You are on page 1of 15

1.0 BIODATA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada 20 Disember 1925.

Beliau adalah putera kepada pasangan Mohamad Bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Tun Dr Mahathir dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir telah memulakan persekolahannya di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. Pada tahun 1947 pula, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura.Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan sebagai seorang doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga pernah bertugas di Langkawi, Jitra dan Perlis. Setelah tamat kontraknya dengan kerajaan pada tahun 1957, Dr. Mahathir serta isterinya telah membuka sebuah klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di negeri Kedah. Beliau sangat berminat dalam bidang penulisan. Segala fikiran dan pendapat beliau sering diluahkan dalam bentuk penulisan. Beliau sering menulis rencana-rencana mengenai masalah ekonomi dan politik Melayu. Hasil penulisan beliau telah diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Antara hasil penulisannya yang paling mendapat perhatian ialah "Dilema Melayu" yang diterbitkan oleh beliau dalam tahun 1970.

2.0 Pemikiran dan Sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Menjana Pembangunan dan Pengurusan Ekonomi Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat merupakan perdana menteri yang paling lama menerajui tampuk pemerintahan negara iaitu selama 22 tahun.1 Kebolehan beliau berfikir secara berstrategi dan sumbangan beliau adalah yang terbaik bukan sahaja bagi rakyat Malaysia, tetapi juga rakyat dunia ketiga, jika dibandingkan prestasi pemerintahan beliau dengan pemimpin-pemimpin negara membangun lain di dunia. Beliau mempunyai visi, berwawasan besar dan berani dalam menghadapi segala cabaran
1

Buku Malaysia 1945-2000, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2009, hlm.245.

serta tidak semata-mata mengikuti cara konvensional, sama ada teori atau fakta pemikiran Barat. Beliau mengutamakan satu pemikiran iaitu pengurusan ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber sekiranya digabung dengan pengalaman dan kuasa kepimpinan yang telah diberi mandat, maka matlamat yang disasarkan tentunya akan menjadi kenyataan.

2.1 Doktor Ekonomi Negara Tun Dr. Mahathir merupakan pemimpin yang berfikiran tajam, berani, bijaksana dan berkeyakinan tinggi. Sifat ini menyerlah apabila beliau telah mengambil keputusan dengan mengenakan rejim kawalan pertukaran asing terpilih ketika krisis kewangan 1997-1998.2 Tindakan beliau pada 1 September 1998 telah memberi kekuatan kepada negara untuk terus menghadapi krisis ekonomi yang melanda rantau asia pada ketika itu. Beliau telah membuktikan kemampuan dalam melaksanakan proses pemulihan semula ekonomi negara dengan menubuhkan Danaharta Nasional Bhd dan Danamodal Nasional Bhd. 3 bagi membantu bank-bank yang terjejas akibat krisis ekonomi ini. Danaharta ditubuhkan pada Jun 1998 adalah agensi pengurus aset untuk mengeluarkan pinjaman tidak berbayar (NPL) dari sektor perbankan dan memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat berdaya maju sementara Danamodal pula menyediakan kemudahan bagi pemulihan dan pencergasan semula sistem perbankan Malaysia dengan pengukuhan semula modal sektor perbankan. Kerajaan Malaysia juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pengstrukturan Semula Hutang Korporat (CDRC) bagi menyelesaikan masalah hutang korporat dan pengawalan modal serta tambatan ringgit terhadap spekulasi mata wang.

2.2 Dasar Pandang ke Timur Pada 8 Februari 1982, Tun Dr. Mahathir mengumumkan dasar ini semasa Persidangan Tahunan Kelima Malaysia-Jepun (MAJECA/JAMECA )di Kuala Lumpur.4 Dasar ini mengharapkan rakyat Malaysia dapat membelajari dan menyerap nilai-nilai perdagangan dan perindustrian yang baik dari negara-negara maju di rantau Asia seperti Jepun dan Korea Selatan. Beliau juga menekankan aspek pengurusan berkualiti, kemajuan sains dan teknologi serta etika kerja dalam usaha meningkatkan tahap teknologi dan sistem pengurusan. Selain itu, Tun juga berharap bahawa dasar ini dapat melahirkan pekerja2 3

Ketua Pengarah, Buku Rasmi Tahunan 2004, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, 2004, hlm.64. Ibid., hlm.65 4 Ibid., hlm.59

pekerja beretika tinggi, di samping semangat hubungan kejiranan berteraskan prosper-thyneighbor. Pelaksanaannya bermula dengan memperkenalkan sistem kad perakam waktu kerja, pemakaian tanda nama, penubuhan pasukan kawalan mutu kerja, manual prosedur kerja dan juga latihan ke negara-negara tersebut.

2.3 Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam(1982)-Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia(1983). Pada tahun 1982, Perusahaan Awam Bukan Kewangan(PABK) telah dikurangkan malalui Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam dan seterusnya perlaksanaan Dasar Penswastaan pada tahun 1983.5 Pada 25 Februari 1983, Dasar Pensyarikatan Malaysia juga diperkenalkan dan diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir semasa pelancaran Forum INTAN .6 Tujuan adalah demi memperkemaskan peranan sektor swasta sebagai penjana pertumbuhan ekonomi dan seterusnya dapat mewujudkan kerjasama dan saling membantu antara sektor awam dan sektor swasta. Dasar ini dilaksanakan melalui penubuhan sebuah Panel Perundingan Perniagaan, ceramah-ceramah dan penempatan sementara pegawaipegawai untuk bekerja dengan syarikat-syarikat swasta. Kerjasama yang erat melalui dialog, mesyuarat dan sebagainya telah dapat mengurangkan rungutan dan aduan mengenai kelewatan memproses dan kelulusan permohonan, karenah birokrasi dan seterusnya memberi layanan yang lebih mesra kepada syarikat-syarikat dari dalam dan luar negeri. Di samping itu, liberalisasi garis panduan pemegangan ekuiti telah menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing(FDI) ke Malaysia. Contohnya, konsep Sogososha yang berasal dari Jepun telah diperkenalkan di Malaysia untuk menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam meluaskan pasaran produk Malaysia.7 Dasar Tun Mahathir yang ingin melihat pasaran ekonomi negara yang lebih bebas dan terbuka bagi menggalakkan perdagangan dengan negara-negara luar yang lain. Antara rakan dagang utama negara ialah Jepun, Amerika Syarikat, China dan Singapura. Sebagai sebuah negara yang mula membina asas yang kukuh di pentas perdagangan global, Malaysia masih lagi mengharapkan perdagangan daripada negara yang kuat bagi meransang ekonomi domestik yang masih baru bertumbuh. 2.4 Dasar Ekonomi Baru(1970- 1990)- Dasar Pembanguan Nasional(1991-2000)Dasar Pembangunan Wawasan(2001- 2010)
5 6

Ibid., hlm.68 Ibid., hlm.63 7 Ibid., hlm.62

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 17 Jun 1991 selepas berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1990.8 Rangka Rancangan Jangka Panjang kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menandakan bermulanya satu era baru dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.9 DPN terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum. Maka dengan ini ia akan menyumbang ke arah mengukuhkan perpaduan kaum. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Sehingga tahun 1992, Malaysia telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat selama lima tahun berturut-turut iaitu 8.5 peratus.10Tahun 2001 menyaksikan pelancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001-2010 dan Rangka Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) 2001-2005 ke arah memperhebatkan pencapaian ekonomi berasaskan pengetahuan dan meningkatkan pembangunan negara.11

2.5 Dasar Perindustrian Negara Dasar ini digubal atas hasrat kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar sektor perindustrian menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Pelan Induk Perindustrian telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari 1986.12HICOM ditubuhkan untuk memajukan pertumbuhan sektor ini dengan pengeluaran kereta nasional pertama, Proton Saga oleh Perusahaan Automobil Nasional (PROTON). Kini wujud PERODUA, kereta nasional kedua, MODENAS, motosikal nasional, HICOM PERKASA, trak nasional dan lain-lain yang membuktikan kebolehan dan kemampuan Malaysia menjadi negara pengeluar kereta13. Dasar ini turut menggalakkan pemindahan teknologi dari negara luar bagi membantu Malaysia malaksanakan proses industrialisasi yang mantap. Hal ini kerana teknologi Malaysia pada ketika itu masih jauh ketinggalan berbanding dengan teknologi dari negara maju yang lain. Seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat. Tun turut menggalakkan joint venture
8 9

Ibid. Ibid. 10 Ibid. 11 Ibid., hlm.63 12 Ibid. 13 Ibid., hlm.62

antara syarikat tempatan dengan syarikat asing yang telah berjaya bagi membantu menghasilkan produk buatan tempatan. Contohnya seperti kerjasama di antara syarikat PROTON dari Malaysia dan Mitsubishi dari Jepun. Barangkali, sumbangan Tun Dr. Mahathir yang paling signifikan ialah idea dan inisiatif dalam membawa Malaysia daripada sebuah ekonomi berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri pada pertengahan tahun 1980-an.

2.6 Mercu Tanda Antara mercu tanda pembangunan semasa di bawah pemerintahan Tun Dr mahathir ialah Jambatan Pulau Pinang yang sepanjang 13.5km, Menara Berkembar Petronas KLCC dengan ketinggian 452 meter yang merupakan antara menara yang tertinggi di dunia, Menara Kuala Lumpur yang ketinggian 421 meter, industri berat dan berteknologi tinggi seperti HICOM dan PROTON,serta pembangunan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran baru negara bagi menggantikan kuala lumpur. Antara projek mega lain yang sering dikaitkan dengan idea wawasan Tun mahathir ialah Litar Antarabangsa sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Taman Teknologi, Lembah Bio dan Projek hidroelektrik Bakun untuk pengeluaran tenaga elektrik bagi Malaysia timur. Pada awal tahun 90-an pula, Koridor Raya Multimedia (MSC) ditubuhkan sebagai hub tapak uji sejagat bagi aplikasi IT & Multimedia untuk mengendalikan penyelidikan, produk dan teknologi baru di rantau Asia.14 Antara projek ICT yang berjaya dihasilkan adalah passport microchip pertama di dunia dan Kad Pintar MyKad. Koridor Raya Multimedia terus dibangunkan untuk menjadi Lembah Silicon Malaysia15.

3.0 DR. MAHATHIR DI ARENA ANTARABANGSA. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Dr.Mahathir telah berusaha menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan bangsa malah sangat berbeza dari segi latar belakang serta corak pemikirannya. Beliau juga telah berjaya membawa negara di persada antarabangsa. Dari sebuah negara kecil yang tidak dikenali, kini Malaysia telah terpampang di mata dunia sebagai sebuah negara yang pesat membangun di kalangan negara-negara membangun yang lain. Malah Malaysia merupakan
14 15

Ketua Pengarah, Buku Rasmi Tahunan 2004, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia, 2004, hlm .66. Ibid., hlm.66

salah sebuah negara yang berpengaruh di asia tenggara melalui peranan yang dimainkan melalui pertubuhan ASEAN (Association of south-east asian nations) serta pertubuhan lain yang bersifat antarabangsa seperti NAM(non aligned movements), OIC (Organization Of Islamic conference) dan CHOGM (commonwealth heads of government meeting). Semasa di awal pemerintahan beliau, negara Malaysia begitu sinonim dengan Dr.Mahathir kerana kegigihannya dalam memperkenalkan Malaysia di persada antarabangsa bagi menarik para pelabur asing untuk melabur di negara ini.16 Dr Mahathir juga sering diberi gelaran salesman No.1 Malaysia oleh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang lain. Selama Malaysia di bawah tampuk pemerintahannya, negara telah menjalini banyak hubungan ekonomi dengan dunia luar menerusi lawatan kerja oleh Dr.Mahathir. Beliau telah membuat lebih dari 250 lawatan kerja pada sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri contohnya negara Zimbabwe dan ke Antartika serta negara-negara yang tidak pernah diketahui dan didengar oleh oleh rakyat Malaysia sendiri.17 Pertemuan beliau dengan ketuaketua negara dan pemimpin-pemimpin kerajaan, pemimpin politik, dan agama dari negaranegara yang pernah dilawatinya sama ada dari negara maju, negara membangun mahupun negara yang mundur secara tidak langsung berjaya meningkatkan dan mengukuhkan hubungan serantau dan antarabangsa Malaysia. Kepimpinan beliau bukan sahaja dikagumi oleh masyarakat tempatan, malah kepimpinannya turut dikagumi oleh dunia luar terutamanya kuasa-kuasa besar seperti negara China, Rusia, Jepun, India, Perancis, jerman dan juga negara-negara membangun yang lain.18 Tun Dr Mahathir bukan sahaja dikagumi, malah ramai pemimpin-pemimpin dunia meminta pendapat serta pandangan dari beliau dan juga khidmat nasihat daripada beliau bahkan beberapa buah negara islam telah menaruh minat untuk mengkaji pemikiran Dr.Mahathir Mohammad, manakalapula, terdapat beberapa buah negara barat yang membangun sedang menyusun ucapan, amanat dan kertas kerja Dr.Mahathir untuk dijadikan buku rujukan. Dr.Mahathir pernah dicap sebagai rebel dan ultra atas pandangannya ke atas negara Israel dan amerika syarikat serta kempen Buy British Last pada suatu ketika dahulu. Tun Mahathir merupakan seorang pemimpin yang bersifat lantang dan berani. Beliau tidak takut untuk menyuarakan pandangan walaupun ia mungkin menimbulkan perasaan tidak

16

Siti Rosnah Haji Ahmad, Pemerintahan dan Pemimpin-Pemimpin Kerajaan Malaysia, selangor: Golden Books SDN.BHD, 2006, hlm.152. 17 Ibid. 18 Ibid., hlm.152

puas hati kepada orang lain.19 Walaupun sering dikritik oleh media barat namun, dia mampu menunjukkan bahawa beliau merupakan pemimpin yang menjadi teladan bagi negaranegara yang membangun bahkan negara-negara ini menganggap beliau sebagai pemimpin yang mewakili negara-negara dunia ketiga.20 Dr.Mahathir juga telah digelar sebagai Voice

Of New Asia, Voice Of all levels of Society, programmatic dan world-class leader
kerana atas usaha beliau yang telah memperjuangkan nasib dan kepentingan negara-negara dunia ketiga.21Sebagai seorang pemimpin yang cintakan keamanan, kedamaian, dan berpegang teguh pada prinsip prosper thy Neighbour Dr.Mahathir selaku ketua negara telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan pembangunan dan teknikal kepada negara yang miskin dan juga negara yang dilanda perang.22 Persatuan bangsa-bangsa bersatu (PBB) merupakan pentas bagi beliau untuk menyuarakan pandangan beliau di arena antarabangsa. Beliau telah membangkitkan isu-isu kontroversi seperti penguasaan badan dunia itu oleh sebilangan negara-negara besar sehingga menyebabkan negara-negara kecil lain yang bergantung kepada bantuan PBB ini telah dipinggirkan serta diabaikan. Semasa lawatan ke negara-negara membangun, Dr Mahathir tidak jemu-jemu memberikan penekanan ke atas kepentingan pemindahan teknologi dan juga kepakaran.23 Beliau juga memberikan perhatian yang khusus ke atas ekonomi yang makmur dan stabil bagi mewujudkan sebuah kawasan serantau Asia Tenggara yang makmur dan stabil.24 Di samping itu, beliau juga merupakan tenaga penggerak utama di atas penyertaan tiga buah negara iaitu, Laos, Myammar dan Vietnam ke dalam ASEAN dengan menyokong sepenuhnya penyertaan dan kemasukan ketiga-tiga negara ini.25 Bagi merealisasikan impian dia sendiri Dr.Mahathir sendiri, yang ingin mewujudkan sebuah dunia yang aman makmur dan persekitaran serta ekologi yang seimbang untuk generasi yang akan datang, beliau telah menggariskan keperluan untuk mengekalkan wilayah Antartika sebagai warisan sejagat untuk semua penduduk dunia. Malah beliau telah membawa isu antartika ini ke Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB).26 Sementara itu,bagi menunjukkan kesungguhan beliau ke atas isu Antartika ini, pada 6 Februari 2002 beliau beserta isterinya dan satu delegasi telah membuat lawatan bersejarah ke benua antartika

M. Rajendran, Mahathir Mohammad Prime Minister of Malaysi,.Selangor: IBS buku Sdn.Bhd,1993, hlm.145. 20 Ibid., hlm.152 21 Ibid., hlm.152-153 22 Ibid., hlm.153 23 Ibid. 24 Ibid. 25 Ibid. 26 Ibid.
19

dimana beliau juga adalah merupakan ketua kerajaan yang pertama di dunia telah menjejakkan kaki ke wilayah tersebut.27 Selama Dr.Mahathir menjadi pemimipin, beliau telah memberi perhatian khusus terhadap konsep kerjasama selatan-selatan dan menerusi konsep ini, beliau telah berjaya mengadakan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) dan juga Dialog Antarabangsa Afrika Selatan (SAID).28 Dialog ini telah berjaya membawa bersama-sama negara-negara Afrika dan asia untuk mencari penyelesaian ke atas ke atas masalah-masalah bersama dan bertukar-tukar maklumat serta kepakaran di kalangan negara-negara berkenaan. Tun Dr.Mahathir juga digelar sebagai jurujual nombor satu negara. Gelaran ini diberi kerana, dalam setiap tempoh lawatan kerjanya bagi mempromosikan Malaysia di luar negara, beliau disertai oleh usahawan-usahawan, ahli koporat dan kakitangan kerajaan dimana mereka telah diberi peluang untuk mencari dan menerap maklumat serta kemajuan teknologi negara-negara yang dilawati. Di akhir karier beliau sebagai model pemimpin negara-negara yang membangun serta dikagumi beliau sempat juga untuk menunaikan janji dan tanggungjawab beliau kepada ketua-ketua Negara NAM (pergerakan Negara-Negara Berkecuali) dan OIC (pertubuhan Negara-Negara Islam) untuk menjadi tuan rumah dan mempengerusikan kedua-dua persidangan ini yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 20-25 februari 2003 untuk persidangan NAM dan 11-18 Oktober 2003 untuk persidangan OIC.29Beberapa hari sebelum mengakhiri zaman kegemilangannya sebagai pemimpin negara, pada 31 Oktober 2003, beliau masih sempat membuat lawatan kerja ke Bangkok, Yogjakarta, Timor Leste, dan papua New Guinea.30 Ini antara negarawan yang unggul dan tiada tolok bandinganya dengan pemimpin-pemimpin yang lain di negara kita dengan pendirian yang tegas serta mempunyai pandangan yang jauh lebih ke hadapan. Dengan itu Dr Mahathir telah dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN).

4.0 Penglibatan Tun Dr Mahathir Arena Politik Dalam tahun-tahun 1950an,penglibatan Tun Dr Mahathir dalam pentas politik tidak begitu ketara disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Tun Dr. Mahathir bergiat aktif dalam
27 28

Ibid., hlm.153 Ibid., hlm.154 29 Ibid. 30 Ibid., hlm. 155

bidang politik. Beliau pernah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964,Tun Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon Parti Perikatan untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Setar dan beliau berjaya memenanginya. Namun, beliau kalah semasa pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969. Walaupun Tun Dr Mahathir pernah dipecat dari parti UMNO kerana kelantangannya menggesa Tunku Abdul Rahman untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri ketika itu atas isu 13 mei. Tetapi karier politiknya tidak berakhir di situ apabila Tun Abdul Razak telah membawa masuk semula Tun Dr Mahathir pada 1972. Sehubungan dengan kemasukan semula Tun Dr Mahathir ke arena politik negara, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of

the University Court and University of Malaya council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Selain itu Tun Dr. Mahathir pernah dilantik menjadi
Senator di Dewan Negara pada tahun 197331. Beliau kemudiannya meletak jawatan untuk bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 iaitu dimana beliau telah menang kerusi tersebut tanpa bertanding. Tun Dr. Mahathir telah dilantik ke jawatan paling penting iaitu Menteri Pelajaran. Langkah pertama dalam perancangan beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara sebagai satu usaha ke arah menghapuskan kemiskinan. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran, beliau mengekalkan pembaharuan seperti peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke institusi pengajian tinggi, mengadakan biasiswa khas pendidikan dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang ditentang oleh ahli akademik dan beberapa pihak. Akan tetapi sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Panduan Kementerian Pendidikan pada ketika itu. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke salah sebuah lagi kementerian yang amat penting iaitu Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dan beliau berusaha mengalakkan perdagangan dan pelaburan asing secara langsung ataupun FDI(Foreign Direct Investment) di malaysia. Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agong UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang
31

M.Rajendran, Mahathir Mohammad Prime Minister of Malaysia, Selangor, IBS buku Sdn Bhd, 1993.hlm.7.

kepada kejayaan politik beliau. Beliau mempunyai ramai penyokong dan memiliki pengaruh yang besar dalam parti UMNO menerusi idea-idea yang memperjuangkan taraf ekonomi orang melayu dan pendidikan dikalangan orang melayu di pedalaman. Setelah Tun Abdul Razak kembali ke Rahmatullah, Tun Hussein Onn telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO. Manakala, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pada masa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti UMNO. Semasa pilihanraya umum tahun 1978, Dr. Mahathir telah menang dan mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Bermula daripada tarikh tersebut, Tun Dr Mahathir merupakan orang nombor 1 negara bagi satu tempoh masa yang panjang. Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.32 Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan kehadapan. Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dan beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu berada dalam kegawatan serta krisis matawang melanda kebanyakan negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara32

M.Rajendran, Mahathir Mohammad Prime Minister of Malaysia, Selangor, IBS buku Sdn Bhd, 1993.hlm.7.

10

negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja. Sebagai salah seorang pemimpin politik yang paling lama memegang tampuk pemerintahan negara, Tun Dr Mahathir melihat perubahan yang pesat dialami oleh Malaysia dari sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada negara yang berteraskan teknologi dan perindustrian berat

5.0 SUMBANGAN DR MAHATHIR KEPADA DUNIA ISLAM Dalam tahun-tahun awal penubuhan Malaysia, negara menghadapi masalah yang membabitkan perkauman dan pembangunan ekonomi yang tidak sekata. Oleh sebab itu tiga perdana menteri Malaysia yang terawal hanya memfokuskan tumpuan kepada masalah dalaman barbanding masalah yang melibatkan islam sejagat. Namun berbeza pula dengan Tun Dr Mahathir yang amat cenderung melibatkan diri dan memainkan peranan yang penting dalam komuniti global islam. Di bawah pemerintahan beliau, tun dr mahathir telah menjadikan islam sebagai salah satu identiti utama Malaysia sehingga negara menjadi salah sebuah negara islam yang pesat membangun selain negara islam lain seperti Arab Saudi, Qatar dan Turki. Walaupun orang melayu, iaitu penganut islam utama di Malaysia, hanya mewakili separuh daripada 28 juta rakyat Malaysia, islam merupakan agama rasmi dan dilindungi di bawah perlembagaan negara. Tun sedar bahawa Malaysia sememangnya sebuah negara yang terkenal dengan imej islamnya namun persoalanya negara islam jenis apakah yang Malaysia akan mainkan di pentas global. Menurut pandangan beliau, negara Islam kini mengalami masalah yang melibatkan keyakinan diri dan ingin menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju bagi menaikkan semula imej islam di pentas global. Walaupun negara-negara islam mempunyai sumber semulajadi yang kaya seperti minyak dan gas asli namun kebanyakkan negara islam yang lain hidup dalam kemiskinan. Malah tun sendiri mengatakan bahawa umat islam sering selalu menceritakan kisah keagungan empayar islam yang lampau, kehebatan kisah silam mereka, penguasaan ke atas negara lain, kebijaksanaan dalam bidang sains dan matematik serta kisah kemengan mereka di medan peperangan lampau33. Namun pada hari ini, kebanyakkan negara islam berada dalam kemunduran, tidak bersatu, lemah dan mudah dipermainkan oleh kuasa politik terutamanya oleh negara-negara eropah. Buktinya umat
33

Hng hung yong, 5 men and ideas: building national identity, Selangor: pelanduk publication (M) bhd, 2004 : hlm. 139.

sdn.

11

islam hanya memerhati dari jauh dan sesekali mengutuk tindakan yang berterusan yang melibatkan pembunuhan beramai-ramai masyarakat islam di Gaza, Tebing Barat, Lubnan, Iraq dan Afhganistan oleh musuh ketat dunia islam iaitu Israel serta sekutunya. Malah negara islam turut berbelah bahagi di kalangan mereka sendiri seperti negara Arab Saudi dan Iran yang merupakan dua negara islam yang berpengaruh, sering berbalah pendapat tentang isu-isu yang melibatkan Palestin dan Lubnan. Malaysia dilihat neutral di kalangan negara islam global kerana tidak berpihak kepada negara yang majoriti sunni mahupun syiah. Tun Dr Mahathir telah menyeru rakyat Malaysia khususnya orang melayu untuk menuntut semula kemuliaan dan kesucian agama islam serta menunjukkan bahawa prinsipprinsip agama islam dapat digunapakai dalam kehidupan harian. Sebagai permulaannya, tun telah munubuhkan lembaga tabung haji pada November 1962 bagi membolehkan umat islam menabung wang mereka untuk digunakan menunaikan haji dan umrah di tanah suci Mekah, selain itu beliau telah menubuhkan Syarikat takaful berhad bagi menyediakan perkhidmatan insurans berlandaskan prinsip islam. Bagi sektor pendidikan tinggi pula, penubuhan Universiti islam antarabangsa pada 18 julai 1983 telah menyediakan pelbagai kursus dari bidang undang-undang syariah sehinggalah kepada bidang ekonomi islam. Manakala pada 1 julai 1983, Tun Dr Mahathir telah melancarkan bank berasaskan konsep islam yang pertama di Malaysia iaitu Bank Islam Malaysia Berhad bagi menggalakkan pembangunan sektor perbankan berasaskan prinsip-prinsip islam. Penubuhan sektor-sektor ini yang berlandaskan prinsip dan hukum islam dilihat usaha bersungguh-sungguh tun Mahathir untuk mengimplementasikan nilai-nilai islam dalam sektor berkaitan ekonomi agar menjadi model kepada negara islam yang lain untuk mengikutinya. Penyerapan nilai-nilai islam ini penting agar umat islam tidak terlalu bergantung kepada model ekonomi dari Barat yang berat sebelah dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Dalam sektor kerajaan pula, Tun Dr Mahathir telah memperkenalkan nilai-nilai yang berkaitan dengan islam dalam jentera pentadbirannya. Kempen bersih, cekap dan amanah merupakan slogan pertama yang dilancarkan oleh beliau. Ia menandakan Tun Dr Mahathir ingin jentera kerajaan pimpinannya bebas daripada rasuah, mempunyai kecekapan dalam menlaksanakan tugas dan mendapat kepercayaan yang tinggi daripada rakyat. Selain itu, beliau turut melancarkan satu lagi slogan yang terkenal iaitu kepimpinan melalui teladan iaitu dimana kakitangan awan digalakkan untuk mengambil inisiatif sendiri semasa menjalankan tugas dan tidak hanya menunggu arahan dari pihak atasan. Melalui kempen ini, kakitangan awam digesa menjadi lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada 12

pegawai atasan semasa menjalankan tugas bagi mengurangkan kerenah birokrasi serta mengurangkan aduan dari masyarakat yang berurasan dengan agensi-agensi karajaan . Namun Tun Mahathir cukup barhati-hati menjalankan kempen asimilasi nilai-nilai islam ini dalam kerajaan agar masyarakat bukan islam tidak berasa tersinggung dengan dasar yang beliau laksanakan. Oleh itu tun berpendapat bahawa asimilasi ini harus dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula dari peringkat kakitangan kerajaan sehinggalah kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia telah dilantik menjadi pengerusi bagi Persidangan Islam Antarabangsa (OIC) pada tahun 2003 . perlantikan Malaysia sebagai pengerusi OIC telah menjadi platform yang kukuh kepada Tun dr Mahathir untuk memperjuangkan agama islam di arena antarabangsa. Selepas kejadian 11 September, islam sinonim sebagai penaja keganasan global dan persepsi ini sedikit sebanyak menjejaskan kesucian agama islam. Tun Mahathir mengetuai pemimpin-pemimpin islam yang lain untuk mempromosikan nilai-nilai islam yang cintakan keamanan dan mengutuk segala keganasan yang menggunakan nama islam bagi menjustifikasikan tindakan keganasan mereka. Selain itu, tun telah menggunakan pengaruh OIC untuk mengenakan tekanan ke atas negara Israel dan amerika syarikat berhubung dengan isu palestine yang masih buntu sejak sekian lama. Malah beliau mengulangi semula ikrar dan janji utama OIC semenjak penubuhannya pada 1969 iaitu untuk mengembalikan semula tanah jajahan Israel kepada Palestine dan memperjuangkan hak-hak rakyat Palestine yang teraniaya. Tun Mahathir tidak hanya memperjuangkan islam di OIC sahaja tetapi turut menggunakan kesempatan semasa ucapannya di persidangan tahunan PBB untuk terus menyuarakan pandangannya berhubung dengan masalah yang dikaitkan dengan islam dan isu-isu seperti Palestine. Walaupun kelantangannya itu menimbulkan rasa tidak senang sesetengah negara terutamanya negara pro-israel, namun Tun hanya bercakap berasaskan kenyataan dan fakta, bukannya disebabkan oleh emosi mahupun perasaan semata-mata. Tindakkannya itu menyebabkan beliau dicop sebagai anti yahudi oleh sesetengah media barat. Walaupun sampai sekarang Palestine masih di bawah jajahan Israel, namun usaha Tun selama ini yang memperjuangkan perjuangan rakyat Palestine telah menarik perhatian masyarakat global. Sekurang-kurangnya masalah masyarakat yang ditindas ini tidak dianggap terpencil dan masih menjadi agenda utama kepada OIC. Selain itu, usaha Tun Dr Mahathir untuk memperkenalkan nilai-nilai islam yang lebih sederhana dan moderate telah menjadi perhatian dunia. Beliau dengan tegas mangatakan bahawa agama islam tidak pernah menghalalkan keganasan dan menganjurkan peperangan secara membuta tuli 13

seperti yang didakwa oleh negara-negara barat. Perjuangan Tun Dr Mahathir dalam membela agama suci ini telah mendapat sokongan daripada negara-negara arab yang lain kerana beliau dengan lantangnya mempersoalkan amalan double standard oleh Barat.

6.0 Kesimpulan Pemikiran peradaban Tun Dr.Mahathir merupakan sebuah pemikiran yang unik, dinamik dan berwawasan tinggi. Seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan lantang bersuara, telah menjadikan Tun Dr Mahathir menjadi seorang pemimpin yang dikagumi banyak pihak. Ini melayakkan Tun Mahathir diletakkan sama taraf dengan pemimpin terdahulu yang jasanya sentiasa dikenang. Contohnya seperti Tunku Abdul Rahman,Tun Dr ismail, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn serta banyak lagi. Sebagai seorang muslim, tun telah memberi banyak jasa kepada ummah seluruh dunia melalui perjuangannya yang menegakkan nilai-nilai suci islam di arena antarabangsa melalui OIC serta PBB. Walaupun ketabahan dan kredibiliti tun pernah digugat sepanjang 22 tahun memerintah negara Malaysia, namun beliau berjaya menghadapi rintangan berkenaan dan berjaya mengemudi Malaysia ke landasan yang betul. Pada tahun 2003, maka selesailah tugas Tun Dr Mahathir sebagai oarang nombor satu negara. Beliau telah berjaya dalam misinya untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan mempunyai ekonomi yang kukuh. Beliau secara rasmi menyerahkan tugasnya sebagai Perdana Menteri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan timbalan menteri beliau. Beliau telah mewariskan negara dalam keadaan aman, makmur dan sentosa kepada pewarisnya serta berharap kerajaan di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi lebih baik daripada kerajaan pimpinannya.

RUJUKAN Hng hung yong. 2004. 5 mens and 5 ideas: building national identity. selangor. pelanduk publication (M) sdn bhd.

14

In-won hwang. 2003. personalized the politics Malaysian state under Mahathir. singapura. institute of southeast asian studies. Khoo boo tek. 2004. Paradoxes of mahathirsm:in intellectual biography of Mahathir

mohamad.selangor.oxford university press.


M. rajendran. 1993. Mahathir mohammad: the prime minister of Malaysia.selangor.IBS buku sdn bhd. Murugesu pathmanathan, david lazarus. 1998. winds of change:the Mahathir impact on

Malaysias foreign policy. petaling jaya. eastviews productions sdn bhd.


University sains Malaysia. 2004. Mahathir on science and technology. pulau pinang. universiti sains Malaysia.

15

You might also like