You are on page 1of 15

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

ABSTRAK

Kajian karya catan Dzulkifli Buyong ini merupakan sebuah hasil kajian mengenai karya catan yang telah dihasilkan oleh beliau. Kajian ini berdasarkan beliau mengaplikasikan asas seni reka dan organisasi rekaan dalam aliran pemikiran seni visual pada zamannya. Pilihan karya catan beliau yang bertajuk Kelambu, 1964 telah digunakan sebagai kajian untuk menunjukkan bahawa bagaimana beliau menggunakan kesemua aspek seni bagi menghasilkan sebuah catan yang menarik.

LATAR BELAKANG
1

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

DZULKIFLI BUYONG (1948-2004)


Dzulkifli Buyong dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1948 dan menerima pendidikan seni di Institut Victoria dari 1961 hingga 1965. Beliau belajar di Institut Victoria dan mengenali pelukis yang juga guru seni iaitu Patrick Ng yang merupakan ahli kumpulan seni Wednesday Art Group. Sebelum beliau berumur 19 tahun, beliau telah pun mempamerkan karyanya kepada umum dan telah memenangi banyak pertandingan. Beliau diangkat sebagai seorang yang luar biasa dan telah dianggap sebagai Remaja Sensasi Dunia Seni Malaysia kerana beliau telah menghasilkan beberapa lukisannya yang terkenal pada usia yang sangat muda. Pada usia 16 tahun, beliau telah memenangi pelbagai anugerah termasuk pingat emas dari Raja Permaisuri Agong, Tengku Budriah Tengku Ismail dan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Semasa dia berusia 17 tahun, beliau memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Melukis Poster Negara. Beliau adalah seorang tokoh yang biasa di Bilik Seni VI (kini Muzium Sekolah) dan terdapat mural di dinding bertahun-tahun dahulu di mana sebagai simbol mengingati beliau. Dzulkifli menerangkan dirinya sendiri: " Saya suka melukis kanak-kanak, permainan berwarna-warni, dan lukisan subjektif tentang sekeliling saya. Kecantikan tidak penting
2

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

yang lebih baik adalah perkara biasa bahawa orang lain tidak melihat. Setiap hari yang berlaku, khususnya kanak-kanak adalah keriangan mereka dan kegembiraan mereka."

Hadiah: 1962: Pertandingan Seni 4 Rakan Muda: Trofi Cabaran yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran Encik Khir Johari, dan 1, 2, 3 hadiah untuk pastel; Pertandingan Lukisan Kanak-Kanak Malaysia: pingat emas dari Di bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman, bagi kemasukan terbaik keseluruhan beliau; Persaingan Artis muda : 2 hadiah (pastel) 1963: "Ibu dan Anak" Pertandingan: 3 hadiah (minyak); 3 hadiah (pastel); Pertandingan Seni 5 Rakan Muda: 1 dan 2 hadiah (pastel); Bulan Bahasa Kebangsaan Poster Pertandingan; 3 hadiah. 1964: "Joy of Living" Pertandingan: Hadiah Ke-2 (Pastel); Pertandingan Inter-Sekolah Seni: 1 Hadiah (Kelapa), 2 hadiah (Kraf).

Pameran: 1962 - 1963: Pameran Rakan Muda yang ditaja oleh Majlis Sastera Malaysia; 1962 - 1965: Pameran Artis muda yang ditaja oleh Majlis Sastera Malaysia; 1962 - 1966: Pameran Tahunan Rabu Kumpulan Seni; 1965: Angkatan Pelukis Semenanjung Pameran Seni Kontemporari di Asia; Pameran Seni Malaysia bagi Australia yang ditaja oleh Balai Seni Lukis Negara;

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

1964 - 1965: National Art Gallery Pameran Tahunan dan Pameran Malaysian Artists Terbuka, yang ditaja oleh Majlis Sastera Malaysia. Koleksi: Dzulkifli Buyong diwakili dalam Koleksi Tetap Balai Seni Lukis Negara oleh enam kerja, termasuk Kapal Kertas (1964), kelambu (1964) dan Membakar Semut (1967).

PENGENALAN
Melihat dari segi penghasilan sesebuah karya, faktor kebudayaan masyarakat

sebenarnya jelas menjadi tunjang serta akar umbi penceritaan makna sesebuah karya tersebut. Begitu juga dalam kesenian di Malaysia, bermula dengan kewujudan kesenian kraf Melayu seperti ukiran kayu, songket, batik, permainan tradisional serta kesenian Malaysia dari sudut seni tampak terus berkembang sehingga ke hari ini. Salah seorang
4

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

pengkarya dari Wednesday Art Group, Dzulkifli Buyong sering kali menggunakan imejimej figura di dalam karyanya dan beliau menerapkan unsur-unsur kebudayaan melayu di dalam karya beliau. Terdapat beberapa karya beliau yang telah menjadi catan sejarah seni moden Malaysia seperti Murid Sekolah,1962, Kelambu, 1964, Kapal Kertas,1966, Membakar Semut,1967.

DISKRIPSI KARYA KELAMBU,1967. Di dalam salah satu karya beliau iaitu Kelambu,1964 dapat dilihat dengan jelas bahawa beliau gemar menggunakan watak-watak figura yang naif di dalam karyanya. Apa yang ternyata di dalam karya adalah imej lima figura wanita dan juga imej kelambu yang menjadi subjek utama di dalam karya beliau. Setiap figura yang ditampilkan di dalam karyanya membawa watak yang tersendiri. Empat figura di dalam karya tersebut membawa watak sebagai anak gadis manakala seorang lagi figura memainkan peranan sebagai ibu menjelaskan bahawa kesemua figura di dalam karya tersebut adalah sebuah keluarga. Kebarangkalian catan ini menggambarkan sebuah keluarga ibu tunggal. Selain itu, figura-figura di dalam catan tersebut memperlihatkan pergerakan yang mendorong kepada visual yang menjelaskan bahawa mereka sedang melakukan tugas masing-masing. Catan tersebut juga menampilkan suasana di dalam bilik di mana situasi yang rakamkan ketika sebuah keluarga sedang membuat persiapan sebelum tidur bersama. Figura yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat nyamuk bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk dan kemungkinan si ibu tidur di bahagian luar. Figura-figura yang berperanan sebagai anak gadis pula menunjukkan sedang melakukan tugas masing-masing, seorang daripada mereka sedang menutup jendela, seorang lagi sedang memasang tali kelambu , terdapat seorang yang sudah berada di dalam kelambu sambil membaca buku dan seorang lagi mendamparkan badan ke atas kelambu dengan memaparkan ekspresi muka yang begitu menikmati suasana ketika itu. Warna yang digunakan pula lebih kepada warna-warna coklat serta mempunyai ton yang gelap. Karya catan ini juga memaparkan beberapa identiti masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain batik, baju kurung, pelita dan juga motif seperti sulaman pada bantal. Selain itu
5

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

perwatakan serta karakter figura tersebut juga memperlihatkan nilai kemelayuan dari apa yang dilihat pada rambut figura ibu yang bersanggul.

APLIKASI ASAS SENI REKA DAN ORGANISASI REKAAN DALAM ALIRAN PEMIKIRAN SENI VISUAL
ASAS SENI REKA Melalui karya Dzulkifli Buyung ini, beliau telah mengaplikasikan asas seni reka dan organisasi rekaan di dalam karya kelambu. Aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat dilihat dengan jelas dan beliau banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip dalam karyanya.

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

Beliau telah menerapkan unsur-unsur seni di dalam catan Kelambu mengikut 6 elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual itu. Aplikasi berbagai-bagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Di dalam karya catan ini, terdapat pelbagai garisan yang dihasilkan antaranya adalah garisan nipis, tebal, dan beralun. Di sini dapat dilihat garisan nipis terdapat di bahagian lantai, pintu, dan bahagian tepi kelambu, manakala garisan tebal terdapat pada langsir dan tali kelambu. Selain itu, garisan beralun terdapat pada bahagian corak kain batik yang tersidai di sebelah pintu. Seperti contoh di bawah:

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

Garisan Nipis

Garisan Tebal

Garisan Beralun

Unsur rupa adalah garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Apa yang dapat dilihat melalui catan ini rupa yang dihasilkan merupakan rupa yang positif kerana ia adalah rupa sebenar yang berwarna. Dapat dilihat rupa geometri yang wujud di dalam karya ini pada bahagian kain figura di dalam catan kelambu ini. Selain itu, terdapat juga rupa organik yang mana mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Seperti contoh gambar di bawah:

rupa geometri (bujur)

rupa geometri (empat segi)

Bentuk pula mempunyai struktur jisim dan isi padu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Catan kelambu ini menggunakan bentuk ilusi kerana ia bersifat rata dan dihasilkan melalui catan. Antara contoh bentuk yang terpapar adalah figura manusia iaitu watak kanak-kanak itu sendiri dan ibunya. Unsur jalinan pula merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rata dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada 2 iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Oleh sebab catan ini mempunyai permukaan rata oleh itu jalinan yang boleh ditafsirkan adalah jalinan tampak. Antara jalinan yang terdapat dalam catan ini adalah corak pakaian pada figurafigura. Contohnya :
8

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

jalinan tampak (pada daun)

Seterusnya adalah unsur ruang yang mana ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong sekeliling objek atau jarak antara dua objek. Kebiasaannya lukisan catan mempunyai unsur ruang kerana kewujudan ruang itu yang akan menampakkan bentuk yang hendak dihasilkan. Karya ini mempunyai banyak unsur ruang yang boleh dilihat. Unsur warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna mempunyai fungsi dan juga nilai keindahan yang menjadikan dunia ini lebih cantik. Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Dzulkifli Buyong memilih warna tertier sebagai warna yang utama di dalam karyanya ini. Warna tertier dihasilkan dengan cara mencampurkan satu warna asas dan satu warna sekunder. Warna ini ialah warna yang ketiga hebat kuasanya. Karya catan kelambu ini digunakan oleh beliau merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh coklat yang melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan warna suasana kampung.

ORGANISASI REKAAN
Melalui karya Dzulkifli Buyong ini, aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat dilihat dengan jelas dan beliau banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta prinsip seni dalam karyanya. Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan keseimbangan simetri di mana figura disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan kanan serta imej kelambu yang berada di tengah-tengah komposisi menguatkan lagi keseimbangan di dalam karya tersebut. Selain itu, penggunaan perspektif telah mewujudkan komposisi yang jelas di dalam karya di mana terdapat imej yang berada di
9

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

hadapan, di tengah dan juga berada di belakang. Bayang pada kelambu dan juga dinding bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah, dan belakang melalui pencahayaan yang diterapkan.

keseimbangan simetri Kesan harmoni timbul dalam seni tampak apabila semua unsur-unsur seni dalam sesuatu karya seni mempunyai tema yang sama atau disusun dengan teratur. Ia dapat dihasilkan melalui olahan unsur-unsur seni , termasuk susunan objek, warna, garisan, rupa, bentuk, jalinan, saiz objek, dan ton. Warna yang digunakan oleh beliau telah mewujudkan keharmonian di dalam karya ini. Tona yang digunakan pula lebih ke arah tona gelap bagi menimbulkan suasana malam. Namun tidak kesemua warna yang digunakan adalah warna yang bersifat bosan kerana masih terdapat penggunaan warna lain. Selain itu susunan objek serta keseimbangan di dalam catan jelas menunjukkan komposisi yang seimbang. Oleh itu karya ini memang wujudnya kesan harmoni. Penegasan bermaksud sesuatu yang menjadi fokus dan kelihatan lebih ketara apabila dibandingkan dengan objek yang lain. Penegasan diwujudkan bertujuan untuk menarik perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu. Ianya dapat diwujudkan melalui ruang, objek, tema dan gaya. Fungsi Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk memberi tumpuan dan menarik perhatian. Di dalam karya ini, penegasan yang wujud adalah objek kelambu kerana saiz objek ini telah memberi kesan kepada pemerhati untuk melihat. Selain itu, warna objek kelambu itu juga telah memberi penegasan warna kerana warnanya lebih cerah berbanding warna objek yang lain.
10

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

penegasan melalui saiz objek kelambu Kontra ialah keadaan apabila salah satu daripada unsur seni bercanggah dengan unsur-unsur seni yang lain. Watak figura wanita yang sedang mendamparkan badan ke atas kelambu dengan memaparkan ekspresi muka yang begitu menikmati suasana ketika telah mewujudkan unsur-unsur yang kontra. Ini kerana bentuk figura itu yang berada di tengah-tengah kelambu dengan keadaan yang memberi perhatian kepada pemerhati. Bentuk figura wanita itu lebih menunjukkan kontra apabila ia terdampar di atas kelambu dan objek kelambu itu sendiri telah menunjukkan penegasan. Oleh itu secara tidak langsung figura wanita itu menunjukkan kontra dari segi bentuk.

kontra dari olahan bentuk figura Pergerakan adalah perlakuan unsur seni yang berulang-ulang dan tidak tetap kedudukannya seperti keadaan bergetar, bergoyang, bergegar, berpancar dan sebagainya. Gerak-geri kanak-kanak dihasilkan dengan olahan bentuk. Tali kelambu dan bentuk kanak-kanak diselang-selikan untuk mewujudkan pergerakan. Kombinasi unsur jalinan ,rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya merupakan prinsip kepelbagaian di dalam seni visual. Kombinasi yang pelbagai akan membentuk gagasan
11

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Di dalam karya kelambu ini wujudnya prinsip kepelbagaian kerana kombinasi unsur seni dari segi, jalinan pada corak baju, pelbagai bentuk rupa pada kain sarung yang dipakai, bentuk keadaan figura, warna yang memberi sentuhan suasana malam dan sebagainya. Gubahan unsur-unsur yang mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh merupakan prinsip kesatuan. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku secara seimbang, harmoni, dan saksama ia mewujudkan kesatuan. Karya kelambu ini mempunyai tema apabila pelukis memperlihatkan suasana di dalam bilik di mana situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur bersama. Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain batik, baju kurung, pelita dan juga motif sulaman pada bantal. Kebanyakan karya-karya catan Dzulkifli Buyong seperti Murid Sekolah,(1962), Kelambu, (1964), Kapal Kertas, (1966), Membakar Semut, (1967) tidak jauh bezanya. Media yang digunakan karya kelambu dan hampir kesemua karya beliau adalah pastel. Melalui penggunaan media itu sendiri, telah terlihat karakter yang ingin disampaikan oleh beliau iaitu tema zaman kanak-kanak. Apa yang menarik mengenai visual yang ditampilkan oleh beliau dalam setiap karyanya adalah pengolahan imej figura yang lebih menjurus ke arah imej kanak-kanak dan berbentuk seni naif. Beliau juga telah membentuk sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga bagi seni tampak moden. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut berjaya mencapai darjah yang tinggi di dalam tahap nilai estetika kerana telah meliputi kecemerlangan dari segi aspek formal, serta makna yang terkandung.

12

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

KESIMPULAN

Dzulkifli Buyong merupakan salah seorang pengkarya yang banyak memainkan peranan di dalam menjadikan keindahan budaya Melayu sebagai sebuah inti pati pengisian makna di dalam karya beliau. Beliau melihat bahawa keindahan terdapat di dalam kehidupan harian masyarakat Melayu biarpun dari ruang lingkup aktiviti yang sangat mudah serta kenangan dari zaman kanak-kanak. Proses menggambarkan kehidupan sosial masyarakat di dalam karyanya telah menjadikan karya beliau mempunyai identiti sendiri lebih-lebih lagi apabila beliau lebih ke arah mengstailisasikan karakter di dalam karyanya menjadi bentuk figura naif dan kelihatan seperti watak kartun. Beliau masih lagi menggambarkan di dalam karyanya namun apa yang berbeza adalah subjek atau tema telah berubah kepada situasi, cara hidup serta kenangan zaman kanak-kanak. Karya yang dihasilkan oleh beliau merupakan suatu dokumentasi yang amat penting kepada masyarakat seta generasi kini serta akan datang kerana ianya terkandung keindahan bentuk serta makna seni Melayu dan Malaysia.

13

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

REFLEKSI

Pada 19 Januari yang lau, kami kumpulan DPLI (Pendidikan Seni Visual) telah diberi satu tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kami dikehendaki membuat kajian karya catan Dzulkifli Buyong. Saya telah memilih karya Kelambu, 1964 sebagai kajian dan diminta menghuraikan bagaimana pelukis karya catan tersebut mengaplikasikan asas seni reka dan organisasi rekaan dalam aliran pemikiran seni visual pada zamannya. Perkara pertama yang saya lakukan ialah mencari karya-karya yang telah dihasilkan beliau untuk membuat pemilihan salah satu karyanya sebagai kajian. Sepanjang masa yang ada saya mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai beliau melalui blog-blog pelajar seni serta buku-buku yang berkaitan dengan beliau.

14

KAJIAN KARYA CATAN KELAMBU" 1964

DPLI-PSV

BIBLIOGRAFI

Mohamed Ali Abdul Rahman (2004). Modern Malaysia Art : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Jeff Low, Syndia Low, H. Heather (2011). Panduan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 KBSM : Cerdik Publication Sdn. Bhd, Shah Alam. Chua Yan Piaw (2011). Panduan Revisi : Esensi Pendidikan Seni Visual SPM. Pearson Longman. http://www.viweb.freehosting.net/viig_dzulkifli.htm http://shunshahrul.blogspot.com/2011/05/irama-dan-pergerakan.html http://www.slideshare.net/fairuzdavinci/sejarah-seni-visual http://www.scribd.com/doc/50860824/Dzulkifli-Buyong

15

You might also like