You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SMK BAHAU KALI KEDUA SESI 2012/2013

Tarikh Masa Tempat 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

: : :

23 Februari 2012 (Khamis) 3.00 petang Dewan Kuliah SMK Bahau

Kehadiran

En. Vellan a/l Raman En. Ramli bin Yahya En. Murthy a/l Baskaran Pn. Nur Izni bt Ahmad Tajudin Pn. Lee Siow Chin En. Valiapan a/l Govindan En. Kamarul Zaman bin Mohd Nasir Pn. Nor Hafiza bt Mohd Ali Cik Nurul Hazwani bt Mazlan Pn. Devanasam a/p Manickam En. Koh Yong Hong Pn. Siti Hawa bt Mohd Nor En. Baskaran a/l Koran Pn. Chew Sok Ha

Tidak Hadir : 1. 2. En. Suhaimi bin Mihat En. Murali a/l Marimuthu

Turut Serta : 1. 2. 3. 4. 5.

Tn. Hj Redzuan bin Tahar En. Pachappan a/l Rajagopal En. Hamdan bin Aziz En. Muhd. Faunizan bin Mohd Rani Pn. Amira bt Saupi

1. Ucapan Pengerusi. 1.1.


YDP PIBG, En. Ramli bin Yahya mengalu-alukan kedatangan semua guru-guru, Ajk-ajk PIBG dan kepada semua GPK yang turut serta. Sejumlah 20 buah komputer telah diperolehi dan telah dikendalikan oleh En. Hamdan. Beliau juga memaklumkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28 akan diadakan pada 23 Mac 202 dan dirasmikan oleh Dato V.S Mogan.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat.

2.1. Minit mesyuarat kali pertama sesi 2012/2012 disahkan.


Cadangan : En. Pachappan a/l Rajagopal Sokongan : En. Baskaran a/l Koran 3. Perkara Berbangkit.

3.1. YDP PIBG meminta senarai yuran PIBG dimasukkan ke dalam minit akan datang (rujuk
Lampiran). Tindakan : Setiausaha PIBG

4. Laporan Tuan Pengetua.


4.1. Mengalukan kedatangan semua ajk yang hadir.

4.2.

Tarikh Mesyuarat Agung PIBG adalah pada 23 Mac ini setelah beberapa kali ditangguhkan ekoran tiada tarikh yang sesuai untuk YB Dato Lilah merasmikan mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat akan dirasmikan oleh Dato V.S Mogan.

4.3. Mesyuarat kali ini diadakan untuk merancang perjalanan majlis mesyuarat Agung nanti supaya tidak berlaku sebarang masalah dan tiada kepincangan. 4.4. Untuk memantapkan akademik pelajar, pihak sekolah telah merancang beberapa aktiviti dan program-program kecemerlangan.

4.5.

Dari segi disiplin, tindakan awal untuk membanteras pelajar yang ponteng sekolah telah dilaksanakan iaitu mengadakan program khas seperti sistem menulis karangan dan memanggil ibubapa pelajar terbabit ke sekolah. Pelajar mestilah menandatangani kehadiran pada awal pagi dan pada waktu pulang.

4.6. Pada jam 1.20pm-2.40pm, Taska Suria akan menghantar 4 orang tenaga pengajarnya untuk pelajar kelas Peralihan bagi program Kindergarten Style. Ucapan ribuan terima kasih kepada Taska Suria dan mengharapkan sehingga akhir tahun ini, pelajar Peralihan dapat membaca. Tindakan : Bendahari PIBG

5. Laporan GPK 1. 5.1.


Pihak sekolah sedang giat berusaha untuk tingkatkan prestasi sekolah. Antaranya dengan menambah elektif untuk pelajar tingkatan 4 & 5 iaitu ERT. Namun, berlaku masalah apabila guru opsyen ERT yang dihantar telah berhenti. Pihak sekolah masih menunggu pengganti guru berkenaan.

5.2. Program lain ialah Program Perkampungan Ilmu PMR & SPM (rujuk kertas kerja). Meminta Pn. Amira menjelaskan program tersebut.

5.3.

Pn. Amira menyatakan, program ini diadakan seminggu untuk PMR ( 3-5 April) dan seminggu untuk SPM (10-12 April). Akan disertakan sekali untuk slot semua matapelajaran PMR dan SPM (25 matapelajaran semuanya). Memohon sumbangan dari PIBG, RM1500.00 untuk menampung kos program. RM1000.00 akan ditampung oleh panitia dan selebihnya dari pihak UBK. Ini kerana, pihak UBK tidak boleh menampung keseluruhan kos ekoran program-program lain yang bakal dijalankan sepanjang tahun ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar PMR dan SPM. Program ini antara lainnya menjemput pemeriksa-pemeriksa kertas yang berpengalaman seperti Teknik Menjawab, Bengkel, Seminar dan sebagainya. Dianggarkan, bayaran setiap satu subjek yang mengambil masa selama 2 jam adalah sebanyak RM 100.00 untuk penceramah yang dijemput. Semua ahli bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM 1500.00 Tindakan : Bendahari PIBG

5.4.

5.5.

5.6.

6. Laporan GPK HEM.


6.1. Mengucapkan terima kasih atas sokongan PIBG dalam menangani isu-isu berkaitan pelajar dan ibubapa.

6.2.

Untuk tahun 2012, seramai 141 orang pelajar layak memohon KWAPM. Namun, yang memohon adalah seramai 157 orang pelajar.

6.3. 8 orang pelajar telah menerima biasiswa TM. Bantuan lain yang disediakan adalah bantuan dari Koperasi meliputi bantuan kebajikan dan bantuan alatulis.

6.4.

Suntikan Tetanus Toxoid untuk pelajar tingkatan 3 telah dijalankan.

6.5. Untuk keceriaan kelas, bayaran telah dikenakan untuk setiap pelajar bagi mengecat kelas. Warna akan diseragamkan untuk semua kelas. 6.6. Disiplin pelajar bertambah baik dari tahun-tahun lepas. Namun, masih terdapat segelintir pelajar yang ponteng dan telah dikenakan hukuman yang membina seperti menyalin karangan sehingga ibubapa/penjaga mereka datang. Sepanjang 3 bulan berturut-turut, pelajar terbabit perlu tandatangan kehadiran mereka. 90% ibubapa/penjaga telah hadir. 6.7. Telah menerima panggilan dari PPD berkenaan laporan dari IPK yang mengatakan terdapat pelajar sekolah bermain judi. Kes masih dalam siasatan kerana pelajar terbabit berkemungkinan dari SMK Bahau atau SMK Bahau 2. Tindakan : Makluman

7. Laporan GPK Kokurikulum.


7.1. Pencapaian sepanjang 2 bulan pertama aktiviti kokurikulum sekolah adalah; Merentas Desa telah mendapat tempat ke-2 dan ke-4. 6 orang pelajar telah terpilih untuk bertanding di peringkat negeri. Bola Tampar memperoleh tempat ke-3 (lelaki bawah 18 tahun). 2 orang pelajar telah terpilih dan bertanding di peringkat Negeri (Naib Johan Negeri). 2 pelajar telah terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan yang akan diadakan di Sarawak. Boling menjadi Johan (lelaki bawah 15 tahun individu dan berpasukan) 2 wakil sekolah raih Johan dan tempat ke-4 dan akan mewakili daerah Jempol. Badminton, Ping Pong dan Bola Jaring masing-masing ke Suku Akhir.

7.2. Akan datang, Kejohanan Olahraga diadakan pada 20-23 Mac di SBPI Jempol. 7.3. Mulai Mac, pertandingan-pertandingan seperti Forum, Pantun dan Kuiz akan diadakan. 7.4. Aktiviti Kokurikulum pada setiap Rabu dan 1M1S akan sentiasa ditambahbaik di mana sebelum pulang, pelajar dikehendaki berhimpun dan kedatangan pelajar diambil sekali lagi. 7.5. Atas permintaan pengusaha bas, pelajar akan dilepaskan awal iaitu 15 minit sebelum 4.30pm pada setiap Rabu. 7.6. Memohon keprihatinan PIBG khususnya kos untuk menampung latihan Boling bagi pelajar yang layak mewakili sekolah ke peringkat Daerah Jempol/Jelebu.

Tindakan : Makluman

8. Laporan PPKI.
8.1. Rancangan Peajaran Individu (RPI) dirancang untuk setiap murid berpandukan kepada potensi masing-masing. Seorang murid satu RPI.

8.2.

Kelas tambahan bagi pelajar PPKI yang bakal mendududki PMR tahun ini akan diuruskan cikgu PPKI dengan kerjasama Ketua Bidang.

8.3. Disiplin terkawal dimana pelajar-pelajar dilatih sentiasa beratur samada ketika makan mahupun pada waktu perhimpunan. 8.4. Masih terdapat seorang murid yang tidak mendapat Elaun Murid Khas (EMK). Akan memohon online pada fasa ke 2 nanti. 8.5. Pengakap adalah unit beruniform rasmi PPKI pada tahun ini. Manakala program 1M1S bagi PPKI adalah kelab Petanque dan dipertandingkan sehingga peringkat kebangsaan. 8.6. Minggu depan Kelab Penyayang akan mengadakan Hari Interaksi bersama Tuan Pengetua dan GPK Kokurikulum. 8.7. Mengamalkan kebebasan penuh kepada pelajar PPKI untuk bersaing bersama aliran perdana dimana seorang pelajar PPKI telah mewakili sekolah dalam kejohanan Daerah Badminton dan 2 orang mewakili sekolah Bola Tampar (Daerah) kategori L15. Tindakan : Makluman 8.8. Bagi Program Jom Alas Perut(JAP), satu kutipan wang telah dijalankan dan memohon untuk dimasukkan ke dalam akaun PIBG. Pengeluaran duit mestilh melalui Penyelaras PPKI dan Bendahari PIBG. Pengeluaran dihadkan sekali seminggu. 8.9. YDP menyokong penuh aktiviti-aktiviti yang dijalankan PPKI dan meluluskan sumbangan sebanyak RM 450.00. Tindakan : Bendahari PIBG

9. Laporan Pusat Sumber Sekolah.


9.1. Pada 25 Februari akan diadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pengawas-pengawas PSS. 9.2. Kursus akan dikendalikan oleh Pn. Aminah bt Ibrahim dari PKG Bahau.

9.3.

Memohon sumbangan dari PIBG untuk membiayai sebahagian kos iaitu makanan untuk 50 orang pelajar dan 6 guru sebanyak RM 300.00. Permohonan sumbangan telah diluluskan. Tindakan : Bendahari PIBG

10. Laporan Kewangan.

10.1.

Pn. Lee Siow Chin telah membentangkan laporan kewangan PIBG bagi tempoh Januari hingga Disember 2011 dan Januari hingga Februari 2012 berdasarkan kepada lampiran yang telah diedarkan kepada semua AJK PIBG yang hadir.

Tindakan : Makluman

11. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28. 11.1.


Sediakan surat jemputan untuk Dato V.S Mogan, PPD, JPNS, guru-guru dan ibubapa penjaga. Sediakan 3 teks ucapan untuk ucapan Tuan Pengetua, YDP PIBG, dan salah satu wakil JPNS/PPD. Tindakan : Setiausaha PIBG

11.2.

11.3.

Adakan jawatankuasa kecil pelaksanaan dan tetapkan sumbangan untuk pelajar cemerlang PMR dan SPM iaitu RM 150 (pelajar yang straight A). Tiap-tiap A matapelajaran akan memperoleh RM 10.

11.4.Wujudkan Ajk Sambutan untuk Kompang.

11.5.

Untuk menggalakkan kehadiran, cadangkan pembahagian wang KWAPM kepada ibubapa dalam bentuk voucher RM100.

11.6.Minta jasa baik En. Murthy untuk sediakan perkhidmatan bas kepada ibubapa. 11.7.GPK 1 meminta supaya nombor cabutan bertuah diasingkan antara guru dan ibubapa bagi mengelakkan kekeliruan. 11.8.YDP meminta semua ajk ibubapa bersama-sama mencari sumbangan samaada dalam bentuk hamper atau tunai. 11.9.Pengetua menjelaskan supaya sebarang soalan/cadangan/usul dari ajk-ajk PIBG tidak dibangkitkan semasa Mesyuarat Agung nanti. Sebaliknya ajk-ajk dipertanggungjawabkan untuk menjawab/menerangkan sebarang soalan yang dibangkitkan ibubapa nanti. 11.10. Hadiah, yuran akan dibincangkan pada Mesyuarat Agung nanti.

11.11. Pengetua menjelaskan sekolah masih mengalami kekurangan guru opsyen BM. Sudah
memohon guru ganti.

11.12. Pengetua menjelaskan, sekolah masih mengalami masalah paip bocor. Sudah mohon peruntukan RM 35 ribu untuk mengatasi masalah ini termasuklah tandas. 11.13. SMKB telah mendapat 5 bintang dan sijil penyertaan dalam SSQS (Pembestarian Pendidikan). SMKB juga telah dipilih melaksanakan program pembelajaran ICT pada setiap Rabu selama 2 jam 30 minit untuk setiap kelas. Tindakan : Makluman

12. Hal-hal Lain. 12.1.


Tuan Pengetua menjelaskan, untuk meningkatkan pencapaian akdemik, guru-guru perlu rangka program unuk pelajar PMR ddan SPM dan mestilah ada perancangan pembelajaran sendiri.

12.2.Sediakan rancangan strategik individu pelajar bermula dari pelajar PMR dan SPM secara berperingkat. 12.3.Target pelajar yang dapat semua A dalam PMR dan SPM dan letak gambar pelajar terbabit di papan kenyataan.

13. Ucapan Penangguhan. 13.1.YDP mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Beliau berharap ajk-ajk terus bekerja keras dalam mencapai kecemerlangan agenda-agenda yang telah dibincang dan dipersetujui bersama.

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.45 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

( Pn. Nur Izni bt Ahmad Tajudin )

Setiausaha I PIBG 201/2012 SMK Bahau

You might also like