You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ENGKILILI MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA BIL 1 / 2012

Tarikh : 01 Februari 2012 Masa : 1400 Tempat : Makmal Kimia Sekolah

HADIR: 1) En. Hazlan Abdul Hadi 2) Cik Bong Siew Fen 3) Cik Chai Sze Jiuan 4) Pn. Asiah Ismail 5) Pn. Baidah Ali 6) En. Abdul Malik Ahmad 7) Cik Lo Ai Ching 8) En. Harry Aton 9) En. Abdul Aziz @ Inang Suwi 10) En. Joseph Seliman 11) En. Wan Mohd. Hafiz b. Wan Mohamed Azmi 12) En. Wahidin Jangsi 13) En. Foo Chung Min 14) En. Sambau Sating 15) Cik Norasikin bt. Roslan 16) En. Abang Sarbini 17) En. Chanking Jawa 18) Cik Rosita Jenra 19) Cik Robena ak Jayang 20) Cik Saripah Banseng TIDAK HADIR BERSEBAB 1) Pn. Linda Lau

1.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan selamat petang dan mengalu-alukan kedatangan semua guru dan kakitangan makmal sains ke mesyuarat Panitia Sains Kali Pertama tahun 2012. 1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada warga baru SMK Engkilili iaitu Cik Chai Sze Jiuan merupakan guru baru, En. Abang Sarbini, Cik Rosita Jenra dan Cik Robena ak Jayang yang merupakan pembantu makmal baharu sekolah. 1.3 Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada warga baharu untuk panitia sains iaitu En Sambau Sating. . 1.4 Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi sumbangan dalam peningkatan peratusan subjek sains dalam Peperiksaan Menengah rendah pada tahun lepas. 1.5 Pengerusi menyatakan bahawa PMR akan dimansuhkan pada tahun 2014 dan akan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara sepenuhnya. 1.6 Pengerusi memberitahu bahawa dasar PPSMI dimansuhkan secara berperingkat dan digantikan dengan MBMMBI. 1.7 Pengajaran dan Pembelajaran bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu tetapi merujuk kepada pekeliling, tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan dwi bahasa tetapi pentaksiran dijalankan di dalam dwi bahasa dan pada tahun 2017 barulah Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya. 1.8 Pengerusi menegaskan kepada semua guru untuk memberi penekanan kepada amali dan menggunakan sepenuhnya kemudahan makmal yang disediakan. 1.9 Pengerusi menyerahkan tugas seterusnya kepada Pn. Bong Siaw Fen untuk membentangkan tentang Post Mortem peperiksaan tahun lepas. Tindakan: rujuk lampiran 2.0 ANALISIS, POST MORTEM PEPERIKSAAN PMR 2010 DAN SASARAN PMR 2011 2.1 Keputusan PMR keseluruhan adalah meningkat. 2.2 Keputusan PMR 2011 bagi subjek sains meningkat iaitu sebanyak 3.38% iaitu peningkatan daripada 93.25% pada tahun 2010 kepada 96.63% pada tahun 2011. 2.3 Sasaran peratusan PMR 2012 bagi subjek sains ialah 98%, di mana sekurangkurangnya seramai 5 orang pelajar sahaja disasarkan gagal. 2.4 Pn. Bong meminta guru-guru agar mengenalpasti pelajar-pelajar yang lemah melalui keputusan peperiksaan akhir tahun 2010 agar aktiviti aktiviti pengayaan yang sesuai mampu dijalankan ke atas pelajar-pelajar tersebut.

Tindakan: Semua guru (Rujuk Lampiran)

3.0 PERANCANGAN AKADEMIK TAHUN 2011 3.1 Pn. Bong menyatakan bahawa Minggu Sains akan dijalankan seperti biasa tetapi aktiviti yang akan dijalankan bersempena dengan minggu sains tersebut akan diberitahu kemudian. 3.2 Pn. Bong menekankan agar semua silibus subjek sains bagi PMR hendaklah disiapkan sebelum bulan Ogos, manakala bagi silibus subjek sains teras dan sains tulen bagi SPM hendaklah disiapkan sebelum Peperiksaan Percubaan SPM. 3.3 Pengerusi menyarankan agar semua silibus PMR bagi subjek sains dihabiskan sebelum bulan 7 untuk diseragamkan seluruh Sri Aman. 3.4 Pn. Bong menyatakan ada perubahan pada takwim panitia sains bagi bilangan 44.

Tindakan: Semua guru (rujuk lampiran) 4.0 RANCANGAN TAHUNAN DAN HARIAN 4.1 Pengerusi mengarahkan agar buku rekod dihantar mengikut jadual yang akan ditetapkan nanti. 4.2 Pn. Bong bertanya sama ada rancangan tahunan diselaraskan ataupun tidak. En. Wahidin memberitahu rancangan tahunan bagi subjek sains tingkatan 3 telah diselaraskan. 4.3 Buku rekod boleh disediakan dalam bentuk fail atau menggunakan buku rekod pengajaran yang sedia ada. 4.4 Pengerusi mengarahkan agar segala maklumat di dalam buku rekod dilengkapkan. 4.5 En.Joseph mencadangkan agar RPH dibuat seringkas yang mungkin. Tindakan: Semua guru 5.0 UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN 5.1 Pengerusi membahagikan guru-guru yang akan menyediakan kertas soalan setiap tingkatan bagi peperiksaan Pakej 1, Pakej 2, Penggal 1 dan Akhir tahun. 5.2 Soalan peperiksaan hendaklah di dalam dwibahasa. Tindakan: Semua guru (rujuk lampiran)

6.0 PEKA 6.1 Pengerusi mengarahkan agar fail PEKA dan portfolio pelajar dikemaskinikan sebelum diserahkan kepada guru yang akan mengambil alih tugas tersebut. 6.2 Pengerusi mengingatkan semua penyelaras PEKA agar memastikan pelajar membeli fail PEKA mengikut warna yang betul. 6.3 Pengerusi mengagihkan pekeliling perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 6.4 Pengerusi menyatakan bahawa markah PEKA hendaklah dimasukkan sebelum bulan Ogos. 6.5 Pengerusi ingin mengusahakan sebuah bilik bagi menempatkan semua fail-fail yang berkaitan dengan PEKA. 6.6 Pengerusi menyatakan bahawa Ketua Pentaksir PM masih dikekalkan iaitu En. Abdul Aziz@ Inang Suwi untuk tempoh setahun lagi. Tindakan: Semua guru (rujuk lampiran) 7.0 PENGURUSAN MAKMAL 7.1 Pengerusi menyatakan bahawa sekolah telah mencatatkan sejarah kerana kali pertama sekolah dibekalkan seramai 6 orang pembantu makmal. 7.2 En. Joseph menyatakan bahawa banyak radas-radas yang sudah boleh dihapuskira dan beliau mencadangkannya supaya makmal sekolah berada di dalam keadaan yang lebih teratur. 7.3 En. Foo mencadangkan agar radas-radas yang boleh dihapuskira itu diletakkan di hadapan pejabat ataupun di tanam di dalam tanah. 7.4 En. Foo mencadangkan agar perlupusan peralatan makmal sekolah dijalankan pada 29 Februari. 7.5 Pengerusi mencadangkan agar kerusi makmal yang rosak dikumpul untuk dibaiki bersama-sama. Tindakan: Semua guru 8.0 HAL-HAL LAIN 8.1 Pencerapan guru-guru akan dijalankan sekurang-kurangnya sekali oleh pengetua. Pihak pentadbiran akan mengeluarkan jadual pencerapan dalam masa-masa yang terdekat. 8.2 Pengerusi menyatakan bahawa sekolah telah terpilih untuk kajian PISA. Pelajar Tingkatan 4 telah terpilih oleh Kementerian. 8.3 Guru bertanyakan bahawa analisis item bagi selepas setiap ujian perlu tak dibuat. Pengerusi bersetuju untuk meneruskan analisis ini untuk meningkatkan peratusan ujian pelajar dan ianya lebih tertumpu kepada pelajar kelas peperiksaan awan sahaja. 8.4 En. Foo memberitahu, selepas analisis item dibuat, tindakan susulan hendaklah dibuat untuk menjadikan analisis ini bermanfaat bagi meningkatkan akademik pelajar. 8.5 En. Malik menggalakkan guru-guru untuk menggunakan sepenuhnya makmal sains. Tindakan: Semua guru

9.0 PENUTUP 9.1 En. Hazlan menyarankan agar semua guru memperbaiki diri dan bersiap siaga dalam mencapai visi dan misi sekolah. 9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1530. 9.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru. Disemak oleh, .. (EN. HAZLAN ABDUL HADI) Setiausaha Panitia Sains, SMK Engkilili, 95800 Engkilili.

Disediakan oleh, . (EN. WAHIDIN JANGSI) Setiausaha Panitia Sains, SMK Engkilili, 95800 Engkilili.

22 April 2012

You might also like