You are on page 1of 4

LATIHAN M/S 40 2.

Beri 2 contoh bagaimana anda sebagai guru boleh membentuk sahsiah yang positif terhadap murid-murid anda. Terdapat 2 contoh bagaimana saya sebagai guru boleh membentuk sahsiah murid-murid yang positif:i) memberi peluang kepada murid-murid @ menggalakkan mereka untuk terlibat dengan aktiviti kumpulan cth, lakonan, nyanyian koir dan lainlain. ii) Melantik / menggalakkan murid-murid aktif dalam aktiviti, persatuan, kelab dan permainan. 3. Kenalpasti dan refleks personaliti anda. Berdasarkan jawapan anda, fikirkan bagaimana anda boleh meningkatkan kualiti hati, nafs, dan minda anda. Personaliti saya adalah seperti berikut:1) Seorang yang berfikiran terbuka 2) Komitmen terhadap tugas 3) Bertanggungjawab 4) Berdikari 5) Keras hati mudah memaafkan tetapi sukar untuk melupakan 6) Kalut / kelam kabut / gelabah 7) Mudah lupa 8) Suka berjenaka Terdapat beberapa cara bagi saya untuk meningkatkan kualiti hati, nafs dan minda berdasarkan personaliti saya iaitu:1) Muhasabah diri pembersihan hati, kenal pasti sikap-sikap negatif dan positif. 2) Mendekatkan diri dengan Allah / Pencipta munajat, zikir, solat-solat sunat, membaca Al-Quran. 3) Menerima kelemahan diri dan bersedia untuk memperbaikinya ke arah yang lebih baik 4) Pembacaan yang meluas meluaskan bacaan untuk menambahkan pengetahuan dalam pelbagai perkara. 5) Selalu mengikut majlis-majlis ilmu / majlis-majlis perbincangan untuk bertukar-tukar pendapat. 6) Bersahabat dengan mereka yang dapat mendorong ke arah kebaikan 7) Menjaga kesihatan dan pemakanan pemakanan yang merangsang ke arah minda yang sihat.

4. Kini nyatakan struktur yang mana satu mengikut Teori Freud yang menjadi domain personaliti anda. Adakah id, ego atau superego? Teori Freud yang menjadi domain personaliti saya ialah ego.Ini kerana kita sentiasa menggunakan akal yang realitik dan logik dalam melakukan sesuatu tindakan.Contohnya dalam mempertahankan hak dan prinsip, ego telah memberi peranan yang domain dalam pembentukan personaliti saya. Namun begitu id dan superego juga turut mempengaruhi personaliti saya dalam situasi-situasi yang tertentu secara tidak langsung. LATIHAN M/S 72 1. Pada pendapat anda, teori pembelajaran yang manakah mempengaruhi pembelajaran murid? Beri contoh-contoh untuk menyokong jawapan anda.

SOALAN TUTORIAL UNIT 1 5 ( b ) Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran adalah penting sebelum proses pembelajaran. Berdasarkan pengalaman mengajar anda, bincangkan pernyataan dengan memberi contoh yang sesuai. Berdasarkan pengalaman mengajar saya, pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran adalah penting sebelum proses pembelajaran kerana sebab-sebab yang berikut:1) Memberikan kesediaan dan motivasi kepada guru guru :- guru dapat memotivasikan diri sendiri dan bersedia untuk mengajar sekaligus guru tersebut dapat menimbulkan nilai-nilai motivasi yang positif kepada murid-murid untuk belajar dan ( menarik minat mereka ) 2) Guru tersebut dapat mendalami lagi teori-teori pengajaran dengan lebih jelas dan di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3) Guru menjadi lebih mahir dalam penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran:- Akan dapat menarik minat murid-murid untuk belajar contohnya guru menggunakan overhead projector, slaid, pita rakaman, gambar foto, kad imbasan, model, peta dan gambarajah bagi membantu murid-murid memahami sesuatu konsep. Penggunaan sumber ini lazimnya akan berjaya menarik minat murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Penumpuan dan minat yang lebih akan menjamin pembentukan konsep yang lebih cepat. 4) Akan mewujudkan suasana sosioekonomi yang mendorong:- Murid-murid akan belajar dalam suasana yang lebih baik dan tidak terancam . - Murid-murid akan berani untuk mencuba, menyelidiki dan meneroka - Peranan guru dalam memberikan galakkan dan dorongan agar muridmurid memberikan jawapan yang asal dan kreatif. 5) Dari segi projek dan ujikaji:- Guru tahu untuk melibatkan murid dalam satu-satu aktiviti atau projek ( berpusatkan murid ),contohnya dalam penyediaan projek zoo mini, muridmurid dapat mempelajari tentang pelbagai perkara seperti ciri-ciri haiwan yang dipelihara, jenis makanan yang dipeerlukan dan lain-lain. 6 ) Pemeringkatan isi pelajaran :- Guru dapat melakukan penyusunan isi pelajaran yang teliti bagi menjamin pembelajaran yang berkesan seperti pembelajaran dari yang senang kepada yang susah, perkara yang konkrit kepada abstrak, dan dari perkara yang sudah diketahui kepada perkara yang belum diketahui. - Pemeringkatan isi pelajaran seperti ini dapat membantu murid-murid membentuk konsep dengan lebih cepat lagi.

7) Latihan dan kerja praktik:-

- Guru dapat meneliti dan memikirkan latihan dan kerja praktik yang dapat diberikan kepada murid-murid dengan lebih teratur agar pembentukan konsep pembelajaran mereka lebih mantap. Contohnya melalui kerja-kerja amali yang diberikan murid-murid dapar memerhati hasil pembelajaran mereka seterusnya teori-teori yang mereka pelajari dalam kelas dapat dipraktikkan. - Selain itu latihan yang diberi oleh guru dapat membantu murid-murid untuk memperkukuhkan lagi konsep-konsep yang telah dipelajari. 8) Penyerapan dan penggabungjalinan:- Guru-guru dapat menyediakan satu pembelajaran yang holistik yang mana iaitu hasil dari penyerapan isi dan penggabungjalinan dari kemahiran-kemahiran pelajaran yang lain. 8) Contoh-contoh yang mencukupi:- Guru guru dapat membuat persediaan dari segi teknik pengajaran seperti penggunaan contoh-contoh yang mencukupi. Melalui contoh-contoh yang pelbagai jenis itu, murid-murid lebih mudah membuat perbandingan dari segi persamaan dan perbezaan, sekaligus pembelajaran akan berlaku dengan lebih efektif.

You might also like