You are on page 1of 25

EPPE3673 Kaedah Penyelidikan

Tajuk Projek: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan KDNK Malaysia

Pensyarah: SITI HAJAR BT. MOHD. IDRIS

Nama:CHING SHING CHIET SAYED AHMAD SYAHIR BIN SAYED ALUWEE

(A132557) (A132645)

Abstrak Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan salah satu penyumbang penting dalam meneraju pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ketidakstabilan KDNK memberi impak yang negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara. Antara faktor-faktor penyumbang kepada KDNK adalah sektor-sektor ekonomi seperti sektor perkhidmatan, sektor pembuatan, sektor perlombongan dan sektor pertanian. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan mengambil kira 3 penentu iaitu perbelanjaan kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI) dan perbelanjaan isi rumah. Kajian ini menggunakan data siri masa dari tahun 1980 sehingga tahun 2010 yang merangkumi sejumlah 31 tahun. Kajian ini juga menggunakan kaedah pembentukan model ekonomi yang bersifat sebab akibat dengan menggunakan kaedah regresi linear. Berdasarkan kriteria statistik, pengujian yang biasa digunakan ialah , ujian F dan juga ujian t. Sebanyak satu model telah dibentuk dan hasil

kajian mendapati bahawa ujian statistik F signifikan pada aras keertian 5% yang membawa maksud bahawa model yang dibentuk adalah signifikan. Selain itu, ujian menunjukkan

bahawa 99.2%-99.6% pembolehubah penerang (penentu KDNK) mampu menerangkan pembolehubah bersandar KDNK. Manakala, ujian t merupakan ujian pekali secara individu bagi melihat kesignifikanan parameter yang dipilih iaitu . berdasarkan kajian yang dibuat,

hanya terdapat satu pemboleh ubah yang dapat menerangkan model dengan signifikan iaitu perbelanjaan isi rumah. Manakala yang lain tidak menunjukkan kesignifikan dengan model yang digunakan. Dalam model yang dibentuk, perbelanjaan isi rumah adalah amat penting dalam mempengaruhi peningkatan pertumbuhan KDNK di Malaysia. Akhir sekali, implikasi kajian adalah cadangan kepada kerajaan bagi membentuk dasar kawalan harga supaya isi rumah dapat berbelanja dengan berhemah dan seterusnya dapat mengelakkan daripada inflasi serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

BAB 1 Pengenalan 1.1 Latar Belakang Kajian Anuwar(1995) menyatakan globalisasi sebagai pertambahan pengaruh ekonomi dunia atau antarabangsa terhadap fenomena yang berlaku di sesebuah Negara. Ini bermakna setiap Negara harus memainkan peranan dan mengambil kesempatan untuk bergerak maju dan seterusnya meningkatkan daya saing pada peringkat antarabangsa. Namun demikian, kebanyakan pengkaji sering mempersoalkan keupayaan Negara-negara Dunia Ketiga dalam mengharungi proses globalisasi. Keraguan yang timbul ialah sama ada Negara membangun yang tidak mempunyai aset serta faedah akan mendapat manfaat daripada proses globalisasi. Malah ada juga yang berpendapat globalisasi merupakan satu proses yang akan menjejaskan kedudukan ekonomi Negara-negara Dunia Ketiga dan seterusnya menghalang potensi mereka untuk mengambil bahagian yang aktif dalam perdagangan antarabangsa (Anuwar 1998). Malaysia merupakan salah sebuah Negara membangun yang menjalankan dasar ekonomi terbuka. Hal ini menyebabkan KDNK juga dipengaruhi oleh senario global. Isu yang ingin dikaji di sini adalah globalisasi telah mewujudkan persaingan dalam aktiviti perdagangan dunia. Globalisasi akan mewujudkan kesan positif atau negative terhadap pertumbuhan ekonomi atau KDNK. Malaysia perlu tahu asas yang menjadi kekuatan ekonominya supaya dapat menggunakannya untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang tidak mudah digugat. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu. Ia juga mengambilkira jumlah nilai yang dicampurkan pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. KDNK sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional. KDNK merupakan kaedah mengira pendapatan mengikut kaedah perbelanjaan. Konsep ini berpegang pada prinsip bahawa semua baramg yang dikeluarkan akan dibeli oleh suatu orang, oleh itu jumlah nilai barang yang dikeluarkan adalah sama dengan perbelanjaan masyarakat yang membeli barangan dalam Negara. Kebergantungan kepada aktiviti ekonomi yang tertentu mewujudkan kesan pertumbuhan KDNK yang berbeza.

Keluaran Dalam Negara Kasar


250 200 150 100 50 24.937 0 1980 1985 1990 1995 2000 2005 2010 31.7722 44.0242 88.8325 93.7897 237.7969

137.9529 Keluaran Dalam Negara Kasar

nilai dalam $billion

Rajah 1.1 Arah aliran KDNK bagi tahun 1980-2010 Sumber: World Bank

1.2 Permasalahan Kajian Dalam tempoh 30 tahun yang dikaji, iaitu dari tahun 1980 sehingga tahun 2010, tahun 1980 mencatatkan KDNK yang terendah iaitu sejumlah USD 24937045114.15 dan Malaysia telah mencatatkan jumlah KDNK yang paling tinggi pada tahun 2010 iaitu sejumlah USD 237796914597.18. Walaupun jumlah tersebut menunjukkan peningkatan, namun KDNK mengalami arah aliran yang tidak stabil dalam tempoh 30 tahun yang dikaji. Ketidakstabilan KDNK Malaysia telah memberi impak kepada ekonomi Negara. KDNK dilihat sebagai salah satu sumber penting di dalam proses untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, kesan dan peranan yang dimainkannya masih lagi menjadi perdebatan kerana terdapat bukti-bukti yang menunjukkan ia bukan hanya mendatangkan kesan positif, tetapi juga kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi. Kesan KDNK sesebuah negara adalah berbeza, dan bergantung kepada banyak faktor. Negara membangun seperti Malaysia amat bergantung kepada pengembangan globalisasi bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara. Ketidakstabilan KDNK negara pada tahun 1980 hingga tahun 2010 sedikit sebanyak akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Pertumbuhan yang tidak menentu itu berlaku berikutan ketidaktentuan ekonomi global, peningkatan harga komoditi dan gangguan rangkaian bekalan global yang boleh memberi kesan kepada pencapaian KDNK sepanjang tahun. Peningkatan globalisasi turut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini terjadi apabila Malaysia mula mengamalkan dasar ekonomi terbuka dengan penurunan tarif secara sedikit demi sedikit. Kejatuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) memberi kesan secara langsung dalam pertumbuhan ekonomi seperti taraf hidup masyarakat, pelaburan swasta, pembangunan infrastruktur, dan penggubalan dasar-dasar oleh kerajaan. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan atau terbantut akan meningkatkan kemiskinan penduduk sama ada yang tinggal di luar bandar mahupun di bandar. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan ini dari segi sudut strata memberi kesan yang mendalam kepada penduduk yang tinggal di luar bandar. Ini kerana aktiviti mereka banyak bertumpu pada sektor-sektor tradisi sebagai pekebun kecil getah,penoreh getah, penanam padi, pekerja estet, dan nelayan. Selain itu, taraf dan mutu hidup rakyat di masa hadapan akan

menjadi rendah. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan permasalahan sosial dikalangan masyarakat. Pertumbuhan ekonomi yang berterusan disokong juga oleh permintaan dalam negeri yang kukuh dan pertumbuhan ekonomi dunia yang mampan. Namun kejatuhan dalam pertumbuhan memberi kesan terhadap pelaburan swasta yang merupakan aspek penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Ini kerana pelaburan swasta memberi tumpuan kepada penyediaan infrastuktur lain di samping meningkatkan bilangan tenaga kerja manusia mahir dan memperdalamkan asas Sains dan Teknologi untuk melengkapkan aktiviti serta menyokong inisiatif sektor swasta. Infrastuktur yang lengkap juga memainkan peranan untuk pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Kelambatan dalam pertumbuhan ekonomi menyukarkan kerajaan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur terutamanya bagi penyembangan sektor sektor perindustrian yang menjadi teras pembangunan ekonomi negara. Tambahan pula, penyediaan infrastuktur ini secara tidak langsung menjadi input kepada industri seperti bekalan air, elektrik, perhubungan dan pengangkutan yang akan menlancarkan lagi proses perindustrian. Pada umumnya, dasar pembangunan kerajaan negara adalah propertumbuhan dan peranan utama kerajaan adalah untuk meransang pertumbuhan dan menjadi rakan kongsi sektor swasta untuk menjana pertumbuhan dan menyalurkan faedah pembangunan kepada sebahagian besar penduduk. Sekiranya berlaku masalah dalam peningkatan KDNK maka dasar ini tidak dapat dilaksana dan seterusnya menyebabkan prestasi sektor swasta menyusut. Untuk mendapat manfaat daripada peningkatan KDNK, kerajaan seharusnya melaksanakan dasar-dasar dan program-program yang mampu menarik minat pelabur asing. Oleh hal yang demikian, kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti penentu-penentu yang mampu mempengaruhi KDNK.

1.3 Objektif Kajian Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penentu-penentu yang mampu mempengaruhi KDNK Malaysia. Secara khususnya pula, kajian ini adalah bertujuan untuk: 1. Menilai kepentingan pembolehubah-pembolehubah yang dipilih dan kesignifikannya dalam mempengaruhi KDNK. 2. Mengkaji peranan pengunaan isi rumah(C), pelaburan langsung asing(I), dan perbelanjaan kerajaan(G) dalam mempengaruhi KDNK. 3. Membentuk model-model yang sesuai dalam menentukan faktor-faktor yang

mempengaruhi kemasukan pelaburan langsung asing dan mengkaji faktor-faktor yang terlibat. 4. Mencadangkan langkah dan dasar yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk menstabilkan KDNK.

1.4 Skop Kajian Kajian ini menggunakan data siri masa dari tahun 1980 sehingga tahun 2010 yang merangkumi sejumlah 30 tahun. Kajian ini meliputi faktor-faktor atau penentu-penentu yang mempengaruhi KDNK Malaysia.

BAB 2 Analisis Awal 2.1 Pendekatan Model Bahagian ini membincangkan data kerangka model untuk menganalisis hubungan yang wujud antara KDNK dan pertumbuhan ekonomi negara. Pemboleh ubah KDNK yang dipilih terdiri pemboleh ubah model Neo-Klasik iaitu, pembelanjaan pengguna dan pembelanjaan kerajaan serta model Harod-Domar iaitu pelaburan langsung asing sebagai ukuran liberalisasi KDNK. Selain itu, akan dihuraikan dan dirajahkan mengenai alur pemikiran penyelesaian soalan penyelidikan faktor-faktor utama yang mempengaruhi kesan turun naik KDNK terhadap pertumbuhan ekonomi. Pemilihan ketiga-tiga pemboleh ubah KDNK tersebut adalah selaras dengan kajian emperikal yang lepas,di samping ia juga dapat menerangkan kesan KDNK terhadap pertumbuhan ekonomi. Data pemboleh ubah KDNK diperolehi World Bank Data. Jangka masa kajian bermula dari tahun 1970 sehingga tahun 2010 yang melibatkan cerapan selama 31 tahun. a. Teori Neo-Klasik Model Neo-Klasik cuba menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak semestinya tidak stabil seperti yang ditunjukkan oleh Harrod. Model ini diasaskan oleh Solow dan Swan. Menurut teori ini, pertumbuhan ekonomi bergantung pada pertambahan penyediaan faktor-faktor penduduk, tenaga kerja, pengumpulan modal dan tingkat kemajuan teknologi. Pandangan ini didasarkan analisis klasik, dengan andaian ekonomi tetap akan mengalami tingkat guna tenaga penuh dan kapasiti modal akan tetap sepenuhnya digunakan sepanjang waktu. Selain itu, mengikut teori ini ratio modal-output (COR) dapat berubah dan bersifat dinamik. Untuk mencipta sejumlah output tertentu, boleh menggunakan jumlah modal yang berbeza-beza dengan tenaga kerja yang jumlahnya berbeza-beza bersesuaian dengan yang diperlukan. Dalam membincangkan model ini, terdapat lima andaian penting yang digunakan:

1. Output, Y terdiri daripada barangan homogeny yang boleh digunakan untuk dua tujuan iaitu, sebagai barangan pengguna, C, atau sebagai barangan pelaburan, I Y=C+I (1.1)

Harga relative antara C dan I tidak tinggal tetap seperti yang diandaikan oleh Harrod. Sebaliknya berubah-ubah dan perubahannya mempengaruhi tindak balas ekonomi. Misalnya perubahan

dalam kadar pembentukan modal adalah sebagai tindak balas kepada perubahan harga faktor relative melalui perubahan kadar untung. Sekiranya persamaan (1.1) dibahagikan dengan jumlah buruh, kita akan memperolehi keluaran purata atau per kapita buruh, iaitu ;

Y/L = + Dengan, L = tenaga buruh = penggunaan per kapita = pelaburan purata

(1.2)

2. Masyarakat akan menabung sebahagian daripada pendapatan mereka dengan fungsi tabungan ialah; S = sY dengan, S = tabungan S = kecenderungan menabung sut. 3. Tabungan sama dengan pelaburan atau S = I Andaian ini mempunyai dua implikasi. Pertama, apabila jumlah tabungan menyamai jumlah pelaburan, andaian selanjutnya ialah pelaburan akan menghasilkan output yang boleh dipasarkan. Kedua, untuk melakukan pelaburan dengan menggunakan tabungan yang ada, diandaikan ia tidak melibatkan sebarang kos sama ada dalam bentuk kewangan atau masa. (1.3)

4. Tiada susut nilai, iaitu pelaburan kasar sama dengan pelaburan bersih. Ini juga bermakna I = K = S.

5. Tenaga kerja bertumbuh pada kadar tetap iaitu;

=n Jika sekiranya tenaga kerja dan stok modal bertumbuh pada kadar yang sama, maka nisbah modal-buruh, K/L, menjadi tetap.

b. Teori Pertumbuhan Harrod-Domar Teori pertumbuhan ekonomi ini dikembangkan oleh Envey Domar dan Sir Roy F. Harrod. Teori ini mengembangkan analisis Keynes dengan memasukkan masalah-masalah ekonomi jangka panjang, serta berusaha menunjukkan syarat yang diperlukan agak ekonomi boleh mengalami pertumbuhan dan berkembang dengan mantap. Menurut Harrod-Domar setiap pertambahan stok modal melalui pelaburan masyarakat akan meningkatkan potensi masyarakat untuk menghasilkan output. Model ini melibatkan had makroekonomi yang memerlukan perubahan utama dalam komponen ekonomi seperti pemboleh ubah ekonomi yang dianggap penentu kepada faktor dan kadar pertumbuhan output negara iaitu tabungan, pelaburan, modal, stok, eksport, import dan bantuan asing. Menurut Harrod-Domar, tabungan yang terhad merupakan halangan utama dalam pertumbuhan agregat ekonomi. Mengikut kadar pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KNK) dan kadar model output negara, model Harrod-Domar memperlihatkan bahawa tabungan negara boleh digunakan untuk mencipta pertumbuhan. Bermula dengan andaian bahawa kadar jumlah output dapat menghasilkan modal yang tetap, oleh itu: K (t) = kY (t) K (t) = modal stok pada masa t Yt K = jumlah output KNK pada masa t = purata (bersamaan dengan marginal) kadar modal output (2.1)

Kita mengandaikan bahawa saham yang tetap (s) pada output (y) adalah disimpan (S) Maka ; I(t) = K (t+1) K (t) K (t) = sY = S(t) (2.2)

Iaitu I (t) = pertumbuhan pelaburan pada masa t dan sebahagian susut nilai stok modal pada sesuatu masa sekiranya g merupakan jangkaan kadar pertumbuhan output maka;

g=

) ( )

( )

( ) ( )

(2.3)

maka modal hendaklah bertambah pada kadar yang sama kerana dalam persamaan kita mengetahui bahawa : = = = (2.4)

Memalui persamaan (2.2) mengikut Harrod-Domar formula pertumbuhan. g= = -

Oleh kerana pertumbuhan output juga boleh dinyatakan sebgai pertumbuhan tenaga kerja (n) dan kadar pertumbuhan produktiviti buruh (p), iaitu;

n+p=

(2.6)

melalui jangkaan kadar tenaga kerja dan pertumbuhan produktiviti boleh digunakan untuk menjangkakan sama ada tabungan negara mencukupi untuk memenuhi syarat bilangan pekerja baru untuk pertumbuhan tenaga kerja. Salah satunya adalah persamaan keseluruhan tabungan (S=sY) iaitu sekurang-kurangnyadua komponen sumber simpanan iaitu kecederungan menyimpan pendapatan upah, W dan pendapatan keuntungan, . Oleh itu kita dapati bahawa; W+ dan + W=I (2.8) =Y (2.7)

Iaitu dan merupakan kecenderungan menyimpan dari dan w dengan mengubah persamaan (2.5) dan menggantikan ke dalam persamaan (2.7) dan (2.8), kita dapati persamaan pertumbuhan Harrod-Domar adalah;

k( g +

)=(

) +

(2.9)

Berdasarkan kepada pendekatan-pendekatan yang telah dinyatakan, pengkaji merumus dan membentuk kerangka teori bagi kajian ini. Kerangka kajian ini ditunjukkan pada rajah 1.0.

Penentu-Penentu Ekonomi

Pertumbuhan / Kemelesetan Ekonomi Negara Pelaburan langsung asing (FDI)

Perbelanjaan kerajaan Perbelanjaan isi rumah

KDNK
Memberi Kesan

Rajah 1.0

2.2 Kajian Lepas Kajian tentang penentu-penentu bagi pertumbuhan KDNK telah banyak dilakukan oleh pengkajipengkaji lepas.

Bab 3 Pembentukan Model 3.1 Metodologi Kajian Sumber data dalam kajian ini diperolehi daripada laman web rasmi bank dunia. Data yang digunakan ialah data sekunder yang diperolehi daripada laporan ekonomi Malaysia pelbagai tahun terhadap bank dunia. Bagi menganalisis model yang dibentuk, perisian SPSS(Statistic package For Social Science) digunakan.

3.2 Pembentukan Model Dalam kajian ini, satu model persamaan telah dibentuk bagi menerangkan hubungan antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah bebas. Dalam kajian ini, pertumbuhan KDNK Malaysia merupakan pembolehubah bersandar. Manakala, penggunaan isi rumah, pelaburan langsung asing, dan perbelanjaan kerajaan adalah pembolehubah bebas dalam model. Fungsi Pengeluaran Mudah KDNK=(Penggunaan isi rumah(C), Pelaburan Langsung Asing(I), Perbelanjaan Kerajaan(G)) Y=(X1,X2,X3) Model Log Berganda ln Yt = Dimana Y= KDNK X1= Penggunaan isi rumah X2= Pelaburan langsung asing X3= Perbelanjaan kerajaan

ln= Log = faktor-faktor penentu lain yang tiada dalam persamaan t= 1,2,3,4,n 0= pintasan-y (apabila semua parameter penentu adalah sifar) 1, 2, 3= parameter keanjalan bagi X1, X2, X3 Dimana kecerunan model log ialah kecerunan=

( ) diman n= 1,2,3,.

Setiap pembolehubah bebas mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mempengaruhi pembolehubah bersandar, pertumbuhan KDNK. Rasional pemilihan pembolehubah bebas yang digunakan dalam model adalah; 1. Penggunaan isi rumah(C) meunjukkan perbelanjaan isi rumah terhadap barang-barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma. 2. Pelaburan(I) menunjukkan pembentukan modal fizikal tetap dengan tujuan menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan masa hadapan. 3. Perbelanjaan kerajaan(G) Negara kita terdiri daripada perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus adalah perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan untutk membiayai kegiatan pentadbiran kerajaan dan memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Perbelanjaan pembangunan pula adalah perbelanjaan kerajaan untuk menambah infrastruktur dan kemampuan ekonomi untuk mengeluarkan barang pada masa hadapan.

3.3 Kaedah Penilaian dan Penganalisaan model Dalam melakukan kajian, beberapa kaedah penilaian model akan dilakukan antaranya ialah berdasarkan criteria ekonomi dan kriteria statistik bagi mengukuhkan dapatan kajian. 3.3.1 Kriteria Ekonomi

Kaedah ini adalah berdasarkan teori ekonomi yang dikemukan oleh ahli-ahli ekonomi yang terdahulu. Dapatan kajian seharusnya mengikut criteria ekonomi dan sepatutnya tidak melanggar hokum ekonomi melainkan pengkaji memiliki bukti dan penganalisian yang kukuh bagi membuktikan hasil kajiannya. 3.3.2 Kriteria statistik Dalam criteria ini, pengujian yang biasa digunakan ialah R, ujian F dan juga ujian t. R merupakan pekali penentuan yang menjelaskan bahawa peratusan keupayaan pembolehubah bebas menerangkan pembolehubah bersandar. Semakin besar nilai R, semakin baik model yang dibina kerana kemampuan pembolehubah penerang menerangkan model semakin meningkat. Contohnya R=0.993 bermaksud 99.3% variasi dalam pembolehubah bersandar diterangkan oleh pembolehubah bebas yang dipilih dalam model regresi. Atau dengan kata lain 99.3% perubahan Y(pembolehubah bersandar) diterangkan oleh X1,2,3n(pembolehubah bebas) dan 0.7% lagi diterangkan oleh gangguan rawak yang tidak dinyatakan.
( )

Dimana SSE=Sum of Square Error

SST=Sum of Square Total

Ujian F merupakan ujian ketepatan padanan keseluruhan yang membuktikan bahawa sekurangn-kurangnya satu parameter () tidak sifar. Semakin beasr nilai F, semakin baik model yang dianggarkan. Nilai F yang besar diperolehi daripada Sum of Square Regression(SSR) yang besar dan Sum of Square Residual(SSE) yang kecil. Dengan itu, kebanyakan variasi dalam y dijelaskan oleh model regresi dan Hipothesis Nol (Ho) ditolak. Kawasan Penolakan ialah; ( )

Dimana kawasan penolakan Ho jika F>F,k-1,n-k Manakal Ujian t merupakan ujian pekali secara individu bagi melihat kesignifikan parameter yang dipilih iaitu 1,2,3n. Rumus Statistik t adalah seperti berikut;

dan tolak Ho jika t*>t/2,n-k

Nilai t yang dikira akan dibandingkan dengan bacaan t-jadual statistic. Jika t yang dikira lebih besar daripada t jadual maka hipothesis null ditolak yang membawa implikasi bahawa pembolehubah tersebut signifikan mempengaruhi atau menjelaskan pembolehubah bersandar. Bagi memudahkan analisis kajian, kaedah P-Value digunakan untuk mengenalpasti kesignifikanan sesebuah pembolehubah itu, Nilai p-value dalam SPSS merujuk kepada nilai Sig dalam output computer. Sesuatu pembolehubah atau parameter dikatakan signifikan apabila memiliki nilai lebih kecil daripada 0.0499(<0.0499) Signifikan pada aras keertian 5%= (Sig<0.0499)

Bab 4 Analisis Model 4.1 Interpretasi R Squared, Adjusted R Squared dan ujian F-Ketepatan Keseluruhan Jadual 4.1 di bawah menunjukkan hasil keputusan regreasi yang diperolehi menggunakan SPSS: Model Intercept Perbelanjaan Isi Rumah Pelaburan Langsung Asing Perbelanjaan Kerajaan R squared Adjusted R squared F- Statistik *Signifikan pada aras keertian 5% Berdasarkan model diatas, nilai R square adalah dalam lingkungan 0.992 hinnga 0.993 (99.2% min 99.3% max). Berdasarkan keputusan model tersebut, boleh disimpulkan bahawa antara 99.2%- 99.3% pembolehubah penerang mampu menerangkan pembolehubah bersandar. Atau 99.2%- 99.3% perubahan Y (pembolehubah bersandar diterangkan oleh (pembolehubah bebas) dan 0.7%-0.8% lagi diterangkan oleh gangguan rawak yang tidak dinyatakan. Adjusted merupakan ukuran yang mengambil kira kehilangan darjah kebebasan hanya juga -3409103909 1.092* 0.033 -0.122 0.993 0.996 1210.627*

apabila tambahan pembolehubah penerang disertakan dalam model. Nilai adjusted akan meningkat apabila pembolehubah bererti disertakan dalam model. Nilai adjusted

boleh menjadi negative akibat pertambahan pembolehubah yang tidak bererti dalam model. Berdasarkan kajian menggunakan model log berganda, perbezaan nilai adjusted dengan

adalah amat kecil. Hal ini bermakna bahawa pertambahan pembolehubah yang dilakukan dalam model ini adalah masih releven dan mampu memberi kesan bererti kepada pembentukan model.

Ujian F merupakan ujian ketepatan padanan keseluruhan yang melihat bahawa satu paremeter tidak sifar. Berdasarkan hasil kajian menunjukkan statistik F signifikan pada aras keertian 5% yang membawa maksud bahawa model yang dibentuk adalah signifikan. Oleh kerana model yang dipilih ialah model log berganda maka nilai parameter beta ( ) ialah keanjalan bagi model. Sebagai contoh: ln Y= -3409103909 + 2.404 ln Bermakna 1% peningkatan + 0.825 ln -0.986

akan menyebabkan peningkatan Y sebanyak 2.404% dan ianya ialah positif dan sebaliknya penurunan dalam akan

berhubungan positif kerana nilai Beta

mengurangkan Y sebanyak 0.986 dan ianya berhubungan negative. Kecerunan bagi model log berganda ialah kecerunan =

( ) dimana n= 1,2,3

4.2 Penganalisisaan Model KDNK= (Penggunaan isi rumah, Pelaburan Langsung Asing, Perbelanjaan Kerajaan) Y= ( ln Yt = Dimana Y= KDNK X1= Penggunaan isi rumah X2= Pelaburan langsung asing X3= Perbelanjaan kerajaan ln Y= -3409103909 + 2.404 ln (-1.869) R= 0.993 Adjusted R= 0.992 (4.902)* + 0.825 ln (1.151) -0.986 (-0.577) , , )

Bilangan Pencerapan(n)= 31

()=Merujuk kepada nilai statistic-t ()*= Signifikan pada aras keertian 5% Berdasarkan persamaan regresi di atas, hanya satu pembolehubah yang diambil dalam model adalah signifikan mempengaruhi pertumbuhan KDNK Malaysia. oleh kerana model yang digunakan ialah model log linear berganda maka parameter beta merupakan keanjalan pembolehubah diwakili beta terhadap KDNK. Berdasarkan keputusan empirical, keanjalan Penggunaan Isi Rumah(C) merupakan satusatunya pembolehubah bebas yang signifikan dengan pertumbuhan KDNK. Hal ini menunjukkan bahawa dasar fiskal yang berkaitan dengan pencukaian sedikit sebanyak mampu mempengaruhi corak pertumbuhan KDNK Malaysia.

Bab 5 Implikasi Dasar dan Rumusan 5.1 Implikasi Dasar Kerajaan memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah ekonomi bagi menjamin kestabilan dan pertumbuhan yang signifikan kepada sektor-sektor ekonomi. Di Malaysia, ekonomi adalah lebih bercorak kepada pengekalan pertumbuhan yang berterusan dan membantu Negara keluar daripada keadaan ekonomi yang tidak kondusif. Dalam kajian ini, penggunaan isi rumah merupakan pembolehubah yang amat signifikan mempengaruhi pertumbuhan KDNK Malaysia. Penggunaan isi rumah dipengaruhi oleh pendapatan boleh guna. Apabila kerajaan menaikkan kutipan cukai, pendapatan boleh guna masyarakat akan turun. Kesannya penggunaan akan turun. Begitu juga sebaliknya. Dalam hal ini, bagi memastikan KDNK sentiasa mengalami pertumbuhan yang stabil, cukai patut dikurangkan oleh kerajaan.

Selain itu, kemudahan sewa beli dan kredit dalam pembelian banrang-barang tahan lam yang wujud dalam Negara akan menggalakkan penggunaan. Kecenderungan dan kemampuan masyarakat membeli kereta, rumah dan sebagainya akan meningkat apabila rakyat mudah mendapat pinjaman daripada institusi kewangan dan boleh membayar secara ansuran. Kemudahan sewa beli dan kredit akan meninggikan nilai MPC dan seterusnya meninggikan penggunaan Negara berkenaan. Sebaliknya, kekurangan kemudahan sewa beli dan kredit akan mengecilkan nilai MPC dan penggunaan. Seterusnya, pengaruh kadar keatas penggunaan adalah negatif. Apabila kadar bunga naik, nilai kecenderungan mengguna sut(MPC) akan turun. Ini adalah kerana; i) kenaikan kadar bunga tabungan akan menambahkan nilai kecenderungan menabung sut(MPS), maka nilai MPC turun, ii) kenaikan kadar bunga pinjaman mengurangkan kemampuan masyarakat membayar balik pinjaman. oleh itu, kecenderungan masyarakat membeli barang-barang tahan lama melalui pinjaman akan berkurangan. iii) penurunan nilai MPC akibat kenaikan kadar bunga akan mengurangkan penggunaan. Begitu juga sebaliknya. Oleh demikian, bagi menigkatkan KDNK, kerajaan perlu mengurangkan kadar bunga untuk menigkatkan penggunaan isi rumah(c). 5.2 Rumusan Pertumbuhan KDNK merupakan pengaruh paling besar dalam penentuan taraf hidup masyarakat dalam Negara Malaysia. Pertumbuhan KDNK yang stabil akan menjanjikan kehidupan yang lebih baik terhadap masyarakat. Pertumbuhan KDNK akan membolehkan sektor ekonomi dalam Negara berkembang dengan lebih pesat. Keadaan ini akan berjaya dalam usaha menarik pelabur asing untuk melabur dalam negara. Perpindahan teknologi dan kemasukan buruh mahir asing secara tidak langsung dapat meningkatkan pertumbuhan Negara melalui perkongsian maklumat dan perpindahan teknikteknik pengeluaran yang cekap. Peluang pekerjaan domestik dan tenaga mahir serta separa mahir tempatan akan meningkat disebabkan oleh aktiviti pelaburan langsung asing oleh syarikat multinasional (MNC) yang beroperasi disesebuah negara. Selain itu, produktiviti pekerja tempatan juga akan meningkat melalui pertukaran kemahiran dan pengetahuan dengan buruh asing. Sektor ekonomi Negara terutamanya perkilangan akan mendapat manfaat daripada kemasukan pelaburan langsung asing ke Malaysia.

Peluang pekerjaan yang banyak membolehkan penduduk dalam Negara mempunyai sumber pendapatan yang membolehkan mereka meningkatkan penggunaan(C) dalam pembelian barang-barang dan perkhidmatan dalam Negara yang akhirnya akan menigkatkan KDNK Negara.

Sumber Rujukan 1. Ab Razak Dan Noraini Idris. 2002. Teori Pembangunan Dan Pertumbuhan Ekonomi, Penerbitan UKM. 2. Nor Aini Haji Idris. 2004. Peranan Kerajaan dalam Pembangunan Industri Pembuatan, Pnerbitan UKM. 3. Chamhuri Siwar, Surtahman Kastin Hassan, Norshamliza. 2006. Ekonomi Malaysia Edisi Keenam. Pearson Longman Malaysia. 4. Ronald M. Weiers.2008. Introduction to Business Statistic, Sixth Edition. Thomson South-Western. 5. Lai Mooi Chang, Hew Yoke Foong. 2008. Teks Pra-U Makroekonomi. Pearson Longman Malaysia.

Lampiran 1

Variables Entered/Removed Model Variables Entered

Variables Removed

Method

Perbelanjaan_Kerajaan, 1 Pelaburan_Langsung_Asing, Perbelanjaan_Isi_Rumah a. Dependent Variable: KDNK b. All requested variables entered.
b

. Enter

Model Summary Mod el R R Square Adjusted R Square Std. Error of the Estimate

Change Statistics R Square Change F Change df1 df2 Sig. F Change

.996

.993

.992

5455766209.24 871

.993

1210.627

27

.000

a. Predictors: (Constant), Perbelanjaan_Kerajaan, Pelaburan_Langsung_Asing, Perbelanjaan_Isi_Rumah b. Dependent Variable: KDNK

ANOVA Model Regression 1 Residual Total Sum of Squares 108104366274013060000000.000 803665393109461200000.000 108908031667122520000000.000 df

Mean Square 3 27 30 36034788758004353000000.000 29765384929980047000.000

F 1210.627

Sig. .000
b

a. Dependent Variable: KDNK b. Predictors: (Constant), Perbelanjaan_Kerajaan, Pelaburan_Langsung_Asing, Perbelanjaan_Isi_Rumah

Coefficients Model

Unstandardized Coefficients

Standardized Coefficients

Sig.

B (Constant) Perbelanjaan_Isi_Rumah 1 Pelaburan_Langsung_Asing Perbelanjaan_Kerajaan a. Dependent Variable: KDNK .825 -.986 -3409103909.495 2.404

Std. Error 1823604442.050 .490 .717 1.709

Beta -1.869 1.092 .033 -.122 4.902 1.151 -.577 .072 .000 .260 .569

Residuals Statistics Minimum Predicted Value Std. Predicted Value Standard Error of Predicted Value Adjusted Predicted Value Residual Std. Residual Stud. Residual Deleted Residual Stud. Deleted Residual Mahal. Distance Cook's Distance Centered Leverage Value a. Dependent Variable: KDNK 25916721152.0000 -1.020 1180611968.000 25999859712.0000 -11431625728.00000 -2.095 -2.602 -21255346176.00000 -2.949 .437 .000 .015 Maximum 249228541952.0000 2.700 4061206784.000 254111547392.0000 8803614720.00000 1.614 1.720 10193501184.00000 1.789 15.656 2.103 .522

Mean 87137741699.2513 .000 1861283604.325 87480397516.0304 -.00001 .000 -.024 -342655816.77913 -.036 2.903 .114 .097

Std. Deviation 60028983631.24625 1.000 623588095.683 61034302981.93778 5175794280.78254 .949 1.083 6990180384.52773 1.145 3.026 .388 .101

N 31 31 31 31 31 31 31 31 31 31 31 31

Lampiran 2 Tahun KDNK Penggunaan Isi Rumah 1980 1981 1982 1983 1984 1985 1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 24937045114.15 25463038428.68 27287163523.11 30682563370.12 34565849168.84 31772244236.56 28243103019.74 32181695658.80 35271881995.82 38848565930.17 44024178269.52 49133852000.25 59151288902.95 66894450252.19 74480816088.37 88832452511.74 100851784847.52 100168847815.19 72175310308.04 79148423191.08 93789736842.11 92783947368.42 100845526315.79 110202368421.05 124749473684.21 137952929780.62 156601423249.38 13514156946.00 14546032431.00 15640464981.00 17293799494.00 18548498732.00 17587713985.00 15321158781.00 16214550415.00 18347022760.00 20094940949.00 22772006232.00 25635795716.00 29735805545.00 32299835938.00 35852228804.00 42569876252.00 46422355483.00 45422651163.00 29996364285.00 32909474097.00 41037105263.00 42794210526.00 45390789474.00 49124736842.00 54887105263.00 61850082888.00 70411087643.00 Pelaburan Langsung Asing 933903976.26 1264688331.17 1397196045.42 1260527733.36 797476861.32 694712466.23 488874111.04 422679709.98 719418050.37 1667871568.72 2332455289.06 3998448522.46 5183358086.40 5005642759.88 4341800916.32 4178239335.04 5078414947.88 5136514575.67 2163401815.58 3895263157.89 3787631578.95 553947368.42 3203421052.63 2473157894.74 4624210526.32 3966012725.61 6076119971.45 Perbelanjaan Kerajaan 3988302591.32 4458369979.05 4839111418.26 4675785625.67 4936543309.71 4700272510.57 4629130709.47 4786474307.43 5020620373.19 5462935508.33 6072682991.67 6728482665.52 7695690031.25 8449554977.56 9135007102.89 10991454999.39 11199968611.56 10785226503.95 7050804067.54 8695789784.91 9533947368.42 11170526315.79 13067368421.05 14291052631.58 15693421052.63 17035613734.89 18703865231.97

2007 2008 2009 2010

186777261970.74 222744224712.38 192911631102.08 237796914597.18

85247712944.00 100565000000.00 96293025880.00 114244000000.00

8590185403.74 7375907979.67 1387393683.06 9509265445.11

22806032295.76 27556999598.18 27213743584.18 30273206214.66

You might also like