You are on page 1of 2

PENGURUSAN KOKURIKULUM BADAN BERUNIFORM, DIPLOMA PENDIDIKAN GSTT, UPSI MINIT MESYUARAT BIL 1/ TAHUN 2012 Tarikh Masa

Tempat Pengerusi : 23 FEBRUARI 2012 : 4.00 7.00 PETANG : PADANG & GYMNASIUM UPSI : En. Zuhaidi

Kehadiran(Bilangan) : 12 / 14 Turut Hadir : 1) En. Mohd Fadzli Saad 2) En.Ahmad Fauhat Ibrahim 3) En.Mohd Husaini Mukhtar 4) En.Mohd Narizan Masrom 5) Pn.Tini Suhaila Othman 6) Cik Haslina Mohamed 7) Pn.Suhaida Shafiee 8) Cik Norul Azimah Ismail 9) Pn. Wan Maizura Wan Mahmud 10) Cik Nazimah Abdul Rani 11) Pn. NoorDayana Zulkarnain 12) Pn. Zatul Itri Muzafar 13) Pn. Siti Maznah Md Som

Ketidakhadiran : 1) Pn. Siti Maznah Md Som (bersebab) 2) Pn. Siti Noorbaayah Baharin (bersebab) 1

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 En. Zuhaidi mengalu-alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru GSTT. 1.2 TUGAS-TUGAS GURU 1.2.1 En. Zuhaidi memberi penerangan mengenai tugas tugas yang patut dibuat dan dilaksanakan pada semester ini. Beliau menjelaskan bahawa segala kertas kerja dan perlaksanaan suatu program hanya dibuat pada minggu pertama dan kedua. 1.2.2 Kumpulan N telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, Kelab Persatuan, Badan Beruniform dan Sukan dan Permainan. Setiap kumpulan kecil ini akan dianggotai sebanyak empat belas ahli sahaja. 1.2.3 Beliau juga menerangkan bahawa setiap kumpulan harus mempunyai struktur organisasi seperti pengarah, timbalan pengarah, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa bagi melicinkan pelaksanaan suatu program. 1.2.4 Guru - guru dikehendaki menganjurkan satu program berkaitan dengan pengurusan kokurikulum seperti majlis ilmu, pembelajaran dan pengajaran serta pertandingan bagi mewakili setiap kumpulan. 1.2.5 En. Zuhaidi juga menerangkan bahawa objektif pembelajaran dan

penggunaan alat bantuan mengajar adalah sangat penting bagi menjayakan sebuah program. Sementara itu, masa yang telah ditetapkan untuk majlis ilmu dan pembelajaran dan pengajaran ialah dua jam tiga puluh minit bagi setiap kumpulan. Tindakan :Semua guru 1.3 HAL-HAL LAIN 1.3.1 Guru guru telah berbincang bersama sama untuk memegang jawatan jawatan dalam badan beruniform ( seperti dalam lampiran) 1.3.2 Semua ahli kumpulan bersetuju untuk mengadakan pertandingan dengan menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang berdasarkan syarat syarat yang telah ditetapkan. 1.3.3 Setiap ahli kumpulan bersetuju untuk memilih SUKSIS atau Badan Beruniform Kadet Polis untuk bersama sama menjayakan program yang akan datang. 1.3.4 Mohd Fadzli telah bersetuju untuk menjadi tenaga pengajar bagi pembelajaran dan pengajaran mengenai kawad dan membaca arah kompas bertempat di padang UPSI. 1.3.5 Bagi seminar ilmu, ahli kumpulan bersetuju untuk mengadakan suatu aksi yang berkaitan dengan Badan Beruniform Kadet Polis seperti demonstrasi. 1.3.6 Manakala, pertandingan yang telah diusulkan untuk dilaksanakan ialah membaca arah kompas, kawad kaki, membina khemah dengan urutan yang betul dan survivor. 1.3.7 Bendahari menetapkan setiap ahli perlu membayar dua puluh ringgit dan boleh dibayar secara ansuran. 1.3.8 Ahli kumpulan berbincang mengenai senarai jemputan yang akan dijemput dan tempat yang akan digunakan dalam program ini. Tindakan : Ahli Kumpulan 2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS. 2.1 TIADA

PERKARA BERBANGKIT

3.1 TIADA
PENUTUP a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi. b) Perbincangan berakhir pada pukul 6.15 petang dan akan bersambung pada minggu hadapan.

Disediakan oleh, .......................................... (PN. ZATUL ITRI MUZAFAR) Tarikh : 23 Februari 2012

Disemak Oleh, ................................ ( ) Tarikh :

You might also like