You are on page 1of 12

SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM 45800 JERAM KUALA SELANGOR

MINIT MESYUARAT GURU BIL. 1/ 2010 Tarikh Hari Masa Tempat Hadir: 1. Tn. Hj. Sakip bin Hj. Mansor 2. Pn. Hjh Kasmah bt Hamid 3. Pn. Maawiyah bt Salimon 4. En. Abd Hafiz bin Yusoff 5. En. Abd Razak bin Harun 6. En. Azmi bin Subhi 7. En. Harun bin Abd Ghani 8. En. Mat Saman bin Md Nasir 9. En. Mohd Akdi bin Yaakob 10.En. Mohd Azam bin Mohammad 11.En. Mohd Bakhit bin Ali 12.En. Normisyidi bin Md Said 13.Pn. Hasniza bt Badron 14.Pn. Norizan bt Tasar 15.Pn. Kalsum bt Sidek 16.Pn. Lailyah bt Hamid 17.Pn. Nor Azilina bt Miran 18.Pn. Zaleha bt Samsudin 19.Pn. Noraini bt Saari (Pengerusi) : 30 Disember 2009 : Khamis : 9.40 pagi : Bilik Mesyuarat, Sekolah Agama Menengah Jeram

20.Pn. Sabariah bt Hussein 21.Pn. Norhayati bt Sitor 22.Pn. Normah bt Samingan 23.Pn. Siti Radziah bt Pasro 24.Pn. Tursinah bt Abd Rahman 25.Pn. Suziana bt Mohd Ariffin 26.Pn. Faridah bt Mohamad 27.Pn. Habsah bt Ahmad 28.Pn. Norsilah bt Mispan 29.Pn. Zainon bt Osman 30.Pn. Rubinah bt Jonet 31.Pn. Siti Fauziah bt Hairuddin 32.Pn. Nur Amani bt Hairuni 33.Pn. Masrauza bt Basiran 34.Pn. Mahani bt Jaafar 35.Pn. Marlina bt Zaki 36.Pn. Maslipah bt Abdul Ghani 37.Cik Shahrima Yuswati bt Mohamad 38.Pn. Rosnita bt Tegoh 39.Encik Mat Saman bin Mohd Nasir 40.Pn Siti Raziah bt Pasro 41.Cik Nurul Azah bt Mohd Arop 42.Cik Mardiana bt Othman 43.Pn. Ita Azirah bt Ismail 44.Pn. Maslinda bt Mohd Noh EN SAKIP BIN HAJI MANSOR PN HJH KASMAH BT HAMID 2

PN MAAWIYA BT SALIMON EN BADROS BIN ABD BASIR EN ABD HAFIZ BIN YUSOFF EN ABD RAZAK BIN HARUN EN AZMI BIN SUBHI PN FARIDAH BT MOHAMAD PN HABSAH BT AHMAD PN HAFIZAH BT SAIDIN EN HARON BIN ABD GHANI PN HASNIZA BT BADRON PN KALSUM BT SIDEK PN LAILYAH BT HAMID PN MAHANI BT JAAFAR CIK MARDIANA BT OTHMAN PN MARLINA BT ZAKI PN MASRAUZA BT BASIRAN EN MAT SAMAN BIN MD NASIR CIK MAZIAH BT ABD HAMID EN MOHD AKDI BIN YAAKOB EN MOHD AZAM BIN MOHAMMAD EN MOHD BAKHIT BIN ALI EN. MOHD AZIZUL HAKIM PN NOR AZILINA BT MIRAN PN NORAINI BT SAARI PN NORHAYATI BT SITOR PN NORIZAN BT TASAR PN NORLIZA BT MD ZAINAL PN NORMAH BT SAMINGAN EN NORMISYIDI BIN MD SAID PN NORSILAH BT MISPAN PN NUR AMANI BT HAIRUNI CIK NURUL AZAH BT MOHD AROP PN ROSNITA BT TEGOH PN RUBINAH BT JONET PN SABARIAH BT HUSSEIN PN SITI FAUZIAH BT HAIRUDDIN PN SITI HAJAR BT KAIDA PN SITI RADZIAH BT PASRO PN SUZIANA BT MOHD ARIFFIN PN TURSINAH BT ABD RAHMAN PN ZAINON BT OSMAN PN ZALEHA BT SAMSUDIN PN ITA AZIRA BINTI ISMAIL PN MASLIPAH BINTI ABD GHANI CIK SHAHRIMA YUSWATI BINTI MOHAMAD PN MASLINDA BINTI MOHD NOH CIK IZZATI BT KHAIRUL AFANDI 3

RAJA NUR HIDAYAH BT RAJA AZMAN PN NOR HAZLIYANA BT YA'ACOB CIK NOR HANI BT JALUDIN EN AHMAD SHAUQI B SENIN 45.

Tidak Hadir: 1. En Badros bin Abd Basir

1.0

Ucapan Pengerusi 1.1 1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah; Pengerusi Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran guru-guru bagi mesyuarat kali pertama untuk 2010; Pengerusi memaklumkan agar setiap guru mengambil buku ringkasan mengajar untuk 2010 dan guru tingkatan menerima buku Jadual Kedatangan Murid dan buku ...; Pengerusi mengharapkan semua guru memberikan komitmen terhadap kehadiran dalam semua mesyuarat melibatkan guruguru. Kepada guru-guru yang tidak dapat hadir akan memaklumkan kepada pihak yang berkenan. Pengerusi juga memaklumkan Encik Abd Razak bin Harun tidak dapat hadir bersyarat; Pengerusi memaklumkan seramai 3 orang guru baru untuk sesi 2010 telah mendaftar iaitu Encik Ahmad Shauqi bin Senin, Puan Siti Norhazliyana binti Yaacob dan Puan Norhani binti Jaludin. Mereka diharapkan dapat menyumbangkan tenaga dan bekerjasama untuk masa depan dan kecemerlangan murid-murid; Pengerusi memaklumkan bahawa sekolah telah menerima penyelia asrama yang baru iaitu Encik Mohd Khalid yang mula bertugas pada............;

1.3

1.4

1.5

1.6

1.7Pengerusi memaklumkan murid tingkatan 1 akan mendaftar pada 5 Januari 2010 dan pelajar STAM akan mendaftar 18 Januari 2010. 4

Hampir semua murid tingkatan 1 yang mendaftar telah diterima iaitu lebih kurang 200 orang murid dan ada yang diisi daripada jabatan. Pengerusi berharap guru kelas dan guru penyelaras tingkatan 1 boleh mula bergerak untuk tugas-tugas dan persediaan hari mendaftar tingkatan 1 sesi 2010. 1.8Pengerusi memaklumkan dan membaca pekeliling yang diedarkan untuk setiap guru iaitu pekeliling berkaitan dengan tatacara dan kelakuan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam. Pengerusi berharap agar semua guru mematuhi pekeliling yang telah diedarkan dan pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa-apa yang menyalahi atau berkaitan dengan pekeliling tersebut. 1.9Pengerusi juga memaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah telah mengeluarkan arahan kepada semua guru di mana guruguru tidak boleh bercuti dalam tempoh 3 minggu pertama bulan Januari kecuali guru-guru yang terlibat dengan menanda kertas peperiksaan. 1.10 Pengerusi sekali lagi mengingatkan tentang tugas setiap guru dan tanggungjawap terhadap P&P serta membuat penilaian terhadap pelajar. Pengerusi juga merujuk kepada sesetengah guru yang masih gagal menyiapkan markah peperiksaan akhir tahun sesi 2009. Pengerusi kesal dengan apa yang berlaku dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi untuk masa akan datang. Pengerusi menasihatkan dan mengingatkan supaya guru-guru mengikut jadual yang telah ditetapkan supaya hal sedemikan tidak dipersoalkan oleh pelajar dan ibu bapa pelajar kelak. Tindakan : Makluman semua 2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Guru 2.1 Minit Mesyuarat Guru Sekolah Agama Menengah Jeram Bil. 3/2009 yang bertarikh 12 November 2009 telah disahkan oleh Encik Mohd Bakhit bin Ali dan disokong oleh Encik Mohd Akdi bin Yaakob. Tindakan : Makluman 3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1

Puan Norizan binti Tasar membuat pembetulan pada minit bil. 3/2009 pada muka surat 5 kerana kesalahan ejaan. Tindakan : Makluman

4.0

Takwim Organisasi Sekolah 2010 4.1 Takwim organisasi Sekolah 2010 dibentang dan disahkan. Puan Hafizah menbuat pembetulan takwim muka surat 26 berkaitan dengan sedikit perubahan guru tingkatan. Puan Norizan juga membuat pembetulan pada muka surat 20 berkaitan dengan pembetulan jawatan dalam unit LADAP Sekolah. Selain itu, Puan Kalsum memaklumkan di mana guru kanan mata pelajaran untuk STAM ditambah iaitu Encik mohd Azizul Hakim bin Hamdan. Tindakan : Makluman

5.0

Pembentangan Jadual Waktu 5.1 5.2 Pembentangan jadual waktu disampaikan oleh Puan Kalsum dan jadual waktu sesi 2010 telah diedarkan kepada setiap guru. Puan Kalsum memaklumkan bahawa ada sedikat perubahan telah dibuat daripada draf asal yang telah dibentangkan pada mesyuarat yang lepas kerana kehadiran guru-guru baru, atas permintaan guru yang akan membuat praktikal dan juga guruguru yang lain. Jika ada lagi sebarang permintaan tentang perubahan jadual, Puan Kalsum memaklumkan permohonan tersebut boleh dikemukakan langsung kepada Encik Akdi bin Yaacob. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa jika ada lagi kehadiran guru baru. Tindakan : Makluman 5.3 Puan Kalsum memohon supaya pihak yang berkaitan dengan STAM supaya pemberikan perhatian kepada sukatan pelajaran dan buku-buku atau kitab-kitab sebagai rujukan untuk guru. Penyelaras diminta menguruskan perkara tersebut. Tindakan : Penyelaras STAM

6.0

Hari Pertama Persekolahan 6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak jabatan akan datang melawat ke sekolah. Justeru, Pengerusi meminta supaya pada hari pertama persekolahan semua guru telah bersedia kerana jadual P&P dan bahan-bahan lain telah diedarkan kepada setiap

guru. Pengerusi juga berharap pada hari pertama persekolahan P&P akan berjalan lancar dan perhimpunan akan diadakan hanya pada masa pertama dan kedua sahaja. Sementara itu, guru tingkatan akan menguruskan kelas masing-masing. Tindakan : Makluman 6.2 Encik Bakhit meminta supaya lokasi kelas ditentukan dan kerjakerja pembaik-pulih yang dijalankan diselesaikan sepenuhnya memandangkan masih ada barang-barang yang tidak dipasang. Encik Bakhit juga bertanya tentang kedudukan murid tingkatan 5 untuk sesi 2010. Tindakan : Penyelaras tingkatan 6.3 Pengerusi memaklumkan kelas dikekalkan seperti sesi tahun lepas dan mencadangkan makmal dijadikan kelas sementara. Manakala untuk pelajar STAM, mereka akan ditempatkan di dewan setelah dibersihkan. Tindakan : Makluman 6.4 Pengerusi memaklumkan supaya pelajar yang gagal Bahasa Arab membuat rayuan jika masih berminat untuk meneruskan persekolahan di SAM. Jeram. Diminta guru kelas memaklumkan kepada pelajar untuk memastikan kelayakan mereka ke tingkatan 4, sesi 2010. Tindakan : Guru Kelas PMR, 2009 6.5 Encik Azmi memaklumkan buku teks akan diberikan kepada murid-murid pada hari pertama persekolahan. Encik Azmi juga memaklumkan bahawa buku teks untuk pelajar STAM masih lagi tiada dan memaklumkan bahawa Ustaz Akdi akan cuba mendapatkan stok buku tersebut dengan SAM Bukit Jawa. Pengerusi memohon agar dipercepatkan dan mendapatkan satu set salinan atau difotostart sebagai bahan contoh sebelum pelajar STAM mendaftar pada 18 Januari 2010. Tindakan : SPBT 7.0 Hal-hal lain

7.1

Kewangan 7.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mendapat laporan Audit 2008 dan pihak sekolah telah mendapat sijil berteguran dengan status tidak memuaskan. Pengerusi berharap kepada semua guru supaya bersamasama dengan pihak sekolah untuk mengatasi beberapa perkara yang telah ditegur berkaitan dengan pengurusan kewangan. Pengerusi juga mengingatkan kepada guruguru yang belum membuat serahan wang yuran persekolahan supaya membuat penyerahan segera pada hari ini. 7.1.2 Pengerusi membentangkan laporan Audit yang telah dihantar ke sekolah. Pengerusi memberi peringatan kepada semua supaya apa-apa yang berkaitan dengan kewangan akan dibuat mengikut peraturan Audit. 7.1.3 Pengerusi sekali lagi mengingatkan tentang dokumendokumen sokongan yang perlu disertakan untuk sebarang tuntutan bayaran. Dokumen sokongan itu adalah seperti resit pembelian, invois, bil pembelian ataupun kertas kerja. Bayaran daripada pihak sekolah hanya akan dilakukan apabila dokumen lengkap seperti yang tersebut disertakan dengan lengkap jika tidak sebarang pembayaran tidak akan diuruskan. 7.1.4 Pengerusi juga memaklumkan tentang lebihan peruntukan perkapita di mana Pengerusi meminta agar lebihan peruntukan perkapita hanyalah 10 peratus. Pada tahun lepas Audit mendapati bayaran lebihan perkapita adalah melebihi 10 peratus. Oleh itu, dinasihatkan agar sekolah membuat perancangan kewangan yang teliti dengan ketua bidang masing-masing. Tindakan : Makluman

7.2

Encik Akdi mengemukakan cadangan supaya pelajar tingkatan 5 menggunakan buku yang sama dengan buku yang digunakan oleh pelajar tingkatan 6 bagi subjek SMA dan cadangan ini disokong oleh Encik Azam. Pengerusi menerima cadangan tersebut tetapi setiap subjek hendaklah dikaji terlebih dahulu dan dibuat tapisan. Tindakan : Guru STAM

7.3

Minggu Orientasi Tingkatan 1, 2010 7.3.1 Orientasi tingkatan 1 pada tahun 2010 hanya akan diadakan selama seminggu sahaja iaitu akan tamat pada 11 Januari 2010. Pada hari Selasa, 12 Januari 2010 P&P untuk murid tingkatan 1 akan bermula. 7.3.2 Kedudukan kelas untuk tingkatan 1 adalah berdasarkan kepada keputusan UPSR dan tingkatan 1 akan dibuka sebanyak 5 kelas seperti sesi persekolahan 2009. Tindakan : Guru tingkatan 1, Penyelaras tingkatan 1

7.4

Encik Bakhit bertanyakan perkembangan terbaru tentang padang Futsall sekolah dan jumlah bayaran yuran sekolah serta maklumat terkini tentang kantin sekolah. Pengerusi memaklumkan padang tersebut masih belum selesai sepenuhnya di mana lampu dan sumber air belum lagi dipasang. Berkaitan yuran sekolah Pengerusi memaklumkan yuran mengikut apa yang dikeluarkan oleh pekeliling. Manakala berkaitan dengan kantin sekolah, proses sudah selesai cuma tunggu keputusan daripada pihak PPD. Pengerusi juga memaklumkan yang sekolah telah menerima Penender Dewan Makan yang baru. Tindakan : Makluman

7.5

Encik Azam meminta pihak terlibat mengkaji semula hal yang berkaitan dengan pembuangan murid asrama kerana mereka yang dibuang asrama kebanyakkannya menghadapi masalah disiplin. Sebolehnya mereka ini juga dibuang daripada sekolah. Mengikut kes yang terdahulu, Puan Maawiah memaklumkan bahawa pihak sekolah menasihatkan ibu bapa pelajar supaya memindahkan anak mereka yang terlibat dengan kes ini ke sekolah lain tetapi tidak persetujui oleh ibu bapa berkenan. Tindakan : Makluman

7.6

Puan Hafizah membentangkan Akaun Kelab Guru dan Kakitangan 2009 dan juga Akaun Kedai Sekolah. Puan Hafizah memaklumkan masih ada tunggakan bayaran daripada kakitangan sekolah. Puan Hjh. Kasmah bertanyakan tentang peruntukan hadian perpindahan sama ada ditetapkan atau sebaliknya. Peruntukan hadiah perpindahan adalah berdasarkan kepada masa berkhidmat. Puan Hafizah juga membuka cadangan supaya Kelab

Guru dan Kedai Sekolah diasingkan dan dipersetujui oleh Pengerusi. Tindakan : Makluman 7.7 Ustazah Kalsum memberikan sedikit nasihat dan muhasabah bersama tentang tanggungjawan kita semua sebagai seorang guru di mana, setiap guru diminta sama-sama meningkatkan iltizam dan semangat untuk menlahirkan anak-anak murid sebagai murid yang cemerlang. Meningkatkan keazaman dengan keimanan kepada Allah s.w.t dan boleh berubah contohnya berkaitan dengan pelaksanaan P&P yang tidak dijalankan sebagai satu amanah yang wajib dipikul oleh setiap insan yang bergelar guru kerana ada segelintir guru yang tidak masuk ke kelas. Semua yang dituntut itu adalah untuk anak-anak dan berharap tahun 2010 masalah ini tidak akan timbul dan berulang lagi. Semua guru harus masuk ke kelas dan melaksanakan P&P terutama guru agama supaya mendapat keberkatan. Tindakan : Makluman 7.8 Pengerusi mengucapkan terima kasih kerana memberikan komen secara telus dalam mesyuarat. Pengerusi mengalu-alukan komen secara telus diberikan dalam mesyuarat. Ingat mengingati adalah sebagai tanda kita manusia yang beriman. Encik Azam menyatakan sikap telus adalah satu sikap yang baik dan menyatakan bahawa masalah yang dikemukan oleh Puan Kalsum adalah berkait rapat dengan Penilaian Prestasi yang diberikan oleh pihak pentadbiran kepada guru sekaligus menjatuhkan semangat dan memberi kesan kepada P&P. Pengerusi memaklukan tentang penting P&P. Setiap guru perlu tahu kelebihan dan kesalahan diri sendiri. SKT bergantung pada P&P dan aktiviti lain perlu dibuat bersama. Pengerusi meminta supaya masing-masing muhasabah diri sendiri berkaitan dengan tanggungjawab terhadap P&P. Ustazah Kalsum bertanyakan tentang bayaran asrama di mana mengikut pekelilng telah dipotong ke 200 hari sahaja. Pengerusi memaklumkan kita mengikut pekeliling terkini dan perkara ini akan dibawa ke mesyuarat PIBG. Puan Hajar mencadangkan supaya pintu asrama dikunci sampai pukul 2.30 petang memandangkan P&P 2010 akan tamat pada

7.9

7.10

7.11

7.12

10

pukul 2.15 petang bagi mengelak daripada murid-murid yang tinggal di asrama terus balik ke asrama tanpa solat berjamaah. Tindakan : Makluman 7.13 Encik Bakhit meminta penjelasan tentang guru bertugas mingguan yang diputuskan 1 minggu 5 orang guru. Minta disenaraikan guru bertugas dan disediakan mengikut format yang telah disediakan. Pengerusi memaklumkan Ustazah Kasmah kan menyediakan senarai guru-guru yang bertugas. Tindakan : Pihak Pengurusan 7.14 Puan Maawiah memohon guru kelas supaya menyiapkan Jadual Kedatangan Pelajar dan kepada guru baru boleh bertanya guru lama. Setiap guru kelas perlu menyiapkan dan tutup Jadual Kedatangan Pelajar setiap bulan kerana akan timbul masalah jika dibawa kepada Audit. Buku Jadual Kedatangan perlulah dihantar ke pejabat setiap hari. Puan Maawiyah memaklumkan ada seorang guru yang masih tidak menyiapkan buku tersebut untuk sesi 2009. Tindakan : Guru tingkatan 7.15 Ustaz Azmi meminta supaya guru-guru yang masih tidak menghantar fail SPBT, menghantarnya ke bilik SPBT pada hari ini juga. Tindakan : Guru tingkatan

8.0

Penutup Mesyuarat ditangguh pada pukul 12.00 tengah hari dengan tasbih kifarah dan surah Al-asr. Tarikh: 30 Disember 2009

Disediakan oleh,

Puan Maslinda bt Mohd Noh

11

Disahkan oleh,

_______________________ ( )

Disokong oleh,

________________________ ( )

12

You might also like