You are on page 1of 10

SEK KEB SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA 47810 PETALING JAYA SELANGOR KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM

TARIKH & HARI : 25 27 MEI 2012 JUMAAT - AHAD ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

PENDAHULUAN Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Tahun 2012 merupakan aktiviti unit beruniform yang disertai oleh ahli daripada semua pasukan unit beruniform SK Seksyen 11 Kota Damansara. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan murid yang tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para murid juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era dunia globalisasi yang semakin mencabar. Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. LATAR BELAKANG Secara umumnya kursus ini adalah berbentuk pembelajaran berasaskan pengalaman untuk membuka minda dan menimba pengalaman, disamping memupuk nilai sahsiah diri yang unggul di kalangan peserta dalam usaha untuk meningkatkan kualiti, kecemerlangan minda, prestasi kerja dan jati diri di kalangan kepimpinan murid. Pada tahun ini, dijangkakan sejumlah 80 orang peserta akan menyertai Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang terdiri daripada 16 orang ahli daripada setiap persatuan unit berunifom. Program ini akan melibatkan kendalian oleh Pegawai dan Jurulatih jemputan serta bagi melaksanakan pelbagai aktiviti integrasi, pertandingan, rekreasi,dan kerohanian/moral dalam perkhemahan. RASIONAL Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja.

OBJEKTIF

Menjelaskan dan membimbing para peserta untuk memupuk pembangunan sahsiah diri yang unggul dan disiplin diri yang tinggi Menterjemah dan menanamkan nilai keyakinan diri dari aspek mental dan spiritual bagi meningkatkan kualiti di kalangan kepimpinan pelajar. Membentuk kerjasama secara berpasukan, bagi meneruskan agenda kecemerlangan bukan sahaja di peringkat sekolah bahkan di peringkat yang lebih tinggi. Membina sahsiah diri kalangan kepimpinan sekolah ke arah melahirkan generasi yang lebih bersemangat dan mempunyai ketahan fizikal serta mental yang lebih mantap.

PELAKSANAAN Cadangan tarikh : 25 - 27 Mei 2012 (Jumaat - Ahad) Cadangan tempat :


HARAP REDHA AGRO CAMP & CAF BATU 12, SG. LEPOH, KG. KUALA PANGSON, 43100 HULU LANGAT, SELANGOR

STRATEGI PERLAKSANAAN Program dilaksanakan selama 3 hari 2 malam. Ia akan dijalankan di Ecokid Adventure, Kem Sg. Merab. Dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai dan Juru latih Ecokid Adventure. Pelajar dikehendaki mematuhi segala arahan dan bekerjasama serta memberi komitmen yang tinggi terhadap segala bentuk aktiviti yang dijalankan.

SENARAI JAWATANKUASA JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFOM TAHUN 2012 PENGERUSI NAIB PENGERUSI : Pn Musalmah Bt Abd Ghani (Guru Besar SK Seksyen 11 Kota Damansara) : Pn Hjh Noraliza Bt Yusoff (GPK Kokurikulum SK Seksyen 11 Kota Damansara) Seksyen 11 Kota

En Nik Azman B. Kundur (GPK Kurikulum SK Damansara) : Datin Jayanthi a/p Devan (GPK HEM SK Damansara )

Seksyen

11

Kota

: Pn. Noraimah Bt Husin (GPK Petang SK Seksyen 11 Kota Damansara) PENYELARAS PROGRAM K.Damansara ) SETIAUSAHA K.Damansara ) BENDAHARI K.Damansara ) : Pn. Nurul Hidayah Bt Jusoh (Guru Penasihat Puteri Islam SK Seksyen 11 : Pn. Zunizah Bt Zainal Abidin (Guru Penasihat Puteri Islam SK Seksyen 11 : Pn. Nur Syuhada Bt Abdul Rasid (Guru Penasihat Puteri Islam SK Seksyen 11

JAWATANKUASA PELAKSANA Tugas & Tanggungjawab J/K Pendaftaran & Sijil Pengakap : En. Basminazaki B. Zakaria PBSM : Pn. Azlina Bt. Abd Rahman Pandu Puteri Tunas : Cik Nur Suraiya Bt Md Nur Puteri Islam : Pn. Nurul Hidayah Bt. Jusoh TKRS : Tuan Zainab Bt. Tuan Mat J/K Persiapan Tempat Pn. Zunizah Bt. Zainal Abidin Pn. Nur Sulriany Bt. Sulaiman Menghebahkan dan mengumpul maklumat peserta. Mengutip bayaran secukupnya. Mengeluarkan sijil setelah selesai perkhemahan.

Memastikan tempat aktiviti selamat untuk aktiviti. Memastikan Penginapan murid dan guru mencukupi. Memastikan keselamatan murid sepanjang masa. Memberi bantuan kebajikan/kecemasan masalah kesihatan. Mengenalpasti murid yang balik awal diambil oleh penjaga. Memastikan murid berdisiplin dan menepati masa sepanjang program berlangsung. Memastikan murid mendapat makanan. Memantau kebersihan tempat selepas makan. Merakam aktiviti dari awal hingga akhir. Mendokumentasikan program. Bersedia menggantikan guru yang tidak dapat menginap

J/K Keselamatan dan Kebajikan En Ahmad Zawawi B. Kamal (Murid Lelaki) Pn. Noor Asmah Bt. Ishak (Murid Perempuan) En. Roshadi B. Azmi En. Wan Ramizul Fauzan B. Wan Samsudin En. Aziz B. Jaafar

J/K Disiplin Murid En. Basminazaki B. Zakaria (Murid Lelaki) Pn. Hafizah Bt. Ab Jalil (Murid Perempuan) J/K Makanan dan Minuman Murid Pn. Fazidah Bt. Fauzul Wazir Pn. Shamzakiah Bt. Talib J/K Dokumentasi & Fotografi Pn. Nur Syuhada Bt. Abdul Rasid Pn. Rohani Bt. Othman Pn. Early Marinati Bt. Ismail Khalili Guru Penasihat Unit Beruniform sesi petang

di perkhemahan atau keluar berkursus.

TENTATIF PROGRAM Jumaat (25 Mei 2012) 10.00 pg 01.00 tgh - Pendaftaran dan pengurusan peserta - Bertolak dari sekolah 01.00 ptg 3.30 ptg - Makan Tengahari - Solat Zohor Berjemaah/ Solat Jumaat 03.30 ptg 04.00 ptg Kem Ecokid 4.00 6.30 ptg - Pendaftaran dan pengurusan tempat penginapan di

- Taklimat Kem Komandan - Suai Kenal & Pembahagian Kumpulan

06.30 ptg 09.00 mlm - Solat Asar - Makan Malam - Kemas diri - Solat Maghrib Berjemaah - Tazkirah / Aktiviti Moral - Solat Isyak Berjemaah 09.00 mlm 12.00 mlm - Motivasi Perubahan Diri - Aktiviti Motivasi - Kembara Malam - Kod Morse 12.00 mlm - Tidur

Sabtu (26 Mei 2012) 06.30 pg 09.00 pg - Pengurusan diri - Solat Subuh Berjemaah - Senaman / Kawad Kaki - Sarapan Pagi 09.00 pg 10.30 pg - Permainan Kreativiti - Pembinaan Pasukan - Kembara Sibuta 10.30 pg 11.00 pg 11.00 pg 12.30 tgh 12.30 tgh 02.00 ptg - Rehat - Refleksi - Makan Tengahari

- Pengurusan diri - Solat Zohor Berjemaah 02.00 ptg 04.30 ptg - Ikhtiar Hidup (Masak Dalam Buluh)

04.30 ptg 05.00 ptg - Minum petang - Pengurusan diri - Solat Asar Berjemaah 05.00 ptg 06.30 ptg - Permainan Tradisional

06.30 ptg 09.00 mlm` - Pengurusan diri - Makan Malam - Solat Magrib dan Isyak Berjemaah - Tazkirah / Aktiviti Moral 09.00 12.00 mlm 12.00 mlm - Sama-sama Padu (Persembahan)

- Pengurusan diri dan tidur

Ahad (27 Mei 2012) 06.30 pg 09.00 pg - Pengurusan diri - Solat Subuh Berjemaah - Senaman / Kawad Kaki - Sarapan Pagi 09.00 pg 10.30 pg 10.30 pg 11.00 pg 11.00 pg 12.30 tgh - Orienteering & Mencari Harta Karun - Rehat - Refleksi

12.30 tgh 02.00 ptg - Makan Tengahari - Majlis Penutup & Penghargaan

ANGGARAN PERBELANJAAN Perbelanjaan Bayaran Ecokid Adventure (80 X RM 90) 200.00 -Tempat Penginapan 3 hari 2 malam -Makan dan minum -Peralatan Aktiviti -Bayaran Jurulatih dan Pegawai Cenderamata Makan Tambahan Pengangkutan 200.00 JUMLAH (80 X RM 5) (80 X RM 5) RM RM RM 7

400.00 400.00 RM 5

(Sehala RM 1300) (2 Bas X RM 1300 X 2 hala)

RM 13 200.00

Pendapatan Kutipan daripada peserta 000.00 Sumbangan Unit Kokurikulum -Pengangkutan -Penginapan Murid -Cenderamata / Sijil JUMLAH (80 X RM 100) RM RM 5 200.00 8

RM 13 200.00

PENUTUP Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Tahun 2012 dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para guru dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan program ini.

Disediakan oleh:

............................................................... PN. NUR SYUHADA BINTI ABDUL RASID Setiausaha Perkhemahan Perdana Unit Berunifom Guru Penasihat Puteri Islam SK Seksyen 11 Kota Damansara Disahkan oleh:

.................................................................. PN. NORALIZA BT MD. YUSUF Penolong Kanan Kokurikulum SK Seksyen 11 Kota Damansara Diluluskan oleh:

......................................................... PN. MUSALMAH BT. AB. GHANI Guru Besar SK Seksyen 11 Kota Damansara

You might also like