You are on page 1of 2

ABU AL-QASIM AL-ZAHRAWI (ALBUCASIS) Pembedahan, Perubatan, (Bapa Pembedahan Moden) (936 1013M)

Hampir seribu tahun yang lalu ketika Sepanyol (Andulesia) merupakan sebahagian daripada empayar Islam, berhampiran bandar utama di Cordoba tinggal antara yang terhebat tetapi kini semakin dilupakan perintis pembedahan. Beliau adalah El-Zahrawi, namun begitu dalam bahasa Eropah nama beliau ditulis dengan beberapa panggilan yang berbeza seperti Abulcases, Albucasis, Bulcasis, Bulcasim, Bulcari, Alzahawi, Ezzahrawi, Zahravius, Alcarani, Alsarani, Alcaravi, Alcaravius, Alsahrawi dan lain-lain lagi. El Zahrawi dipercayai dilahirkan di sebuah bandar El-Zahra iaitu enam batu di utara barat Cordoba di antara tahun 936 hingga 940. Di sinilah tempat beliau hidup, belajar, mengajar dan berlatih perubatan dan pembedahan sehingga saat beliau meninggal dunia pada 1013 iaitu dua tahun selepas kemusnahan El-Zahra. Akibat kemusnahan El-Zahra, terlalu sedikit yang diketahui tentang kemasyuran Al-Zahrawi. Beliau disebut buat pertama kali oleh sarjana Andalusian iaitu Abu Muhammad bin Hazm (993-1064) yang telah meletakkan Al-Zahrawi antara ahli fizik yang hebat atau pakar bedah di Sepanyol. Biografi El Zahrawi pertama kali dilihat dalam buku al-Humaydi iaitu Jadhwat al-Muqtabis ( On Andalusian Savants ) lengkap enam dekad selepas beliau meninggal dunia. Ia adalah jelas daripada sejarah hidup al-Zahrawi dan hasil penulisan beliau dimana beliau tumpukan seluruh hidup dan kebijaksanaan beliau kepada kemajuan perubatan dan pembedahan secara khas. Al-Zahrawi telah menulis ensiklopedia perubatan dalam 30 jilid termasuk bahagian pembedahan, perubatan, ortopedik, oftalmologi farmakologi, nutrisi dan lain-lain. Buku ini dikenali sebagai At-Tasrif dan mengandungi data dimana Al-Zahrawi telah mengumpulkan sepanjang kerjaya merentangi hampir 50 tahun didikan, pengajaran dan latihan. Beliau jelas tidak terlalu mengembara tapi mempunyai pengalaman yang luas dalam menguruskan mangsa-mangsa kemalangan dan kecelakaan peperangan. Dalam At-Tasrif, Al-Zahrawi menyampaikan keprihatinan beliau tentang kebajikan pelajar-pelajar beliau yang lebih mesra beliau panggil sebagai anak-anakku. Beliau menitikberatkan kepentingan seorang doktor pesakit yang baik dan menjaga kesihatan dan keselamatan pesakit dan memenangi kepercayaan berdasarkan status sosial mereka. Metod klinikal Al-Zahrawi menunjukkan kebolehan yang tinggi. Beliau telah mempromosikan pemerhatian tertutup terhadap kes individu untuk menghasilkan diognosis tepat yang terbanyak dan kemungkinan rawatan terbaik. Beliau mendesak pematuhan dengan norma beretika dan memberi amaran terhadap latihan kesangsian diambil tanggungjawabnya oleh beberapa ahli fizik untuk tujuan mengumpul kebendaan. Beliau juga berhati-hati terhadap penyamar doktor yang mendakwa kepakaran pembedahan yang mereka tidak miliki. At-Tasrif mengandungi banyak pemerhatian yang asli tentang tumpuan bersejarah. Di dalamnya, Al-Zahrawi menyatakan sebab-sebab dan simptom-simptom penyakit dan teori-teori latihan pendidikan kanak-kanak dan remaja serta penjagaan golongan berusia dan pemulihan. Dalam bahagian farmakologi dan terapeutik, beliau telah mengawasi kawasan seperti ubatan jantung, ubat pemuntah, julap, kosmetologi, kajian makanan, materia medica , berat dan ukuran serta gantian ubatan. At-Tasrif telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin oleh Gerard of Cremona pada kurun ke-12 dan sepanjang Avicenna's Canon , telah memberi peranan besar sebagai teks perubatan di beberapa universiti di Eropah dari kurun ke-12 hingga kurun ke-17 Masihi. Dua buku karangan Al-Zahrawi berhak sebutan khas. Pertamanya pada karangan ke-28 milik beliau, dikenali di Latin sebagai Liber servitoris de preeparatione medicunarum simplicium yang menggambarkan penyediaan kimia, pembuatan tablet, penapisan rentapan dan teknik farmasi yang berkaitan. Karangan ini dicetak di Venice pada 1471 oleh Nicolaus Jensen. Abu al-Qasim Khalaf bin Abbas el-Zahrawi (940? 1013 C.E) kemungkinan karangan yang paling penting adalah satunya tentang pembedahan. Kerja abadi ini pertamanya dalam Bahasa Arab untuk memperlakukan pembedahan secara bebas dan dengan butiran khusus. Ia juga diterapkan dengan imej peralatan pembedahan yang mana kebanyakannya direka oleh el-Zahrawi sendiri dan juga penerangan kegunaan peralatanperalatan tersebut. El-Zahrawi adalah penulis perubatan pertama yang membekalkan ilustrasi-ilustrasi peralatan yang digunakan untuk pembedahan. Terdapat kira-kira 200 lukisan antara dari penekan lidah dan pencabut gigi hingga kepada kateter dan peralatan penghurai obsterik. Variasi operasi yang terkandung adalah luar biasa dan menakjubkan. Dalam karangan El-Zahrawi ini membincangkan mengenai pengkauterian atau pelecuhan,bloodletting , kerja-kerja perbidanan dan obseterik serta rawatan kelukaan. Beliau menghuraikan pendedahan dan divisyen arteri pelipis ke kelegaan beberapa jenis sakit kepala, diversi urin ke dalam usus akhir, potongan mammoplasty untuk buah dada yang terlampau besar dan perahan katarak-katarak.

Beliau telah menulis secara meluas tentang kecederaan terhadap tulang-tulang dan sendi-sendi walaupun menerangkan retakan tulang nasal dan vertebrata sedangkan metod Kocher untuk mengurangkan tulang terkehel telah diterangkan dalam At-Tasrif sebelum Kocher dilahirkan. El-zahrawi telah merumuskan kegunaan kaustik dalam pembedahan,menerangkan sepenuhnya tentang tonsillectomy, tracheotomy dan craniotomy iaitu pembedahan yang telah beliau lakukan dengan fetus yang telah mati. Beliau menerangkan bagaimana menggunakan cangkuk untuk menghuraikan tiun tiom hidung, bagaimana untuk menggunakan pam penyedut bebawang mentol yang telah beliau cipta untuk memberi enema kepada kanak-kanak dan bagaimana menggunakan pam penyedut pundi kencing metalik serta speculum untuk menghuraikan bau karang. El-Zahrawi merupakan orang yang pertama menghuraikan sesuatu yang dipanggil Walcher position dalam obsterik, yang pertama memaparkan lengkungan pergigian, penekan lidah dan kateter utama dan yang pertama menerangkan dengan jelas tentang keadaan kecenderungan mudah luka turun-temurun. Beliau juga menerangkan tentang sambungan saluran darah lebih awal sebelum Ambroise Pare. Apabila At-Tasrif diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin pada kurun ke-12, El-Zahrawi telah memberi impak pengaruh yang tinggi dalam bidang pembedahan di Barat. Seorang pakar bedah dari Perancis bernama Guy de Chauliac dalam bukunya Great Surgery lengkap pada tahun 1363 telah memetik At-Tasrif sebanyak 200 kali. Pietro Argallata (mati pada 1423) tanpa sebarang keraguan telah menggambarkan El-Zahrawi sebagai ketua segala pakar bedah. Seorang lagi pakar bedah Perancis iaitu Jaques Delechamps (1513-1588) telah menggunakan At-Tasrif secara meluas dalam penghuraiannya ulasan untuk mengesahkan prestij hebat El-Zahrawi pada Zaman Pertengahan hingga ke Renaissance. Mukasurat daripada terjemahan Latin 1531 oleh Peter Argellata tentang karangan ElZahrawai adalah tentang pembedahan dan peralatan perubatan. [ | ]

Sekretariat Islam Hadhari, Pejabat Setiausaha Parlimen, Kementerian Kewangan Aras 11, Blok Tengah Kompleks Kem. Kewangan,Persint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 Putrajaya Malaysia Hak Cipta Terpelihara www.IslamHadhari.gov.my 2005. (Tel) 603-8882 3353 (Fax) 603-8882 3361 .:: Paparan Terbaik 1024 x 768 ::. Diselenggarakan oleh OPENSOURCE Business Solutions

You might also like