You are on page 1of 16

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SEMASHUR mempunyai keluasan 60 ekar (40 ekar kawasan berumput dan 7 ekar kawasan kolam bekas perlombongan). SEMASHUR boleh dihubungi melalui jalan Sungai Tua ke Batu Caves (25km) atau ke Rawang (30km) melalui jalan Tg. Malim KL. SEMASHUR telah dibuka dengan rasminya pada 16 Jun 2000. Barisan perintis melapor diri pada 20 Jun 2000 yang terdiri daripada Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan 23 orang guru sahaja. Pada 21 Julai 2000, SEMASHUR menerima seramai 180 orang pelajar Tingkatan 1. Mereka merupakan kumpulan pelajar pertama bagi sekolah ini. Pada Februari 2001, SEMASHUR menerima pengambilan pertama pelajar tingkatan 4. Pada 9 April 2009, SEMASHUR telah diiktiraf sebagai SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN dengan tiga bidang kebitaraan iaitu RAGBI, MATEMATIK dan UNIT BERUNIFORM.

MISI SEMASHUR
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sebagai wadah melahirkan warganegara yang terbilang melalui pengurusan sekolah yang berkualiti berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

VISI SEMASHUR
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi yang unggul di persada antarabangsa.

PIAGAM PELANGGAN

Kami, warga SEMASHUR dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak Negara seperti berikut: Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Memastikan pencapaian cemerlang semua matapelajaran dalam peperiksaan awam. Memberi peluang untuk pertumbuhan bakat dan potensi diri ke tahap optimum. Menjamin kebajikan warga sekolah dengan mengamalkan budaya 3K(Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan). Menjalin permuafakatan erat dengan PIBG dan komuniti luar. Mematuhi arahan kementerian dengan penuh komited dan bertanggungjawab.

BENDERA SEKOLAH

Warna-warna yang terdapat dalam bendera Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) sama seperti warna yang digunakan dalam logo SEMASHUR. Terdapat tiga garisan warna yang dilukis merentasi logo iaitu warna biru di bahagian atas, warna merah di barisan tengah dan warna kuning di barisan bawah. Rentasan jalur warna-warna tersebut berlatarbelakangkan warna putih yang menggambarkan kesucian, ketakwaan dan keimanan yang menjadi teras utama dalam kehidupan. Maksud bagi ketiga-tiga warna tersebut adalah: Warna biru melambangkan perpaduan dan permaufakatan guru-guru, para pelajar serta seluruh warga SEMASHUR untuk memajukan dan merealisasikan wawasan dan hala tuju sekolah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Warna merah pula melambangkan kecekalan, keberanian, dinamik dan berjiwa besar manakala warna kuning melambangkan tuaian yang bakal diperolehi dengan adanya ketiga-tiga komponen seperti yang digambarkan melalui warna-warna yang telah dinyatakan di atas.

LAGU RASMI
Alam nan indah memukau mata Air mengalir jernih ke muara Di situlah sekolah ku tercinta SEMASHUR seindah nama Kaulah pelita penyuluh hidup Menabur bakti untuk pertiwi Ku Julang namamu seharum kasturi Semoga Allah memberkati SEMASHUR akan teguh berdiri Banteras panji keimanan yang murni Falsafah pendidikan dikelek rapi Melahirkan generasi tahan diuji Ayuhlah berjuang putera dan puteri Kerahkan segala potensi diri Capai kecemerlangan sehingga jaya Untuk SEMASHUR tercinta 3x

IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami, pelajar pelajar SM Sains Hulu Selangor berikrar dan berjanji, akan patuh kepada undang-undang sekolah dan asrama, serta menjadi insan yang berilmu, beriman dan beramal soleh. Kami bertekad menjunjung tinggi segala kemudahan yang disediakan dan akan berusaha sedaya upaya kami menggarap ilmu pengetahuan yang berguna hingga tercapai kejayaan yang cemerlang. Kami berazam akan mengambil bahagian cergas dalam kegiatan-kegiatan sekolah dan asrama serta memelihara dan menjaga nama baik sekolah juga menjadi pelajar contoh yang sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dan Rasul-Nya

LATAR BELAKANG SEKOLAH


Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau nama ringkasnya SEMASHUR, merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang terletak di Hulu Yam Bharu,. Pada 2009, Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor memiliki 352 pelajar lelaki dan 340 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 692 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009 Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor atau lebih dikenali sebagai SEMASHUR merupakan sekolah berasrama penuh ke-38 dan terletak di Batang Kali, Selangor. Salah satu sekolah berasrama penuh yang mendapat anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dalam kebitaraan sukan ragbi, unit beruniform dan matapelajaran Matematik. SEMASHUR telah mencatatkan prestasi yang baik apabila berjaya mendapat nombor 1 keseluruhan SBP dalam peperiksaan PMR pada tahun 2008, 2010 dan 2011.

BIODATA PENGETUA

Nama : Puan Hajah Siti Rogayah bt. Yahya Umur : 63 tahun T. Lahir : 26 Jun 1959 T. Lahir : Klang, Selangor Adik beradik : 4 orang / anak ketiga Kelulusan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendidikan Tempoh Mengajar : 1983 2012 ( 29 tahun ) Nama Ayah : Yahya b. Hj. Khatib Nama Ibu : Maimun bt. Abdullah Nama Suami : Muhammad b. Jaafar Bil. Anak : 5 orang Tugas : Pengurus, Pentadbir, Pemantan, Penjaga Tempat Terakhir Sebelum Menjadi Pengetua Semashur : SMK Bandar Puchong (1) Sifat sifat Istimewa : Seorang yang penyayang. Beliau ingin menerapkan sikap penyayang di Semashur. Sumbangan : Membawa transformasi sekolah ke arah kondusif dan efektif.

BIODATA GURU

Nama : Chea Ley Shin Umur: 31 tahun T. Lahir : 17 nov 1981 Asal : Pahang Bil. Adik beradik : 4 orang / anak keempat Tempoh Mengajar : 2002 - 2012 Sumbangan : Guru Mandarin , Ketua Panitia Bahasa Mandarin Sifat Istimewa : Seorang yanag cekap dan berdedikasi dalam mengajar anak murid ke arah kecemerlangan

BIODATA GURU

Nama : Nurul Nazihah bt. Mohd. Kamil Umur : 29 tahun Asal : Kuala Kerai Bil. Adik beradik : 7 orang / anak pertam Hobi : Mengemas rumah Tinggal : Antara Gapi, Serendah Mula Mengajar : 25 Januari 2002 Mula Mengajar di Semashur : 1 Februari 2010 Sekolah Terakhir Mengajar Sebelum Semashur : SMS Pasir Puteh Nama Suami : Mohd. Redzuan b. Mohd. Ibrahim Sumbangan : Guru Koperasi, Guru Kemahiran Hidup Bersepadu, Guru Penasihat Kelab Pengguna dan Persatuan KHB Sifat sifat Istimewa : Lemah lembut, sentiasa tegas

BIODATA GURU

Nama : Muhd. Fauzi b. Abdul Mutalib T. Lahir : 24 April 1977 T. Lahir : Air Kuning, Perak Tinggal : Kuarters Warden Semashur Nama Ayah : Abdul Mutalib b. Hj. Omar Nama Ibu : Siti Norma bt. Hj. Hussein Bil. Adik beradik : 6 orang / anak kedua Nama Isteri : Nik Sri Rahayu bt. Nik Ariffin Bil. Anak : 2 orang Pendidikan : Diploma B. Arab dan Pendidikan, Ijazah B. Arab Sastera Arab Sumbangan : Warden Semashur, Gurun Disiplin Hobi : Main Tennis Sifat sifat Istimewa : Tegas, Peramah

BIODATA GURU

Nama : Wan Rafidah bt. Wan Khalid Umur : 49 tahun T. Lahir : 19 Mei 1971 T. Lahir : Kuala Terangganu T. Tinggal : Bukit Sentosa Bil. Adik beradik : 7 orang / anak kelima Pernah Bersekolah : SMK Sultan Sulaiman K.Terengganu dan Universite de Franche Comte Besancon France Nama Suami : Ruduan bt. Puteh Ahmad Bil. Anak : 3 orang Sumbangan : Menguruskan peperiksaan antarabangsa bahasa Perancis ( DELF ) , pemeriksa DELF , terlibat dalam penghasilan buku aktiviti bahasa Perancis Sifat sifat Istimewa : Seorang yang tegas dalam melakukan kerja dan memiliki sifat penyayang.

BIODATA GURU

Nama : Rafidah bt. Ibrahim T. Tinggal : Batang Kali Mula Mengajar : 18 Jun 2001 Sumbangan : Ketua Panitia BM , Guru Nilam , Ketua Pentaksir Sekolah (PLBS) , Penggubah soalan BM SPM Daerah , tulis teks ucapan mengajar BM Status : Berkahwin Tokoh : Nabi Muhammad SAW Motto : Laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin demi anak negara Sifat sifat Istimewa : Lemah lembut, mempunyai cara tersendiri untuk mengajar pelajar di dalam kelas

BIODATA GURU

Nama : Cik Noraini bt. Zohuddin Umur : 28 tahun Asal : Teluk Intan, Perak T. Lahir : 1 April 1984 Bil. Adik beradik : 7 orang / anak kelima Pernah Bersekolah : S.R. Teluk Intan dan SMK Raja Permaisuri Bainun Pendidikan : UITM Shah Alam Makanan Kegemaran : Nasi Goreng Kampung Minuman Kegemaran : Jus Oren Warna Kegemaran : Hijau Sumbangan : Guru Kelab Komputer, Guru Data Murid, Guru Memanah Sifat sifat Istimewa : Lemah lembut, tegas

MOTTO SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR

ISI KANDUNGAN

Bil. 1. 2. 3. 4. 5.

Tajuk Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rujukan

M/S

You might also like