You are on page 1of 4

Minit Mesyuarat AJK PIBG SMA Al-Mahmudi Kg.

Awah Kali Ke 3 2011 Tarikh Hari Tempat Masa : : : : 29 Disember 2011 Khamis Bilik Mesyuarat SMA Al-Mahmudi Jam 3.00 petang

Kehadiran : 1. En. Salehudin bin Haji Ahmad Kadri 2. En. Azhar bin Ahmad 3. Pn. Jumeah binti Idris 4. Pn. Sitina binti Nafiah 5. Pn. Nahariah binti Hassan 6. Pn. Norbiha binti Attan 7. Pn. Latifah binti Abdul Razak 8. En. Md. Ruday bin Ab. Hamid 9. En. Mohd Majdan bin Haji Mahmud 10. Cik Noor Hadina binti Baharin 11. Pn. Juliaty binti Abd. Rahman 12. Pn. Nor Khasiah binti Abdul Jalil 13. En. Baisari bin S. Omar 14. Pn. Syuhada Adyani binti Mohd Sharif

1-

Ucapan YDP PIBG En. Azhar bin Ahmad : 1.1 Memulakan mesyuarat dengan membaca Ummul Kitab Al-Fatihah. 1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran para AJK. 1.3 Mempersilakan Setiausaha PIBG En. Salehudin bin Haji Ahmad Kadri untuk membentangkan minit mesyuarat AJK Kali Ke 2 untuk disemak dan seterusnya disahkan. Tindakan : Makluman Setiausaha PIBG SMA Al-Mahmudi En. Salehudin bin Haji Ahmad Kadri membentangkan minit kepada para AJK untuk disahkan. 2.1 Cadangan : En. Salehudin bin Haji Ahmad Kadri 2.2 Sokongan : Pn. Latifah binti Abdul Razak 2.3 Perkara-perkara berbangkit : 2.3.1 Ganjaran untuk pelajar 5A PMR 2011 sebanyak RM 100 ( Tidak dinyatakan dalam minit mesyuarat AJK Kali Ke 2 )

2-

1|Minit mesyuarat AJK Ke - 3

3-

Tuan Pengetua En. Mohd Majdan bin Haji Mahmud ; Ucapan terima kasih kepada YDP dan para AJK kerana dapat hadir mesyuarat untuk membincangkan tentang pendaftaran pelajar-pelajar baru. 3.1 Prestasi PMR tahun 2011 meningkat iaitu dari 2.74 kepada 2.64 ( GPS ). SMA juga melonjak dari 35 % peratus lulus kepada 86.95 %. Meningkat sebanyak 51.95 %. Telah melepasi target ( 85 % ). 3.2 Terima kasih kepada PIBG kerana banyak membantu dalam melonjakkan keputusan peperiksaan pelajar. 3.3 Guru Azhari tahun 2011 telah tamat kontrak. Manakala guru-guru SABK yang berstatus kontrak telah ditamatkan kontrak mereka oleh pihak BPI ( Bahagian Pendidikan Islam ). Maka dengan itu mereka terus diserapkan menjadi guru Azhari yang digajikan oleh pihak sekolah menggunakan wang yuran Azhari. 3.4 Guru Al-Quran asrama Buat surat permohonan kepada Pejabat Qadhi Daerah Chenor melalui En. Awai bin Mohamad. 3.5 AJK PIBG dalam kalangan ibu bapa pelajar Tahfiz akan dibincangkan kemudian kerana keperluan pelajar ini berbeza dengan pelajar akademik. Tindakan : Makluman Bendahari PIBG Pn. Latifah binti Abdul Razak : Ucapan terima kasih kepada YDP dan Tuan Pengetua kerana memberi ruang untuk membentangkan penyata kewangan. 4.1 Saguhati untuk pelajar cemerlang PMR, SMA dan SPM adalah menggunakan wang dalam kolum yuran kecemerlangan. 4.2 YDP mencelah dengan membuat sedikit penjelasan ; Yuran Azhari tidak boleh digunakan untuk perkara lain sebab wang ini digunakan untuk membayar gaji dua orang guru Azhari. Beliau menambah dengan mencadangkan agar perancangan aktiviti tahun 2012 diadakan dalam mesyuarat AJK pada bulan Januari. Kemudian beliau mengemukakan soalan tentang jumlah pelajar baru yang diterima masuk pada tahun 2012. Penolong Kanan HEM Pn. Norbiha binti Attan memberi penjelasan ; Pelajar lelaki : 37 orang, pelajar perempuan : 34 orang, Tahfiz : 16 orang, tingkatan 4 : 3 orang, tingkatan 3 : 1 orang. Jumlah keseluruhan : 91 orang. PK HEM menambah ; Senarai tugas guru yang akan mengendali pendaftaran pelajar baru adalah sebagaimana lampiran. Tindakan : Bendahari

4-

5-

Penolong Kanan HEM Pn. Norbiha binti Attan memberi penjelasan tentang persiapan pendaftaran pelajar baru ; Barang koperasi untuk pelajar baru dipusatkan disatu tempat iaitu belakang dewan besar Al-Mahmudi di bawah kanopi. Manakala bagi pelajar lama

2|Minit mesyuarat AJK Ke - 3

mereka akan mengambilnya di bilik koperasi sebagaimana biasa. Berkaitan jamuan untuk para ibu bapa dan penjaga pelajar mereka akan dibekalkan dengan satu beg kertas yang didalamnya sebungkus roti dan sebotol air mineral yang diberikan ketika mendaftarkan anak-anak mereka. Petugas dalam kalangan pelajar sekolah yang terdiri dari pengawas sekolah akan disediakan jamuan ringan untuk mereka. Cadangan untuk perbelanjaan di atas adalah sebanyak RM 1 540.00. Tindakan : Makluman Hal-hal lain : 6Seorang ibu kepada pelajar puteri Al-Mahmudi yang anaknya tidak ditawarkan asrama pada tahun 2012 merayu agar anaknya diterima masuk ke asrama semula atas alasan jauh untuk berulang. YDP menyarankan agar diterima rayuan tersebut kerana ibu pelajar ini adalah AJK PIBG. Tindakan : Pihak pentadbiran sekolah En. Baisari bin S. Omar mencadangkan ; Jemput penceramah luar untuk pelajar-pelajar asrama sebulan sekali dengan bayaran RM 100 setiap kali ceramah. Sumber bayaran adalah dari kolum yuran kebajikan PIBG. Tindakan : Sekolah Tuan Pengetua En. Mohd Majdan bin Haji Mahmud mencadangkan ; Antara aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar, sekolah perlu menjemput penceramah motivasi seperti Pak Engku. PIBG menyokong cadangan ini. Buat kertas kerja untuk tujuan tersebut. Tindakan : Sekolah Salah seorang AJK wanita ( nama tidak dicatatkan ) menyarankan kepada pihak sekolah agar pelajar puteri dilatih cara berpakaian menutup aurat yang kemas kerana kebetulan ketika beliau datang ke sekolah untuk bermesyuarat, beliau terserempak dengan pelajar puteri yang kurang kemas cara dia berpakaian. 9.1 Beliau juga mencadangkan supaya pihak sekolah cuba menghantar surat-surat dan kertas kerja kepada syarikat-syarikat besar untuk memohon sumbangan. Tindakan : Sekolah Pn. Nahariah binti Hassan mencadangkan supaya ditulis nama individu yang patut mengambil tindakan pada ruang Tindakan di dalam minit mesyuarat. Tindakan : Setiausaha

7-

8-

9-

10-

3|Minit mesyuarat AJK Ke - 3

11-

En. Azhar bin Ahmad meminta pihak sekolah memaklumkan lebih awal kepada ibu bapa dan penjaga pelajar apabila hendak mengadakan Hari Kecemerlangan. Seterusnya YDP menangguhkan mesyuarat pada jam 4.57 petang.

Tindakan : Pihak sekolah

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

............................................................. ( SALEHUDIN BIN HAJI AHMAD KADRI ) Setiausaha PIBG SMAAM

................................... ( AZHAR BIN AHMAD ) YDP PIBG SMAAM

4|Minit mesyuarat AJK Ke - 3

You might also like