You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Kali Kedua Jawatankuasa Permainan Tradisional, Bagi tahun 2012 Kelas PK /PJ/BM (03), IPG Kampus

Darulaman, Kedah.

Tarikh: 18 Januari 2012 Masa: 8.30 Pagi Tempat: Bilik Gimnastik Kehadiran: 21 Orang

AGENDA 1.0 Ucapan Pengerusi Permainan Tradisional

BUTIRAN 1.1 Pengerusi Permainan Tradisional iaitu Mohd Fardy Rafeq Bin Mohd Fisal mengucapkan terima kasih atas kehadiran Ahli Jawatankuasa Permainan Tradisional. 1.2 Beliau berasa bangga kerana kehadiran kali ini amat memberansangkan. Seramai 21 orang dapat hadir pada hari tersebut. 1.3 Beliau berharap agar mesyuarat berjalan lancar. Rakan-rakan digalakkan mengemukakan pertanyaan dan menyuarakan pandangan mereka dalam menyuarat kali ini.

TINDAKAN Makluman dan tindakan Pengerusi Permainan Tradisional

2.0 Pemilihan permainan tradisional

2.1 Pengerusi meminta menubuhkan 4 kumpulan pengelolaan permainan tradisional yang terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan. 4 kumpulan diagihkan kepada dua jenis permainan tradisonal iaitu anjung dan laman. 2.2 Setiap kumpulan perlu memilih satu jenis permainan untuk dikelolakan.

Makluman dan tindakan Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa berkenaan.

3.0 kertas konsep Permainan Tradisional

3.1 Perbincangan mengenai penyelarasan isi kandungan kertas konsep Permainan Tradisional 3.2 Tarikh penghantaran kertas konsep dalam tempoh seminggu selepas perbincangan.

Makluman dan tindakan Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa berkenaan.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin. Mesyuarat ditangguhkan.

Yang Menjalankan Tugas,

20 JANUARI 2012

.. (SITI SARAH BINTI ABDUL WAHAB SHAARI) Setiausaha, Jawatankuasa Permainan Tradisional PK/PJ/BM (03), IPG, Kampus Darulaman,PK/PJ/BM(03), Kedah

. (YUSAINY BIN AZIZAN) Pensyarah Penasihat, Jawatankuasa Permainan Tradisional IPG, Kampus Darulaman, Kedah.

You might also like