You are on page 1of 7

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu(BMM3104) Pengenalan Menulis ialah pembentukan simbol- simbol tulisan dalam bahasa.

Sesuatu penulisan bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea kepada pembaca. Menurut don bryne pula(1979), gabungan huruf huruf berkaitan dengan lambang lambang bunyi semasa bercakap. Struktur penulisan yang lazim diamalkan oleh guru- guru dapat dilihat dalam rajah seperti berikut:

Penulis (Pelajar)

Subjek ( Karangan / Esei) Pembaca

Tujuan (Penilaian)

Menulis merupakan satu(1) untuk menyampaikan buah fikiran, idea dan pendapat dengan tepat dan berkesan dikhalayak atau pembaca. Kemahiran menulis mempunyai hubungan yang erat dengan kemahiran bahasa yang lain, iaitu mendengar dan bertutur serta membaca. Justeru, pengajaran kemahiran bahasa harus dirancang dengan teliti melalui gabung jalin kemahiran bahasa supaya murid- murid dapat menyampaikan idea dengan tepat, jelas dan berkesan. Kemahiran menulis amat penting dikuasai disebabkan penulisan merupakan satu(1) bentuk komunikasi yang amat penting dalam kehidupan seharian. Selain itu, dalam sistem penilaian dan pentaksiran disekolah dan institusi pengajian tinggi, murid-murid dan para pelajar diuji dalam bentuk penulisan. Contohnya penulisan karangan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) serta latihan ilmiah atau esei lanjutan (extended essay) di IPTA dan IPTS. Ringkasnya kemahiran menulis sangat penting dalam kehidupan seharian, bukan sahaja dalam bidang pendidikan, bahkan dalam bidang perniagaan, perusahaan, pelancongan, perindustrian, dakwah, kewartawanan dan hiburan. Semuanya memerlukan

kemahiran menulis bagi menyampaikan mesej dan amanat serta mengembangkan perniagaan bagi mempromosikan barang-barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kemahiran menulis terbahagi kepada tiga(3)peringkat: 1) Pramenulis 2) Menulis mekanis 3) Menulis mentalis(pelahiran) Pramenulis Dalam peringkat ini murid murid disediakan dengan aktiviti akitiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot-otot tangan dan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid agar mereka mampu membiasakan tangan mereka untuk memegang alat-alat tulis dengan baik. Akitiviti ini, iaitu latihan koordinasi mata dan tangan penting supaya murid murid dapat menulis dengan tepat dan kemas. Setiap murid mempunyai bentuk tulisan yang berbeza. Hal ini ada kaitan dengan keupayaan kognitif murid-murid. Biasanya murid-murid yang cerdas dapat menulis dengan baik kerana mereka berjaya melahirkan idea dengan pantas dan bernas serta mampu berkoordinasi tangan dan mata dengan baik dan seterusnya dapat menulis dengan cepat dan cermat. Manakala murid yang kurang cerdas akan mengalami kesukaran untuk melahirkan idea dan tidak dapat mengkoordinasi tangan dan mata dengan baik. Hal ini secara tidak langsung akan memepengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan. Contoh aktiviti aktiviti pramenulis adalah seperti berikut: Latihan menulis dari kiri ke kanan

dari kanan ke kiri

Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri

Latihan membentuk bulatan diudara, diatas meja pasir, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

Latihan membentuk garis lurus

W ZLV

Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas.

Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat

peringkat menulis mekanis

Kemahiran menulis peringkat mekanis ialah peringkat melatih murid membentuk lambang lambang tulisan, membentuk huruf diatas kertas kosong dan kertas atau buku bergaris. Tujuan kemahiran menulis mekanis adalah untuk membolehkan muridmurid menguasai kemahiran huruf hrurf kecil dan besar dalam abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, sukukata perkataan dan ayat. Guru guru harus memberikan penekanan kepada kepentingan kemahiran ini disebabkan kemahiran ini harus dikuasai oleh murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Sekiranya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis mekanis diperingkat awal secara tidak langsung dapat mengatasi atau mengurangkan masalah penguasaan 3M dalam kalangan murid tahun satu khasnya dan murid sekolah rendah amnya. Antara contoh aktiviti kemahiran menulis mekanis adalah seperti yang berikut: Latihan menulis bentuk yang mirip kepada bentuk bulatan dan garis lurus dalam bentuk terkawal. penulisan seperti membentuk

Latihan menulis huruf daripada gambar gambar yang mirip kepada huruf Latihan menekap huruf acuan yang diperbuat daripada kad berlubang atau garis-garis putus. Latihan menamakan gamabr secara terkawal. Latihan menyalin ayat atau frasa. Peringkat mentalis (perlahiran) Kemahiran menulis mentalis melibatkan proses mental dan lazimnya dikuasai murid setelah menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Oleh yang demikian aktiviti aktiviti latihan mental boleh dilaksanakan oleh guru untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran ini. Dalam kemahiran menulis peringkat ini, murid dilatih melahirkan fikiran secara bertulis berpandukan gambar, perkataan, mengisi tempat kosong, dan melengkapkan ayat atau perenggan.

Contoh aktiviti kemahiran menulis peringkat pelahiran atau mentalis ialah mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat, membina ayat, memanjangkan ayat, menuliskan ayat berdasarkan gambar, menulis karangan, menulis jawapan kefahaman dan menulis rencana. Antara aktiviti menulis yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru adalah seperti berikut: Mengisi teka silang kata Menuliskan ayat dengan lengkap dengan perkataan yang diberikan Menulis karangan esei, surat kiriman, rencana, dan berita Menulis cerpen, puisi, dan cereka Menulis karangan berbentuk pengucapan awam seperti pidato,syarahan, ucapan, perbahasan, dan forum. Langkah langkah pengajaran kemahiran menulis Motivasi iaitu memberikan kesedaran kepada murid-murid tentang tujuan pengajaran kemahiran menulis. Persediaan iaitu guru memastikan semua murid bersedia untuk mlaksanakan aktiviti kemahiran menulis. Guru hendaklah memeriksa sama ada posisi kerusi dan meja didalam kelas sesuai atau tidak untuk murid murid melaksanakn pembelajaran menulis. Demonstrasi,iaitu penerangan peringkat-peringkat ataulangkah-langkah menuliskan huruf huruf dipapan tulis. Guru hendaklah memasitkan murid-murid memberikan perhatian serius semasa guru mengajar. Perlaksanaan, iaitu, guru hendaklah melihat tulisan murid-murid dan bagaimana mereka melakukan aktivit penulisan. Guru hendaklah memastikan semua langkah menulis diikuti dengan baik dan perkataan atau ayat ditulis dengan betul dan kemas. Penilaian, iaitu guru memilih hasil penulisan yang baik untuk dijadikan contoh oleh murid-murid yang lain. Pamerkan disudut bacaan kelas atau pusat sumber sekolah.

Jenis-jenis kemahiran yang diperlukan dalam tulisan Kesalahan dalam tulisan: Keseragaman

Bersambung

Setara

Tetap

Pergerakan tangan murid perlu setara /sama. Galakkan mereka membentuk huruf-huruf ketika menulis dalam bentuk yang seragam. Bimbing murid murid-murid supaya memegang pensil dan menggerakkan tangan untuk menulis denagn selesa dan cara yang betul. Perkataan hendaklah ditulis sebagai satu unit, iaitu, bersambung atau berturutan bukan dipisah-pisahkan antara satu perkataan dengan perkataan lain. Perkataanperkataan hendaklah ditulis sebagai satu kesatuan dan bukan berasingan.oleh yang demikian, akan menampakkan setara sebagai satu irama yang sama terutama apabila ditulis dengan panjang. Pergerakan jari atau tangan harus tetap,iaitu tidak boleh keatas atau kebawah atau tidak menentu.apabila murid sudah biasa menulis, mereka akan menggerakkan lengan untuk menulis.

You might also like