You are on page 1of 11

ASSINGMENT KARYA UTAMA PENGAJIAN AL-HADITH (1QGU6123) KAJIAN KITAB

NAMA PELAJAR: SHAHIZAD BIN SULAIMAN NO. MATRIK: IGB 110077

KITAB ATSAR ILAL AL-HADITH FI IKHTILAF AL-FUQAHA OLEH DR. MAHIR YASIN FAHAL

1. PENGENALAN Antara kitab moden yang membicarakan tentang ilal hadith ialah kitab karangan Dr. Mahir Yasin Fahal, Ketua Jabatan Hadith, Universiti Anbar, Iraq iaitu kitab bertajuk Atsar Ilal Al-Hadith fi Ikhtilaf Al-Fuqaha. Kitab ini sebenarnya merupakan hasil kajian peringkat sarjana di Jabatan Perbandingan Fiqh di Universiti Islamiah di Iraq yang dibuat di bawah seliaan Dr. Hashim Jamil. Tesis tersebut dibahaskan pada 23 Jun 1999 dengan memperolehi keputusan Imtiyaz. Tesis tersebut kemudiannya dicetak oleh penerbit Dar Ammar, Amman, Jordan dengan cetakan pertama kitab tersebut adalah pada tahun 2000M/1420H setebal 383 halaman.

Dr. Mahir Yasin Fahal dilahirkan pada 12 Januari 1971M bersamaan 15 Zulkaedah 1390H. Beliau memperolehi Doktor Falsafah pada tahun 1999/2000 dengan tesis beliau iaitu Atsar Iktilaf Al-Asanid wal Matun fi Ikhtilaf Al-Fuqaha (Kesan Perbezaan Sanad dan Matan Dalam Perbezaan Ahli Fiqh). Antara guru beliau ialah Syeikh Hafiz Sanaullah Al-Madani, Syeikh Abdul Wakil Bin Abdul Haq Al-Hashimi, Syeikh Abdullah Saad, Syeikh Ibrahim An-Nakhibi, Syeikh Zahir As-Syawisy, Syeikh Abdul Rahman Al-Faqih, Syeikh Subhi As-Samirai, Dr.Bashar Awwad Maruf dan ramai lagi.

Beliau menulis beberapa artikel dan perbahasan berkenaan Hadis Nabawi di dalam Multaqa Ahlul Hadith serta artikel dalam pelbagai bidang Islam di dalam beberapa majalah. Beliau turut menulis serta mentahqiq beberapa kitab yang telah diterbitkan antaranya Tahqiq Fathul Baqi oleh Zakaria Al-Ansori dalam 2 jilid; Tahqiq Syarh AlTabsirah wa Al-Tazkirah oleh Al-Iraqi dalam 2 jilid; Tahqiq Marifah Anwa ilmi AlHadith oleh Ibn Solah; Tahqiq Musnad As-Syafie dalam 4 jilid; Tahqiq Asbab AnNuzul oleh Al-Wahidi, Tahqiq Riyadhussolihin; Waqofat Lilmuslimin wal Muslimat; Tahqiq Syamail An-Nabi Sallalahu alaihi Wasallam; Tahqiq Al-Hidayah oleh Qalwazani; Atsar Ikhtilaf Al-Asanid wa Al-Matun fi Ikhtilaf Al-Fuqaha; dan Tahqiq Jami Al-Ulum wa Al-Hikam.
2

Dr. Mahir sekarang merupakan Syeikh Daurul Hadith di Iraq dan Ketua Jabatan Hadith, Kuliah Ulum Al-Islamiyyah, Universiti Al-Anbar, Iraq. Laman sesawang http://www.daralhadeeth.info diselia oleh beliau dan mengandungi maqalah, kitab serta rakaman audio dauroh beliau.

Dalam muqaddimah kitab tersebut Dr.Mahir menjelaskan bahawa sebab beliau memilih tajuk berkenaan sebagai tajuk tesis peringkat sarjana beliau ialah setelah beliau mendapati kebanyakan kitab ilal yang ada hanya membincangkan topik-topik tertentu berkenaan ilal dari sudut ilmu hadith sahaja dan tidak ada yang mengaitkannya dengan fiqh dengan cara memberikan misalan secara praktikal. Oleh itu, timbul idea beliau untuk membuat kajian berkenaan tajuk ini agar ia bermanfaat untuk pelajar hadith dan fiqh dan ia ditambah dengan dorongan yang diberikan oleh guru-guru beliau setelah beliau mendapatkan pandangan mereka.

2. KEPENTINGAN KITAB Antara kepentingan kitab ini ialah ia memberikan kefahaman berkenaan perbahasan mengenai ilal dari sudut takrifan, sebab-sebab berlakunya ilal, contoh bagi setiap jenis ilal, perkara-perkara yang menghilangkan ilal dan kepentingan ilmu ilal hadith. Perkara-perkara ini dibincangkan satu-persatu pada permulaan kitab sebelum penulis membicarakan tentang maudu kitab ini.

Selain itu, kitab ini memberikan pemahaman berhubung kesan illal pada hadith kepada perbezaan hukum fiqh di dalam sesuatu isu kerana ia bukan sekadar memberikan penerangan dari segi istilah tetapi turut membawa contoh-contoh secara praktikal bagi setiap jenis ilal.

Secara tidak langsung, kitab ini turut membawa pelbagai pandangan ulama berkenaan hukum terhadap sesuatu perkara serta memberikan pemahaman bagaimana perbezaan dalam menetapkan hukum tersebut boleh berlaku.

3. KANDUNGAN KITAB Kitab ini dimulai dengan muqaddimah dan mengandungi 4 fasal. Setiap fasal mengandungi beberapa perbahasan. Sesetengah perbahasan dibahagikan kepada
3

beberapa tajuk kecil. Di dalam muqaddimah kitab, penulis menceritakan tentang sebab beliau memilih tajuk buku ini sebagai kajian beliau, kandungan kitab dan metodologi yang digunakan.

Di dalam fasal pertama, Dr.Mahir membicarakan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan illah. Ia mengandungi 6 perbahasan. Perbahasan pertama: Tarifan illah Perkara 1: Tarif illah dari sudut bahasa Perkara 2: Tarif illah dari sudut istilah. Perbahasan kedua: Contoh aplikasi illah. Perbahasan ketiga: Sebab-sebab illah. Penulis menyenaraikan 7 sebab-sebab illal yang dinyatakan oleh pengkaji lain dan menambah 2 sebab tambahan. Antaranya ialah 1.Sebab-sebab umum; 2. Kurang ketelitian dan banyak waham; 3. AlIkhtilat; 4. Kurang ketelitian disebabkan unsur luaran; 5. Tempoh bersama syeikh yang pendek; 6. Peringkasan hadis atau periwayatan dengan makna; 7. Tadlis As-Siqat; 8. Terpotong pada sanad atau tohmahan pada salah seorang perawi dalam sanad pada Al-adalah atau Ad-Dabt; dan 9. Berseorangan dalam periwayatan. Perbahasan kecacatannya. Illah terbahagi kepada 5 jenis iaitu 1. Illah berlaku pada Al-Isnad tetapi tidak mencacatkannya secara mutlak; 2. Illah berlaku pada Al-Isnad dan mencacatkan Al-Isnad tidak Al-Matan; 3. Illah berlaku pada AlIsnad dan mencacatkan Al-Isnad serta Al-Matan; 4. Illah berlaku pada Al-Matan tetapi tidak mencacatkan Al-Matan dan Al-Isnad; 5. Illah berlaku pada Al-Matan dan mencacatkannya tetapi tidak kepada AlIsnad. Perbahasan kelima: perkara-perkara yang menghilangkan illah Illah yang zahir akan hilang dengan Al-Mutabaat dan As-Syawahid dan ia dilakukan dengan cara Al-Itibar atau menyelidiki jalan-jalan periwayatan. Penerimaan ulama
4

keempat:

Pembahagian

illah

dari

segi

tempat

dan

kepada

sesuatu

hadith

juga

mengangkat kedudukan sesuatu hadith yang mengandungi illah. Imam

As-Syafie adalah orang yang awal yang menunjukkan hadith daif menjadi kuat dengan penerimaan ulama terhadap hadith tersebut sebagaimana ungkapan beliau di dalam kitab Al-Risalah.Illah yang tersembunyi tidak akan hilang dan ia mempunyai dua jenis iaitu pertamanya illah disebabkan pertentangan antara hadith, maka yang rajih diterima dan yang marjuh diingkari. Kedua ialah illah yang disebabkan selain daripada pertentangan antara hadith seperti

percanggahan dengan Al-Quran atau nas yang sahih lagi mutawatir, atau pertentangan dengan sejarah yang disepakati tentang

kesahihannya maka hadith tesebut akan kekal mengandungi illah. Perbahasan keenam: kepentingan mengetahui ilmu illal hadith.

Fasal kedua dikhususkan kepada perbahasan tentang jenis-jenis ilal pada sanad. Ia dimulakan dengan pendahuluan yang membicarakan tentang takrif Al-Isnad dan kepentingannya. Kemudian diikuti dengan 4 perbahasan iaitu: Perbahasan pertama: Al-Inqita dan jenis-jenisnya. Ada 5 jenis Al-Inqita berdasarkan kepada tempat berlakunya Al-Inqita pada sanad iaitu seperti; jika ia berlaku di awal sanad dinamakan AlMuallaq, jika berlaku di akhir sanad dinamakan Al-Mursal, jika berlaku di petengahan sanad dinamakan Al-Munqati; jika dua perawi berturutan di pertengahan sanad hilang dinamakan Al-Muadhal; jika dua perawi hilang tidak secara berturutan dinamakan Al-Munqati pada dua tempat. Perbahasan kedua: Pengilalan sanad disebabkan petadifan pada periwayat. Perkara pertama: Pengilalan sanad disebabkan tohmahan pada Adalah perawi: 1. Perawi berbohong atau ditohmah sebagai berbohong; 2. Perawi majhul atau mubham; 3. Perawi seorang mubtadi Perkara kedua: Pengilalan sanad disebabkan tohmahan pada Dabt perawi: 1. Hafalan perawi yang tidak baik 2. Ikhtilat perawi 3. Penerimaan perawi kepada Al-Talqin
5

Perkara ketiga: Hukum perselisihan dalam mengtausiq dan mentajrih perawi. Perbahasan ketiga: Pengilalan sanad disebabkan Tafarrud perawi. Perbahasan keempat: Pengilalan dengan sebab Inkar Al-Asl riwayat Al-Faru

Pada fasal ketiga dibahaskan tentang ilal pada matan dan jenis-jenisnya. Fasal ini mengandungi 7 perbahasan. Perbahasan pertama: Pengilalan kerana pertentangan yang zahir antara nas-nas syarie, Perkara 1: Percanggahan hadith dengan nas Al-Quran Perkara 2: Percanggahan antara dua hadith. Perbahasan kedua: Pengilalan dengan syak. Perbahasan ketiga: Pengilalan khabar ahad kerana berkenaan umum balwa. Perbahasan keempat: Pengilalan khabar ahad disebabkan bertentangan dengan fatwa sahabat. Perbahasan kelima: Pengilalan khabar ahad disebabkan bertentangan dengan qias. Perbahasan keenam: Pengilalan khabar ahad disebabkan bertentangan dengan ijma penduduk Madinah. Perbahasan ketujuh: Pengilalan khabar ahad disebabkan bertentangan dengan kaedah-kaedah umum.

Dalam Fasal ke-empat penulis mengkhususkan kepada jenis-jenis ilal yang boleh berlaku pada matan dan sanad. Fasal ini mengandungi 5 perbahasan. Perbahasan pertama: Pengilalan dengan Idhtirab dan Ikhtilaf. Perbahasan ini mengandungi 2 perkara: Perkara 1: Al-Idhtirab pada Al-Isnad 1. Pertentangan Al-Wasl dan Al-Irsal 2. Pertentangan Al-Waqf dan Ar-Rafu 3. Pertentangan Al-Ittisal dan Al-Inqita 4. Penambahan seorang perawi dalam satu rantaian sanad 5. Perbezaan dalam menentukan nama perawi dan nasabnya Perkara 2: Al-Idhtirab pada Al-Matan.
6

Perbahasan kedua: Pengilalan dengan penambahan. Terdapat 6 pendapat ulama berhubung penambahan seorang tsiqah iaitu: 1 Diterima secara mutlaq, ini merupakan pendapat jumhur fuqaha, Usuliyyin dan sekumpulan ahli hadith; 2. Tidak diterima secara mutlak, ini pendapat sekumpulan ahli hadith; 3. Diterima jika penambahan tersebut daripada perawi yang lain bukan perawi yang sama, ini pendapat sekumpulan ahli hadith dan Khatib Baghdadi mengatakan ia pendapat sebahagian kecil Syafiiyyah; 4. Diterima jika ada beberapa majlis penyampaian hadith dan ditolak jika ia daripada satu majlis; 5. Tidak diterima jika hukum berbeza dengan riwayatriwayat lain; 6. Diterima jika perawinya terkenal menguasai fiqh. Perbahasan ketiga: Pengilalan dengan As-Syuzuz Perbahasan keempat: Pengilalan dengan Al-Idraaj Perbahasan kelima: Pengilalan dengan Al-Khata dan seumpamanya

Penulis mengakhiri kitab dengan mengemukakan beberapa ringkasan daripada hasil perbahasan kitab ini seperti berikut: i. Makna illah dari sudut bahasa yang paling hampir dengan istilah muhaddisin ialah (penyakit) kerana hadith yang secara zahirnya sahih apabila

didedahkan oleh pengkaji/pengkritik illah yang mencacatkannya maka hadith tersebut terhalang daripada dihukum sebagai sahih. ii. Illah dikaitkan dengan sifat tersembuyi adalah secara kaitan kebiasaan kerana muhaddisin apabila berbicara tentang illah dari sudut pentashihan sesuatu hadith bermaksud illlah secara istilah yang khusus iaitu sebab yang tersembunyi yang mencacatkan. Apabila mereka berbicara tentang kritikan hadith dalam bentuk yang umum, mereka dalam keadaan tersebut bermaksud illah yang mencacatkan hadith samada ianya tersembunyi atau zahir, mencacatkan atau tidak. iii. Illah dengan makna istilah yang khusus tidak dapat dikenalpasti kecuali setelah mengumpulkan setiap jalan-jalan periwayatan, melakukan

perbandingan dan pemerhatian yang teliti kepada sanad-sanad dan matanmatan hadith.

iv.

Untuk mengetahui kesalahan pada hadith daripada perawi-perawi yang lemah memerlukan kepada ketelitian dan usaha bersungguh-sungguh sebagaimana juga keadaan untuk mengetahui kesalahan pada hadith perawi tsiqah.

v.

At-Tafarrud (berseorangan dalam periwayatan) bukanlah illah pada keadaan tersebut semata-mata, ia kadangkala menjadi salah satu sebab kepada illah. Ia menunjukkan kepada illah dan menjelaskan apa yang tersembunyi dari segi kesalahan dan waham dalam periwayatan.

vi.

Perawi-perawi yang ditajrih secara keras seperti dikatakan sebagai fasik dan yang ditinggalkan (Matrukin), hadith yang diriwayatkannya secara

berseorangan tidak dapat dikuatkan dengan mutabaat. vii. Hadith daif apabila diterima oleh ulama maka ia diterima untuk diamalkan dan tidak dinamakan sebagai sahih. viii. Ilmu ilal seumpama penimbang untuk menjelaskan kesalahan dan kebenaran, serta yang sahih dan yang lemah. ix. Hadith-hadith yang bertentangan antara satu sama lain mengandungi illah jika tidak mungkin di himpun atau ditaufiq. x. Syak bukanlah illah pada hadith, akan tetapi ulama tawaqquf pada kalimah atau lafaz yang berlaku syak. xi. Penambahan tsiqah diterima selagi mana tidak ada dalil atau qarinah yang menolaknya. xii. Ilal pada matan pada kebiasaannya timbul daripada syarat-syarat fuqaha dalam menentukan untuk beramal dengan hadith ahad. Contohnya seperti sebahagian fuqaha menolak beramal dengan hadith ahad jika ia

bertentangan dengan umum balwa, atau bertentangan dengan fatwa sahabat, atau mendahulukan beramal dengan qaedah umum atau amalan ahli Madinah ke atas hadith ahad.

4. METODOLOGI PENGARANG i. Penulis mengkaji makna illah di sisi ahli hadith dan fuqaha berdasarkan kepada ungkapan dan perbahasan mereka di dalam kitab-kitab yang berkaitan dengan bidang tersebut dan dari situ penulis mendapati illah mempunyai makna yang umum dan khusus. Penulis tidak menghadkan perbahasan illah dalam kitab ini kepada maksud yang khusus.
8

ii.

Untuk menunjukkan kesan ilal pada hadith kepada perbezaan pendapat ulama, penulis membawakan beberapa contoh perbezaan hukum ulama dalam sesuatu isu bagi setiap jenis illah serta perbahasan ulama berhubung hukum tersebut.

iii.

Pendapat ulama dalam sesuatu isu yang dinuqilkan tidak terhad kepada pendapat mazhab yang empat tetapi turut merangkumi pendapat di kalangan salaf dari sahabat serta tabiin dan turut dinuqilkan pendapat syaz dari kalangan ahli bidah seperti Imamiyyah dan Mutazilah.

iv.

Penulis kadangkala menuqilkan kata-kata guru beliau, Dr. Hashim Jamil, yang beliau perolehi secara musyafahah untuk menerangkan tentang sesuatu perkara contohnya beliau menuqilkan pendapat Dr. Hashim Jamil dalam menjelaskan sebab Imam Syafie menghukum makruh menggunakan air musyammas.

v.

Penulis menunjukkan kecenderungan beliau kepada sesuatu pendapat dengan mengemukakan jawapan ulama-ulama tertentu yang menjawap hujahan pendapat yang marjuh atau beliau mengemukakan . jawapan dengan

menggunakan sighah majhul iaitu

5. KEISTIMEWAAN KITAB Antara keistimewaan kitab ini berbanding kitab-kitab lain yang membahaskan tentang topik ilal hadith ialah: i. Setiap jenis ilal disertakan dengan contoh hadith yang mengandungi ilal tersebut. ii. Dikaitkan antara ilal hadith dengan perbezaan pendapat ulama dengan dibawakan contoh perbezaan pendapat-pendapat ulama serta perbahasan ulama berhubung hukum yang terbit daripada hadith yang mengandungi ilal. Contohnya penulis membawakan hadith berikut sebagai contoh hadith yang mengandungi illah tadlis:

Kemudian untuk menunjukkan kesan perbezaan pendapat ulama disebabkan illah yang terdapat pada hadith tersebut, penulis membawakan perbahasan berikut:

10

6. KEKURANGAN KITAB Berdasarkan kepada penelitian serta pembacaan terhadap kitab karangan Dr. Mahir Yassin Fahal ini, kemungkinan beberapa kritikan berikut boleh dikatakan sebagai kekurangan yang terdapat pada kitab berkenaan: i. Penulis tidak konsisten dalam manhaj beliau mengemukakan contoh hadith bagi setiap ilal. Kadangkala penulis membawakan contoh hadith terlebih dahulu kemudian diikuti dengan perbahasan pandangan ulama dan kadangkala sebaliknya. Contohnya dalam ketika membawakan contoh Hadith yang mengandungi illah Al-Inqita Az-Zahir penulis membawakan perbezaan pendapat ulama diikuti dengan hadith yang menjadi dalil bagi pendapat tersebut serta perbahasan berhubung ilal pada hadith berkenaan. Manakala ketika membawakan contoh hadith yang mengandungi illah At-Talik, penulis membawakan hadith serta perbincangan ulama berhubung ilal yang terdapat pada hadith Hisham Bin Ammar sebelum membawakan pendapat-pendapat ulama berhubung hukum nyanyian dan alat muzik. ii. Penulis tidak menyatakan secara jelas atau mengasingkan antara ilal yang umum dan ilal yang khusus. Perbincangan ilal cuma dibahagikan kepada tempat ilal berlaku iaitu samada pada sanad, matan dan sanad serta matan.

7. PENUTUP Kitab ini amat sesuai untuk dibaca untuk mendapatkan kefahaman tentang ilal hadith yang kurang dikuasai ramai orang dan kesan ilah tersebut kepada perbezaan pendapat ulama dalam sesuatu hukum. Secara tidak langsung pembaca juga dapat memahami manhaj mutaqaddimin dalam mentadif dan mentashihkan hadith.

11

You might also like