You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PIBG KALI x / 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN xxxxxxxx, PETALING JAYA Tarikh Masa Tempat

t Hadir : 1. xx 2. xx 3. xx 4. xx 5. xx 6. xx 7. xx 8. xx 9. xx 10. xx 11. x 12. x 13. x 14. x 15. xx 16. xx : 25 April 2012 ( Rabu ) : 5.30 petang : Pusat Sumber Sekolah xxxxx

- Tuan YDP - Setiausaha Kehormat - Naib Setiausaha - Bendahari Kehormat - Naib Bendahari - AJK Ibu bapa - AJK Ibu bapa - AJK Ibu bapa - AJK Ibu bapa - Juruaudit - AJK Guru - AJK Guru - AJK Guru - AJK Guru - AJK Guru - Ex-Officio

Tidak hadir (bersebab): 1. x - Penasihat (Guru Besar) 2. x - Naib YDP 3. x - AJK Ibu bapa 4. x - AJK Guru 5. x - Ex-Officio 6. x - Ex-Officio 7. x - Ex-Officio 1 Ucapan Pengerusi 1.1 Tuan YDP PIBG mengucapkan salam, terima kasih dan memohon maaf di atas kelewatan beliau hadir ke mesyuarat pada kali ini. 1.2 1.3 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca Al-Fatihah. Beliau berharap agar semua biro sudah menjalankan mesyuarat bagi merancang aktiviti dan berharap aktiviti yang dirancang masih terus dapat dilaksanakan walaupun kekurangan dana.

Mengesahkan minit mesyuarat 2.1 YDP meminta agar semua ajk menyemak Minit Mesyuarat Induk PIBG Kali ke 1.
2

2.2

x mencadangkan agar Minit Mesyuarat Induk PIBG Kali ke 1 disahkan dan disokong oleh xx.

3 Perkara-perkara berbangkit 3.1 Projek aa Encik x menyatakan bahawa terdapat kebocoran dan pemaju sedang membaikinya. Beliau juga memaklumkan bahawa baki bayaran belum dijelaskan sehingga kerja pembaikian dapat disiapkan. 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 3.12 4 4.1 4.2 4.3 Pembentangan laporan kewangan Puan Norhaniza memaklumkan baki wang yang tinggal dalam akaun hanya RM1,449.55. Beliau menyatakan bahawa invois Skylight hanya anggaran dan bukannya harga yang betul. Encik Rais memaklumkan bahawa surat memohon kebenaran kutipan yuran PIBG telah dihantar ke PPD tapi masih belum mendapat jawapan bagi menjawab pertanyaan YDP mengenai bila pihak sekolah akan mula mengutip kutipan tersebut. YDP meminta pihak sekolah menganggarkan jumlah kutipan yang PIBG akan dapat dan memohon Encik Rais terus menghubungi PPD mengenai perkara ini. Encik aa menyatakan bahawa warranty projek tidak dinyatakan dalam sebutharga bagi menjawab pertanyaan Tuan YDP.

4.4

Laporan biro-biro
2

5.1 Biro Pendidikan 5.1.1 zz memaklumkan bahawa mesyuarat biro telah dijalankan pada minggu lepas. 5.1.2 Beliau turut memaklumkan bahawa Biro Pendidikan akan mengadakan kem English is Fun untuk murid tahap 1 semasa cuti sekolah. Tambahan beliau, kem yang akan dikendalikan oleh pensyarah UITM dan UIA ini akan diadakan setengah hari sahaja dan murid yang berminat untuk menyertai kem ini akan dikenakan bayaran. Beliau menyatakan anggaran murid yang terlibat dalam kem ini tidak lebih daripada 100 orang murid bagi menjawab pertanyaan YDP mengenai target murid. Encik aa mencadangkan agar pihak PIBG membiayai murid-murid yang lemah Bahasa Inggeris yang ditentukan oleh guru-guru untuk menyertai kem ini. Tuan YDP berpendapat agar biro pendidikan yang akan menentukan murid yang akan terlibat dan memohon agar kem ini diiklankan supaya bukan murid yang sama sahaja yang hadir. aa turut memaklumkan bahawa program-program biro pendidikan sedia ada akan ditambahbaikkan. Selain itu, biro pendidikan juga akan mengadakan program motivasi yang akan dikendalikan oleh aa Aa memaklumkan bahawa program Sekolahku Penyayang telah dilancarkan pada 23 April 2012. Beliau juga turut memaklumkan mengenai Program Mentor-Mentee iaitu seorang guru akan mebimbing 3 hingga 4 orang murid. Program Permataku Sayang iaitu pemulihan dari murid Tahun 1-6 telah dijalankan bermula 6 April 2012. Puan aa memaklumkan bahawa lawatan yang biasa diadakan di bawah Biro Pendidikan akan dikendalikan oleh unit kokurikulum sekolah bagi menjawab pertanyaan YDP mengenainya.

5.1.3

5.1.4

5.1.5

5.1.6 5.1.7 5.1.8

5.1.9

5.1.10 Puan aa mencadangkan agar penghantaran air botol mineral ke Masjid Kg Tunku untuk bacaan Yaasin diadakan sekali sebulan bagi memberi kemudahan kepada guru-guru dan disokong oleh Encik aa. 5.1.11 YDP turut bersetuju dengan cadangan aa agar ibu bapa dapat mendermakan air mineral untuk bacaan Yaasin yang akan diuruskan oleh Encik aa. 5.2 Biro Sukan 5.2.1 Puan aa memaklumkan bahawa mesyuarat yang ditelah dirancangkan
3

tidak dapat diadakan kerana masalah komunikasi. 5.2.2 Beliau menyatakan bahawa Biro Sukan telah merancang untuk mengadakan Karnival Sukan iaitu perlawanan bola sepak dan futsal. 5.2.3 Tuan YDP bersetuju untuk memberi sumbangan iaitu kos makanan kepada murid yang menjadi wakil sekolah dalam aktiviti kokurikulum bagi menampung peruntukan sedia ada iaitu hanya RM3 sahaja. 5.2.4 Encik aa mencadangkan agar dapat difikirkan program untuk mengutip dana PIBG adalah program yang mengajar murid untuk berusaha mencari duit. 5.2.5 Puan aa menyatakan cara yang cepat untuk mengutip dana ialah melalui persatuan alumni sekolah. 5.2.6 Tuan YDP menyatakan bayaran sumbangan untuk murid yang mewakilkan sekolah diberi sama dengan peruntukan sekolah sedia ada iaitu RM3. Majlis sebulat suara bersetuju untuk menyumbangkan RM600 kepada Biro Sukan untuk kos makanan kepada murid yang mewakilkan sekolah. Cek akan dikeluarkan selepas wang kutipan PIBG mula dikutip. 5.3 Biro Kebajikan 5.3.1 Encik aa memaklumkan bahawa mesyuarat biro telah dijalankan pada 23 April 2012 tetapi tanpa kehadiran ibu bapa. 5.2.2 Antara program yang dirancang oleh Biro kebajikan ialah: a) bantuan kepada pelajar yang hadir ke kelas tambahan dengan menaiki van pada Hari Sabtu. b) membantu meringankan beban murid miskin yang ingin menyertai perkhemahan tahunan unit berunform. c) membantu pembayaran yuran kelas tambahan UPSR bagi murid Tahun 6 yang miskin. d) memberi sumbangan kepada guru pengiring yang menghantar murid dalam pertandingan di luar sekolah. e) memberi sumbangan kepada murid miskin pada hari perayaan. 5.2.3 Encik aa menyatakan bahawa permohonon sumbangan luar seperti qaryah masjid, individu, Pertiwi dan sebagainya boleh diadakan jika ia melalui guru besar bagi menjawab pertanyaan Encik Hashim mengenai punca kewangan bagi melaksanakan program-program yang dirancang. 5.2.4 Encik a memohon pihak sekolah menyediakan senarai nama murid miskin. 5.2.5 Tuan YDP memohon Encik a untuk menyediakan surat sumbangan untuk ditandatangan oleh beliau dan menegaskan sumbangan yang diterima bukan dimasukkan ke tabung PIBG tetapi ia adalah untuk murid-murid yang berhak menerima sumbangan.
4

5.4 Biro Pembangunan 5.4.1 Encik aa selaku setiausaha Biro Pembangunan memohon maaf kerana tidak dapat menjalankan mesyuarat biro kerana pengerusi biro, Encik a sekarang berada di luar negara. 5.4.2 Tuan YDP sekali lagi mengingatkan Encik a untuk berbincang dengan Encik a mengenai perjanjian asal dan RFQ a serta menganggarkan dana yang diperlukan untuk membaiki tandas. 5.5 Biro Keselamatan 5.5.1 a 5.5.2 a 5.5.3 Tuan YDP memohon agar Encik Jamaluddin berbincang dengan Encik Sakthivel berhubung dengan penutup jeriji longkang. 5.5.4 Encik Wan Nong Khairul mencadangkan agar pagar di belakang bilik Kemahiran Hidup ditinggikan dengan zink bagi menghalang kemasukan anjing liar. 5.5.5 Encik Hashim mencadangkan agar pihak sekolah memaklumkan kepada pihak MBPJ mengenai anjing liar yang sering berkeliaran di kawasan sekolah. 5.5.6 Tuan YDP bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak RM600 untuk membina pagar yang lebih tinggi berkenaan kemasukan anjing liar ini selepas kutipan bayaran PIBG dibuat. 5.5.7 Encik Wan Nong Khairul turut memohon pihak sekolah mengedarkan sekali lagi surat makluman untuk mengingatkan ibu bapa atau penjaga agar tidak lewat menjemput anak mereka setelah tamat waktu persekolahan. Beliau juga memohon guru-guru mengingatkan murid untuk tunggu di kawasan sekolah dan bukannya di taman permainan. 5.5.8 Encik Mohd Faizal memohon agar Biro Keselamatan memantau cerunam di tepi kantin yang mengundang bahaya kepada murid.

5.6 Biro IT 5.6.1 a 6 Hal-hal lain 6.1 Naib YDP mengucapkan terima kasih kepada semua biro kerana telah menjalankan mesyuarat. 6.2 Tuan YDP membentangkan mengenai program aaa yang akan
5

diadakan pada 30 Jun 2012. Beliau memaklumkan bahawa program ini diadakan bagi mengutip dana untuk menjelaskan bayaran a serta program yang akan dijalankan oleh Biro Pendidikan. 6.3 6.4 6.5 Majlis sebulat suara bersetuju mengadakan program aaaaaa. menerima cadangan untuk

Tuan YDP mencadangkan agar mesyuarat induk dijalankan pada Hari Sabtu dan ini mendapat sokongan daripada semua ahli. Beliau turut menetapkan mesyuarat induk akan datang diadakan pada 16 Jun 2012 pada jam 9.00 pagi.

7 Penutup Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.50 malam.

Disediakan oleh, ____________t.t________________ (aaa) Naib Setiausaha Kehormat PIBG Sekolah Kebangsaan aaaaa Disemak oleh, ___________t.t________________ (aaaaa) Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan aaa

Disahkan oleh, ___________t.t_________________ (aaaaaa) Guru Besar Sekolah Kebangsaan aa

You might also like