You are on page 1of 15

Penyelesaian kes berdasarkan teori kognitif Masalah Rina berumur 17 tahun :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Ibu tinggal sendirian, bapa membawa diri Ayah tidak bertangungjawab Menghadapi masalah kewangan Gagal dalam peperiksaan percubaan Tertekan Sikap guru Tidak mendapat kasih sayang

Pengenalan
Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lainlain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

Penyelesaian berdasar teori Jean Piaget Dalam kes Rina seorang gadis yang berusia 17 tahun berada sedang menghadapi masalah kemurungan, hilang tumpuan kerana memikirkan kegagalan dalam peperiksaan, masalah keluarga dari guru dan sebagainya. Menurut Piaget, proses pemikiran Rina berubah mengikut kematangan biologi kerana beliau kini berada di tahap Operasi Formal. Rina sepatutnya boleh memilih jalan yang hendak beliau lalui samada mahu berubah atau terus merasakan dirinya tidak akan Berjaya kerana latar belakang keluarganya. Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/genetik. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 113129, 2005 KEMURUNGAN DI KALANGAN PELAJAR: SATU KAJIAN KES
See Ching Mey dan Lee Siew Siew Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia

Abstrak: Kajian ini cuba mengenal pasti kelaziman kemurungan di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan Cina. Kajian ini menyelidik sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kemurungan antara remaja lelaki dengan remaja perempuan. Kajian ini juga menguji perhubungan antara kemurungan dengan pencapaian akademik. Inventori Kemurungan Beck yang berbentuk laporan kendiri digunakan untuk mengumpulkan data dan inventori ini diedarkan secara rawak kepada 182 pelajar Tingkatan Tiga. Analisis statistik yang digunakan adalah jadual silang, ujian-t, korelasi Pearson dan ANOVA Satu Hala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 43.41% daripada sampel mengalami kemurungan klinikal (skor melebihi 17). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Sebaliknya, kemurungan remaja berhubungan dengan tahap pencapaian akademik yang lemah.

Namun begitu, usaha untuk mengkaji kecelaruan kemurungan di kalangan remaja memang merupakan sesuatu yang mencabar. Sejak tahun 1970-an lagi, kemurungan di kalangan remaja telah dikenali sebagai "kemurungan bertopeng" (masked depression) atau "kesamaan kemurungan" (depressive equivalents) (Dacey & Kenny, 1997). Kedua-kedua konsep di atas telah menjelaskan bahawa kemurungan di kalangan remaja biasanya diselindungi oleh tingkah laku seperti hiperaktiviti, ketidakupayaan dalam pembelajaran, ponteng sekolah (Erickson, 1992; Kauffman, 2001), keletihan, masalah menumpukan perhatian

Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Dalam situasi ini sepatutnya Rina sudah memahami dan berusaha menyelesaikan masalah. Menurut Piaget lagi, guru perlu bertindak sebagai fasilitator bukannya memberi tekanan atau melabel Rina sebagai pelajar yang lemah atau akan gagal. Di sini guru perlu memberi semangat, dorongan, perhatian serta menyediakan aktiviti yang boleh memberi semangat serta harapan bahawa beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang.
Prasidang Persidangan Psikologi Malaysia 2005, 30 Julai 2 Ogos 2005, Hotel Promenade, Kota

KEPINTARAN EMOSI SEBAGAI FAKTOR PERAMAL PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR IPTA: IMPLIKASI TERHADAP KEBOLEHPASARAN Noriah Mohd. Ishak Shaharuddin Ahmad Kadderi Mohd. Desa Roslina Tan Abdullah
Abstrak

Kajian ini dijalankan berdasarkan teori perkembangan kognitif oleh Piaget (1969), Bruner (1964) dan Vygotsky (1978). Alat bantu mengajar seperti abakus memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep nombor matematik dengan berkesan. Pandangan ini selaras dengan kajian Stigler et al. (1986), Hayashi (2000) dan Kawano (2000) yang menunjukkan bahawa penggunaan abakus di peringkat kanak-kanak akan memberi pengalaman secara konkrit untuk membantu mereka menyelesaikan masalah matematik dan memperkukuhkan konsep nombor. Kaedah kerja praktik menggunakan abakus merupakan kaedah yang sesuai digunakan untuk mendorong murid melibatkan diri secara aktif dan seronok dalam pembelajaran berkonsep aritmetik, terutamanya kanak-kanak kecil. Menurut kajian Hatano, Miyake, dan Binks (1977), Stigler et al. (1986), dan Kawano (2000), murid yang mahir dalam penggunaan abakus akan mempunyai gambaran mental, iaitu visualisasi manik-manik abakus di dalam kepalanya. Justeru, murid tersebut akan berfikir dengan simbol atau bahasa dalam peringkat simbolik untuk menyelesaikan masalah matematik. Oleh itu, kesan penguasaan kemahiran abakus telah memberi sumbangan kepada perkembangan kognitif seseorang pelajar.

Rina perlu berubah dengan melakukan pembelajaran secara lebih aktif, beliau boleh berubah buang perasaan stress. Beliau juga perlu menanam semangat dan azam untuk berjaya seterusnya keluar dari kemiskinan.

Jurnal Kemanusiaan bil.13, Jun 2009

Sumber stres, strategi daya tindak dan stres yang dialami pelajar universiti
Ferlis B. Bullare @ Bahari
ferlis@ums.edu.my

Balan Rathakrishnan Rosnah Ismail


Universiti Malaysia Sabah Abstrak Kajian ini bertujuan mengkaji sumber stres, strategi daya tindak dan stres yang dialami pelajar sebuah universiti di Kota Kinabalu, Sabah. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti hubungan antara sumber stres dan stres yang dialami pelajar universiti. Di samping itu, kajian ini cuba meneliti bentuk strategi daya tindak yang digunakan oleh pelajar universiti untuk menangani stres yang dialami. Kajian ini dijalankan menggunakan borang soal selidik. Seramai 223 orang pelajar yang berumur antara 19 hingga 22 tahun dijadikan subjek kajian. Alat kajian yang digunakan merangkumi item-item bagi mengukur sumber stres, Adolescent Coping Scale (ACS) bagi mengukur strategi daya tindak dan alat kajian Stress Student Scale yang telah diubahsuai digunakan untuk mengukur stres pelajar. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian statistik inferensi melibatkan korelasi Pearson dan korelasi separa (partial correlation). Keputusan yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sumber stres keseluruhan dan stres yang dialami pelajar universiti. Sementara itu, strategi daya tindak keseluruhan didapati mampu bertindak sebagai perantara (mediator) bagi hubungan antara sumber stres keseluruhan dan stres yang dialami pelajar.

Manakala menurut Vygotsky pula Rina perlu berinteraksi dengan guru atau rakan yang lebih mahir dalam subjek yang beliau lemah. Aktiviti pergaulan rakan sebaya serta perkongsian ilmiah akan menjadikan Rina lebih berjaya serta berdaya saing. Menurut Vygotsky lagi pengajaran adalah sumber peting yang boleh mempengaruhi perkembangan mental secara total. Peranan rakan sebaya, belajar secara berkumpulan sudah pasti masalah tiada keyakinan, hilang tumpuan, kemurungan agar hilang seterus boleh berjaya. Rakan sebaya di alam persekolahan adalah kumpulan rujukan pelajar yang memberikan sokongan moral dalam mencari identiti diri dan dan pembentukan imej (Pomberi,1990; Mahmood,1991). Rakan sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-aspek gaya pakaian,pertuturan, oreintasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain. Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai buruk yang membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka. Rakan sebaya merujuk pada remaja yang sama umur ataupun sama paras kematangan. Pada peringkat remaja, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka.

Menurut Hussein Mahmood dan Kamaruddin Abd. Rahman ( 1995 ) di dalam artikelnya bertajuk Beberapa Pandangan dan Pendapat Berkaitan Punca-punca Timbul Masalah Tingkah Laku . :Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia,menyatakan antaranya adalah seperti berikut :-

Faktor Diri Murid

Menurut Duke ( 1980 ) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .

Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila murid-murid tidak berminat dalam mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak menarik minat mereka maka murid-murid tersebut akan hilang semangat belajar dan akan melakukan apa jua yang telintas dalam fikiran mereka. Faktor Keluarga Mengikut Parsona ( 1964 ) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral. Kajian-kajian Sandstorm ( 1968 ), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers ( 1962 ) dan Bee ( 1975 ) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.

Menurut Hussein Mahmood ( 1980 ) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.

Kajian Harbans Kaur ( 1982 ) dan K Kandiah ( 1982 ) mengenai Jevenile Delinquency mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan.

Faktor Masyarakat Thrasher ( 1963 ) dan Whyte ( 1943 ) mengatakan apabila salah laku itu sudah menjadi kebudayaan kecil ( subculture ) di sesuatu kawasan itu maka individu-individu di dalamnya akan menyesuaikan diri dengan keadaan itu.

Faktor Sekolah Marimuthu ( 1980 ) menjelaskan terdapat perhubungan rapat di antara keadaan keluarga yang kucar kacir dengan perlakuan-perlakuan salah laku di kalangan generasi muda.

Rina juga perlu menjadikan sosiobudaya atau keadaan masyarakat sekeliling sebagai pemangkin untuk lebih berjaya. Masalah keluarga bukan lagi sebagai penghalang beliau untuk berjaya. Belaiu perlu berfikiran terbuka, matang dan memandang jauh ke hadapan. Dalam menghayati teori Vygotsky guru perlu memahami perkembangan pelajar, berusaha memahami latarbelakang Rina, mencari punca hilang tumpuan, tidak boleh mudah berputus asa, seterusnya menjadi pendorong. Rina perlu menjadikan keadaan keluarganya sebagai sebab mengapa beliau perlu berubah. Vygotsky meletakan kepentingan peranan guru untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsangkan ZPD (zon perkembangan proksimal). Pada Vygotsky juga, guru wajib mengetahui kaedah atau cara merangsang serta membimbing Rina untuk berjaya. Guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai dalam usaha membantu Rina keluar dari masalahnya.

Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar


MOHAMAD MOHSIN MOHAMAD SAID & NASRUDDIN YUNOS ABSTRACT
The development of creative and innovative human capital is one of the main aspects highlighted in the 9th Malaysian Plan. At one time, creativity is believed to be an inborn quality, inherited by the privileged few. However, lately psychologists believed that everybody has the potential to be creative. In order to stimulate creativity, continued and systematic effort has to be carried out. Creativity can be nurtured and enhanced through education. This paper will discuss the concept of creativity, the implementation of creativity in the Malaysian educational systems and various approaches that can be applied by teachers to enhance creativity among school students.

PENGENALAN
Pembangunan modal insan merupakan elemen penting yang seharusnya diberikan tumpuan terutamanya dalam rangka negara kita sedang bergerak untuk mencapai Wawasan 2020 dan sekaligus menjadi lebih berdaya saing pada peringkat antarabangsa. Menyedari hakikat ini, pembangunan modal insan telah dijadikan sebagai teras utama pembangunan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Matlamatnya ialah untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan inovatif. Satu kelebihan insan atau manusia yang membezakannya dari makhluk ciptaan Allah s.w.t yang lain ialah minda atau akalnya. Menurut Sternberg (2004) minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Tambah beliau lagi, ketiga-tiganya mesti dipupuk dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum. Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajian-kajian yagn dijalankan menunjukkan bahawa banyak sekali tumpuan diberikan untuk memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi diberikan perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Sekiranya perkara ini berlarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai. Ini seterusnya akan turut menghalang negara mencapai status menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Jurnal Pengajian Umum Bil. 9 58

RESUME

MAKLUMAT PERIBADI

Nama No. K/P Tempat Lahir Tarikh Lahir Jantina Status Perkahwinan Alamat

: Rasidi Bin Saad : 720512-02-5531 : Pulau Langkawi : 12 May 1972 : Lelaki : Berkahwin : Kg. Telok, Mk. Ulu Melaka 07000, Langkawi

N0. Telefon

: 012-4941849

PENDIDIKAN

1993~1997 Universiti Malaya, Kuala Lumpur

1991~1992 Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor 1985~1990 Madrasah At-Taufikiah Khairiah Al-Halimiah, Kedah 1979~1984 Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi

KELAYAKAN AKADEMIK 1997 : 1992 : : 1990 : 1989 : 1988 : Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Kolej Sijil Pelajaran Malaysia Sijil Menengah Agama Sijil Rendah Pelajaran Malaysia

AKTIVITI KO-KURIKULUM 1996~1997 : Ex-Officio, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Ke 4, Universiti Malaya : Ex-Offocio, Minggu Keluarga Bestari, Kolej Kediaman Ke 4 Universiti Malaya : Pembantu Pelajar, Minggu Haluansiswa, Universiti Malaya : Pemain Bola Baling, Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya

1995~1996 : Setiausaha Jawatankuasa Tindakan Kolej, Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya : Timbalan Pengarah Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ke 3, Universiti Malaya : Pengarah Minggu Keluarga Bestari, Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya : Pembantu Pelajar, Minggu Haluansiswa, Universiti Malaya : Pemain Bola Baling, Kolej Kediaman Keempat, Universiti

Malaya

1994~1995 : Pengurus Tugas-tugas Khas, Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu ke 2 : Timbalan Pengarah Minggu Keluarga Bestari, Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya : Pembantu Pelajar, Minggu Haluansiswa, Universiti Malaya : Pemain Bola Baling, Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya 1993~1994 : Ahli Jawatankuasa Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu : Ahli Jawatankuasa Forum Antara Agama, Kolej Kediaman Keempat : Pemain Bola Baling, Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya

ANUGERAH

1996

Anugerah Khas Tahun Akhir, Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya

1993

Anugerah Pelajar Terbaik STPM, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang Selangor

PENGALAMAN BEKERJA

Mac 2009 1998~2008

Guru di Maktab Mahmud Langkawi Syarikat Saad, Batu 6 , Simpang Mahsuri Ulu Melaka, Langkawi

April ~ Jun 1996

Biro Bantuan Guaman, Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur

AKTIVITI LUAR

2008

Penganjur Sukan Dodgeball Pesta Air Kebangsaan Pantai Chenang)

2007

Penganjur Liga Sukan Komuniti Dun Ayer Hangat (Bola Jaring) Penganjur Pertandingan Bola Jaring Piala Datin Paduka Hjh Siti Zaliha Md Gelam 2007 Penganjur Sukan Dodgeball Pantai Pesta Air Kebangsaan (Pantai Chenang)

2006

Penganjur Liga Sukan Komuniti Dun Ayer Hangat (Bola Jaring) Penganjur Pertandingan Bola Jaring Piala Datin Paduka Hjh Siti Zaliha Md Gelam 2006

KEMAHIRAN

Komputer Bahasa

: :

Microsoft Office( Word, Excell) Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab

BANDINGAN TEORI

INSIDEN SEBAGAI SEORANG GURU

HARAPAN Setelah mengikuti kelas atau kuliah Aplikasi Psikologi Pendidikan, saya merasakan ada teori-teori yang dipelajari telahpun diaplikasi sebelum ke kuliah tetapi tidak menyeluruh. Perkara ini disebabkan pengalaman belajar selama lebih17 tahun. Bagi diri saya, saya meletakkan harapan yang tinggi untuk berjaya. Kursus yang saya ambil ini mendedahkan kepada saya erti tanggungjawab mendidik anak bangsa, bagaimana untuk menangani mereka dari sudut psikologi. Saya juga merasakan banyak lagi kelemahan yang perlu saya ubah dan atasinya. Tugas sebagai seorang guru cukup mulia kerana mendidik anak bangsa mengenal Allah, seterusnya berjaya dalam hidup mereka. Saya selalu

mengingatkan diri ini, agar memberi tumpuan serta berkewajipan ke atas diri untuk memastikan pelajar saya cemerlang samada dalam bidang akademik, sukan, akhlak lebih dari saya lagi.

Saya mengharapkan apabila berjaya menamatkan pengajian nanti ia akan menjadi satu pemangkin serta motivasi kepada pelajar-pelajar dan juga anak-anak saya. Saya juga mengharapkan agar kawan-kawan seperjuangan akan

meraihkan kejayaan yang cemerlang dalam kursus ini. Saya juga berbangga menjadi sebahagian warga UUM dan akan mempastikan nama baik serta prestijnya UUM akan terus bersemarak. Saya berdoa mudah-mudahan semua pensyarah akan beroleh

kesejahteraan serta ketenangan didunia mahupun diakhirat kelak. Jasa kalian amat besar kerana member ilmu kepada kami , bagaimana peranan dan tugas pendidik yang harus kami pikul. Terima kasih. Kesimpulannya Saya harus bersedia untuk mendidik anak bangsa. Sabar dan tabah serta tidak berputus asa perlu menebal dalam diri jika ingin melihat anak pelajar meraih kecermelangan. Pelbagai ilmu perlu dipelajari dan dikuasai jika saya berhasrat untuk melahirkan pelajar cemerlang samada di dunia mahupun diakhirat. Saya juga perlu mengikut perkembangan masa dalam arus pendidikan zaman kini.

KESIMPULAN

You might also like