You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA ICT DAERAH JASIN BIL 1/2012

Tarikh: 10 April 2012 Hari : Selasa Masa : 3.00 hingga 4.30 petang Tempat : Bilik Rujukan, PSS Kehadiran
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

: 7/8

Tuan Haji Zolkaply bin Yunus (Pengetua SMKIS) En. Zainuddin bin Majid (GKMP Teknik dan Vokasional SMKIS) En. Asrull bin Seman (Panitia ICT SMKIS) En. Sulaide bin Sulaiman (Panitia ICT SMK Selandar) Pn. Masita binti Omar (Panitia ICT SMK Dang Anum) Pn. Zaleha binti Hamit (Panitia ICT SMKDARY) Pn. Sofiah binti Said (Panitia ICT SMK Jasin)

Tidak hadir
1. Pn. Norhazreena binti Sohri (Panitia ICT SMKIS) - bersebab

Urusetia Mesyuarat
1. En Asrull bin Seman (Panitia ICT SMKIS) Setiausaha

1.

Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memberi salam dan berterima kasih kepada semua panitia ICT di daerah

Jasin yang telah hadir ke mesyuarat. Terlebih dahulu beliau menerangkan bahawa SMKIS merupakan pengerusi panitia untuk mata pelajaran Matematik dan ICT di daerah Jasin. Beliau menjelaskan bahawa matlamat utama jawatankuasa panitia ICT daerah Jasin diwujudkan adalah untuk membantu meningkatkan keputusan SPM bagi mata pelajaran ICT di daerah Jasin. Ini kerana berdasarkan Analisa Keputusan SPM 2011, sekolah-sekolah di daerah Jasin yang menawarkan mata pelajaran ICT berada di kedudukan terbawah berbanding sekolah-sekolah lain di negeri Melaka. Beliau berharap melalui strategi yang dirancang bersama dan aktiviti program 2012 yang akan dilaksanakan nanti dapat membantu meningkatkan keputusan ICT di daerah Jasin dan seterusnya keputusan ICT negeri Melaka. Tindakan: Semua AJK
1.2 Kesemua panitia-panitia daerah Jasin menjelaskan bahawa pelajar-pelajar yang

mengambil mata pelajaran ICT ialah pelajar dari kelas pertengahan dan kelas hujung. Pengerusi mengharapkan agar jawatankuasa ini berusaha untuk membantu pelajar-pelajar ini menghadapi peperiksaan. Tindakan: Semua AJK

1.3 Seterusnya pengerusi menunjukkan Carta Jawatankuasa Panitia ICT Daerah Jasin

dan meminta semua ahli jawatankuasa memperkenalkan diri. (Rujuk lampiran Carta Jawatankuasa Panitia ICT Daerah Jasin) Tindakan: Semua AJK 2. Analisa Keputusan Peperiksaan ICT (3765), SPM 2011
2.1 Pengerusi menerangkan analisa keputusan ICT mengikut merit. Bilangan calon

cemerlang sekolah-sekolah panitia ICT di daerah Jasin amat sedikit dan berada di kedudukan terbawah berbanding 21 buah sekolah di negeri Melaka. Beliau berharap keputusan ini akan dipertingkatan lagi. (Rujuk lampiran SPM 2011, Analisa Peringkat Mata Pelajaran Mengikut Merit) Tindakan: Semua AJK 3. Strategi Peningkatan Mata Pelajaran ICT dan Cadangan Program 2012 3.1 Bengkel Penandaan ICT (3765/1) dan Teknik Menjawab Soalan ICT Kertas1 3.1.1 Pengerusi mencadangkan diadakan Bengkel Penandaan ICT (untuk guru) dan Teknik Menjawab Soalan ICT (untuk pelajar). Tindakan: Setiausaha 3.1.2 En. Sulaide bin Sulaiman menyatakan bahawa setakat ini, Teknik Menjawab Soalan dijalankan diperingkat sekolah sahaja dan beliau bersetuju sekiranya dilaksanakan diperingkat daerah Jasin. Tindakan: Setiausaha 3.1.3 Pn. Masita binti Omar memaklumkan bahawa beberapa buah sekolah di negeri Melaka telah pun melaksanakan Teknik Menjawab Soalan Bersama tetapi hanya melibatkan 2 atau 3 buah sekolah sahaja. Beliau juga mencadangkan Ketua Pemeriksa Kertas dijemput sebagai penceramah. Justeru itu, Teknik Menjawab Soalan dan Bengkel Penandaan ICT boleh dilaksanakan serentak. Tindakan: Setiausaha
3.1.4 En. Sulaide bin Sulaiman mencadangkan Teknik Menjawab Soalan ICT

Kertas 1 diadakan pada hari Sabtu, 23hb Jun 2012. Cadangan beliau diterima oleh semua AJK Tindakan: Setiausaha

3.1.5

Pengerusi menyatakan bahawa Teknik Menjawab Soalan ICT Kertas1 akan dilaksanakan di Dewan SMKIS. Sumber kewangan adalah duit PCG ICT atau PIBG sekolah-sekolah panitia yang terlibat. Tindakan: Semua AJK

3.2 Pembinaan Modul Latihan ICT 3.2.1 Pengerusi mencadangkan panitia-panitia ICT daerah Jasin untuk membina Modul Latihan ICT. Pembahagian tugasan seperti berikut: Learning Area 1 Panitia ICT SMK Selandar Learning Area 2 Panitia ICT SMK Jasin Learning Area 3 Panitia ICT SMKDARY Learning Area 4 dan 5 Panitia ICT SMK Dang Anum Learning Area 6 Panitia ICT SMKIS Tindakan: Semua AJK 3.3 Perkongsian Pintar Melalui Jaringan dan Jalinan 3.3.1 Pengerusi berhasrat agar panitia-panitia ICT daerah Jasin saling berkongsi maklumat, bahan rujukan, nota, latihan dan sebagainya melalui teknologi ICT. Ini kerana jaringan dan jalinan amat penting sekiranya sesebuah sekolah itu dicalonkan Sekolah Kluster atau sebagainya. Pengerusi juga menunjukkan Portal SMKIS kepada panitia-panitia ICT daerah Jasin. Tindakan: Semua AJK 3.3.2 Pn. Masita binti Omar menunjukkan Blog ICT yang telah dihasilkannya untuk dikongsikan bersama pelajar-pelajar ICT. Tindakan: Semua AJK

4.

Hal-hal lain
4.1 Cadangan perjumpaan kali kedua panitia-panitia ICT daerah Jasin akan dijalankan

pada hari Selasa, 12hb Jun 2012. Tindakan: Semua AJK 5. Penutup 5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh En. Asrull bin Seman Setiausaha Panitia ICT Daerah Jasin

You might also like