You are on page 1of 20

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI/2012

HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

ZAINUN BINTI IBRAHIM 730805115206002 730805-11-5206 019-9428677 zaicheim@yahoo.com.my IPGM TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS

1.0 Pengenalan. Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar media massa sering membuat liputan tentang keadaan keselamatan disekolah malahan kementerian pelajaran juga ada memaklumkan untuk menutup lebih 60 buah sekolah rendah dan menengah kerana ia dikatakan tidak selamat dan menghadapi pelbagai masalah seperti kebocoran syiling,tiang retak ,sistem pendawaian serta masalah anai-anai kenyataan ini dikeluarkan oleh kementerian pelajaran pada bulan September 2004. Menurut pengerusi Niosh,Tan Sri Lee Lam Thye konsep sekolah selamat tidak seharusnya terbatas kepada masalah disiplin,jenayah ,ancaman kepada pelajar ,membuli dan gangster semata-mata tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan,peralatan dan kemudahan sekolah.

Keselamatan boleh didefinasikan sebagai satu suasana yang aman sejahtera ,selamat serta harmoni dimana seseoarang itu dapat melakukan aktviti harian atau lain-lain aktiviti anjuran sekolah tanpa ada sebarang gangguan dan kemalangan .

Manakala sekolah selamat pula menurut Stephens (1996) ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999). Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 menghuraikan sekolah selamat sebagai Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau triad society. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undangundang tidak diambil kira.

Manakala Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek

perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku. Keputusan Kementerian Pendidikan melancarkan Program Sekolah Selamat pada 2002 yang bertujuan untuk mewujudkan budaya selamat dikawasan sekolah serta kawasan persekitaran yang akan diadakan secara berterusan dengan kerjasama persatuan ibu bapa dan guru serta penduduk setempat.. Tujuan program ini diadakan ialah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan program utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah. Disamping itu juga ia bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat serta untuk meningkatkan kefahaman pelajar serta seluruh warga sekolah mengenai tatacara dalam

menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka Bagi memastikan polisi sekolah selamat ini dapat berjalan dengan sempurna dan terancang,kerjasama haruslah dipikul oleh semua pihak. Misalnya tugas mengawal keselamatan disekolah adalah terletak pada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturanperaturan, latihan-latihan yang berteraskan pendidikan bagi menghindari dari berlakunya insiden-insiden negatif di kalangan murid. Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri yang cemerlang.

2.0 Prosedur Keselamatan Di Stor Sukan.


Stor sukan merupakan tempat menyimpan alat-alat sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini disebabkan alat-alat tersebut boleh mencecah ribuan ringgit. Oleh itu, guru-guru yang terlibat dalam pengurusan peralatan sukan perlu menyediakan rekod inventori, rekod keluar dan masuk peralatan. Guru sukan khususnya guru Pendidikan Jasmani juga bertanggungjawab membuat pengawasan dan penyeliaan terhadap peralatan sukan yang merbahaya seperti lembing, cakera, tukul besi, tiang lompat tinggi, panah dan sebagainya supaya keselamatan pelajar sentiasa terjamin.Aktiviti-aktiviti yang menggunakan alatan yang menggunakan peralatan merbahaya ini perlulah sentiasa dipantau kerana ia mempunyai risiko pelajar terhadap kemalangandan kecederaan jika disalahguna kan. Walaubagaimapun kemalangan dan kecederaan dapat dikurangkan sekiranya segala peraturan yang berkaitan penggunaan stor sukan sentiasa dipatuhi oleh semua warga sekolah.

2.1 Tatacara Am a) Peralatan sukan yang berbahaya perlulah disimpan dijaga dan diawasi penggunaannya dengan rapi sepanjang masa.

b) Memastikan semua peralatan yang digunakan berada dalam keadaan yang selamat. c) Memastikan semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang merbahaya diadakan pada hari atau masa yang berasingan dan penggunaannya mestilah dipantau. d) Alat-alat sukan mestilah diletakkan pada tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukar yang bertugas sahaja e) Merekodkan semua alat yang dikeluarkan dari stor sukan dalam buku keluar masuk peralatan sukan. f) Membuat laporan kepada pihak pentadbir tentang peralatan sukan yang digunakan yang sudah rosak, hilang atau perlu diperbaiki g) Mengembalikan semua peralatan sukan yang telah digunakan pada masa yang ditetapkan. h) Semua peralatan sukan adalah merbahaya jika kita tidak tahu prosedur menggunanya.

2.2 Tatacara Murid. a) Pelajar dilarang masuk ke stor sukan tanpa kebenaran guru. b) Pelajar hendaklah sentiasa mematuhi arahan guru. c) Pelajar dilarang membawa beg,makanan atau minuman kedalam stor sukan. d) Pelajar dilarang membawa keluar sebarang alatan sukan tanpa pengetahuan guru. e) Pelajar dilarang bermain di dalam stor sukan. f) Pelajar dilarang membuang sampah di dalam stor sukan. g) Dilarang sama sekali merosakkan peralatan yang terdapat dalam stor sukan. h) Pelajar dilarang memasuki ke dalam stor sukan secara beramai-ramai. i) Pelajar dikehendaki meletak dan menyusun semula peralatan yang digunakan ditempat asal. j) Pelajar hendaklah memastikan stor sukan dalam keadaan bersih dan kemas sebelum meninggalkan stor sukan. k) Pelajar hendaklah memastikan pintu stor sukan ditutup sebelum meninggalkan stor sukan.

2.3 Tatacara Guru

a) Merekod semua peralatan sukan yang hendak diguna. b) Mengawasi dengan rapi penggunaan alatan terutamanya alatan yang berbahaya. c) Memastikan alatan sukan yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. d) Mengeluar ,menyimpan dan memeriksa alatan yang digunakan. e) Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak,hilang atau perlu dibaiki dengan segera. f) Memastikan hanya jurulatih atau guru penasihat yang bertauliah mengendalikan peralatan sukan. g) Guru mestilah berada bersama pelajar semasa pelajar mengambil peralatan sukan. h) Guru hendaklah memastikan stor sukan dalam keadaan bersih sebelum meninggalkannya.

2.4Tatacara Penyimpanan Peralatan Sukan Di Stor Sukan

Bola disusun diatas rak mengikut jenis.

Peralatan disusun ditempat yang dikhaskan ikut ruang.

3.0 Prosedur Keselamatan Di Kantin

Kantin sekolah adalah merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelajar terutamanya pada waktu rehat dan pada waktu pagi sebelum sessi persekolahan bermula. Kesesakan dan kemalangan boleh berlaku jika kawalan terhadap disiplin pelajar adalah longgar. Antara jenis-jenis kemalangan yang boleh berlaku dalam keadaan kesesakan sewaktu membeli makanan ialah terjatuh dan bergaduh apabila berebut-rebut semasa membeli makanan. Pengawasan daripada guru dan pengawas sekolah amatlah penting dalam memastikan pelajar dapat bergerak dan berbaris secara teratur semasa membeli makanan di kantin.Selain dari itu pelajar dan seluruh warga sekolah perlulah mengikuti peraturan yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko kemalangan disekolah.

3.1 Tatacara Am a) Memastikan semua peralatan yang digunakan untuk mengisi makanan adalah bersih. b) Memastikan semua suis kipas ditutup selepas digunakannya. c) Memastikan makanan yang dijual berkualiti dan terjamin kebersihannya. d) Memastikan susunan kerusi dan meja berada dalam keadaan kemas sebelum meninggalkan kantin. e) Memastikan sisa makanan tidak dibuang ke dalam sinki. f) Melaporkan segala ketidak puasaan hati mengenai mutu makanan kepada pihak pentadbir. g) Dilarang membawa keluar semua peralatan yang digunakan diluar kawasan kantin. h) Dilarang membuang sampah merata-rata. i) Memastikan air ditutup selepas digunakannya.

Gambar kerusi dan meja yang tersusun kemas

3.2 Tatacara Murid a) Jangan membuang sisa makanan atau minuman diatas lantai. b) Jangan menggunakan sinki yang rosak dan tersumbat. c) Beratur semasa membeli makanan dan jangan berebut-rebut. d) Murid mestilah membuang sisa makanan dalam plastik dan tong sampah yang disediakan. e) Murid tidak dibenarkan berlari dan bermain-main dikawasan kantin. f) Gunakan sabun dan tuala yang disediakan. g) Murid dikehendaki mengikut semua arahan yang diberikan oleh guru dan pengawas bertugas. h) Murid tidak dibenarkan masuk ke ruang penyediaan makanan. i) Beratur di laluan yang disediakan j) Selepas membeli makanan dan minuman duduk ditempat yang disediakan k) Basuh tangan sebelum dan selepas makan. l) Pelajar dilarang bercakap semasa makan dan makanlah dalam keadaan yang sopan.

Menjaga Kebersihan Kantin.

Makan Di Tempat Yang Disediakan.

Berbaris Ketika Membeli makanan

Pelajar makan dengan sopan

3.3 Tatacara Guru a) Menyediakan pengawas bertugas semasa rehat. b) Bertanggungjawab memastikan kebersihan kantin terjaga. c) Memastikan kemudahan kantin terpeliharan dan melaporkannya jika terdapat kerosakan. d) Memastikan bekas makanan dan minuman diletakkan dalam bekas yang disediakan selepas digunakan. e) Menyediakan peraturan penggunaan kantin dan memaparkan di kantin. f) Memastikan suasana kantin dalam keadaan terkawal. g) Memastikan makanan dan minuman yang dijual terjamin kebersihannya h) Memastikan kesopanan,kebersihan dan kesihatan pengendali makanan. i) Menyediakan laporan harian kantin i) Tidak merokok dikawasan kantin.. i) Memastikan pelajar sentiasa bersopan santun dan mengamalkan pekerti yang baik semasa berada di kantin. l) Memastikan alat pemadam api sentiasa diselenggara dan dapat berfungsi dengan baik

Memastikan kemudahan kantin terpelihara

Memantau disiplin pelajar

4.0 Prosedur Keselamatan Di Dewan


Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang dapat menempatkan jumlah pelajar yang ramai pada satu-satu masa. Terdapat berbagai-bagai kemalangan boleh berlaku antaranya terjatuh,pergaduhan dan lain-lainSelain itu , aspek keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan oleh jawatankuasa keselamatan dewan khususnya dalam aspek keselamatan dalam mencegah kebakaran.Pihak sekolah perlulah sentiasa memastikan pintu laluan kecemasan tidak ditutup dan tidak dihalang oleh perabot.Selain itu laluan itu perlulah ditanda arahan laluannya dengan jelas dan mudah dilihat.Oleh itu semua warga sekolah perlulah peka dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dari terjadinya sesuatu kemalangan yang tidak diundangi. 4.1 Tatacara Am a) Mengguna pintu masuk yang telah dikhaskan sahaja. b) Tidak dibenarkan berada didewan sekolah pada waktu malam . c) Tidak dibenarkan mengalih segala peralatan yang terdapat didalam dewan. d) Memastikan susunan kerusi berada didalam keadaan kemas sebelum meninggalkan dewan. e) Melaporkan segala kerosakkan yang berlaku kepada pentadbir. f) Merekod nama kelas setiap kali menggunakan dewan. g) Memastikan semua lampu dipadam sebelum meninggalkan dewan. h) Menggunakan laluan kecemasan apibila berlaku sesuatu kecemasan atau kebakaran.

Gambar Dewan Sekolah.

4.1 Tatacara Murid. a) Jangan berebut-rebut apabila memasuki dewan dan masuk menggunakan pintu yang ditetapkan. b) Pelajar tidak dibenarkan menggunakan dewan pada waktu malam kecuali atas arahan guru. c) Pelajar tidak dibenarkan masuk kedewan tanpa guru. d) Pelajar dikehendaki berbaris sebelum masuk dewan. e) Tidak dibenarkan bermain bola sepak didalam dewan. f) Pelajar tidak dibenarkan berkaki ayam semasa masuk didalam dewan. g) Pastikan lampu dinyalakan sebelum masuk kedalam dewan. h) Pelajar tidak dibenarkan mengalih kerusi atau perabot yang terdapat didalam dewan i) Pelajar tidak dibenarkan bermain alat pemadam api yang terletak dalam dewan.. j) Mencatat rekod penggunaan dewan didalam buku rekod penggunaan. k) Pelajar tidak dibenarkan mengunci pintu laluan kecemasan apibila berada dalam dewa. l) Pelajar dikehendaki berkumpul diruang yang selamat yang telah ditetapkan apabila berlaku sesuatu kecemasan

Kerusi Disusun Teratur Didalam Dewan Dan Susunannya Mestilah Tidak Menghalang Laluan.

4.2 Tatacara Guru a) Mematau disiplin pelajar didalam dewan. b) Memastikan pintu laluan kecemasan sentiasa berfungsi dan tidak dikunci.. c) Memastikan tiada kerosakan perabot dan lampu serta kemudahan didalam dewan. d) Memastikan murid berbaris ketika masuk dewan. e) Memastikan susunan perabot disusun tidak menghalang laluan murid. f) Menyediakan pelan laluan kecemasan . g) Memastikan alat pemadam api berfungsi dengan baik. h) Memastikan rekod kemasukkan pelajar sentiasa dicatat. i) Memastikan murid masuk kedewan ikut pintu yang ditetapkan. j) Guru mesti berada bersama dengan pelajar jika pelajar masuk ke dalam dewan. k) Pastikan tiada pelajar didalam dewan sebelum mengunci pintu dewan.

Guru Mematau Disiplin Pelajar Didalam Dewan

5.0 Prosedur Keselamatan Di Bilik Komputer Bilik Komputer merupakan satu tempat yang menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar.Ia menjadi tempat tumpuan umum pelajar untuk mencari maklumat tentang pembelajaran.Jika kemudahan yang terdapat didalam bilik ini disalah guna oleh pelajar ia akan mengundang bahaya contohnya terjadinya lintar pintas akibat kerosakan komputer atau lainlain.Oleh itu kemasukkan pelajar dalam bilik ini hendaklah dipantau oleh guru supaya tidak berlaku kemalangan akibat dari kelonggaran masalah disiplin pelajar..Oleh itu guru dan pelajar perlulah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dibilik ini bagi mengurangkan kemalangan. 5.1 Tatacara Am a) Dilarang mengusik sebarang sambungan kabel di dalam makmal komputer. b) Dilarang melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap setting komputer yang sedia ada
c) Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat

sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan. d) Memastikan semua punca kuasa elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan makmal. e) Menggunakan laluan kecemasan mengikut pelan kebakaran yang ditetapkan jika berlaku sesuatu kebakaran. f) Pastikan pintu makmal ditutup selepas menggunakannya. g) Makmal mesti mempunyai alat pemadam api jenis gas (CO2) h) Melaporkan segala kerosakan yang berlaku kepada pembantu makmal atau penyelaras ICT. i) Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas j) Dilarang menggunakan komputer semasa kilat.

5.2 Tatacara Murid a) Murid dikehendaki berbaris dan jangan berebut-rebut semasa masuk kedalam makmal komputer. b) Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa kebenaran guru penyelaras..
c) Murid tidak dibenarkan membawa makanan ke dalam makmal komputer. d) Murid dilarang bermain atau berlari dalam makmal komputer. e) Murid dilarang mengusik sebarang sambungan kabel di dalam makmal komputer. f) Murid dilarang membawa keluar sebarang pekakasan dan perisian dalam makmal tanpa kebenaran. g) Murid hendaklah menulis nama, kelas, masa masuk dan keluar serta nombor komputer yang digunakan di dalam buku rekod yang disediakan. h) Makmal mestilah ditutup selepas digunakan. i) Pelajar mesti memastikan semua punca kuasa elektrik bagi semua peralatan dimatikan

sebelum meninggalkan makmal.


j) Pelajar-pelajar dilarang sama sekali memasuki Bilik Pelayan (server). k) Pastikan semua kerusi dan peralatan yang digunakan tersusun sebelum meninggalkan bilik komputer. l) Murid hendaklah melapor segala kerosakan komputer kepada guru. m) Jika berlaku sesuatu kecemasan atau kemalangan sila laporkan kepada guru.

5.3 Tatacara Guru a) Guru mesti memastikan talian elektrik mesti dilindungi dari capaian pelajar.

b) Guru mesti memastikan kedua-dua pintu makmal tidak dikunci semasa kelas berjalan Pastikan pelan kecemasan ditempatkan disekitar kawasan maklaml agar pelajar dapat mengetahui kearah mana mereka patut pergi jika berlaku kecemasan atau kebakaran. c) Guru mestilah memantau disiplin dan tingkahlaku setiap pelajar semasa berada didalam makmal. d) Pastikan segala kerosakan peralatan yang dialami semasa menggunakannya dilaporkan kepada penyelaras ICT. e) Guru mestilah sentiasa berada bersama pelajar semasa pelajar berada didalam makmal. f) Guru mestilah memastikan murid merekod buku rekod penggunaan komputer. g) Guru mestilah memastikan kerusi disusun dengan teratur sebelum meninggalkan makmal. h) Guru mestilah memastikan segala peralatan,suis, lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa

Guru mesti berada bersama pelajar semasa pelajar masuk ke makmal komputer

Gambar Tatacara Di Bilik Komputer.

a) Pastikan pelajar tidak bermain dalam bilik komputer.

b) Pastikan bilik komputer berada dalam keadaan kemas sebelum meninggalkannya.

6.0 Penutup. Bagi memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu dan berterusan perlu dilakukan bukan sahaja oleh guru besar yang bertindak sebagai pemimpin sekolah tetapi usaha ini perlulah dilakukan oleh seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa, Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlulah dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira samada elemen-elemen yang menggugat keselamatan sudah berlaku atau belum disesuatu sekolah itu.Selain dari itu pihak sekolah perlulah menerapkan konsep persekitaran sekolah yang berasaskan kepada eleman kecantikan,keselesaan,keselamatan dan keindahan yang bertujuan untuk membentuk suasana yang kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pihak sekolah perlulah juga menetapkan satu kaedah atau tatacara penggunaan sesuatu tempat atau bilik yang terdapat diseluruh kawasan persekitaran sekolah kerana bahaya dan risiko kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa tidak kira keadaan atau situasi sesuatu tempat jika tiada pengawasan dari guru atau disebabkan oleh kecuaian pelajar sendiri..Oleh itu wujudnya tatacara atau prosedur keselamatan disesuatu tempat dipersekitaran sekolah ini ia membolehkan guru membuat penilaian dan mengawal risiko kemalangan dari berlaku keatas seluruh warga sekolah dan dengan itu barulah konsep sekolah selamat dapat diterapkan. Konsep sekolah selamat patut diterapkan keatas semua sekolah tidak kira menengah atau rendah kerana keselamatan di sekolah adalah aspek yang paling penting untuk melahirkan individu yang sihat dan selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

( 2580 patah perkataan )

Merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SK Temin atas segala kerjasama yang diberikan

You might also like