ujian atau peperiksaan 9.3.2 Bercakap bohong 9.3.3 Meniru tandatangan ibu bapa / penjaga / Pengetua / guru 9.3.4 Mengubah markah ujian / peperiksaan 9.3.5 Memiliki atau menggunakan alat-alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran 9.3.6 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan 9.3.7 Masuk ke dalam bilik guru tanpa kebenaran 9.3.8 Tidak menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru 9.3.8 Membawa keluar sebarang peralatan kelas seperti meja . kerusi dan lain-lain kecuali diarahkan oleh guru / pentadbir sekolah 9.3.9 Menyalahgunakan nama Pengetua untuk kepentingan diri 9.3.10 Kesalahan-kesalahan yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengetua / guru yang diberi kuasa Tingkah laku jenayah / salah laku berat Murid dilarang melakukan salah laku jenayah 9.4.1 Menjadi anggota pertubuhan haram 9.4.2 Membawa atau memiliki senjata haram 9.4.3 Memukul murid / pengawas / kakitangan sekolah / guru / Pengetua 9.4.4 Mengancam / mengugut Pengetua / guru / pengawas atau murid-murid lain 9.4.5 Melibatkan diri dengan dadah / inhalan 9.4.6 Membawa, memiliki atau meminum minuman yang mengandungi alkohol 9.4.7 Melakukan pelancoan / ragging 9.4.8 Menulis kepada akhbar tanpa kebenaran daripada Pengetua 9.4.9 Mencuri 9.4.10 Membawa / memiliki atau menghisap rokok 9.4.11 Melibatkan diri dengan sebarang bentuk perjudian 9.4.12 Menimbulkan isu sensitif yang boleh menimbulkan kacau bilau

9.4

10. Kelakuan murid di sekolah 10.1 Kelakuan tidak sopan dan memalukan 10.1.1 Berbahasa kasar dan mencarut 10.1.2 Tidak memberi perhatian ketika guru sedang mengajar 10.1.3 Berbual-bual tanpa memberi perhatian ketika berada di dalam majlis / ceramah / syarahan / yang dianjurkan oleh persatuan atau pihak sekolah. 10.1.4 Berkelakuan sumbang ( berpeluk , bercium. berdua-duaan dan perbuatan yang lain-lain ) di dalam sebarang keadaan 10.1.5 Mengambil makanan murid lain di kantin atau makan tanpa membayar makanan 14

10.1.6 10.1.7 10.1.8 10.1.9

Keluar kelas tanpa kebenaran Makan atau minum di dalam kelas pada sebarang masa Berpakaian mencolok mata Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Pengetua / guru yang diberi kuasa.

11. Adab 11.1 Adab berguru 11.1.1 Belajar adalah ibadah. 11.1.2 Setiap kesempatan yang ada digunakan untuk mendapatkan sesuatu ilmu pengetahuan yang berguna. 11.1.3 Layani ilmu itu sebagaimana melayan seseorang yang mencari faedah. Biasakan mempelajari ilmu itu dengan perbuatan terpuji. 11.1.4 Semasa guru mengajar, dengar dengan penuh perhatian. 11.1.5 Tingkah laku yang kurang sopan seperti berbual-bual , berbincang dengan kawan, mengelamun, membaca dan lain-lain perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran ketika itu adalah dilarang. 11.1.6 Jika ada sesuatu yang tidak difahami, minta dengan hormat kepada guru agar dia mengulanginya semula atau menjelaskan apa yang tidak difahami. Peliharalah adab bercakap dengan guru. Jangan bercakap dengan suara yang keras atau jangan membantah sekiranya guru mengabaikan permintaan anda. 11.2 Adab bertemu dengan guru 11.2.1 Apabila bertemu dengan guru hendaklah didahulukan dengan ucapan salam. 11.2.2 Jangan banyak bercakap di hadapan guru kecuali dengan izin / permintaan guru. 11.2.3 Bertanya apabila diizinkan oleh guru. 11.2.4 Elakkan dari membantah pendapat guru kecuali dibenarkan. 11.2.5 Elakkan memberi sebarang petanda bahawa anda lebih tahu dari guru kerana perbuatan ini kurang sopan dan kurang berkat. 11.2.6 Jangan berbisik / bercakap dengan kawan semasa guru mengajar. 11.2.7 Tidak berpaling ke kiri dan kanan dengan tiada sebab. 11.2.8 Berdiri apabila guru masuk kelas atau guru datang menghampiri atau apabila bertanya. 11.2.9 Jangan ada sifat buruk sangka terhadap guru. 11.3 Adab Perhimpunan / Majlis Rasmi 11.3.1 Kedudukan barisan murid lelaki di hadapan dan perempuan di belakang atau mengikut arahan guru pada masa tertentu. . 11.3.2 Murid mestilah berada di dalam barisan kelas masing-masing dan memelihara barisan agar teratur sepanjang masa. 11.3.3 Tidak dibenarkan bercakap / bergurau / membaca bahan yang tiada kaitan dengan acara perhimpunan atau majlis. 15

11.3.4 Memberikan tumpuan kepada acara perhimpunan / majlis. 11.3.5 Berpakaian kemas dan lengkap. 11.3.6 Tidak membenarkan reaksi berlebihan dan melewati batas sopan santun. 11.3.7 Bersegera apabila nama dipanggil untuk sesuatu upacara / penganugerahan. 11.3.8 Tidak meninggalkan perhimpunan / majlis sehingga dibenarkan berbuat demikian. 11.3.9 Meninggalkan perhimpunan / majlis dalam barisan,kelas demi kelas. 11.3.10 Mematuhi segala arahan mengikut kesesuaian majlis.

16

PERKARA 4 : KEMUDAHAN SEKOLAH DAN HARTA BENDA SEKOLAH


17

1.

Kawasan Sekolah 1.1 Semua murid perlu sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. 1.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 1.3 Murid-murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan. 1.4 Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah. 1.5 Jangan memijak rumput di kawasan-kawasan larangan tertentu. Bilik Darjah 2.1 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah dan keselamatan alatan di dalamnya. 2.2 Guru kelas perlu memastikan kelas mempunyai jadual tugas, jadual waktu kelas, senarai nama murid , kedudukan murid masing-masing, borang inventori dan laluan kecemasan semasa kebakaran. 2.3 Segala kerosakan dilaporkan segera kepada guru tingkatan / guru bertugas. 2.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi / meja mesti disusun dengan teratur. Lampu dan kipas ditutup suisnya. 2.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi / meja / perabut antara kelas. 2.6 Tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah sebelum sidang persekolahan, masa rehat dan selepas sekolah,kecuali dengan kebenaran cikgu. 2.7 Jangan menulis di papan tulis / white board dan bermain-main tanpa kebenaran guru. Bersihkan papan tulis / white board setelah digunakan. 2.8 Alatan di dalam bilik darjah tidak dibenarkan diubah kedudukannya tanpa kebenaran guru. 2.9 Kerusi dan meja yang digunakan perlu dijaga kebersihannya dan jangan diconteng. 2.10 Dilarang makan dan minum di dalam bilik darjah. 2.11 Ketua tingkatan / pengawas di dalam bilik darjah harus menjaga ketenteraman dan keselamatan harta benda terutama semasa ketiadaan guru. Bilik-bilik Khas 3.1 Murid-murid perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah tentang kegunaan bilik-bilik khas. 3.2 Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik-bilik khas seperti makmal sains, bengkel Kemahiran Hidup dan bilik ERT, Pusat Sumber Sekolah / perpustakaan , bilik kaunseling , bilik rawatan, surau, bilik-bilik stor, dewan dan pentas , stor / bilik sukan, bilik elektrik , bilik SAL dan bilik PSV tanpa pengawasan guru. 3.3 Murid perlu senyap dan tertib bila hendak pergi ke bilik-bilik ini. 3.4 Murid perlu pastikan keadaan bilik-bilik ini dalam keadaan yang teratur setelah tamat waktunya. 3.5 Murid-murid perlu menghargai dan bertanggungjawab menjaga segala kemudahan / keselamatan serta harta benda yang disediakan oleh pihak sekolah dalam bilik-bilik khas ini. 18

2.

3.

3.6 Sebarang peralatan tidak boleh dibawa keluar dari bilik-bilik khas tanpa kebenaran guru. 3.7 Pastikan suis kipas dan lampu dipadam apabila meninggalkan bilik. 4. Peraturan Pusat Sumber 4.1 Semua murid perlu menjadi ahli pusat sumber. Semua murid perlu mempunyai kad pinjaman sendiri yang tidak boleh dipindah milik. 4.2 Murid tidak dibenarkan membawa masuk beg atau buku ke dalam pusat sumber. 4.3 Murid-murid dilarang: 4.3.1 Membuat bising atau tidur. 4.3.2 Makan atau minum. 4.3.3 Membawa gunting atau pisau. 4.3.4 Memasuki kawasan kaunter dan bilik kerja. 4.3.5 Murid tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian dalam buku-buku di pusat sumber. 4,3.6 Buku bertanda merah / Red Spot hanya boleh digunakan oleh murid di pusat sumber sahaja. Pinjaman boleh dibuat setengah jam sebelum pusat sumber ditutup dan dipulangkan awal pagi keesokan harinya. 4.3.7 Buku yang dikeluarkan dari rak mesti diletakkan ke tempat yang telah disediakan selepas dibaca. 4.3.8 Murid perlu memulangkan semula buku yang dipinjam dalam tempoh yang ditetapkan. 4.3.9 Pihak pusat sumber akan mengenakan tindakan terhadap murid yang lewat memulangkan buku, menghilangkan buku serta merosakkan harta benda perpustakaan. 4.3.10 Kelas yang masuk ke pusat sumber perlu diiringi oleh guru.

5. Peraturan Makmal Sains / ERT / Bengkel Kemahiran Hidup dan MPV / Bilik Seni / Makmal Komputer / Bilik Media 5.1 Sentiasa beratur apabila ke makmal / bengkel / bilik media. 5.2 Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk. 5.3 Murid tidak dibenarkan masuk ke makmal / bengkel / bilik media tanpa kehadiran guru. 5.4 Murid perlu sentiasa mematuhi peraturan keselamatan dan cara penggunaan makmal / bengkel dan bilik-bilik lain. 5.5 Semua beg perlu diletakkan di luar bengkel dan hanya buku-buku yang berkenaan yang boleh dibawa masuk. 5.6 Dilarang bermain-main dengan peralatan dan kelengkapan yang terdapat dalam bilikbilik ini. 5.7 Penggunaan peralatan adalah di bawah kebenaran dan pengawasan guru. *(Perincian keselamatan dalam makmal. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas 1/1974) 5.8 Makanan dan minuman dilarang dibawa masuk. 19

5.9 Segala kerosakan atau kemalangan harus dilaporkan kepada guru atau kakitangan yang bertanggungjawab. Jaga keselamatan diri ketika berada di dalam bilik-bilik khas ini. 6. Bilik Rawatan 6.1 Murid perlulah mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengetua / Penolong Kanan. 6.2 Sesiapa yang didapati berada di dalam bilik sakit tanpa kebenaran akan diambil tindakan. 6.3 Murid yang sakit tidak boleh ditemani oleh murid lain kecuali dengan kebenaran guru. 7. Bilik guru dan Pejabat 7.1 Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik guru atau pejabat tanpa kebenaran . Mereka mestilah mengetuk pintu dan menunggu jawapan sebelum masuk. 7.2 Murid yang hendak berurusan dengan pihak pejabat, hendaklah melalui guru tingkatan atau guru berkenaan. 8. Stor Sukan / Bilik PJK 8.1 Hanya guru-guru sahaja dibenarkan membuat pinjaman alat-alat bertanggungjawab ke atas penggunaan serta pemulangan alat-alat tersebut. 8.2 Alat-alat di stor sukan perlulah disusun dengan kemas dan rapi.

dan

9. Surau 9.1 Khusus untuk solat dan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan agama Islam. 9.2 Makan dan minum di surau adalah dilarang. 9.3 Kasut mesti diletakkan di tempat letak kasut yang disediakan. 9.4 Bilik air surau adalah khas untuk berwuduk sahaja. 10. Kantin Sekolah 10.1 Murid dikehendaki beratur ketika membeli makanan di waktu rehat. 10.2 Semua jenis makanan sama ada dibawa dari rumah atau dibeli dari kantin perlulah dimakan di kawasan kantin sahaja. 10.3 Mereka perlu menjaga kebersihan kantin. 10.4 Perkakas-perkakas kantin yang digunakan seperti sudu, garpu, pinggan, botol, gelas dan lain-lain perlulah diletakkan dengan baik di tempat / bekas yang disediakan. 10.5 Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan tempat memasak serta tempat menjual makanan dan minuman. 10.6 Murid dibenarkan membawa makanan HALAL sahaja. 10.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan atau minuman pada waktu belajar. 10.8 Selain dari masa rehat, kantin boleh digunakan untuk membuat kerja rumah dan makan sebelum/selepas waktu persekolahan. 20

10.9 Murid adalah dilarang membeli makanan atau minuman daripada penjaja-penjaja luar sekolah pada waktu persekolahan. 11. Tandas 11.1 Semua murid perlu menggunakan tandas dengan betul, serta dilarang membuang sampah / tuala wanita ke dalam lubang tandas / merata-rata. 11.2 Murid-murid perlu berjimat cermat menggunakan elektrik dan air. 11.3 Semua murid dilarang menconteng tandas dengan sebarang bahan. 11.4 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama murid. 12. Harta Benda Sekolah 12.1 Menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, kantin, pusat sumber dan di mana-mana sahaja dalam kawasan sekolah. 12.2 Sebarang kerosakan perlu dilaporkan dengan segera kepada guru bertugas. 12.3 Ganti rugi kerosakan yang dilakukan oleh murid adalah tertakluk kepada budi bicara Pengetua. 12.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam perlulah dipulangkan / diletakkan ke tempat asalnya dalam keadaan baik. 13. Harta Murid 13.1 Murid perlulah menyimpan harta sendiri dengan cermat (wang, buku, pen, pensil dan lain-lain). Laporkan segala kehilangan dengan kepada pihak sekolah. 13.2 Murid tidak dibenarkan membawa liquid paper / marker pen ke sekolah. 13.3 Murid dilarang membawa komik, majalah hiburan, kaset, pita video, cakera padat, membawa alat-alat tajam, gambar-gambar artis dan barang berharga ke sekolah. 13.4 Dilarang sama sekali menunggang basikal / motorsikal melepasi garisan pintu pagar sekolah. Basikal / motorsikal perlu disimpan dengan tersusun di tempat basikal / motorsikal dalam keadaan berkunci. Pastikan murid memiliki lesen memandu, insurans dan cukai jalan yang sah. 14. Padang/gelanggang permainan 14.1 Penggunaannya mesti mendapat kebenaran dan di bawah pengawasan guru. 14.2 Semasa menggunakan padang / gelanggang permainan murid-murid perlu berpakaian sukan lengkap. 14.3 Murid dilarang menggunakan padang / gelanggang permainan semasa hari hujan / ribut petir. 14.4 Simpan semua alatan selepas digunakan. 15. Papan Kenyataan 15.1 Setiap murid digalakkan membaca segala notis / kenyataan yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sekolah / aktiviti-aktiviti luar bilik darjah / aktiviti luar sekolah di papan-papan kenyataan. 21

15.2 Segala kenyataan yang ditampal di papan kenyataan perlulah mendapat kebenaran dan kelulusan Pengetua / guru . 15.3 Hanya gambar-gambar dan berita-berita yang sesuai sahaja yang boleh ditampal. Kenyataan yang lama dan sudah tamat tempohnya perlulah diturunkan daripada papan kenyataan. 15.4 Murid tidak dibenarkan mengubah, memadam atau menanggalkan sebarang kenyataan yang telah ditampal kecuali dengan arahan / kebenaran guru. 15.5 Papan kenyataan dalam kelas hendaklah digunakan untuk mempamerkan cartacarta pelajaran, bahan bahan bantu mengajar, potongan akhbar atau majalah serta infomasi sekolah dan kelas. 14. Telefon / Wakaf 14.1 Dilarang menggunakan telefon awam / wakaf semasa waktu pembelajaran kecuali dengan kebenaran guru. 14.2 Murid hanya dibenarkan menggunakan telefon dalam jangka masa yang singkat. 14.3 Murid diarang menggunakan telefon bimbit di dalam kawasan sekolah. 15. Peraturan umum 15.1 Penggunaan bilik gymnasium / dewan mestilah bersama-sama guru. 15.2 Pastikan alat-alat digunakan dengan cara yang betul 15.3 Pastikan lampu, kipas dan pintu ditutup selepas mengunakannya.


22

23

PERKARA 5 : PERATURAN UMUM


1.

Merokok Kawasan sekolah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Kecemasan dan kebakaran 2.1 Arahan-arahan am 2.1.1 Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran di bangunan sekolah, hendaklah melaporkan dengan segera kepada pegawas / guru / guru bertugas. 2.1.2 Apabila loceng sekolah dibunyikan secara pendek dan berturut-turut, semua murid dan kakitangan mestilah meninggalkan kelas tanpa membawa beg. 2.1.3 Murid mesti beratur dan menuju ke arah padang dengan diawasi oleh guru. 2.1.4 Pihak sekolah perlu serta merta berhubung terus dengan pihak bomba atau penyelamat melalui nombor 994 dan polis melalui nombor 999. 2.1.4 Murid diminta jangan memekik-mekik atau merasa takut atau cemas. Ini untuk mengelakkan kekecohan dalam kelam kabut. 2.2 Arahan-arahan untuk murid 2.2.1 Murid hendaklah keluar dari bangunan sekolah atau kelas dengan cepat dan senyap dalam keadaan tenang ke tempat berkumpul. 2.2.2 Murid perlu mengikut jalan-jalan tertentu berdasarkan pelan yang telah diedarkan 2.2.3 Semasa berada di tangga atau di tempat yang sempit, jangan bertolak-tolak dan berasak-asak. 2.2.4 Semasa sampai di padang hendaklah berkumpul seperti yang diarahkan dalam latihan kebakaran. 2.2.5 Guru tingkatan atau guru yang mengajar hendaklah mengambil kedatangan murid kelas tersebut. 2.2.6 Bersurai / balik ke kelas apabila loceng dibunyikan. 2.3 Tindakan guru dan murid 2.3.1 Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dihentikan sebaik loceng kebakaran dibunyikan. 2.3.2 Semua murid perlu keluar dari kelas, makmal, perpustakaan dan lain-lain tempat dengan serta merta dan beratur dengan baik menghala ke tangga yang akan digunakan untuk meninggalkan tempat itu. 2.3.3 Pengawas hendaklah bertanggungjawab mengawal ketenteraman murid semasa murid keluar ke tempat perhimpunan. 2.3.4 Dengan kawalan guru, semua murid harus jalan dengan cepat ke padang mengikut jalan kecemasan yang ditetapkan. 2.3.5 Kerani sekolah akan menghantar buku kedatangan murid kepada guru-guru melalui pembantu pejabat. Guru memanggil nama murid dan membuat senarai nama murid yang hilang dan yang bertanggungjawab mencegah kebakaran.

2.

24

2.4

Tindakan guru bertugas 2.4.1 Berada segera di tempat berkumpul 2.4.2 Berkerjasama dengan guru bagi mententeramkan murid-murid. 2.4.3 Bertindak dengan segera dan pantas mengambil alat-alat pemadam api dan alat mesti dibuat pemeriksaan dahulu supaya pemadam api berfungsi dengan baik untuk digunakan sebelum kedatangan pihak bomba.

3.

Kawasan Larangan 3.1 Dalam kawasan sekolah 3.1.1 Pejabat kecuali dengan urusan umum 3.1.2 Bilik Pengetua, bilik guru, tandas guru dan bilik pengawas kecuali dengan kebenaran pihak yang berkenaan. 3.1.3 Bilik Makmal Sains, bengkel Kemahiran Hidup dan bilik ERT, stor / bilik sukan, Pusat Sumber Sekolah / perpustakaan, surau, bilik PSV, bilik SAL, bilik kaunseling, bilik rawatan, bilik elektrik, bilik-bilik stor, dewan dan pentas kecuali dengan kebenaran. 3.1.4 Kantin sewaktu pembelajaran / perhimpunan sedang dijalankan. 3.1.5 Surau kecuali untuk sembahyang dan untuk kegiatan agama yang diawasi oleh guru. 3.1.6 Tempat letak kereta guru-guru dan basikal atau motosikal. 3.1.7 Pondok keselamatan. 3.1.8 Dalam kawasan sekolah selepas waktu kokurikulum dijalankan atau lewat petang. 3.2 Luar kawasan sekolah 3.2.1 Pejabat Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran kecuali dengan ibu bapa / penjaga atau dengan kebenaran bertulis daripada Pengetua dengan pakaian seragam sekolah yang lengkap. 3.2.2 Kawasan hiburan seperti kelab-kelab Disko, Arked video, Pusat snooker dan sebagainya dalam masa persekolahan atau selepas persekolahan. 3.2.3 Kompleks perniagaan pada masa waktu persekolahan dengan memakai pakaian seragam sekolah. Selepas masa persekolahan murid-murid boleh pergi tempat-tempat ini dengan ibu bapa / penjaga dengan kebenaran mereka. 3.2.4 Tempat yang tidak berfaedah kepada murid.

4.

Keselamatan 4.1 Pelawat 4.1.1 Para pelawat mesti melaporkan diri di pondok keselamatan dahulu untuk mendapatkan pas pelawat dan berurusan di pejabat. 4.1.2 Pelawat-pelawat mesti berurusan di pejabat sahaja atau bilik khas. 4.1.3 Kenderaan pelawat tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan sekolah. 25

4.1.4 Ibu bapa / penjaga dilarang sama sekali terus ke kelas untuk mencari atau menunggu anak. 4.1.5 Pelawat yang datang ke sekolah dimestikan memakai pakaian yang bersesuaian dengan premis kerajaan. Pakaian yang tidak sopan adalah dilarang sama sekali. 4.2 Murid 4.2.1 Murid-murid tidak dibenarkan bercakap dengan orang luar, bekas murid atau pelawat sewaktu persekolahan kecuali dengan kebenaran. Kehadiran pelawat yang disyaki perlu dilaporkan segera. 4.2.2 Murid-murid dilarang membawa orang luar termasuk bekas murid untuk menggunakan kemudahan sekolah. 4.2.3 Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah pada waktu cuti sekolah kecuali dengan kebenaran Pengetua. 4.2.4 Murid-murid tidak dibenarkan datang ke sekolah pada waktu petang kecuali ada kegiatan-kegiatan tertentu yang disertai oleh guru berkenaan. 4.2.5 Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran di kawasan sekolah tanpa tag keluar kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran 4.2.6 Elakkan diri daripada berada di dalam kawasan yang sunyi dan gelap. 4.2.7 Melaporkan sebarang kecederaan / kemalangan kepada Pengetua. 4.2.8 Murid-murid hendaklah berjalan dalam kumpulan semasa datang dan balik ke sekolah dan berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan kenderaan. 4.2.9 Murid tidak dibenarkan membawa mercun / bahan letupan ke sekolah. 4.3 Kenderaan 4.3.1 Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan menghalang di tengah-tengah pintu pagar sekolah dan lalu lintas. 4.3.2 Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran Pengetua. 4.3.3. Semua murid yang membawa kenderaan ke sekolah mesti memiliki lesen memandu yang sah dan mematuhi undang-undang lalu lintas. 4.3.4 Kenderaan mesti diletakkan di tempat yang disediakan atau dikhaskan 4.3.5 Murid perlu beratur semasa menaiki bas sekolah atau bas awam. 4.3.6 Kenderaan murid tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran Pengetua. Murid yang menunggang motorsikal ke sekolah dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis dari pihak sekolah dengan memohon dengan menyertakan satu salinan: a. Kad pengenalan b. Lesen memandu yang sah c. Cukai jalan kenderaan d. Surat kebenaran dari ibu bapa/penjaga 4.3.7 Murid-murid yang membawa basikal / motosikal dikehendaki turun daripada kenderaan dan menolak sebaik sahaja memasuki kawasan sekolah. 26

5.

Bayaran tambahan sekolah 5.1 Setiap murid dikehendaki membayar sejumlah bayaran tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, termasuk sumbangan PIBG, bayaran aktiviti kokurikulum, dan lain-lain lagi. 5.2 Bayaran tambahan sekolah dan sumbangan PIBG perlu dijelaskan selewatlewatnya pada hujung semester pertama persekolahan. 5.3 Bagi murid yang ingkar atau tidak menjelaskan bayaran tambahan dan sebarang bayaran yang ditetapkan, pihak sekolah berhak menahan keputusan peperiksaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan sijil berhenti sekolah, surat akuan dan lain-lain. Murid perlu menjelaskan yuran yang tertunggak sebelum berpindah. Kegiatan Kerja Kokurikulum 6.1 Murid-murid diwajibkan menyertai 3 jenis gerak kerja kokurikulum seperti kelab / persatuan, pasukan beruniform dan sukan / permainan. 6.2 Borang penyertaan aktiviti kokurikulum akan diedarkan kepada murid pada awal penggal satu. Murid dikehendaki mengisi borang tersebut. Borang tersebut kemudiannya mesti diserahkan kepada guru tingkatan untuk ditandatangani dan dicatatkan dalam buku kedatangan murid. Murid kemudiannya menyerahkan borang tersebut kepada guru penasihat pada mesyuarat pertama sesi baru pendaftaran ahli dijalankan. Borang penyertaan itu akan disimpan oleh guru penasihat sepanjang tahun sebagai bukti kebenaran ibu bapa/penjaga. 6.3 Pendaftaran ahli akan dijalankan pada minggu kedua dan ketiga penggal pertama setiap tahun. 6.4 Semua ahli bagi gerak kerja kokurikulum perlulah hadir dalam setiap mesyuarat / perjumpaan pada setiap kali perjumpaan diadakan. 6.5 Semua murid dibekalkan dengan kad aktiviti yang perlu diserahkan untuk semakan guru penasihat pada setiap kali perjumpaan diadakan. 6.6 Ahli-ahli tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan pada hari pelepasan am atau pada hari Ahad tanpa kebenaran Pengetua. 6.7 Pada masa perjumpaan, ahli-ahli mestilah pakaian yang sesuai seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Ini termasuklah semasa pertandingan di luar sekolah dan semasa lawatan. Murid juga mestilah menjaga tatatertib semasa menjalani aktiviti kokurikulum. 6.8 Murid-murid yang terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan tertentu di luar sekolah mestilah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa / penjaga terlebih dahulu. 6.9 Semua aktiviti akan dijalankan pada sebelah pagi / petang atau pada hari Sabtu sebelah pagi. 6.10 Aktiviti-aktiviti boleh dijalankan di dalam kelas yang kosong, dewan, surau, padang sekolah, atau di mana-mana tempat yang telah ditetapkan dengan kebenaran pihak sekolah 6.11 Guru penasihat mesti sentiasa berada bersama-sama murid apabila aktiviti dijalankan di kawasan sekolah. 27

6.

6.12 Sebagai guru penasihat, guru-guru mestilah mengawal, menyelia, membimbing, serta menasihati murid-murid dengan sebaik-baiknya 6.13 Semua persatuan, kelab permainan, unit beruniform digalakkan supaya mengadakan aktiviti berikut sekurang-kurangnya sekali setahun: Lawatan sambil belajar Projek komuniti / gotong royong Satu pertandingan Projek menambahkan tabung persatuan / kelab / permainan. 7. Lawatan keluar sekolah 7.1 Murid perlu berkelakuan baik dan berpakaian seragam sekolah sepanjang masa. 7.2 Jika terdapat murid melanggar arahan-arahan, tindakan disiplin akan dikenakan. 7.3 Tempat-tempat seperti pub, pusat snooker, pusat video, disko dan kelab malam tidak boleh dilawati. 7.4 First aid kit yang sempurna disimpan oleh guru yang mengawasi. 7.5 Rombongan ke tempat-tempat berenang mestilah ada penyelamat yang bertauliah. 7.6 Alat-alat atau barang-barang yang berharga tidak dibenarkan dibawa bersama. 7.7 Murid mestilah mengikut arahan guru. Sekiranya ingin melakukan sesuatu, mestilah meminta kebenaran terlebih dahulu. 7.8 Satu laporan ringkas mengenai rombongan hendaklah dibuat dan diserahkan kepada Pengetua. 7.9 Perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengetua / Jabatan /ibu bapa / penjaga. Aktiviti Luar Pembelajaran 8.1 Semua murid perlu beratur dengan tertib, kemas dan senyap 8.2 Murid perlu sampai ke lokasi tidak lewat daripada lima minit selepas waktu pembelajaran sebelumnya. 8.3 Ikuti arahan guru semasa di lokasi pembelajaran 8.4 Selepas tamat sesi pembelajaran, murid perlu terus kembali ke kelas / lokasi pembelajaran yang seterusnya secara beratur dengan tertib , kemas dan senyap. 8.5 Murid perlu sampai ke lokasi pembelajaran tidak lewat daripada lima minit selepas waktu pembelajaran sebelum itu 8.6 Ikuti arahan guru semasa dalam pembelajaran 8.7 Selepas tamat sesi pembelajaran, murid perlu terus kembali ke lokasi / kelas pembelajaran secara teratur / kemas dan senyap. Waktu solat dan rehat 9.1 Solat (murid lelaki) 9.1.1 Murid digalakkan menunaikan solat secara berjemaah di surau mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 9.1.2 Murid yang sengaja melengah-lengahkan solat secara berjemaah akan diberi nasihat dan bimbingan. 9.1.3 Murid tidak dibenarkan berbual atau bergurau senda sesama sendiri semasa bersolat Jumaat di surau / masjid. 28

8.

9.

9.1.4 Murid tidak boleh membuat bising sehingga mengganggu kententeraman para jemaah lain di surau / masjid. 10. Tata tertib Di Dalam Kelas 10.1 Kebersihan dan keceriaan kelas 10.1.1 Lantai di dalam kelas perlu disapu pada 5 minit pertama waktu pertama dan 5 minit waktu akhir sebelum balik. 10.1.2 Cermin tingkap perlulah dilap setiap hari. 10.1.3 Meja dan kerusi disusun dengan lurus sebelum dan selepas tamat sesi pembelajaran murid dan juga pada waktu rehat. 10.1.4 Papan tulis perlulah dibersihkan terutamanya selepas suatu sesi pembelajaran sudah tamat. 10.1.5 Murid tidak dibenarkan tulis pada papan tulis tanpa kebenaran guru. 10.1.6 Tong sampah perlu dikosongkan pada setiap hari. 10.1.7 Papan kenyataan mestilah dihias dengan bahan ilmiah atau majalah yang berfaedah. Semua maklumat murid dan kelas perlulah diletakkan pada papan kenyataan. 10.1.8 Murid digalakkan menghias kelas untuk mewujudkan suasana ceria yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran. 10.1.9 Setiap kelas dibekalkan dengan penyapu, bakul sampah, pemadam papan tulis dan penyodok sampah. Murid bertanggungjawab menjaga alat-alat tersebut. 10.1.10 Segala kerosakan perlulah dilaporkan kepada guru. 10.1.11 Kelas - kelas yang kotor atau dalam keadaan yang tidak memuaskan akan diumumkan pada hari perhimpunan. 10.1.12 Tindakan bagi kelas kotor adalah tertakluk kepada sistem kebersihan yang ditetapkan oleh Lembaga Disiplin Sekolah. Keluar kelas / Pertukaran kelas 11.1 Murid yang dibenarkan keluar kelas atas urusan yang munasabah mesti ada tag keluar kelas. 11.2 Kebenaran keluar hanya diberi oleh guru yang masuk ke dalam kelas sahaja. 11.3 Murid perlu beratur di luar bengkel, makmal, bilik Pendidikan Jasmani dan sebagainya . 11.4 Semua murid perlu berjalan dalam keadaan beratur di dalam barisan tanpa membuat bising. 11.5 Setiap murid tidak dibenarkan bersandar di tembok kaki lima. 11.6 Murid tidak dibenarkan keluar kelas untuk menggunakan telefon semasa pengajaran dan pembelajaran. 11.7 Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas pada waktu pertukaran antara guru dengan guru.

11.

29

12.

Benda-benda dan perbuatan larangan 12. 1 Murid dilarang membawa semua buku komik, majalah dan kad yang dianggap tidak sesuai untuk dibawa ke sekolah. 12.2 Semua pisau lipat, pisau cukur, pemetik api, mercun atau apa sahaja alat yang berbahaya akan dirampas oleh pihak sekolah. 12.3 Semua pakaian luar, disket, cakera padat, barang kemas dan game juga akan dirampas. 12.4 Barang-barang yang berharga seperti barang kemas, kamera, pemain kaset dan game watch tidak dibenarkan dibawa ke sekolah. 12.5 Liquid paper tidak dibenarkan dibawa ke sekolah. 12.6 Chewing gum tidak boleh dibawa atau dimakan dalam kawasan sekolah. 12.7 Murid tidak dibenarkan membeli makanan atau minuman daripada penjaja di luar kawasan sekolah dan kantin sekolah semasa pengajaran dan pembelajaran. 12.8 Murid dilarang makan dan minum di dalam kelas. 12.9 Murid tidak digalakkan membawa wang belanja sekolah yang berlebihan. 12.10 Murid dilarang minum minuman keras, merokok, menghisap dadah, menghidu gam, pil khayal atau membawa minuman yang mengandungi alkohol 12.11 Murid tidak dibenarkan memakai friendship band dan tidak dibenarkan menghias dan menconteng beg sekolah/pakaian seragam/anggota badan. Tugas-tugas ketua tingkatan/pengawas 13.1 Ketua tingkatan diberi kuasa untuk menjaga ketenteraman serta keceriaan kelasnya terutama semasa ketiadaan guru di dalam kelas. 13.2 Setiap murid mesti mematuhi arahan ketua tingkatan dan menghormatinya. 13.3 Memberitahu guru bertugas jika ada murid yang sakit dalam kelas. 13.4 Melaporkan segala kerosakan di dalam kelas kepada guru tingkatan. 13.5 Memastikan murid-murid menjalankan tugas harian yang ditugaskan. 13.6 Bertanggungjawab mengambil buku / borang kawalan kelas dari pejabat dan menyerahkan kepada guru mata pelajaran setiap waktu untuk pengisian dan menghantar ke pejabat semula apabila tamat waktu pembelajaran. 13.7 Peranan pengawas sekolah adalah mengawasi serta membantu melaksanakan segala peraturan dan undang-undang sekolah. 13.8 Setiap pengawas sekolah diberi kuasa menahan sesiapa sahaja yang melanggar peraturan sekolah dan membawa kepada guru disiplin untuk tindakan yang selanjutnya. 13.9 Pengawas berhak membuat pemeriksaan kepada semua murid yang tidak mematuhi cara berpakaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. a) Lencana yang tidak dipakai dengan kemas b) Tali leher yang tidak diikat dengan kemas c) Kasut dan stoking yang tidak dibenarkan dalam peraturan d) Pakaian yang tidak mematuhi peraturan 30

13.

14.

Telefon awam 14.1 Murid tidak dibenarkan menggunakan telefon awam semasa pembelajaran sedang dijalankan. 14.2 Murid diminta hanya bercakap dalam jangka masa yang singkat iaitu tidak melebihi 3 minit bagi satu panggilan 14.3 Murid dilarang membuat sesuatu yang boleh merosakkan telefon 14.4 Murid dilarang menggunakan telefon pada waktu ribut petir

15.

Buku sekolah/skim pinjaman buku teks 15.1 Buku SPBT merupakan hak kerajaan. Murid bertanggungjawab atas buku-buku yang dipinjam. Murid hendaklah menjaga kebersihan dan keselamatan buku-buku tersebut dan memastikan buku-buku dipulangkan seperti keadaan asal. 15.2 Peraturan penggunaan buku sekolah/buku teks 15.2.1 Menulis nama peminjam dan tahun menerima pinjaman pada ruangan yang disediakan pada cop SPBT sebaik sahaja menerima buku pinjaman. 15.2.2 Membalut buku dengan menggunakan plastik lutsinar. 15.2.3 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan sebarang buku di dalam kelas. Dilarang sama sekali meninggalkan buku teks di bawah meja / di dalam kelas. Bagi murid yang berbuat demikian, buku teks tersebut akan dirampas dan tindakan akan diambil terhadap murid berkenaan. 15.2.4 Tidak dibenarkan menulis, menconteng atau mengoyak buku. 15.2.5 Sekiranya terdapat mukasurat yang rosak atau koyak, hendaklah difotostat dan digantikan ke dalam buku tersebut. 15.2.6 Buku yang hilang, rosak atau musnah hendaklah dilaporkan kepada sekolah dan diganti. 15.2.7 Buku teks hendaklah dibawa ke sekolah mengikut jadual yang ditetapkan. 15.2.8 Buku teks tidak boleh dipinjamkan kepada murid lain. 15.2.9 Murid yang menjumpai buku teks pinjaman di mana-mana sahaja mestilah menyerahkan kepada guru SPBT. 15.2.10 Buku hendaklah dikembalikan mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Lembaga Pengawas 16.1 Semua murid diwajibkan menghormati / mematuhi pengawas setiap masa. 16.2 Jika murid ingin mengadu mengenai pengawas-pengawas, mereka bolehlah menemui guru disiplin / guru pengawas atau Pengetua. Hartabenda Sekolah (Inventori ) 17.1 Murid bertanggungjawab atas kerusi meja yang dibekalkan. 17.2 Sekiranya berlaku kekurangan kerusi meja, sila hubungi penyelaras blok atau guru inventori. 31

16.

17.

17.3 Setiap kelas menubuhkan satu pasukan/AJK inventori untuk menjaga keselamatan kerusi meja kelas masing-masing. 17.4 Sekiranya murid didapati merosakkan perabot sekolah, tindakan akan diambil dan murid perlu membayar gantirugi. 18. Surat-menyurat 18.1 Murid-murid tidak dibenarkan menerima surat peribadi melalui sekolah. 18.2 Semua surat peribadi murid tidak boleh dialamatkan ke sekolah. 18.3 Surat menyurat berkaitan dengan sekolah hendaklah melalui Pengetua. 18.4 Segala dokumen yang perlukan pengesahan Pengetua hendaklah diserahkan terlebih dahulu kepada pembantu am pejabat / kerani pejabat. Peraturan sekolah semasa peperiksaan 19.1 Jangan dedahkan kertas jawapan anda sehingga boleh dibaca oleh calon lain. 19.2 Jangan meniru atau memberi peluang meniru kepada calon lain. 19.3 Jangan memberi atau mendapat pertolongan atau melakukan sebarang perbuatan yang tidak jujur. 19.4 Jangan berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar bilik semasa peperiksaan dijalankan. 19.5 Jangan meminjam sebarang buku, nota, catatan, akhbar kecuali alat yang dibenarkan semasa peperiksaan. 19.6 Jangan meminjam sebarang peralatan dan kertas dari calon lain semasa peperiksaan dijalankan. 19.7 Jangan tukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran guru tingkatan. 19.8 Jangan menganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau dekat bilik darjah semasa peperiksaan dijalankan. 19.9 Jika calon tiba lewat tanpa sebab yang munasabah yang diberi kepada guru, kertas soalan tidak akan diberi kepada calon yang tiba lewat lebih dari 30 minit kecuali dalam keadaan yang istimewa. 19.10 Calon yang tidak hadir bagi sesuatu kertas / mata pelajaran dikehendaki memastikan mempunyai alasan yang munasabah dan disokong dengan surat seperti surat doktor atau dari ibu bapa/penjaga. Surat sokongan ini hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan secepat mungkin supaya calon boleh mengambil / menduduki peperiksaan dalam masa yang ditetapkan. 19.11 Calon mesti hadir dan mengambil semua kertas peperiksaan mata pelajaran yang mengandungi lebih daripada satu kertas. Calon yang tidak hadir mana-mana kertas bagi satu-satu mata pelajaran dikira tidak hadir bagi mata pelajaran berkenaan. 19.12 Calon yang melanggar mana-mana arahan di atas boleh dikenakan tindakan yang setimpal seperti berikut : 19.12.1 Disingkir daripada mengambil peperiksaan / kertas mata pelajaran yang berkenaan. 19.12.2 Dibatalkan keputusan mata pelajaran atau keseluruhan keputusan peperiksaan. 32

19.

20.

Hal-hal lain 20.1 Perkara-perkara yang dilarang 20.1.1 Murid dilarang menggunakan tandas guru. 20.1.2 Memetik bunga dan membinasakan pokok-pokok hiasan di dalam kawasan sekolah. 20.1.3 Memijak kawasan berumput yang dilarang. 20.1.4 Memanjat atau bergayut pada pokok atau mana-mana bahagian bangunan sekolah. 20.1.5 Berlari-lari dan membuat bising di kawasan sekolah. 20.1.6 Membawa kasut roda, papan luncur, skuter dan bermain di kawasan atau di sekitar kawasan sekolah.

33

1.

TINGKAH LAKU JENAYAH KESALAHAN PERLAKUAN SUMBER RUJUKAN SPI Bil. 11 / 1976 SPI Bil. 11 / 1976 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 3 / 1993 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 3 / 1993 SPI Bil. 3 / 1993 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 3 / 1993 SPI Bil. 16 / 1998 SPI Bil. 11 / 1976 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 9 / 1975

111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127

Berjudi Mencuri / memecah masuk kawasan larangan sekolah Melawan / mengancam /memukul /mencederakan guru Melawan / mengancam /memukul /mencederakan pengawas Memeras ugut Membuli / Pelancoan Menganggotai kumpulan haram / kongsi gelap Menyalahgunakan dadah Membawa senjata berbahaya Mencabul kehormatan Mengancam kehormatan / mengancam / memukul / mencederakan pelajar lain Menceroboh bilik khas / kedai / koperasi /pejabat / sekolah / asrama Mengedar dadah Menunjukkan perasaan / berpiket mengganggu ketenteraman sekolah Bertaruh secara besar-besaran Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah Minum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah

2.

TINGKAH LAKU LUCAH

KESALAHAN PERLAKUAN 221 222 223 224 225 226 Bercumbu-cumbuan Berkhalwat Bawa bahan lucah ke sekolah Mengintai murid perempuan Menggunakan kata-kata / perbuatan lucah Melukis gambar / menulis kata-kata lucah

SUMBER RUJUKAN SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968

34 3. TINGKAH LAKU KEKEMASAN DIRI KESALAHAN PERLAKUAN 331 332 333 334 Berambut panjang untuk lelaki / Fesyen rambut keterlaluan / bertentangan dengan peraturan sekolah Berkuku panjang Bermisai dan berjanggut Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah i. Tiada lencana / lencana kabur / lencana tidak dijahit ii. Tiada tanda nama iii. Skirt sekolah atas paras lutut iv.Baju kurung tidak dikancing v. Seluar yang berfesyen vi. Tidak memakai stoking vii.Tidak memakai tali leher sepanjang hari Isnin viii. Memakai pakaian luar ke sekolah ix. Memakai kemeja berwarna dalam pakaian seragam sekolah ix. Memakai jaket / sweter /wingbreaker / topi x. Tidak memakai baju sukan semasa waktu PJ xi. Memakai pakaian luar untuk kegiatan sekolah pada hari Sabtu / pada waktu kokurikulum atau di luar waktu sekolah xii. Tidak masukkan kemeja Memakai barang perhiasan ke sekolah i. Memakai barang kemas / rantai emas ii. Memakai rantai agama tanpa kebenaran iii. Pengikat rambut berfesyen selain dari hitam dan putih iv. Memakai lebih dari sepasang subang emas v.Lelaki memakai subang Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan seperti: i. Ubat perangsang ii. Semua jenis alatan yang tajam iii. Pemotong kuku iv.Kamera / radio /walkman / pager / telefon bimbit v.Gambar diri berfokus keterlaluan / tidak sopan vi. Gambar / poster artis / model vii.Liquid paper / marker pen / highlighter viii.Pakaian luar sekolah ix. Cermin mata hitam / teropong x.Kosmetik / cermin / minyak wangi xi. Majalah hiburan / komik xii.Pita video / VCD / kaset xiii. Tandatangan / lencana yang beransur politik xiv. Kad magik / kad pokemon / yoyo SUMBER RUJUKAN SPI Bil. 2 / 1976 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1976 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968

335

336

35

337 338 339 340 341 342 343 4.

Memakai selipar / sandal kecuali dengan kebenaran Tidak memakai stoking putih Tidak memakai kasut kanvas putih Kuku berwarna / berinai Mewarnakan rambut Mencabut bulu kening Bersolek

SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996 SPI Bil. 2 / 1996

TINGKAH LAKU YANG TIDAK MEMENTINGKAN DASAR/MASA KESALAHAN PERLAKUAN Berkeliaran / merayau di kawasan sekolah Datang lewat ke sekolah Lewat ke perhimpunan Makan di kantin di luar waktu rehat Tidur dalam kelas Bermain dalam bilik darjah atau kaki lima Keluar kelas tanpa pas / borang kebenaran Berada di kantin sebelum / selepas masa rehat Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Masuk ke kawasan sekolah tanpa urusan/ kebenaran SUMBER RUJUKAN SPI Bil. 18 /1998 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998

441 442 443 444 446 447 448 449 450 451

5.

TINGKAH LAKU YANG KURANG SOPAN DAN BIADAP

551 552 553 554 555 556 557 558 559 560 561 562 563

KESALAHAN PERLAKUAN Berkelakuan kasar terhadap guru Berkelakuan kasar terhadap pengawas Berbahasa kasar terhadap murid lain Berbahasa kesat / kasar Menyimpan rokok Menghisap rokok Mengganggu pengajaran dan pembelajaran Tidak menghormati guru Tidak menghormati pengawas Simpan / edar minuman keras / sebarang minuman yang memabukkan Menyimpan pemetik api / mancis Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah Melanggar peraturan lalu lintas dalam kawasan sekolah

SUMBER RUJUKAN SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 4 / 1997 SPI Bil. 4 / 1997 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 4 / 1997 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998

36 6. TINGKAH LAKU MUSNAH KESALAHAN PERLAKUAN Merosakkan harta benda sekolah Merosakkan harta benda Pengetua / Guru-Guru Merosakkan harta benda kantin sekolah Merosakkan harta benda murid Melakukan pembaziran air / elektrik Menyalahgunakan peralatan elektrik Mengotorkan kawasan / bangunan sekolah Mengotorkan kelas TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR ATAU MENIRU SUMBER RUJUKAN SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998 SPI Bil. 18 / 1998

661 662 663 664 666 667 668 669 7.

771 772 773 774 8.

KESALAHAN PERLAKUAN Menipu yang melibatkan wang Menipu yang melibatkan kepercayaan Meniru semasa ujian / peperiksaan Memalsukan keterangan / rekod rasmi PONTENG

SUMBER RUJUKAN SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 8 / 1968

881 882

883 884 885 886 887

KESALAHAN PERLAKUAN Ponteng kelas Ponteng sekolah i. 3 hari berturut-turut / 10 hari tidak berturut-turut ii. 10 hari berturut-turut / 20 hari tidak berturut-turut iii.20 hari berturut-turut / 40 hari tidak berturut-turut iv.31 hari berturut-turut / 60 hari tidak berturut-turut Ponteng perhimpunan Ponteng aktiviti luar bilik darjah / Kokurikulum Ponteng ujian Ponteng peperiksaan Ponteng untuk private study

SUMBER RUJUKAN SPI Bil. 8 / 1968 SPI Bil. 6 / 1995 SPI Bil. 6 / 1995 SPI Bil. 6 / 1995 SPI Bil. 6 / 1995 SPI Bil. 6 / 1995 SPI Bil. 6 / 1995 SPI Bil. 6 / 1995 SPI Bil. 6 / 1995 SPI Bil. 6 / 1995 SPI Bil. 6 / 1995

37

Jahitkan lencana sekolah Tanda nama berwarna mengikut tingkatan

Lengan baju tidak melebihi siku

Seluar yang berpoket jenis bertampal dan/atau berbutang besar tidak dibenarkan

Tali pinggang jenis kanvas berwarna hijau berkepala kecil dan tidak berhias atau bergaya

Bukaan kaki seluar ialah 18 inci. Seluar straight cut atau semi carrot TIDAK baggy

Labuh seluar ialah sehingga bawah buku lali tidak sampai buku lali

Berstoking putih melepasi buku lali

Berkasut kanvas putih SAHAJA, bertali atau berpelekat zap on, bukan unisex juga high cut

38

Rambut 1. Jangan sehingga jatuh ke bahu 2. Ikat rambut supaya tidak jatuh ke bahu ( tocang / ponytail) 3. Gunakan riben pengikat berwarna putih atau hitam 4. Cekak rambut hitam tanpa hiasan dibenarkan 5. Rambut tidak boleh diwarnakan walaupun dengan inai

Gunakan sepasang subang sahaja yang tidak berhias dengan garis pusat 0.5cm

Jahitkan lencana sekolah di sini Tanda nama berwarna mengikut tingkatan

Kuku 1. 2.

Pendek dan bersih Tidak berwarna atau berinai

Labuh skirt sampai bawah paras lutut. Skirt berbentuk pinafore tunic

Berstoking putih melebihi buku lali

Memakai kasut kanvas berwarna putih sahaja

39

Mini telekung putih berbentuk segi dua sama dan tidak lebih paras pusat

Anak tudung berwarna putih atau hitam

Jahitkan lencana sekolah di sini Tanda nama berwarna mengikut tingkatan

Tepi mini telekung tidak berbiku

Pergelangan tangan baju tidak berkancing

Baju kurung putih berpesak. Labuh baju sehingga paras lutut. Diwajibkan memakai camisole.

Kain sarung berwarna torquise. Labuh kain sehingga bawah buku lali dan tidak mencecah tumit. Diwajibkan memakai kain dalam penuh. Berstoking putih atas buku lali Memakai kasut kanvas berwarna putih sahaja

40

41

42

43

Surat kebenaran JPNS : Jpns hem 600 2 / 7 Jld 2 ( 56 )

HAKCIPTA TERPELIHARA UNIT DISIPLIN SMK SETIA ALAM EDISI 1 / 2011

NWA777

NAMA ALAMAT RUMAH TAHUN TINGKATAN

You might also like