You are on page 1of 17

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

INSTITUSI PEMERINTAHAN, EKONOMI DAN SOSIAL DI ASIA TENGGARA Institusi Pemerintahan di Negara-negara Asia Tenggara Secara umumnya, pemerintahan tradisional di negara-negara Asia Tenggara sebelum kedatangan penjajahan Barat terbahagi kepada dua iaitu sistem pemerintahan Beraja dan sistem pemerintahan pembesar. Sistem pemerintahan beraja pada umumnya telah dilaksanakan di kebanyakan negara di Asia Tenggara termasuk Indonesia, Tanah Melayu, Siam dan Indo-China. Dalam pemerintahan beraja, setiap kerajaan diketuai oleh seorang raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan dibantu oleh para pembesar. Selain sistem pemerintahan beraja, sistem pemerintahan yang turut diamalkan di Asia Tenggara adalah sistem pemerintah pembesar seperti yang diamalkan oleh Filipina. Kewujudan sesebuah kerajaan di sesebuah negara di Asia Tenggara telah datang silih berganti dengan jatuh bangun banyak ketamadunan seperti Kesultanan Melayu Melaka yang jatuh apabila pusat pentadbirannya Melaka diduduki Portugis, kemerosotan Kesultanan Samudra-Pasai di Indonesia dan Dinasti Ayutthaya di Siam akibat persengketaan dalaman dan perang dan banyak lagi kerajaan yang muncul dan jatuh pada periode sebelum kedatangan penjajah di Asia Tenggara.

Pemerintahan Beraja Kebanyakan negara di Asia Tenggara pada periode pra penjajah adalah tertumpu kepada sistem pemerintahan beraja. Menurut David J. Steinberg et al (1971) dalam buku Mengenali Sejarah Asia Tenggara Moden, beliau menjelaskan bahawa antara negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Beraja di Asia Tenggara sebelum era pra penjajahan termasuklah pemerintahan Raja-raja Buddha di bawah Dinasti Konbaung di Burma, Dinasti Chakri di Siam manakala negara-negara Indo-China seperti Kampuchea di bawah Dinasti Khmer dan Laos tidak lagi mempunyai Raja yang berdaulat dalam erti kata yang sebenarnya apabila kedua-duanya dihimpit oleh perebutan wilayah oleh dua buah kuasa besar ketika itu iaitu Dinasti Ayutthaya dan Dinasti Chakri kemudiannya di Siam dan Kerajaan Vietnam Bersatu di bawah Maharaja Vietnam.
1

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Misalnya sewaktu zaman pemerintahan Raja Khmer seperti Raja Ang Duong dan puteranya Raja Norodom di Kampuchea (Kemboja) tarafnya adalah sebagai wakil pemerintah daripada kerajaan Siam sahaja.

Di Alam Melayu pula, wujud kerajaan Kesultanan seperti Kesultanan Johor-Riau, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Kedah yang tidak berpusat. Pusat kerajaan Melayu sebelumnya yang bernaung di bawah kekuasaan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka runtuh apabila kerajaan tersebut ditewaskan dalam perang menentang Portugis pada tahun 1511.

Menurut Andaya (1982), setelah kejatuhan Melaka satu lagi kerajaan Kesultanan Melayu telah mula meningkat naik reputasinya di Kepulauan Borneo iaitu Kesultanan Brunei yang menguasai sebahagian besar Utara Kepulauan Borneo, dan dari situ pula wujud Kesultanan Sulu yang memerintah wilayah Selatan Filipina seperti Mindanao.

Sistem pemerintahan bersultan adalah sistem pemerintahan yang diketuai oleh Raja beragama Islam berbeza dengan Raja yang beragama Buddha di negara-negara kebenuaan pada ketika itu seperti Siam, Burma dan lain-lain.

Sistem Pemerintahan Tradisional di Tanah Melayu Sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511, kesemua negeri di Tanah Melayu terletak di bawah naungan dan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya, kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka menyebabkan pengasasan dua buah kerajaan Kesultanan yang baharu oleh putera Sultan Mahmud Syah iaitu Kesultanan Johor-Riau dan Kesultanan Perak. Kemudiannya, apabila kerajaan Johor-Riau terpaksa berhadapan dengan ancaman Kesultanan Acheh, kerajaan Kesultanan di Negeri Sembilan telah diasaskan oleh para pembesar di negeri-negeri tersebut dengan perkenan Sultan Johor. Oleh itu, para pembesar telah menghadap Yang Dipertuan Besar Pagar Ruyung bagi merajakan anakandanya sebagai Raja di Negeri Sembilan, dan akhirnya baginda telah memperkenan untuk mengangkat anakandanya Raja Melewar sebagai raja di Negeri Sembilan dengan memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Selain itu, perpecahan dalam kerajaan Johor-Riau sejak pembunuhan Sultan Mahmud Syah II dan permulaan pengaruh Bugis dalam istana Johor telah
2

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

menyaksikan beberapa buah kerajaan Kesultanan baharu diasaskan di beberapa buah negeri termasuklah Kesultanan Terengganu oleh anakanda Bendahara Johor (Tun Zainal anak Tun Habib Abdul Majid Padang Saujana) dan pengasasan Kesultanan Selangor oleh orang-orang Bugis yang mengangkat Raja Lumu (Sultan Salehuddin Syah) sebagai Sultan Selangor yang pertama. Akhirnya, semasa penjajahan British di Tanah Melayu, terdapat sembilan buah kerajaan Kesultanan di Tanah Melayu termasuk Kesultanan Johor, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan. Di negeri-negeri yang mengamalkan pemerintahan Kesultanan, Sultan merupakan pemerintah tertinggi dalam sesebuah kerajaan, dan kebanyakan kerajaan tersebut menggunapakai Sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan negeri yang merupakan warisan Kesultanan Melayu Melaka. Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), melalui sistem pembesar empat lipatan, Sultan akan dibantu oleh para pembesarnya iaitu Menteri Empat yang utama dalam lapisan pertama, pembesar berlapan dalam lapisan kedua, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua. Empat pembesar terpenting dalam pentadbiran beraja (Menteri Empat yang Utama) adalah Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana yang mempunyai tugas masing-masing yang tersendiri. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan dalam sistem pentadbiran di sesetengah kerajaan di Tanah Melayu terutamanya di Kelantan dan Negeri Sembilan. Di Kelantan misalnya, sistem Jemaah Menteri telah diperkenalkan ketika pemerintahan Sultan Muhammad II yang mirip sistem pentadbiran moden dengan memperkenalkan beberapa buah jemaah Menter termasuk Menteri Penasihat Raja, Keadilan, Istana, Perang, Dalam Negeri, Luar Negeri, Perbendaharaan dan Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri. Di Negeri Sembilan pula, sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih telah digunapakai dalam pentadbiran negeri yang mendukung prinsip demokrasi seperti dalam pentadbiran moden Malaysia pada hari ini. Melalui Adat Perpatih, perlantikan pemimpin yang mentadbir negeri dibuat daripada peringkat terbawah dalam struktur masyarakat iaiatu Anak Buah melantik buapak,

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Buapak melantik Lembaga, Lembaga melantik Undang dan Undang melantik Yang diPertuan Besar. Di bawah pentadbirannya, Yang di-Pertuan Besar akan dinasihati oleh Undang yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Rembau, Johol dan Jelebu.

Sistem Pemerintahan Tradisional di Indonesia Di Indonesia pula, wujud kerajaan Kesultanan Acheh di Pulau Sumatera dan kerajaan-kerajaan kecil lainnya manakala di Kepulauan Jawa pula telah diperintah oleh Raja-raja Jawa. Menurut David J.Steinberg et al (1971), antara kerajaan Jawa yang terbesar pada masa penjajahan Belanda adalah kerajaan Mataram dan kerajaan-kerajaan kecil lainnya. Kedatangan Islam ke Pulau Jawa dalam abad ke 15 telah menyaksikan kemerosotan serius Empayar Majapahit terutamanya selepas kemangkatan Raja Hayam Wuruk. Kemudiannya muncul kerajaan-kerajaan Islam di Pulau Jawa seperti kerajaan Banten, Demak dan Cirebon sebelum sebahagian besar kerajaan kecil tersebut ditakluk oleh Kesultanan Mataram dalam abad ke 16. Oleh itu, semasa kedatangan Belanda ke Indonesia, hanya terdapat dua buah kerajaan besar di Pulau Jawa iaitu Kesultanan Mataram dan kerajaan Banten. Selain itu juga, wujud kerajaan-kerajaan Kesultanan di wilayah-wilayah lain di Indonesia termasuklah Kesultanan Makasar, Maluku, Inderagiri, Pagaruyung, Siak, Inderapura dan Riau-Lingga (perpecahan dengan Johor). Seperti pemerintahan beraja yang lainnya, kerajaan Kesultanan di Indonesia diketuai oleh seorang Sultan sebagai pemerintah tertinggi kerajaan dan dibantu oleh para pembesarnya. Di Pulau Jawa misalnya, pemerintahan Kerajaan Mataram dibantu oleh golongan priyayi iaitu golongan orang-orang besar, yang taraf mereka hampir setaraf dengan golongan kerabat diraja yang lain. Golongan priyayi adalah merupakan ahli keluarga para pembesar yang dilantik oleh Sultan.

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Di peringkat wilayah, pentadbiran wilayah di Pulau Jawa diketuai oleh seorang adipati manakala di peringkat daerah (kabupaten) pula, pentadbir daerah dikenali sebagai bupati (gelaran yang digunakan semenjak zaman Majapahit, bhupati).

Seterusnya, pada zaman pemerintahan Amangkurat I selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Agung, baginda telah bertindak memakai semula gelaran yang digunakan oleh masyarakat Jawa terhadap Raja pada era Hindu-Buddha iaitu Susuhuran.

Di bawah Susuhuran Amangkurat I, baginda telah bertindak menaikkan semula tradisi Jawa dalam pemerintahannya termasuk menghapuskan mahkamah Islam, membunuh para ulama Islam dan menggantikan kalendar Hijrah kepada kalendar Saka.

Semasa pemerintahan Amangkurat I, kerajaan Mataram telah mengalami zaman kemerosotannya dan kegagalan baginda untuk memulihkan Mataram telah menyebabkan baginda disingkirkan dalam satu pemberontakan dan dihalau keluar dari kraton (istana).

Sistem Pemerintahan Tradisional di Burma Sebelum kedatangan British di Burma, negara tersebut telah diperintah oleh Rajaraja daripada Dinasti Konbaung. Di bawah sistem pemerintahan Dinasti Konbaung, Raja berperanan sebagai penaung dan pengembang ajaran Buddha, penakluk negeri, tunggak kekuatan dan berperanan dalam memelihara adat resam tempatan. Konsep ajaran Buddha iaitu Dharma Raja menjadi asas kepada pemerintahan seseorang Raja di Burma, di mana Raja seharusnya menghayati dan melakukan tindakan-tindakan yang baik dalam pemerintahannya dan rakyat yang

mendampinginya akan berada di jalan yang benar. Seterusnya, ketaatan rakyat kepada Raja diperkukuh melalui ikatan daulat. Kedaulatan yang dimiliki oleh Raja di Burma adalah sangat tinggi dengan diberi sifat ketuhanan dan pelbagai peralatan kebesaran yang membezakan seorang Raja dengan rakyatnya.
5

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Misalnya, hanya Raja yang dibenarkan menaiki gajah putih kerana gajah tersebut disifatkan sebagai simbol kedaulatan dan lambang pengiktirafan kuasa ghaib kepada Raja.

Raja dalam Dinasti Konbaung dibantu oleh golongan Brahmin yang tinggal di istana. Golongan ini berperanan dalam menasihati Raja selain sebagai simbol dalam mengukuhkan lagi kedaulatan seorang Raja yang bersifat ketuhanan.

Dalam struktur pemerintahan Burma, baginda dibantu oleh golongan Hluttaw (Majlis Diraja) yang berfungsi untuk mentadbir Burma dengan kuasa Raja.

Majlis Diraja Hluttaw terbahagi kepada tiga iaitu perbendaharaan, hal ehwal dalam negeri dan kehakiman.

Seterusnya, para pegawai tinggi kerajaan yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal negeri dikenali sebagai Wun manakala pegawai diraja dikenali sebagai Ahmudan.

Di peringkat wilayah, pentadbiran wilayah terletak di bawah kuasa Myothugyi manakala pembesar tradisional dikenali sebagai Athi.

Struktur masyarakat di Burma pula terbahagi kepada empat lapisan iaitu golongan diraja, Brahmin, pedagang dan rakyat kebanyakan.

Sistem Pemerintahan Tradisional di Indochina Di Vietnam, sistem pemerintahan oleh Maharaja telah digunapakai apabila kerajaan Vietnam Bersatu telah ditubuhkan. Menurut Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978), dalam abad ke 18, wilayah kekuasaan Vietnam telah terpecah dua akibat daripada persengketaan keluarga Trinh dan Nguyen untuk menguasai Vietnam. Oleh itu, sebagai penyelesaiannya Vietnam terbahagi dua selama hampir dua ratus tahun di mana wilayah Tonkin diperintah oleh Kerajaan Trinh manakala wilayah Annam dikuasai oleh Kerajaan Nguyen. Kerajaan Nguyen yang berwawasan telah menjajah wilayah-wilayah Kampuchea dan Laos sehingga kedua-dua negara tersebut hampir lenyap daripada peta dunia. Walaubagaimanapun, berlaku pemberontakan Tayson untuk menguasai Vietnam. Pemberontakan ini telah berjaya menundukkan Dinasti Trinh di Tonkin dan Dinasti

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Ngunyen di Annam dan maharaja kedua-dua wilayah terpaksa mendapat perlindungan politik di istana Rama I di bawah Dinasti Chakri Siam. Pengusiran itu telah menandakan penguasaan Tayson bersaudara ke atas Vietnam pada tahun 1788. Vietnam yang bersekutu dengan Dinasti Chakri pada ketika itu tidak mampu membantu menyekat penguasaan Tayson Bersaudara kerana Perang Siam-Burma yang berlaku pada ketika itu di antara Dinasti Chakri dan Dinasti Konbaung di bawah pemerintahan Raja Bodawpaya. Hanya pada 1802, Vietnam dapat dikembalikan kepada Dinasti Ngunyen dan Trinh apabila bala tentera Chakri dan tentera Perancis berjaya mengusir Tayson Bersaudara turun daripada takhta kerajaan. Sejak itu, Annam dan Tongkin disatukan di bawah pentadbiran tunggal yang dikenali sebagai Vietnam Bersatu dan Ngunyen Anh melantik dirinya sebagai Maharaja Gia-Long. Dalam struktur pentadbiran di Indochina, pengaruh China dalam pentadbiran agak kuat di mana setiap birokrasi dalam pentadbiran dikuasai oleh golongan Mandarin yang dipengaruhi sistem pentadbiran di China. Golongan Mandarin dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusateraan China dan dikehendaki menjalani dua peringkat utama iaitu peperiksaan rendah di peringkat wilayah dan peperiksaan tinggi di peringkat negara. Dua pusat kuasa dalam pemerintahan di Indochina adalah Maharaja dengan majlis dalamannya dan sebuah birokrasi tetap. Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri telah ditubuhkan berperanan untuk menguruskan perbendaharaan kecil yang menyimpan barang ufti yang diterima oleh Maharaja. Secara asasnya, susunan pentadbiran kerajaan pusat di Indochina diketuai oleh enam buah Lembaga (birokrasi) merangkumi Lembaga Perlantikan, Kewangan, Upacara, Perperangan, Keadilan dan Kerjaraya. Kemudiannya, beberapa jabatan telah diperkenalkan termasuklah Pejabat Setiausaha Besar dan Majlis Privy.

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Sistem Pemerintahan Tradisional di Filipina Filipina sebelum kedatangan penjajah Sepanyol ke negara tersebut telah melaksanakan sistem pemerintahan berasaskan kuasa pembesar. Filipina tidak mempunyai sistem berkerajaan yang menguasai negara tersebut di mana pemerintah yang ada di Filipina hanyalah bersifat ketua kepada sesebuah penempatan. Menurut Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978), bentuk masyarakat yang terdapat di Filipina adalah berasaskan tiba dan tinggal, di mana apabila sesuatu kumpulan itu tiba di sesebuah kawasan dan mereka merasakan kawasan tersebut sesuai untuk dijadikan perkampungan, mereka akan menetap di situ tanpa perlu kepada kebenaran daripada mana-mana pihak yang memperakukan bahawa sesuatu kawasan berada di bawah naungan dan taklukan mereka seperti yang terdapat di negara-negara lain di Asia Tenggara. Dalam setiap komuniti, kawasan perkampungan tersebut akan dikenali sebagai barangay. Panggilan barangay itu pada dasarnya merujuk kepada village (perkampungan). Hal ini bermakna, pemerintahan yang wujud di Filipina adalah pemerintahan paling asas dalam pemerintahan di negara lain yang kebiasaannya melibatkan peringkat yang lebih tinggi daripada pemerintahan di peringkat kampung. Kebiasaanya, di negara lain di Asia Tenggara gabungan kampung-kampung akan mewujudkan daerah, dan daripada gabungan daerah-daerah mewujudkan negeri dan negara. Apabila wujud negara atau negeri, maka wujudlah pemerintahan beraja sebagai pemerintah tertinggi. Asas ini yang terdapat di kebanyakan negara Asia Tenggara walaubagaimanapun tidak terdapat dalam sistem pemerintahan di Filipina. Di setiap barangay tersebut, pembesar paling berkuasa adalah golongan datu yang kebiasaannya dilantik dalam kalangan mereka yang paling berumur dan berpengalaman dalam kalangan mereka. Setiap barangay pula kebiasaannya berskala penduduk dalam lingkungan 500 orang bagi setiap barangay manakala di barangay yang besar, jumlah penduduk boleh mencecah seribu orang atau lebih. Barangay boleh dianggap sebagai sebuah komuniti penduduk yang berasaskan keluarga. Hal ini kerana, petempatan tersebut
8

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

dibuka oleh keluarga-keluarga dan jumlah keluarga mereka kemudiannya berkembang dari satu generasi ke generasi yang lain. Oleh kerana tanah merupakan asas terpenting kepada pembentukan pemerintahan barangay, maka wujudlah perbezaan kelas dalam sesebuah barangay iaitu pertama golongan datu dan kaum kerabatnya, kedua golongan bangsawan, ketiga orang bebas dan keempat hambahamba yang ditugaskan mengerjakan pertanian di sesebuah barangay. Selain itu, terdapat juga golongan penyewa tanah dalam struktur masyarakat di sesebuah barangay. Walaubagaimanapun, kedatangan Islam ke Kepulauan Borneo yang berhampiran dengan Kepulauan Sulu di Filipina telah membawa kepada pembentukan kerajaan Islam di Filipina di bawah Kesultanan Sulu. Kesultanan Sulu adalah merupakan sebuah pemerintahan beraja Islam, setelah masyarakat di Kepulauan Sulu menganut agama Islam semenjak abad ke-13 yang dibawa oleh tokoh seperti Tuan Masyaika (Syeikh) dan Tuan Maqbalu. Buktinya, ketika Karim al-Makhdum tiba di Buansa pada 1380 telah wujud komuniti Islam di sana. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah dalam buku Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional komuniti tersebut akhirnya berkembang menjadi sebuah kerajaan yang bersultan apabila penduduk Sulu mengangkat menantu kepada Raja Baguinda sebagai pengganti baginda memimpin wilayah Sulu. Penduduk Sulu telah melantik Sayyid Abu Bakr, seorang ulama Arab dari Palembang yang berkahwin dengan puteri Raja Baguinda sebagai Sultan Sulu yang pertama dan memakai gelaran Sultan Syarif al-Hashim dan memerintah sehingga 1480M. Kekuasaan wilayah Kesultanan Sulu meliputi Kepulauan Sulu, Selatan Zamboanga, Palawan dan juga Pantai Timur Sabah di Kepulauan Borneo.

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

SISTEM EKONOMI DI ASIA TENGGARA Ekonomi Sara Diri Masyarakat Asia Tenggaral telah mempunyai satu bentuk sistem ekonomi sara diri sejak awal lagi. Sistem ekonomi sara diri yang terbentuk cukup untuk menyara hidup tertumpu kepada kegiatan pertanian, penternakan binatang, pungutan hasil hutan, dan perlombongan secara kecil-kecilan. Melalui ekonomi sara diri, para petani menggunakan cara pertanian yang asas sahaja iaitu penggunaan peralatan tradisional dan tenaga binatang. Tenaga manusia pula terdiri daripada anggota keluarga. Lebihan hasil akan ditukarkan untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang tidak dapat mereka keluarkan. Antara tanaman yang terpenting yang menjadi makanan ruji utama di Asia Tenggara adalah nasi. Oleh itu, penanaman padi merupakan aktiviti pertanian terpenting bagi mendapatkan beras yang diproses daripada pokok padi. Terdapat dua jenis tanaman padi iaitu padi huma yang ditanam di lereng bukit dan padi sawah yang ditanam di tanah rata yang mempunyai saliran air. Di Asia Tenggara, antara kawasan penanaman padi yang utama mengikut negara termasuklah Pulau Jawa di Indonesia, Utara Tanah Melayu, kawasan Delta Irrawady di Burma, Luzon di Filipina dan lembangan Sungai Mekong di Vietnam. Selain penanaman padi, pertanian sara diri juga mengusahakan penanaman tanaman lain seperti pisang, jagung, ubi kayu, dan buah-buahan. Di samping itu mereka juga menjalankan kegiatan menternak dan memburu binatang, mengumpulkan hasil-hasil hutan, menangkap ikan. Terdapat sebilangan kecil yang mengusahakan

perlombongan sebagai kerja sambilan.

Ekonomi Dagangan Sebelum kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara, ekonomi dagangan telah mula diperkenalkan oleh para pemerintah terutamanya dalam usaha memenuhi tuntutan para pedagang dari seluruh dunia.

10

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Misalnya, perkembangan perdagangan di antara China dan India telah menyebabkan berkembangnya pelabuhan-pelabuhan di sepanjang laluan perdagangan tersebut terutamanya di Selat Melaka.

Oleh itu, aktiviti ekonomi berasaskan sara diri sebelumnya diubah kepada ekonomi dagangan berdasarkan permintaan dalam pasaran.

Misalnya, di Kepulauan Rempah (Maluku) Indonesia, permintaan terhadap cengkih dan buah pala telah menggalakkan pengeluaran bahan-bahan tersebut manakala pengeluaran lada hitam di Siak juga telah dipertingkatkan untuk perdagangan.

Di Tanah Melayu, hasil galian seperti emas dan bijih timah menjadi penting untuk perdagangan di pelabuhan semenjak era Kesultanan Melayu Melaka.

Emas kebanyakannya dilombong di Hulu Pahang manakala wilayah Pantai Barat Tanah Melayu seperti Sungai Ujong, Kelang dan Manjung kaya dengan hasil galian seperti bijih timah.

Selain itu di Johor, sistem pengkomersialan tanaman lada hitam telah diperkenalkan dengan membawa masuk buruh Cina bagi memajukan perusahaan tersebut di bawah Sistem Kangcu.

Di Burma, aktiviti ekonomi dagangan tertumpu kepada penjualan kayu jati yang merupakan kayu yang bermutu tinggi bagi membina kapal, selain penanaman padi yang menjadi sumber aktiviti ekonomi utama di negara tersebut.

Di Indochina pula, aktiviti perlombongan menjadi aktiviti ekonomi dagangan yang penting terutamanya perlombongan bijih besi dan aktiviti pertanian dagangan seperti beras, tembakau, teh dan kopi.

Di Filipina pula, perlombongan seperti arang batu, batu kapur dan perak menjadi penting dan aktiviti pertanian dagangan seperti beras, tembakau, teh dan kopi turut dijalankan.

11

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

SISTEM SOSIAL Sistem Feudal Sistem feudal pada asasnya merujuk kepada sistem pemusatan kuasa pemerintahan kepada seseorang individu (kebiasaannya raja) dan bukannya struktur pemerintahan berpusat seperti dalam dunia moden hari ini. Dalam sistem feudal terdapat hierarki masyarakat yang berbeza-beza dalam sesebuah kerajaan mengikut taraf mereka. Di rantau Asia Tenggara, sistem feudal yang wujud adalah berasaskan masyarakat pertanian yang merupakan satu ciri umum utamanya. Raja adalah kuasa yang besar dan dianggap sebagai pemilik tanah yang boleh ditemui di semua kerajaan Asia Tenggara. Raja dianggap sebagai pemilik tanah seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tiga Tera di Siam serta perundangan di Burma. Raja dianggap sebagai tuhan yang mempunyai kuasa mutlak terhadap semua aspek termasuk kehidupan rakyat yang turut ditentukan oleh raja. Dalam masa yang sama, raja juga bergantung kepada pembesar daerah terutama dalam melaksanakan segala keperluan pemerintahan ataupun keperluan yang berbentuk peribadi. Sebelum kehadiran pihak Barat, sistem feudal yang dilaksanakan di Asia Tenggara menjelaskan bahawa kuasa pembesar wilayah adalah cukup besar. Dalam keadaankeadaan tertentu, kuasa pembesar lebih besar daripada raja atau pembesar pusat. Berdasarkan kelayakan serta pengaruh tertentu, golongan pembesar telah menerima anugerah yang besar daripada raja termasuk mentadbir sebuah wilayah. Di Burma, sistem feudal yang wujud merupakan kesan daripada kebergantungan raja kepada golongan pembesar terutama Myowun (gabenor) dan Myosa (pembesar wilayah). Di ibu negeri terdapat empat orang Myowun yang mengendalikan hal ehwal tempatan, setiap orang mentadbir sebuah daerah di ibu negeri tersebut. Myowun yang berada di luar ibu negeri menjalankan kuasa atas dasar feudal iaitu mereka mempunyai kuasa besar memungut cukai sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada hasil tahunan rakyat. Sebahagiannya dihantar kepada raja di pusat dan sebahagiannya disimpan untuk kegunaan sendiri.

12

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Masyarakat Vietnam pula masih berpegang kepada sistem tradisi. Sistem pemerintahan di bawah Maharaja Gia Long dan selepasnya adalah bercorak birokratik yang berasaskan hierarki Mandarin.

Negara dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu Annam, Tongking dan Cochin-China. Wilayah Annam terletak di bawah kuasa raja manakala dua wilayah lagi dikuasai oleh wizurai yang mempunyai kuasa yang sangat besar. Wilayah-wilayah ini kemudiannya dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil termasuk Provinci, Phu, Huyen, Tong, dan Kemun di mana setiap bahagian di tadbir oleh seorang pembesar. Pembahagian ini menyebabkan kerajaan pusat kurang memberi perhatian dan menyebabkan para pembesar mengukuhkan kedudukan masing-masing. Walaupun raja berkuasa mutlak, namun dalam keadaan sebenarnya, pembesar Mandarin yang menjalankan sistem sosial dan pemerintahan Vietnam.

Di Pulau Jawa Indonesia misalnya, Raja (Susuhuran/Sultan) sebagai pemerintah tertinggi negara terletak di kedudukan teratas dalam struktur politik, diikuti oleh golongan diraja, pembesar dan priyayi di lapisan kedua, rakyat kebanyakan di lapisan ketiga dan golongan hamba di lapisan keempat.

Dalam sistem kerajaan Kesultanan di Tanah Melayu pula, Sultan berada di kedudukan paling atas, diikuti oleh kerabat diraja, golongan pembesar, ulama dan cendekiawan di lapisan kedua, rakyat yang merdeheka di lapisan yang ketiga dan golongan hamba di lapisan keempat.

Sistem Agama dan Kepercayaan Terdapat empat agama anutan utama di Asia Tenggara iaitu Islam, Hindu, Buddha dan Confucianisme.

1. Hindu Agama Hindu merupakan salah satu daripada agama utama di dunia yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Malah agama hindu adalah agama besar dunia yang terawal di Asia Tenggara. Agama Hindu berasal daripada India.
13

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Perkataan Hindu berasal daripada perkataan Sindhu yang berkaitan dengan Sungai Indus. Terdapat dua mazhab yang penting dalam dalam Agama Hindu iaitu Mazab gairisme yang menyembah Dewa Siva dan Mazhab vaishnavisme yang menyembah Dewa Vishnu.

Penganut hindu percaya kepda jelmaan tuhan. Menurut mereka, terdapat tiga jelmaan tuahan Dewa Brahma ( Dewa pencipta), Dewa Vishnu ( Dewa pelindung) dan Dewa Siva ( Dewa pemusnah) Dewa jelmaan ini dikenali sebagai Trimurti ( tiga penjelmaan).

Selain itu ajaran hindu adalah berasaskan empat kitab atau veda iaitu Reg veda, yajur veda,Atharva veda dan sama veda (Kitab-kitab Veda).

Penganut agama hindu percaya kepada hukum karma dan kelahiran semula. Hukum karma ialah nasib seseorang yang ditentukan berdasarkan perbuatan-perbuatan atau karmanya pada masa kehidupannya sebelum itu. Sekiranya karma seseorang itu baik dan mulia, apabila dia mati kelak dia akan menjelma semula dalam kehidupan baru yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Matlamat hidup penganut agama hindu ialah mencapai nirvana iaitu sesuatu keadaan dimana seseorang itu tidak akan dilahirkan semula ke dunia ini tetapi akan bercantum dengan alam semesta atau Dewa Brahma.

Agama Hindu disebarkan oleh ke negara-negara di Asia Tenggara dari India melalui aktiviti perdagangan di antara kerajaan-kerajaan awal di India dan Asia Tenggara. Pengaruh agama Hindu tersebar di Pulau Jawa di bawah kerajaan Majapahit, Srivijaya, kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu seperti Kedah Tua dan Gangga Negara, kerajaan Khmer di Kemboja dan kerajaan Funan di Kemboja yang merupakan kerajaan Hindu pertama di Asia Tenggara.

Kedatangan pengaruh Hindu ke Asia Tenggara dilakukan oleh para pedagang (vaisya), pendeta (brahmin) dan tentera (ksyatria), dan pengaruh Hindu diterima oleh masyarakat Asia Tenggara yang sebelumnya merupakan masyarakat pagan.

Sesetengah sejarawan berpendapat pengaruh ini merupakan salah satu proses indianisasi ke atas negara-negara Asia Tenggara yang dilakukan secara en-bloc dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk agama dan pemerintahan.

14

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Raja-raja di Asia Tenggara menerima pengaruh Hindu sebagai mengukuhkan kekuasaan mereka sebagai pemerintah, di bawah konsep daulat dan sakti yang diamalkan dalam agama Hindu termasuklah konsep dewa-raja, di mana Raja adalah wakil Tuhan untuk memerintah.

2. Buddha Agama Buddha adalah sebuah agama berbentuk falsafah yang diasaskan melalui ajaran Siddharta Gautama yang hidup pada abad ke-5 S.M. Ajaran ini kemudiannya telah tersebar ke India dan ke seluruh dunia terutamanya di Asia Tengah, Asia Tenggara dan Asia Timur. Terdapat tiga mazhab utama dalam agama Buddha iaitu Theravada, Mahayana dan Vajyarana dan berpegang kepada empat prinsip kebenaran yang mulia iaitu kebenaran mengenai dukkha (sengsara), sebab-sebab dukkha, kebebaran mengenai tamatnya dukkha dan cara menghentikan dukkha melalui lapan jalan yang mulia. Di Asia Tenggara, agama Buddha tersebar dengan meluas dan menjadi anutan utama masyarat di bawah dinasti Ayutthaya Siam, dinasti Ava Burma Hulu, selain kerajaan Shan dan Lao di timur Burma. Berdasarkan ajaran Buddha, setiap pemerintah yang beragama Buddha dikehendaki menerapkan unsur-unsur nilai dan moral dalam agama Buddha dalam

pemerintahannya.

3. Islam Kelahiran seorang Rasul (utusan Allah) di Tanah Arab pada abad ke-7 masihi yang bernama Muhammad telah berjaya menyebarkan pengaruh Islam ke seluruh pelusuk dunia. Nabi Muhammad bukanlah pengasas agama baharu, akan tetapi meneruskan ajaranajaran para Nabi dan Rasul yang terdahulu yang diutuskan termasuk Nabi-nabi Bani Israel (Yahudi) dan Nabi Isa (Kristian).

15

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Ajaran Islam adalah mengesakan Allah, yakni Tuhan itu adalah satu dan tunggal dan Dialah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu. Asas-asas agama Islam melalui rukun Iman dan rukun Islam telah berjaya membina tamadun di tengah-tengah kawasan masyarakat Arab yang jahil dan tidak bertamadun pada ketika itu.

Agama Islam menjadi pilihan dan anutan di seluruh dunia kerana ajarannya yang menyamaratakan semua manusia di sisi Tuhannya, konsep keadilan yang tidak mendiskriminasi antara darjat, keturunan, warna kulit dan gender, telah menyebabkan Islam tersebar jauh hingga ke China di Timur.

Di Asia Tenggara, peranan para pedagang Arab dan India Muslim yang menguasai perdagangan di antara Timur dan Barat telah menyebarkan pengaruh Islam sehinga ke Asia Tenggara.

Antara kerajaan-kerajaan yang menerima pengaruh Islam termasuklah kerajaan empayar Kesultanan Melayu Melaka dan segala jajahan takluknya di Tanah Melayu dan Sumatera, kerajaan Kesultanan Samudra-Pasai, kerajaan Kesultanan Acheh, kerajaan Mataram, kerajaan Banten di Indonesia, Kesultanan Brunei di Borneo dan Kesultanan Sulu di Filipina.

Pengaruh Islam telah menyebabkan pemerintahan di kebanyakan Asia Tenggara yang sebelumnya dipengaruhi oleh Hindu-Buddha beralih kepada pengaruh Islam dalam pemerintahan.

Antara pengaruh Islam dalam pemerintahan termasuklah penggunaan gelaran Sultan untuk Raja, selain pengenalan undang-undang Islam dalam pentadbiran.

4. Confucianisme Confucianisme bukannya agama yang berunsurkan kepercayaan ketuhanan tetapi adalah agama kebudayaan yang berkembang daripada falsafah bangsa-bangsa yang menganutinya dan berkembang di Tanah Besar China. Confucianisme adalah berkenaan dengan Li seperti ketaatan, penghormatan, tatasusila, kasih saying, kepatuhan kepada peraturan sosial dan sebagainya dan disanjung tinggi oleh golongan terpelajar dan pegawai kerajaan Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran
16

Nota SJH1106

Hazmanipda2012

Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan

mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik." Di Asia Tenggara, ajaran Confucianisme menjadi ajaran utama di Indochina terutamanya di Vietnam. Di bawah Dinasti Nguyen, Maharaja dibantu oleh para pegawai yang berfahaman Confucianisme dan sistem pemilihan pegawai juga adalah mengikut amalan yang dilaksanakan di Tanah Besar China.

17

You might also like