You are on page 1of 7

Hak 1

Berpasangan Adalah Fitrah

Islam adalah agama fitrah. Allah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan manusia sesuai dengan

agama yang bersifat fitrah ini. Oleh kerana itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah

mengarahkan seluruh umat manusia menghadapkan diri kepada agama yang sesuai

dengan fitrahnya. Segala perintah-Nya perlu diikuti agar tidak berlaku penyelewengan

dan penyimpangan. Di mana pada akhirnya akan merugikan diri manusia itu sendiri. Jadi

untuk beroleh kesejahteraan hidup, usahakan untuk berada di atas landasan fitrahnya.

Sehubungan itu, fitrah manusia ialah saling ingin berpasang-pasangan. Bagi

menghalalkan aktiviti berpasangan ini ialah akad nikah atau perkahwinan. Sebab itu

Islam menganjurkan kepada umatnya untuk bernikah. Ini kerana nikah adalah

merupakan gharizah insaniah atau keinginan semulajadi manusia. Keinginan semulajadi ini

perlu dipupuk dan dibelai dengan baik. Nauzubillah, jika keinginan ini tidak dipenuhi

dengan jalan yang sah. Maka naluri itu akan menerpa jalan-jalan yang salah. Iaitu jalan-

jalan syaitan yang banyak menganjurkan umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam ke

dalam lembah kehinaan.

Allah Subhanahu wa Ta'ala ada berfirman di dalam surah Ar-Rum ayat 30, yang

bermaksud: “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah

atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada

Nota Hidup Harmoni Berumahtangga


perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia

tidak mengetahui”.

Islam Menganjurkan Nikah

Kita sangat beruntung dilahirkan di dalam keluarga yang berpegang agama Islam. Islam

menganjurkan ikatan perkahwinan berdasarkan al-Quran dan juga sunnah nabi sallallahu

‘alaihi wasallam. Semua anjuran ini adalah untuk memenuhi tuntutan naluri manusia. Cara

inilah yang bakal melahirkan keluarga dan masyarakat madani. Inilah yang dianjurkan

oleh Islam.

Islam sangat menghargai hubungan melalui perkahwinan. Termaterinya ikatan

perkahwinan melalui ijab dan qabul. Maka dengan ikatan tersebut sama

perbandingannya dengan menyempurnakan separuh dari agama. Sebagaimana merujuk

kepada hadith yang diriwayatkan oleh Tabrani dan Hakim, dari Anas bin Malik

radiyallahu 'anhu berkata; Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa

bernikah, maka ia telah melengkapkan separuh dari agamanya, dan hendaklah ia

bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi".

Nota Hidup Harmoni Berumahtangga


Rasul Larang Membujang

Islam adalah agama yang dibawa oleh Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Agama yang

mencakupi semua aspek. Dari aspek yang halus hinggalah kepada aspek yang besar.

Islam memerintahkan umatnya untuk berkahwin dan melarang keras kepada umatnya

yang tidak mahu berkahwin. Sahabat Rasul yang bernama Anas bin Malik radiyallahu

'anhu berkata: "Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan kami agar berkahwin

dan melarang kami membujang (dalam bentuk yang begitu tegas)".

Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda sebagai mana di dalam hadith

yang diriwayatkan oleh Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban: “Nikahilah perempuan

yang ramai anak dan penyayang, kerana aku akan berbangga dengan banyaknya umatku

di hadapan para Nabi kelak di hari kiamat”.

Di dalam sebuah riwayat, ada diceritakan mengenai tiga orang sahabat datang

bertanya kepada isteri-isteri baginda sallallahu 'alaihi wa sallam. Mereka bertanya

bagaimana nabi sallallahu 'alaihi wa sallam beribadah ketikan bersama-sama mereka?

Mereka masing-masing menjelaskan amal ibadah baginda. Selepas mendengar khabar

dari isteri-isteri Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Masing-masing berazam untuk

meningkatkan kualiti ibadah mereka.

Nota Hidup Harmoni Berumahtangga


Ketiaga-tiga sahabat mempunyai azam tersendiri. Seorang menyatakan akan

berpuasa sepanjang masa tanpa putus. Seorang lagi akan menjauhi wanita serta tidak

akan berkahwin untuk selamanya. Belumpun sempat seorang lagi meluahkan azamnya,

baginda sallallahu 'alaihi wa sallam menyampuk. Sebagai mana hadith yang diriwayatkan

oleh Bukhari dan Muslim, nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Benarkah kalian telah

berkata begini dan begitu. Demi Allah! Sesungguhnya akulah yang paling takut dan

taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku

juga tidur dan aku juga mengahwini perempuan. Maka barang siapa yang tidak

menyukai sunnahku, maka ia bukanlah termasuk golonganku".

Syeikh Hussain Muhammad Yusof ada mengeluarkan bait-bait syairnya; “Hidup

membujang adalah suatu kehidupan yang kering dan gersang, iaitu hidup yang tidak

mempunyai makna dan tujuan. Suatu kehidupan yang hampa dari berbagai keutamaan

insani yang pada umumnya ditegakkan atas dasar egoisme dan mementingkan diri

sendiri serta ingin terlepas dari semua tanggungjawab”.

Kebanyakan manusia yang menggunakan akal dan pancaindera matanya , pasti

tidak akan mahu menjerumuskan dirinya ke jalan kesesatan. Iaitu dengan cara hidup

membujang. Syeikh Hussain juga berkata: “Orang yang membujang pada umumnya

hanya hidup untuk dirinya sendiri. Mereka membujang bersama hawa nafsu yang selalu

bergelora, hingga kemurnian semangat dan rohaninya menjadi keruh. Mereka selalu ada

dalam pergolakan melawan fitrahnya, kendatipun ketaqwaan mereka dapat diandalkan,

namun pergolakan yang terjadi secara terus menerus lama kelamaan akan melemahkan

Nota Hidup Harmoni Berumahtangga


iman dan ketahanan jiwa serta mengganggu kesehatan dan akan membawanya ke

lembah kenistaan".

Jadi awas! Orang yang tidak mahu berkahwin, tidak kira lelaki atau perempuan,

sebenarnya jiwa dan hidupnya sangat sengsara. Golongan ini yang tidak pernah merasai

nikmat kebahagiaan. Tidak pernah merasai nikmat ketenteraman jiwa sama ada rohani

dan jasmani. Walaupun mereka kaya-raya, akan tetapi mereka miskin dari menikmati

anugerah yang Allah subhanahu wa Ta’ala anjurkan.

Larang Meniru Agama Lain

Tidak ada lagi polisi kerahiban di dalam Islam. Ini kerana sangat bertentangan dengan

fitrah kemanusiaan. Bukan itu sahaja, malah perilaku tersebut sangat bertentangan

dengan sunnatullah. Satu lagi ialah lahirnya sikap enggan membina rumah tangga. Sikap

ini menjelma benak umat akhir zaman disebabkan takut menjadi miskin. Ini merupakan

satu sikap yang paling jahil.

Seharusnya perlu kita ingat! Allah Subhanahu wa Ta’ala yang member rezeki kepada

hamba-hamba-Nya. Cuba kita renungkan sejenak, janin yang berada di dalam perut

ibunya mampu hidup segar bugar dan mampu bergerak. Semua ini adalah kerja Allah

yang Maha Berkuasa keatas setiap sesuatu. Usah jadi macam saintis kuno dahulu yang

menyatakan manusia berasal dari monyet. Kaji dan dalami sifat Allah subhanahu wa Ta’ala

agar kita tidak mensyirikkan-Nya.

Nota Hidup Harmoni Berumahtangga


Usah jadi golongan dari agama lain yang saling sekat-menyekat kelahiran umat

manusia. Semua ini adalah kerana gara-gara takut kebulur dan sebagainya. Ingat dan

insaflah! Setiap rezeki adalah datangnya dari Allah dan semuanya telah diatur dengan

begitu indah sekali. Usah sekali-kali membuat andaian yang sangat tidak masuk akal.

Mengandaikan sesuatu yang bukan kuasa kita adalah sesuatu yang buruk. Ini

merupakan amalan syaitan dan amat bertentangan dengan ayat-ayat Allah dan hadith-

hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Mengapa Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-

Nya mengeluarkan perintah untuk berkahwin? Sepatutnya inilah yang perlu dikaji

dengan lebih mendalam. Sebelum kahwin seseorang itu dalam keadaan sederhana,

insyaAllah setelah berkahwin rezeki akan bertambah. Sebab segala-galanya dari Allah

Subhanahu wa Ta’ala. Yakinlah Allah Subhanahu wa Ta’ala akan membantu dari segala aspek.

Ingat! Janji Allah Subhanahu wa Ta’ala itu benar. Sebagaimana firman Allah

Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah an-Nur ayat 32, maksudnya; “Dan kahwinkanlah

orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari

hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan

memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi

Maha Mengetahui”.

Perkara ini dikukuhkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, an-

Nasai, ibn Majah, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Ada tiga golongan

manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang

hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang bernikah kerana ingin

memelihara kehormatannya".

Nota Hidup Harmoni Berumahtangga


Manakala di dalam kitab Ihya Ulumuddin dan Tuhfah al-„Arus, Ibn Mas‟od ra.

ada berkata; “Jika umurku tinggal sepuluh hari lagi, sungguh aku lebih suka bernikah

daripada aku harus menemui Allah sebagai seorang yang bujang”. Manakala Para Salafus-

Solih sangat menganjurkan untuk bernikah dan mereka tidak suka amalan membujang

dan tidak suka hidup menyendiri.

Nota Hidup Harmoni Berumahtangga

You might also like